Tag

absorber terbaik untuk myvi

Apa tanda absorber rosak? Ini tanda absorber belakang rosak, dan banyak lagi

Penyerap hentakan (shock absorbers) ialah satu komponen penting dalam kereta anda dan ia adalah antara komponen yang agak pendek jangka hayatnya (bergantung pada gaya pemanduan, kondisi jalan raya yang sering dilalui, dll.) dan perlu ditukar. Antara soalan yang sering ditanya: Apa tanda absorber rosak? Apa tanda absorber belakang rosak? Berapa kos ganti absorber baru? Tak ramai yang betul-betul beri perhatian pada komponen kereta ini. Dalam entri kali ini, kami ingin kupas satu-persatu tanda-tan

MersitaMersita

Jul 23, 2020

Model & jenama tayar kereta terbaik saiz 13 – 17 inci. Suka jenis tayar kereta yang senyap?

Tayar merupakan komponen perantaraan penting. Ia menghubungkan kenderaan dengan permukaan yang membolehkan pengguna bergerak dari titik A ke titik B dengan selamat. Oleh itu, melabur untuk jenis dan jenama tayar kereta terbaik bagi keperluan kereta anda patut dipertimbangkan. Jenis tayar paling sesuai dengan harga dan kemahuan anda juga boleh menjamin kepuasan hati - samada anda suka jenis tayar kereta yang senyap, atau yang tahan lasak - terpulang pada anda. Juga baca: "Kenapa tayar kereta bole

FaisalFaisal

Sep 24, 2020

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020?

Untuk tahun 2020 sahaja, pelancaran model kereta segmen B (dan kemaskini) adalah yang paling banyak. Rakyat Malaysia sukakan segmen B, suatu situasi yang sedikit berbeza di kebanyakan negara ASEAN lain. Oleh itu, kita ditawarkan dengan model-model segmen B terbaik yang ada di ASEAN. Tak percaya? Di sini kami senaraikan. Perodua Myvi Perodua Myvi Perodua Myvi dikemaskini pada tahun 2020 dengan tambahan ASA 2.0. Ia juga menerima warna baru Electric Blue. Nak tahu siapa beli Perodua Myvi 2020 baru?

HarisHaris

Dec 30, 2020

Perodua Myvi dianugerahkan kereta bandar terbaik oleh Gen-Z di Indonesia!

Perodua Myvi ialah kereta yang paling popular di Malaysia tetapi di Indonesia, ia tidaklah sampai ke tahap itu. Namun demikian, ia telah berjaya memenangi hati golongan pemuda di Indonesia. Dikenali sebagai Daihatsu Sirion, Perodua Myvi dianugerahkan Marketeers Youth Choice Brands of the Year 2020. Keputusan ini dibuat berdasarkan tinjauan (survey) terhadap 1,300 responden bergenerasi Z di seluruh negara Indonesia. Dengan lingkungan umur 18 ke 25 tahun. kebanyakan daripada responden ini adalah p

FaisalFaisal

Dec 14, 2020

Rebiu: Proton Persona, sedan terbaik Malaysia untuk keluarga?

Proton Persona Proton di bawah keluarga Geely memilih Proton Persona sebagai sedan pertama mereka dalam cubaan untuk bersaing dalam kelas yang sangat kompetitif ini. Namun, adakah pilihan mereka tepat? Adakah perubahan yang dibawa Geely mampu meningkatkan persona kereta ini? Proton Persona dilancarkan pada tahun 2016. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Proton di bawah keluarga Geely memilih Proton Persona dengan tawaran facelift pada tahun 2019. Rekaan luar dan kualiti Paling banyak komen meng

HarisHaris

Jul 16, 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia!

