Tag

cara buka bonet belakang myvi

Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi!

Kecurian kenderaan nampaknya semakin menjadi-jadi dalam keadaan ekonomi sedang bergelut dengan wabak Covid-19. Jika anda pernah membaca artikel kami mengenai senarai kereta paling banyak dicuri, tentunya anda akan menemui Proton Wira. Di samping itu, pencuri dilihat semakin terdesak dengan kegiatan kecurian. Tak dapat kereta, apa yang dapat pun jadilah. Itulah yang terjadi kepada seorang peniaga di Kuala Terengganu apabila mendapati bonet dan bateri kereta milik beliau dicuri. Kecurian tersebut

HarisHaris

Oct 8, 2020

Perodua Myvi, kereta terlaris di Malaysia

Perodua Myvi Perodua Myvi adalah kereta terlaris di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari kereta harian yang bagus, Myvi seharusnya menjadi salah satu daripada pilihan utama anda. Harga mampu milik? Perodua Myvi adalah hatchback segmen B dengan harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Didatangkan dengan 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter, kedua dua enjin adalah enjin sedutan tabii 4 silinder petrol. Enjin 1.5 liter juga digunakan dalam Toyota Vios dengan talaan yang sedikit berbeza.

HarisHaris

May 12, 2020

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang?

UMW Toyota (UMWT) baru sahaja melancarkan Toyota Corolla Cross. Dengan harga RM 124,000 untuk varian 1.8 G dan RM 134,000 untuk varian 1.8 V, pasti ramai yang tertawan dengan nilai yang diberi oleh SUV ini. Juga baca: Toyota Corolla Cross 2021 dilancarkan - 139 PS, 1.8L, TSS, harga bermula RM 124k! Sebelum ini, UMWT pernah melancarkan Toyota C-HR bagi mencantas kedudukan Honda HR-V di pasaran Malaysia. Namun begitu, saiznya yang lebih kecil dan harga yang lebih mahal menyebabkan ia kecundang den

FaisalFaisal

Mar 25, 2021

Kenapa Perodua Ativa 2021 dapat pintu bonet lain daripada Rocky/Raize Jepun?

Perodua Ativa 2021 kini telah tiba di pasaran dan ia diberi beberapa perincian yang unik bagi pasaran Malaysia. Salah satu perincian tersebut ialah pintu bonet besinya yang berbeza daripada Toyota Raize dan Daihatsu Rocky pasaran Jepun iaitu kereta asas Ativa. Pintu Raize/Rocky diperbuat daripada PPGF (polipropilena bertetulang gentian kaca). Baca juga: Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! Perodua memilih pintu bonet belakang jenis besi yang konvensional

MersitaMersita

Mar 5, 2021

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta

Tengah seronok-seronok memandu, tiba-tiba ada si mangkuk yang mengekori belakang kereta kita sambil pasang lampu tinggi. Silau ya amat, mata yang tak sepet pun jadi sepet. Apa nak buat? Nak tukar ‘lane’, tak dapat. Kalau dapat pun malasnya lah hai nak melayan situasi macam ni. Lagipun, perkara sama boleh terjadi kalau kereta yang lampu depannya terang mengekori kita di belakang dan kita pula nak membelok di simpang atau menukar lorong. Bila nak membelok, mesti tengok dulu cermin sisi untuk pasti

MersitaMersita

Nov 9, 2020

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya

Siapa tak suka kereta bersih? Perasaan puas dari melihat kereta dan rim berkilat pasti membuatkan si pemilik bangga apabila meluncur di jalanraya, walaupun bawa kereta yang biasa-biasa saja. Siapa saja yang masuk ke dalam kereta yang bersih dan wangi pun pasti rasa selesa, perasaan dia macam baru keluar dari bilik pameran. Tapi, bila sampai masa nak bersihkan luar dan dalam kereta, ada yang masih tak puas hati – mula la tertanya, “kalau aku cuci enjin apa jadi?”. Persoalannya sekarang ialah sama

