Tular sebuah video di Facebook apabila beberapa orang makcik kantoi mencuri mangga yang dibalut kemas kepunyaan orang lain.
Tular sebuah video di Facebook apabila beberapa orang makcik kantoi mencuri mangga yang dibalut kemas kepunyaan orang lain.
Video yang berdurasi selama lebih kurang 2 minit tersebut memaparkan seorang makcik yang (mungkin) memandu Mercedes Benz GLC berharga lebih dari RM 300,000 dan mencuri beberapa biji mangga di sebuah taman perumahan di Telok Panglima Garang.
Lebih parah lagi, makcik tersebut kembali semula ke tempat tersebut dan mengulangi perbuatan yang sama bersama beberapa orang lagi yang dipercayai kenalan makcik tersebut.
Bukan setakat itu, selepas kembali untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu, makcik tersebut turut memanjat kereta Mercedes Benz yang kini dipandu orang lain semata-mata untuk mencuri mangga tersebut.
Perbuatan mencuri adalah dilarang di Malaysia. Namun mencuri mangga yang berharga sekitar RM 20/kg dengan memijak kereta yang berharga lebih RM 300,000 memang tidak pernah dibuat orang. Bukan semua orang mampu melakukannya.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, sila hubungi fb Wendy di sini.
Hassle-free purchasing, get your next car fast!
2023 Honda City 1.5L e:HEV RS
Upgrade
Add your car