Hello and selamat datang ke Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020. Kesemua model yang disenarai pendek ini telah pun diuji oleh barisan penulis kami. Tanpa berlengah, mari kita lihat barisan model yang telah dipilih. Toyota Hilux Rogue 2020 Bukan biasa-biasa, ini trak pikap varian paling tinggi oleh Toyota Hilux. Dijual pada harga RM 146,880, ia hadir dengan enjin 2.8 liter dengan suite keselamatan penuh Toyota Safety Suite. 2 ciri ini jarang diletakkan pada sebuat trak pikap, menjadikan Toyota Hi

HarisHaris

Dec 18, 2020

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa

Kenapa ramai yang tergila-gilakan Perodua Myvi sehingga menjadikannya kereta paling laris di Malaysia? Antara sebab utamanya ialah tawaran harganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pesaingnya dalam segmen yang sama. Padankan ini dengan penjimatan minyaknya yang cemerlang dan reputasinya sebagai kereta yang tahan lasak, Myvi sememangnya patut diangkat sebagai kereta nasional yang paling digemari di negara kita. Apabila generasi barunya diperkenalkan pada hujung tahun 2017, ia adalah ker

MersitaMersita

Aug 3, 2020

Proton Iriz kini mampu mencabar populariti Perodua Myvi

Proton Iriz telah dilancarkan pada tahun 2014 sebagai usaha Proton untuk memberi saingan kepada Perodua Myvi yang lebih popular. Pada ketika itu, Proton Iriz menawarkan lebih banyak ciri ciri keselamatan berbanding Perodua Myvi tetapi sambutan dari pasaran tidak begitu memberangsangkan. Proton telah menaik taraf model Iriz beberapa kali dan model terakhir diperkenalkan pada awal tahun 2019. Sejumlah lima varian telah ditawarkan berbanding empat varian bagi kemas kini pada tahun 2017. Spesifikasi

HarisHaris

May 20, 2020

380 kg daun ketum disumbat dalam Perodua Myvi untuk seludup

Sesiapa yang pernah memiliki Myvi pasti tahu betapa luasnya ruang dalaman Raja Hatchback Malaysia ini. Sumbat-sumbat barang, tau-tau je muat. Jika anda pernah tertanya-tanya atau ragu-ragu lagi, baru-baru ini kami dapat tahu dari laporan Sinar Harian yang sejumlah 380 kilogram ketum diseludup menggunakan Perodua Myvi berhampiran pangkalan haram Aziz di Kampung Pisau Raut, Tumpat pada 30 Januari (Sabtu) lepas. Model Myvi yang digunakan penyeludup tersebut merupakan model Perodua Myvi 2014 Lagi Be

MersitaMersita

Feb 2, 2021

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah!

Mitsubishi Triton merupakan sebuah trak pikap yang serba boleh. Malah, pemanduannya tidak leceh langsung kerana ia betul-betul seperti kereta biasa. Juga baca: Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? Istimewa untuk kaki offroad yang gemar menggembara dunia, Mitsubishi Motors Germany kini menawarkan sesuatu yang unik di pasaran Jerman. Turut dikenali sebagai Mitsubishi L200, trak pikap yang istimewa ini adalah hasil kerjasama Mitsubishi Motors German

FaisalFaisal

Apr 5, 2021

Toyota Yaris 2020: Pakej terbaik luar dan dalam!

Toyota Yaris Tahukah anda, Toyota Yaris yang pernah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2006? Tanda nama Yaris telah bermula lebih 10 tahun yang lalu namun atas sebab-sebab tertentu, Toyota Yaris seolah-olah luput dari ingatan rakyat Malaysia. Sehinggalah kini, Toyota Yaris kembali dengan warna-warna terang seolah-olah mengumumkan ketibaannya semula di Malaysia. Apatah lagi, ketibaan Toyota Yaris turut melenyapkan dominasi Honda Jazz di dalam kelas yang sama. Jadi, apakah kelebihan Toyota Yaris 2

HarisHaris

Jun 20, 2020

Keputusan Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020!