MersitaMersita

Oct 4, 2020

Fungsi garisan di cermin belakang kereta dan cara hilangkan kabus cepat

Pemandu baru dan lama semuanya sering hadapi masalah yang sama – sesudah berlari-lari dalam hujan dan masuk ke dalam kereta, cermin pasti ada satu lapisan kabus. Ini disebabkan oleh udara luar yang sejuk menyejukkan cermin kereta – udara suam dari dalam kereta pula bertemu dengan cermin yang sejuk menghasilkan wap pada cermin. Lebih-lebih lagi bila anda masuk ke dalam kereta, haba badan dan pernafasan anda hasilkan wap yang menyebabkan kabus ini timbul di cermin kereta. Apabila proses kondensasi

MersitaMersita

Nov 1, 2020

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Sudah seminggu berlalu setelah kami bawa keluar Perodua Ativa dari bilik pameran dan kami sudahpun berjaya mencapai jarak tempuh lebih 1,000 km. Kami juga sudah selesai menjalankan sesi ‘run-in’ kereta baru ini bagi 1,000 km pertamanya, dimana kami patuhi segala nasihat yang diberi di dalam buku panduan pemilik. Jadual kami di WapCar agak padat dengan ketibaan “Cik Tiva” ini, dan masih ada antara kami yang belum berkesempatan untuk membawanya bersiar-siar. Bagi mereka yang sudah memandunya ke sa

MersitaMersita

Mar 29, 2021

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air

Setiap tahun, pasti ada musim banjir di beberapa kawasan sekitar Malaysia. Awal tahun 2021 disambut dengan kedatangan hujan lebat yang meliputi hampir seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang hari, lagi-lagi ketika cuti hujung minggu panjang dimana ramai penduduk Malaysia merentas negeri. Ada yang terkandas di kampung halaman, ada juga yang tersekat di lebuh raya dek hujan yang seperti tiada penghujungnya. Lebih menyedihkan, kita dikejutkan dengan berita kenderaan yang hanyut dibawa arus deras seh

MersitaMersita

Jan 4, 2021

380 kg daun ketum disumbat dalam Perodua Myvi untuk seludup

Sesiapa yang pernah memiliki Myvi pasti tahu betapa luasnya ruang dalaman Raja Hatchback Malaysia ini. Sumbat-sumbat barang, tau-tau je muat. Jika anda pernah tertanya-tanya atau ragu-ragu lagi, baru-baru ini kami dapat tahu dari laporan Sinar Harian yang sejumlah 380 kilogram ketum diseludup menggunakan Perodua Myvi berhampiran pangkalan haram Aziz di Kampung Pisau Raut, Tumpat pada 30 Januari (Sabtu) lepas. Model Myvi yang digunakan penyeludup tersebut merupakan model Perodua Myvi 2014 Lagi Be

MersitaMersita

Feb 2, 2021

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci!

Pasti anda pernah dengar tentang banyak kereta-kereta baharu yang dilengkapi dengan fungsi ‘keyless entry’ atau 'smart entry'. Tapi, bagi yang baru nak beli kereta sebegini dan mungkin kurang faham bagaimana ia berfungsi, boleh teruskan membaca kerana fungsi ini memang memudahkan kehidupan seharian kita! Pasti ramai yang ada masalah ini: bila sampai ke kereta, kunci dah tersorok jauh di dalam beg dan kita pun ambil masa beberapa minit untuk mencarinya supaya pintu kereta boleh dibuka dengan buta

MersitaMersita

Dec 13, 2020

Kenapa anda tak patut buka penutup radiator apabila enjin terlebih panas?

