Toyota Hilux versi Gazoo Racing, harga barang je boleh beli Myvi!

Zamil Syaheer · Sep 04, 2020 01:45 PM

Bab kit badan dan aksesori tambahan, kita kena bagi kredit dekat pengeluar kereta Jepun sebab diorang memang pakar dalam bab-bab ini. Kali ini, divisyen prestasi Toyota Jepun iaitu Gazoo Racing (GR) telah memberi sentuhan yang garang kepada Toyota Hilux!

Apa yang ada dekat Hilux GR ni?

Untuk harga JPY 305,800 (RM 11,950), pemilik Hilux akan mendapat pelindung bumper bewarna perak, plat skid merah, tangga sisi keluli dan rollbar sports hitam matte di bahagian kabin belakang.

Gaya, mutu, keunggulan.

Kalau anda ada duit lebih, anda boleh mendapatkan ekzos dwi-tip, pilihan mudguard bewarna merah atau kelabu, dan tangga sisi berkuasa yang boleh dilipat.

Bukan itu sahaja, Gazoo Racing juga menawarkan tonneau cover Aeroklas untuk kabin belakang, 8 pembesar suara JBL dan juga penapis filem gelap.

Terdapat juga aksesori tambahan lain seperti pelindung handel pintu dan pelindung matahari dengan lambang GR.

Dibuat khas untuk Hilux.

Takde penambahan prestasi ke?

Jika anda kaki layan selekoh, GR juga ada menawarkan sepasang bar anti-buai yang beharga JPY 110,000 (~RM 4,300) yang boleh meningkatkan prestasi kawalan pemanduan trak ini.

Kalau saya nak beli semua aksesori, berapa harga?

Kalau anda inginkan kesemua kit yang ditawarkan oleh GR (termasuklah pelindung matahari), siap sedia untuk membayar JPY 1,073,600 (~RM 41,956). Itu adalah harga sebuah Perodua Myvi 1.3 G!

Hilux spesifikasi Thailand.

Walaupun tiada info sama ada Hilux GR akan membuat kemunculannya disini, Toyota Malaysia sudahpun membuka tawaran untuk Hilux facelift.

Hilux spesifikasi Thailand.

Harga bermula dari RM 93,880 dan ia akan datang dengan Toyota Safety Sense (TSS) ADAS termasuklah enjin 2.8 liter turbodiesel yang kini menghasilkan 204 PS dan 500 Nm tork.

Comments