Wapcar.my telah membuka undian kepada pembaca yang bermula sejak bulan Disember 2020. Model kereta yang terpilih telah dilancarkan sebelum undian bermula pada bulan Disember dan pembaca Wapcar.my berbaik hati mengundi kenderaan kegemaran mereka! Oleh itu, berikut adalah senarai model kereta yang telah memenangi undian pembaca! Kereta Terbaik Wapcar 2020 Keseluruhan - Nissan Almera Nissan Almera merangkul anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020 (Wapcar COTY 2020) yang telah diundi oleh pembaca Wapcar

HarisHaris

Jan 12, 2021

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren!

Bagi mereka yang belum melihat gambar tular di media sosial, seorang pemandu yang membawa Proton Saga pasti tidak sangka akan nasibnya ketika beliau memandu di MRR2 Bandar Tasik Selatan petang semalam. Konkrit empat segi berukuran 1x1 meter iaitu sebahagian daripada struktur Sungai Besi-Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE) jatuh menimpa bahagian sebelah kiri Proton Saga tersebut. Kami tak dapat bayangkan betapa nyarisnya mangsa terlepas hanya beberapa inci dari konkrit tersebut yang besar kemung

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Sep 20, 2020

Sultan Johor kurnia 10 buah Perodua Myvi kepada jururawat secara percuma

Perodua Myvi DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 buah kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada Baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor. Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak tahun 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan. "Mewakili mereka yang l

HarisHaris

Sep 29, 2020

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang?

Berdasarkan metodologi untuk tahun 2017-2020, sebanyak 25 daripada 37 model telah menerima taraf 5-bintang untuk ujian keselamatan ASEAN NCAP. Perodua Myvi telah mencapai skor yang baik. Namun begitu, metodologi baharu untuk tahun 2021-2025 akan diumumkan. Sekiranya Perodua mahu mengekalkan taraf tersebut, mereka perlu menambah ciri amaran titik buta (BSM). Sejak laporan pertama ASEAN NCAP pada tahun 2013, metodologi telah dikemaskinikan pada tahun 2017 dimana ia melibatkan 3 penilaian yang baru

FaisalFaisal

Nov 16, 2020

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi!

“Myvi buat hal lagi...” Perodua Myvi memang betul-betul hero kampung. Sering digelar sebagai ‘supercar’ Malaysia, anda boleh lihat hatchback popular ini dalam posisi dan situasi yang kadang kala menghairankan tapi cukup menarik perhatian. Berbalik kepada tajuk – kenapa Perodua Myvi boleh jadi kereta terbaik untuk melarikan diri? Ya, orang kaya sememangnya tak pernah kurang dari segi pilihan kereta. Mereka boleh saja pandu kereta-kereta berprestasi tinggi seperti Toyota Supra atau BMW M3. Tapi, k

MersitaMersita

Oct 16, 2020

Perodua menjual 10 kali ganda Myvi berbanding Proton Iriz untuk Oktober sahaja!

Bulan lepas, Perodua mengumumkan bahawa mereka memecah rekod baharu dengan jualan sebanyak 25,035 unit kenderaan. Kali ini, mereka memecah rekod sendiri dengan jualan sebanyak 26,852 unit untuk bulan Oktober. Ketua pegawai eksekutif Perodua juga berkata bahawa mereka telah berbelanja sebanyak RM 600 juta pada bulan yang lalu untuk pembekalan komponen daripada pihak tempatan. Perkara ini bukan sahaja menjana kebangkitan ekonomi negara setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah syarikat ini

FaisalFaisal

Nov 3, 2020

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia

Kenderaan 7 penumpang atau lebih dicari, kereta 7 seater mampu milik memang kegemaran rakyat Malaysia. Maklumlah, rakyat Malaysia ni berkeluarga besar. Bukan setakat anak-anak, mak ayah dan sanak saudara pun seronok jika diangkut sekali salam kereta 7 seater ni. Oleh itu tentulah ramai yang mencari kereta bawah 100k untuk segmen ini. MPV atau SUV, selalunya bukan isu utama. Harga yang berbaloi lebih diutamakan. Alang membeli menang memakai. Kajian juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka men

HarisHaris

Nov 8, 2020

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda!