Pasti ada yang pernah tersekat dalam keadaan enjin kereta ‘overheat’ dan tersadai di tepi jalan dengan enjin yang berasap. Ada juga yang kurang arif tentang perkara yang patut dilakukan jika ini berlaku. Keluar dari kereta, buka penutup enjin, nampak ada benda berasap-asap, lagi nak pegang dan cuba buka, kan… Dalam satu video yang tular baru-baru ini, beberapa lelaki dilihat sedang mencuba untuk membuka penutup radiator yang terang lagi jelas berasap panas. Mereka berjaya membuka penutup tersebu

MersitaMersita

Jul 27, 2020

PKP 2.0: Kedai aksesori kereta dibenarkan buka bermula esok

Merujuk kepada Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, kerajaan bersetuju untuk membuka baki sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi, khususnya kepada peniaga-peniaga kecil. Antara kedai-kedai yang dibenarkan buka bermula esok (10 Febuari 2021) termasuklah kedai aksesori kenderaan, pakaian fesyen dan aksesori, kedai kasut, perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga dan nurseri, kedai permaidani, kraftangan, al

MersitaMersita

Feb 9, 2021

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 telah menggugurkan hiasan lambang yang berdiri di bonet yang ikonik. Perkara ini telah disahkan oleh MotorTrend dimana pilihan tersebut tidak lagi hadir di dalam konfigurasi maya buat Mercedes-Benz E-Class facelift. Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz E-Class 2021 dijangka membuat pelancaran di Malaysia pada awal tahun depan. Hiasan yang berdiri ini sebenarnya bermula sebagai penyukat suhu tetapi selepas ia beralih ke bahagian papan pemuka, hiasan bonet ini hanya b

FaisalFaisal

Dec 22, 2020

Mengamuk sebab cara pemanduan, lelaki pecahkan cermin sisi dan hadapan Honda Civic

Satu lagi kes ‘road rage’ berlaku baru-baru ini melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun yang berang sehingga bertindak menendang cermin sisi sebelah pemandu sebelum membuka helmetnya dan menghentakkannya di penutup but hadapan serta cermin hadapan (‘windscreen’) kereta mangsa sehingga pecah retak. Pemandu kereta Honda Civic FC berkenaan yang berusia 26 tahun dilihat hanya duduk di dalam kereta dan cuba menghubungi polis sambil lelaki tersebut melampiaskan amarahnya. Kejadian ber

MersitaMersita

Mar 16, 2021

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan!

Apabila berbincang tentang penyelenggaraan kereta, kita sering beri lebih perhatian kepada enjin dan transmisi kereta. Lagipun, selalunya kita ke pusat servis kereta pun samada nak tukar minyak enjin atau cecair transmisi. Walaupun kedua-dua aspek ini penting untuk menggerakkan kereta, brek juga sama penting untuk memberhentikan kereta. Oleh itu, bagaimana caranya untuk menjaga brek kereta? Kadangkala, anda mungkin dengar bunyi pelik-pelik yang datangnya dari brek, tapi anda tak tahu apa masalah

MersitaMersita

Aug 30, 2020

Tahukah anda, cermin belakang anda mempunyai mod malam?

Ramai yang tidak menyedari bahawa cermin pandangan belakang mempunyai mod malam. Ini bukan artikel pasal cermin belakang kereta mewah dengan fungsi malap automatik, ini adalah cermin pandangan belakang biasa yang boleh anda temui pada Perodua Myvi. Mod malam tersebut memalapkan cahaya yang menyilaukan anda ketika memandu pada waktu malam dengan menggelapkan sebahagian besar pantulan cahaya. Anda masih boleh melihat lampu kereta di belakang anda dengan jelas tanpa silau. Fungsi ini sangat berguna

HarisHaris

Jun 26, 2020

Cara guna butang Shift Lock sebelah tombol gear

Kebanyakan kereta bertransmisi automatik moden masa kini didatangkan dengan satu fungsi keselamatan gear, iaitu Shift Lock. Pernah nampak tak, butang kecil di sebelah tombol gear di dalam kereta anda? Fungsi Shift Lock ini adalah untuk membolehkan anda menggerakkan atau mengalihkan gear ke posisi selain daripada P (Parking) semasa enjin dimatikan. Apabila anda hendak parkir dan matikan enjin, kunci kereta takkan dapat dipusing untuk mematikan enjin selagi gear belum diletakkan pada P. Kereta aut

