Toyota Vios 2020 – Kos servis naik harga, RM 4,242 untuk selepas 5 tahun

Mersita · Aug 07, 2020 03:00 PM

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengemaskini harga servis mereka untuk Toyota Vios, menaikkan kos untuk jagaan sedan segmen B tersebut kepada beberapa ratus Ringgit.

Sebelum ini, kos untuk menjaga Toyota Vios selepas 5 tahun/100,000-km adalah RM 4,010. Tapi, dengan kenaikan harga terbaru ini, kosnya meningkat ke RM 4,242 – peningkatan sebanyak RM 232.

Sebagai tambahan untuk ‘norma baharu’ kini, UMWT juga telah menambah proses pembasmian kuman yang bernilai RM 14.11 bagi setiap selang servis. Caj upah juga dilihat ada sedikit peningkatan dari segi harga.

Selain daripada itu, harga bagi item servis kekal sama.

Comments