Walaupun harga RM 286k agak berbaloi untuk Toyota GR Yaris, ia bukanlah sesuatu yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Khusus untuk anda yang memiliki Perodua Myvi, inilah peluang untuk menjadikan kereta anda seperti sebuah model GR. Walaupun ia tidak memberikan prestasi dan karakter pemanduan seperti kereta rali untuk jalan raya, bodykit GR yang dihasilkan oleh JW Accessories ini cukup tepat. Baru-baru ini, sebuah kedai aksesori di Kajang telah memaparkan gambar sebuah prototaip bampar depan. Se

FaisalFaisal

Jan 11, 2021

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda!

Perodua D55L Perodua Myvi Kalau sekali imbas, reka bentuk SUV kompak Toyota Raize / Daihatsu Rocky memang nampak agak menyerupai Perodua Myvi. Kita juga sedia maklum bahawa Daihatsu Rocky dihasilkan oleh Daihatsu Motor Co., Ltd yang merupakan kontraktor pengilang bagi syarikat Toyota. Daihatsu juga turut menjual Daihatsu Rocky yang mirip dengan Toyota Raize. Walaupun Raize / Rocky kelihatan seperti Myvi yang lebih besar dan tinggi, sebenarnya ukuran SUV kompak ini tidak jauh berbeza dengan hatch

HarisHaris

May 25, 2020

Toyota RAV4 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5: Mana pilihan terbaik untuk SUV segmen C?

UMW Toyota baru sahaja melancarkan model Toyota RAV4 2020 terbaru di Malaysia. Model ini akan bersaing rapat dengan Honda CR-V dan Mazda CX-5 dalam kelas SUV segmen C. Oleh itu, kami bandingkan ketiga-tiga model dengan varian paling tinggi untuk mengetahui pilihan manakah yang terbaik sekali. Trenkuasa - RAV4 dengan Dynamic Force, CX-5 paling berkuasa Untuk pertama kalinya, Toyota Malaysia menawarkan enjin Dynamic Force dan dipasang pada Toyota RAV4. Toyota RAV4 serba baru ini mendapat enjin pet

HarisHaris

Jun 23, 2020

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Landskap ekonomi yang kurang menentu ketika ini sedikit sebanyak akan mencuit perasaan untuk memulakan perniagaan. Tahukah anda, di waktu sukar ini, kereta terpakai mengalami permintaan yang mendadak? Bagi mereka yang kurang bernasib baik, sekarang adalah masa yang terbaik untuk merancang. Lagipun, kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia cenderung untuk memiliki 1 kenderaan untuk pelbagai kegunaan. Jika anda mahu bermula dengan langkah kanan, apa kata pastikan kenderaan untuk mencari rezeki ters

HarisHaris

Jan 20, 2021

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Sebelum anda buat kesimpulan yang artikel ini satu lagi kritik bagi produk domestik kita sendiri, anda silap. Perodua Myvi barangkali kereta yang terbaik untuk pemanduan harian yang ada di pasaran setakat ini. Sebagai kereta harian, Perodua Myvi hampir sempurna. Ia cukup cemerlang sampaikan Honda Jazz pun nampak biasa. Jazz ada Smart Tag bina-dalam atau AEB? Tak kan? Ultra Seats yang ada pada Honda Jazz cukup menarik untuk dimiliki, tapi berapa kali je anda nak kena lipat kerusi belakang? Jadi,

MersitaMersita

Aug 26, 2020

Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Bila beli kereta baru, selalunya orang tak ‘test drive’ dulu. Zaman sekarang, anda boleh Google saja kalau nak dapatkan maklumat tentang kereta serba baharu. Siap ada teknologi VR lagi. Pandemik COVID-19 juga telah memaksa beberapa jenama kereta untuk mempertingkatkan lagi kepenggunaan bilik pameran virtual mereka. Beli kereta serba baru yang dipesan dari pengedar sah/rasmi memang mudah, tapi bagi kereta terpakai pula lain ceritanya. Bila memandu-uji kereta baru, kita nak lihat apa yang kereta s