MersitaMersita

Sep 1, 2020

Proton Iriz kini mampu mencabar populariti Perodua Myvi

Proton Iriz telah dilancarkan pada tahun 2014 sebagai usaha Proton untuk memberi saingan kepada Perodua Myvi yang lebih popular. Pada ketika itu, Proton Iriz menawarkan lebih banyak ciri ciri keselamatan berbanding Perodua Myvi tetapi sambutan dari pasaran tidak begitu memberangsangkan. Proton telah menaik taraf model Iriz beberapa kali dan model terakhir diperkenalkan pada awal tahun 2019. Sejumlah lima varian telah ditawarkan berbanding empat varian bagi kemas kini pada tahun 2017. Spesifikasi

HarisHaris

May 20, 2020

Sumbat anak tiri dalam bonet nak pergi Tesco, kantoi di roadblock PKP

Seperti yang semua sudah sedia maklum, kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini adalah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Pulau Pinang. Tambahan pula, hanya dua orang dibenarkan berada di dalam satu kereta semasa pelaksanaan ini dilakukan. Namun, ada yang banyak akal apabila hendak ke sana ke mari dikala kita bergelut dengan wabak COVID-19. Akhbar NST melaporkan satu kejadian dimana seorang kanak-kanak lelaki ditemui di dalam bonet se

MersitaMersita

Feb 18, 2021

Rebiu Pemilik: Proton Persona Elegance Facelift H-Line 2010 kereta idaman saya

**Artikel ini berkisar tentang pengalaman peribadi pemilik Proton Persona Elegance Facelift H-Line 2010 dan ia tidak semestinya mewakili pandangan WapCar. Facebook: Hatim Kamarul Zaman Jentera ini merupakan kereta pertama saya dan kereta yang masih saya gunakan sehingga artikel ini ditulis. Didaftarkan pada Februari 2011, kira-kira 5 bulan selepas saya mula bekerja di sektor awam. Kini, ia telah berusia 9 tahun 4 bulan, sudah habis edah dengan bank dan semestinya geran ada di tangan. Lama sebelu

MersitaMersita

Jul 13, 2020

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer'

Pacuan roda belakang (RWD) membawa kegembiraan yang tidak terkira kepada pemandunya. Ia terkenal kerana keseimbangannya dan tindak balas stereng yang sedap ketika dipandu. Paling best, anda boleh oversteer dengan sengaja (atau kata lain, drift) ketika mengambil selekoh. Maka tidak hairanlah ramai peminat pemanduan memuji secara terus menerus mengenai faedah dan kepuasan yang dapat diberikan oleh sebuah kereta pacuan belakang. Namun saya pernah mendengar sesetengah pemandu mengatakan mereka minat

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jun 30, 2020

Gadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!

Dalam satu muatnaik di laman Facebook Art of Speed Malaysia, sebuah Perodua Myvi telah diubahsuai menjadi ‘camper car’ dimana kerusi belakang diturunkan untuk memuatkan beberapa keping papan lapis yang dijadikan asas tilam lengkap dengan lampu liplap, bantal dan langsir Beliau dilihat memandu Perodua Myvi generasi pertama (2005 – 2008) yang memang terkenal dengan ruang dalamannya yang sangat luas bagi kereta hatchback nasional. Tempat duduk belakangnya boleh diturunkan dengan betul-betul rata -

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Tak ada brek tangan macam mana? Ini cara drift menggunakan Electric Parking Brake

Jeremy Clarkson pernah menyebut, “Tiada yang lebih mengujakan makwe berbanding pusingan drift yang dilaksanakan dengan baik.” Oleh itu, seorang pembaca ada bertanyakan mengenai soalan menarik ini. Macam mana nak drift kalau guna EPB (Electric Parking Brake)? Jawapan adalah ya dan tidak. Sebelum itu, EPB adalah sistem yang menarik brek tangan anda ketika parkir secara automatik. Sistem ini membolehkan brek tangan konvensional (jenis tombol) dikeluarkan dari kereta, menjadikan konsol tengah lebih

HarisHaris

Jun 27, 2020

Perodua Myvi S-Edition 2020 vs Myvi GT: Mana satu pilihan hati?

