window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tuah Damok, dapat lagi peluang pamer kemampuan di dua pusingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia!

Khairil ยท Apr 21, 2022 12:00 PM

Tuah Damok, dapat lagi peluang pamer kemampuan di dua pusingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia! 01

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu mungkin peribahasa untuk menggambarkan peluang yang diperoleh pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau Damok yang sekali lagi diberi peluang beraksi di perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Damok diberikan kepercayaan untuk menggalas tugasan berat itu oleh pasukan Rivacold Snipers Team bagi dua pusingan Grand Prix (GP) selepas ini iaitu GP Portugal dan GP Sepanyol.

Juga baca: Damok kekal di CEV Moto3, tiada tempat untuk Adam di Eropah

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tuah Damok, dapat lagi peluang pamer kemampuan di dua pusingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia! 01

Kejayaan membanggakan yang dilakar Damok musim lalu

GP Portugal dijadual berlangsung pada hujung minggu ini diikuti GP Sepanyol, seminggu kemudian.

Syarifuddin menggantikan pelumba pasukan itu, Alberto Surra yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan serius ketika sesi latihan bebas GP Amerika Syarikat pada 10 April lalu.

Tuah Damok, dapat lagi peluang pamer kemampuan di dua pusingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia! 02

Pada tahun ini, Damok yang juga pelumba program pembangunan bakat SIC dan berusia 21 tahun dijadual beraksi di perlumbaaan CEV Moto3 yang menjadi musim ketiganya di kejuaraan berkenaan bersama pasukan Monlau Motorsport.

Mengakui cukup gembira dengan peluang yang diraihnya, Damok berkata dia berharap pengalaman yang diperoleh ketika beraksi di Litar Algarve pada tahun lalu dalam sesi kelayakan Kejuaraan Dunia JuniorGP dapat membantunya.

Juga baca: Damok cipta bangga di Catalunya, juarai perlumbaan 1 CEV Moto3!

Tuah Damok, dapat lagi peluang pamer kemampuan di dua pusingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia! 03

"Saya berupaya meraih posisi yang sangat baik pada sesi kelayakan Kejuaraan Dunia JuniorGP di sini tahun lalu jadi saya harap dapat meraih mata. Saya menyasarkan untuk dapatkan penamat dalam kelompok mata dan buat yang lebih baik di Aragon. Harap semuanya berjalan lancar dan semuanya menjadi kenyataan," katanya.

Tahun lalu, Damok mencipta kejayaan membanggakan apabila memenangi perlumbaan 1 kejuaraan CEV Moto3 di Litar Catalunya.

Tuah Damok, dapat lagi peluang pamer kemampuan di dua pusingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia! 04

Kejayaan itu menyaksikannya diberi peluang untuk berlumba dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia menggantikan pelumba Petronas Sprinta Racing Team, John McPhee di GP Aragon.

Pada perlumbaan itu, Damok menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 sekali gus mengumpul tiga mata berharga pada penampilan sulungnya di kejuaraan berprestij itu.

Juga baca: Zulfahmi akan 'ketuk pintu' semua pasukan di Kejuaraan Motosikal Dunia, cari slot untuk pelumba negara!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
Car for sale
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Market fair trade-in price

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Not trading-in? ย  Sell your car