MersitaMersita

Sep 9, 2020

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan

Perodua Myvi Bagi mereka yang membeli hatchback segmen B, pilihan terbaik bagi kebanyakan rakyat Malaysia adalah Perodua Myvi. Jimat minyak, praktikal dan bergaya adalah antara ciri Perodua Myvi yang tepat dengan citarasa rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam artikel ini kami akan menyenaraikan dengan lebih terperinci mengenai kelebihan dan kekurangan Perodua Myvi, anggaran bayaran bulanan dan kos penyelenggaraan bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki kereta paling laris di Malaysia ini.

HarisHaris

Sep 24, 2020

Gadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!

Dalam satu muatnaik di laman Facebook Art of Speed Malaysia, sebuah Perodua Myvi telah diubahsuai menjadi ‘camper car’ dimana kerusi belakang diturunkan untuk memuatkan beberapa keping papan lapis yang dijadikan asas tilam lengkap dengan lampu liplap, bantal dan langsir Beliau dilihat memandu Perodua Myvi generasi pertama (2005 – 2008) yang memang terkenal dengan ruang dalamannya yang sangat luas bagi kereta hatchback nasional. Tempat duduk belakangnya boleh diturunkan dengan betul-betul rata -

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Perodua Myvi S-Edition 2020 vs Myvi GT: Mana satu pilihan hati?

Kita baru-baru ini dikejutkan dengan berita Perodua memperkenalkan Perodua Myvi S-Edition 2020 di Brunei seiringan model biasa. Jangan terkejut kalau anda dengar Malaysia bukanlah negara pertama untuk menerima model ini. Digelar Myvi S-Edition, ia diinspirasikan oleh Myvi GT yang ditayangkan di 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (2018 KLIMS). Walaubagaimanapun, tidak seperti Myvi GT yang dibina berdasarkan Myvi 1.5 AV, kereta Myvi S-Edition pasaran Brunei adalah berdasarkan Myvi 1.3G spe

MersitaMersita

Jul 6, 2020

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda!

Untuk kebanyakan orang, kereta adalah keperluan. Ia digunakan untuk ke satu tempat ke tempat yang lain dalam pelbagai keadaan. Antara tips untuk membeli kereta pertama anda ialah: 1. Beli kereta yang baru Kereta terpakai mungkin berharga lebih murah tetapi untuk kegunaan harian yang lasak, kemungkinan untuk meragam adalah lebih tinggi. Sesetengah kereta mempunyai komponen enjin dan kotak gear yang tahan lama dan lasak tetapi setiap komponen juga memiliki jangka hayatnya seperti kipas radiator, p

FaisalFaisal

Sep 2, 2020

Perodua Myvi, kereta terlaris di Malaysia

Perodua Myvi Perodua Myvi adalah kereta terlaris di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari kereta harian yang bagus, Myvi seharusnya menjadi salah satu daripada pilihan utama anda. Harga mampu milik? Perodua Myvi adalah hatchback segmen B dengan harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Didatangkan dengan 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter, kedua dua enjin adalah enjin sedutan tabii 4 silinder petrol. Enjin 1.5 liter juga digunakan dalam Toyota Vios dengan talaan yang sedikit berbeza.

HarisHaris

May 12, 2020

Rebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat?

Sejak diperkenalkan di Malaysia, Toyota Innova telah menjadi pilihan mutlak untuk keluarga yang perlukan kereta 7 tempat duduk yang paling boleh dipercayai. Kini di generasi kedua, Toyota Innova menerapkan unsur yang lebih premium untuk menarik pembeli dari pelbagai demografi. Februari yang lalu, Toyota Innova facelift diperkenalkan ke pasaran kita. Model terbaru ini tampil dengan pembaharuan kosmetik, port USB yang dinaik taraf, ciri Blind Spot Monitor, dan kamera 360-darjah jenis 3D. Setelah h

FaisalFaisal

Apr 17, 2021