Kita baru-baru ini dikejutkan dengan berita Perodua memperkenalkan Perodua Myvi S-Edition 2020 di Brunei seiringan model biasa. Jangan terkejut kalau anda dengar Malaysia bukanlah negara pertama untuk menerima model ini. Digelar Myvi S-Edition, ia diinspirasikan oleh Myvi GT yang ditayangkan di 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (2018 KLIMS). Walaubagaimanapun, tidak seperti Myvi GT yang dibina berdasarkan Myvi 1.5 AV, kereta Myvi S-Edition pasaran Brunei adalah berdasarkan Myvi 1.3G spe

MersitaMersita

Jul 6, 2020

Beg bagasi Mazda ini boleh dipandu - enjin 33.6cc dua lejang & tahap kelajuan 30 km/j!

Bayangkan jika anda turun dari kapal terbang, ambil barang dan tidak perlu lagi membuang masa untuk menunggu Grabcar atau menyewa kereta, sebaliknya anda cuma perlu buka beg bagasi anda dan pandu terus. Inilah salah satu idea yang datang dari sebuah jurutera yang bekerja di Mazda. Pada tahun 1991, Mazda Engineering mengadakan sebuah pertandingan reka bentuk yang dipangil 'Fatasyard' di jabatan mereka. Ketika itu, 1990-an adalah era keemasan bagi Mazda. Mazda telah berjaya menhangatkan semula pas

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Aug 9, 2020

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul!

Masa nak beli kereta, pernah nampak “ISOFIX anchor points” dalam risalah spesifikasi? Hampir semua kereta masa kini dilengkapi dengan braket besi ISOFIX di tempat duduk belakang untuk kerusi keselamatan kanak-kanak yang ada sistem sama. Oleh itu, apa maksud ISOFIX anchor points? Pemegang kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX anchor points atau pemegang ISOFIX ialah satu kelengkapan untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dimana pemegang besi ini bersambung sekali dengan chassis kereta untuk memasti

MersitaMersita

Nov 14, 2020

KPDNHEP cadang bengkel didaftarkan - tiada standard punca kualiti servis bengkel teruk!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memberikan cadangan supaya pusat selenggara dan baik pulih kenderaan didaftarkan dengan kerajaan bagi meningkatkan kualiti servis bengkel di Malaysia. Timbalan Menteri Datuk Rosol Wahid berkata, mesyuarat di kementerian tersebut telah memutuskan perkara tersebut hari ini. Beliau turut menambah bahawa sudah tiba masanya untuk melaksanakan standard dalam operasi bengkel untuk menjaga kualiti servis dan kebersihan di ben

HarisHaris

Apr 8, 2021

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Sebelum anda buat kesimpulan yang artikel ini satu lagi kritik bagi produk domestik kita sendiri, anda silap. Perodua Myvi barangkali kereta yang terbaik untuk pemanduan harian yang ada di pasaran setakat ini. Sebagai kereta harian, Perodua Myvi hampir sempurna. Ia cukup cemerlang sampaikan Honda Jazz pun nampak biasa. Jazz ada Smart Tag bina-dalam atau AEB? Tak kan? Ultra Seats yang ada pada Honda Jazz cukup menarik untuk dimiliki, tapi berapa kali je anda nak kena lipat kerusi belakang? Jadi,

MersitaMersita

Aug 26, 2020

Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Bila beli kereta baru, selalunya orang tak ‘test drive’ dulu. Zaman sekarang, anda boleh Google saja kalau nak dapatkan maklumat tentang kereta serba baharu. Siap ada teknologi VR lagi. Pandemik COVID-19 juga telah memaksa beberapa jenama kereta untuk mempertingkatkan lagi kepenggunaan bilik pameran virtual mereka. Beli kereta serba baru yang dipesan dari pengedar sah/rasmi memang mudah, tapi bagi kereta terpakai pula lain ceritanya. Bila memandu-uji kereta baru, kita nak lihat apa yang kereta s

MersitaMersita

Sep 9, 2020