Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur?

Faisal · Oct 15, 2020 09:00 PM

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 01

Penjualan Volkswagen Polo Mk5 sudah dihentikan di Malaysia. Model tertua dalam barisan Vokswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) ini telah dihasilkan sejak tahun 2010. Walaupun pasaran lain sudah menerima Polo Mk6, kilang Volkswagen di Pekan, Pahang masih memasang Polo Mk5 sehingga tahun ini.

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 02

VPCM telah menurunkan model Volkwagen Polo Mk5 dari laman sesawangnya. Namun demikian, versi sedan (Vento) masih dijual.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 01

Volkswagen Polo Mk5

VPCM masih belum mengesahkan ketibaan Polo Mk6 di Malaysia tetapi kami menjangkakan bahawa ia akan membuat kemunculan pada tahun hadapan setelah Golf Mk8 CKD dilancarkan.

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 02

Seperti model Golf, Passat, dan Tiguan, Polo Mk6 dibina berdasarkan platform MQB.

Berbanding generasi sebelumnya, Polo Mk6 bersaiz lebih besar dengan ruang kabin yang lebih luas melalui jarak roda sebanyak 2,548 mm (penambahan sebanyak 92 mm). Selain itu, ia turut mempunyai kapasiti but yang lebih besar pada 351 liter (penambahan sebanyak 71 liter).

Di samping itu, Polo Mk6 mempunyai sistem bantuan keselamatan ADAS tetapi ciri ini mungkin tidak diperkenalkan di sini sekiranya VPCM ingin mengenakan harga bawah RM 100,000.

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 03

Seperti GolF Mk8, Polo Mk6 juga didatangkan dengan pilihan paparan instrument digital yang dikenali sebagai Active Cockpit Display.

Di Eropah, enjin petrol didatangkan dengan unit 1.0L 3-silinder TSI dengan penghasilan kuasa sama ada 85 PS atau 115 PS. Selain itu, terdapat enjin 1.5L 4-silinder TSI dengan sistem penutupan silinder apabila tidak digunakan. Enjin ini menghasilkan 150 PS. Enjin 2.0L 4-silinder TSI yang menghasilkan 200 PS pula didatangkan khusus untuk varian GTI.

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 04

Sekiranya Polo Mk6 dilancarkan kelak, ia juga akan didatangkan dengan varian R-Line.

Volkswagen Polo Mk5: Pengeluaran di Malaysia dihentikan, model baharu bakal beransur? 05

Polo R-Line

Sewaktu pelancaran Passat R-Line tempoh hari, VPCM menyatakan bahawa R-Line akan ditawarkan pada setiap model Volkswagen yang akan datang.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Volkswagen Polo 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars