Tag

cara pasang ring piston

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta

Tengah seronok-seronok memandu, tiba-tiba ada si mangkuk yang mengekori belakang kereta kita sambil pasang lampu tinggi. Silau ya amat, mata yang tak sepet pun jadi sepet. Apa nak buat? Nak tukar ‘lane’, tak dapat. Kalau dapat pun malasnya lah hai nak melayan situasi macam ni. Lagipun, perkara sama boleh terjadi kalau kereta yang lampu depannya terang mengekori kita di belakang dan kita pula nak membelok di simpang atau menukar lorong. Bila nak membelok, mesti tengok dulu cermin sisi untuk pasti

MersitaMersita

Nov 9, 2020

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang?

Katakanlah tayar kereta anda ada yang perlu ditukar tapi anda nak jimat sikit. Kadangkala bukan keempat-empat tayar yang perlu ditukar tapi hanya sepasang. Dilema yang sering dihadapi apabila nak tukar tayar ialah samada nak pasang tayar baru di depan atau belakang? Nampak mudah, tapi bergantung kepada sumber anda, pendapat kadangkala berbeza. Kali ini, kami ingin kupas bagaimana posisi tayar baru anda akan memberi impak kepada pemanduan kereta anda. Katakanlah, anda pasang tayar baru di hadapan

MersitaMersita

Jan 31, 2021

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200

Sekalipun ideanya nampak bijak dan tujuannya juga 'murni', namun jika ia tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan, anda tetap tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Itu yang terjadi kepada seoraang pekerja pemasangan yang bertindak membina 'bumbung' pada motosikal skuter SYM VTS 200 miliknya sejak tahun lalu. Begitupun, idea 'genius' lelaki berkenaan berakhir dengan nota saman atas kesalahan mengubah suai struktur asal motosikal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan. I

KhairilKhairil

Mar 11, 2021

Fungsi garisan di cermin belakang kereta dan cara hilangkan kabus cepat

Pemandu baru dan lama semuanya sering hadapi masalah yang sama – sesudah berlari-lari dalam hujan dan masuk ke dalam kereta, cermin pasti ada satu lapisan kabus. Ini disebabkan oleh udara luar yang sejuk menyejukkan cermin kereta – udara suam dari dalam kereta pula bertemu dengan cermin yang sejuk menghasilkan wap pada cermin. Lebih-lebih lagi bila anda masuk ke dalam kereta, haba badan dan pernafasan anda hasilkan wap yang menyebabkan kabus ini timbul di cermin kereta. Apabila proses kondensasi

MersitaMersita

Nov 1, 2020

Nak pasang roof box dan roof rack - apa kelebihan dan kekurangannya?

Pernah lihat kereta yang ada rak dan kotak plastik di atas bumbungnya? Kotak bumbung (roof box) ini cukup berguna untuk meningkatkan kapasiti ruang simpanan di dalam kereta anda. Anda boleh pasang sendiri kotak bumbung ini ataupun pergi ke kedai aksesori jika anda malas nak pasang sendiri. Jika ada merancang untuk memasang kotak bumbung, ada beberapa jenis pelekap bumbung (roof mounts) yang dipasang dari kilang kereta itu sendiri: Rel yang dinaikkan (raised rails) Rel jenis padat/padu (solid) Ti

MersitaMersita

Mar 21, 2021

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan!

Seorang pemuda di Tangkak, Johor memberi alasan 'unik' yang mana penggunaan ekzos bising pada motosikal ditunggangnya adalah demi keselamatan bapanya yang sudah berusia. Pemuda berusia 20 tahun itu ditahan dalam Ops Ekzos Bising yang dijalankan Polis Daerah Tangkak bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Bahru, baru-baru ini. "Saya yang memasang ekzos bising di motorsikal milik bapa ini. Ekzos bising ni boleh jaga keselamatan bapa saya, tuan... pasal tu

KhairilKhairil

Apr 1, 2021

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda

Antara komponen keselamatan yang paling penting untuk setiap kereta adalah sistem brek. Jika pemandu tidak boleh memberhentikan kereta secara efektif, memang tak heran jika terjadinya kemalangan. Sistem brek adalah sebahagian daripada servis penyelenggaraan pencegahan yang menyeluruh bagi memastikan kecekapan keseluruhan sistem brek kereta anda. Terdapat pelbagai komponen untuk sesebuah sistem brek seperti kaliper brek, pad brek, piston brek, pin, dan sebagainya. Tapi tahukah anda komponen brek

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Nov 11, 2020

Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul!

Masa nak beli kereta, pernah nampak “ISOFIX anchor points” dalam risalah spesifikasi? Hampir semua kereta masa kini dilengkapi dengan braket besi ISOFIX di tempat duduk belakang untuk kerusi keselamatan kanak-kanak yang ada sistem sama. Oleh itu, apa maksud ISOFIX anchor points? Pemegang kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX anchor points atau pemegang ISOFIX ialah satu kelengkapan untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dimana pemegang besi ini bersambung sekali dengan chassis kereta untuk memasti

MersitaMersita

Nov 14, 2020

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya

Siapa tak suka kereta bersih? Perasaan puas dari melihat kereta dan rim berkilat pasti membuatkan si pemilik bangga apabila meluncur di jalanraya, walaupun bawa kereta yang biasa-biasa saja. Siapa saja yang masuk ke dalam kereta yang bersih dan wangi pun pasti rasa selesa, perasaan dia macam baru keluar dari bilik pameran. Tapi, bila sampai masa nak bersihkan luar dan dalam kereta, ada yang masih tak puas hati – mula la tertanya, “kalau aku cuci enjin apa jadi?”. Persoalannya sekarang ialah sama

MersitaMersita

Oct 4, 2020

Beg udara membunuh? 10 tip untuk beg udara, dan cara betul pakai seatbelt untuk ibu mengandung

Kenderaan semakin lama semakin dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan. Antara yang paling penting dan ‘basic’ ialah tali pinggang keledar dan beg udara. Tapi, tahukah anda yang peralatan yang sepatutnya boleh menyelamatkan nyawa ini juga boleh membunuh jika tidak dirapikan dengan betul? Menurut data yang diambil dari United States Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), National Highway Transport Safety Administration (NHTSA) menganggarkan yang sehingga 2013, 39,886 berjaya dise

MersitaMersita

Nov 27, 2020

Cara guna butang Shift Lock sebelah tombol gear

Kebanyakan kereta bertransmisi automatik moden masa kini didatangkan dengan satu fungsi keselamatan gear, iaitu Shift Lock. Pernah nampak tak, butang kecil di sebelah tombol gear di dalam kereta anda? Fungsi Shift Lock ini adalah untuk membolehkan anda menggerakkan atau mengalihkan gear ke posisi selain daripada P (Parking) semasa enjin dimatikan. Apabila anda hendak parkir dan matikan enjin, kunci kereta takkan dapat dipusing untuk mematikan enjin selagi gear belum diletakkan pada P. Kereta aut

MersitaMersita

Sep 1, 2020

RM 50k for a used Subaru XV, but what are the common problems?

The most popular Subaru in Malaysia is none other than the Subaru XV. It is the smallest car Subaru Malaysia has on sale and considered the entry-level car to enjoy the balance of a boxer engine and the famed Symmetrical AWD. The first generation XV is now on sale in the used car market for around RM 50,000 but what are the issues you should look out for before buying one used? Common problems To find out more about the common issues owners usually face on the first-generation Subaru XV, we refe

JerricaJerrica

Feb 14, 2021

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air

Setiap tahun, pasti ada musim banjir di beberapa kawasan sekitar Malaysia. Awal tahun 2021 disambut dengan kedatangan hujan lebat yang meliputi hampir seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang hari, lagi-lagi ketika cuti hujung minggu panjang dimana ramai penduduk Malaysia merentas negeri. Ada yang terkandas di kampung halaman, ada juga yang tersekat di lebuh raya dek hujan yang seperti tiada penghujungnya. Lebih menyedihkan, kita dikejutkan dengan berita kenderaan yang hanyut dibawa arus deras seh

MersitaMersita

Jan 4, 2021

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru!

Apabila anda membeli kereta yang serba baru, anda perlu menjalankan sesi ‘run-in’ bagi 1,000 km pertamanya. Pemilik disarankan untuk tidak ‘melenjan’ atau pandu dengan kasar sejurus selepas kereta diambil dari bilik pameran. Sama juga dengan Perodua Ativa baharu kami – kami jalankan sesi ‘run-in’ terlebih dahulu. Bagaimana caranya nak ‘run-in’ kereta? Pandu kereta dengan lembut dan berhati-hati dan jangan langkaui kadar rpm serta hadlaju yang tertentu. Di dalam setiap buku panduan pemilik kereta

MersitaMersita

Mar 23, 2021

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik

Anda baru nak belajar memandu kereta? Nak lepas ujian amali memandu bukan senang, walaupun untuk lesen kereta auto! Kalau anda langsung tak ada pengalaman atau ‘zero’ dalam pemanduan kereta, teruskan membaca. Kami nak kongsi tips berguna dan cara yang betul untuk memandu kereta automatik. Bagi yang dah pandai memandu - belum ada atau dah ada lesen - pun boleh belajar serba-sedikit tentang langkah-langkah yang boleh diambil ketika memandu di jalan rata, lebuhraya, naik bukit atau turun bukit. Tip

MersitaMersita

Oct 29, 2020

Mengamuk sebab cara pemanduan, lelaki pecahkan cermin sisi dan hadapan Honda Civic

Satu lagi kes ‘road rage’ berlaku baru-baru ini melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun yang berang sehingga bertindak menendang cermin sisi sebelah pemandu sebelum membuka helmetnya dan menghentakkannya di penutup but hadapan serta cermin hadapan (‘windscreen’) kereta mangsa sehingga pecah retak. Pemandu kereta Honda Civic FC berkenaan yang berusia 26 tahun dilihat hanya duduk di dalam kereta dan cuba menghubungi polis sambil lelaki tersebut melampiaskan amarahnya. Kejadian ber

MersitaMersita

Mar 16, 2021

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan?

BMW memang terkenal dengan rekaan yang radikal. Dengan tema terbaru BMW yang berkisar tentang cara memaksimumkan penggunaan kidney grill, model-model zaman 2000 kelihatan seperti generasi terakhir yang memiliki rekaan yang malar segar. Jika anda mempunyai pendapat yang sama, mungkin anda akan mempertimbangkan model BMW 3 Series generasi E90 ini. Hasil tangan Joji Nagashima ini menjadi rujukan pada model F30 seterusnya, memberikan suatu penampilan moden dan menangkap arus zamannya. Atas sebab ini

HarisHaris

Apr 10, 2021

Tak ada brek tangan macam mana? Ini cara drift menggunakan Electric Parking Brake

Jeremy Clarkson pernah menyebut, “Tiada yang lebih mengujakan makwe berbanding pusingan drift yang dilaksanakan dengan baik.” Oleh itu, seorang pembaca ada bertanyakan mengenai soalan menarik ini. Macam mana nak drift kalau guna EPB (Electric Parking Brake)? Jawapan adalah ya dan tidak. Sebelum itu, EPB adalah sistem yang menarik brek tangan anda ketika parkir secara automatik. Sistem ini membolehkan brek tangan konvensional (jenis tombol) dikeluarkan dari kereta, menjadikan konsol tengah lebih

HarisHaris

Jun 27, 2020

Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Katakanlah anda nak beli kereta terpakai. Mungkin anda nak buat jadi kereta projek, mungkin juga ia model kereta unik yang anda dah lama idamkan, ataupun model kereta yang tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Kalau anda nak beli kereta terpakai kerana bajet sendu, anda mungkin perlu pertimbangkan pilihan lain seperti pengangkutan awam atau motosikal saja. Bukan apa, kalau dapat kereta tak elok nanti anda juga yang susah. Kalau anda masih teruskan juga baca artikel ini, kami rasa anda cukup ser

MersitaMersita

Aug 24, 2020

Why is my ABS warning light on? And what is a wheel speed sensor?

One of the warning lights in your car is the ABS warning light. ABS stands for anti-lock braking system, and it ensures you have complete control of your car in emergency braking situations. What does a glowing ABS warning light mean? Unless you see leaking brake fluid, the most common reason for the ABS warning light is a faulty wheel speed sensor. In fact, some car brands have this as a recurring problem. There are other reasons for failed ABS systems too, albeit less prevalent. Some refer to

ArifArif

Feb 21, 2021

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta?

Overhaul enjin kereta melibatkan proses yang agak teliti dan rumit. Ia harus dilakukan dengan berhati-hati dan selalunya memakan kos yang agak besar, tapi perlu dilakukan demi menyelamatkan kereta tersayang. Jom kenali maksud overhaul enjin kereta, anggaran kos/upah overhaul enjin kereta, pantang selepas overhaul enjin kereta, dan lain-lain. Apa maksud overhaul? Maksud overhaul secara amnya ialah meleraikan enjin supaya mekanik boleh membaiki punca masalah itu secara terus dan langsung pada baha

MersitaMersita

Oct 11, 2020

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini!

Itulah satu-satunya bahagian yang menghubungkan anda ke jalan raya, namun ia juga antara bahagian yang selalu ramai terlepas pandang. Tayar adalah salah satu bahagian terpenting di dalam kereta anda, jadi disini kami ingin berkongsi tiga cara mudah untuk menjaganya. 1. Jangan lupa untuk isi angin dengan kerap! Ini adalah petua mudah tetapi salah satu perkara paling penting yang perlu anda ketahui – isi angin tayar anda! Sangat mudah - ketahui saiz tayar anda dan ikuti panduan tekanan yang betul.

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jul 25, 2020

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan!

Apabila berbincang tentang penyelenggaraan kereta, kita sering beri lebih perhatian kepada enjin dan transmisi kereta. Lagipun, selalunya kita ke pusat servis kereta pun samada nak tukar minyak enjin atau cecair transmisi. Walaupun kedua-dua aspek ini penting untuk menggerakkan kereta, brek juga sama penting untuk memberhentikan kereta. Oleh itu, bagaimana caranya untuk menjaga brek kereta? Kadangkala, anda mungkin dengar bunyi pelik-pelik yang datangnya dari brek, tapi anda tak tahu apa masalah

MersitaMersita

Aug 30, 2020

Geely’s Expanding Cosmos grille first appeared on the Volvo Concept Universe in 2011

One defining design element on modern Geely cars is its ‘Expanding Cosmos’ grille. Here’s a little trivia, the multi-ring grille actually first appeared on the Volvo Concept Universe in 2011. The Volvo Concept Universe was presented at the 2011 Shanghai International Motor Show, their first major debut after Geely acquired them in 2009, and it previews the Swedish premium carmaker’s purportedly next flagship sedan. It wasn’t until 2017 when Volvo presented their S90 sedan. The S90 shares a numbe

Adrian ChiaAdrian Chia

May 2, 2020

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan?

Proton X50 Proton X50 baru sahaja dilancarkan dengan 4 pilihan varian dan 2 pilihan enjin. SUV segmen B terbaru dari Proton ini ternyata digembar-gemburkan dengan jayanya dan ura-ura mengatakan bahawa 12,000 tempahan telah diterima dalam masa yang sama, hanya 4,000 unit disasarkan untuk disiapkan sebelum tahun 2021. Antara perkara yang paling hangat diperkatakan adalah penggunaan enjin 3 silinder. Karakter enjin 3 silinder adalah gegaran. Walaubagaimanapun, Volvo dan Geely mengeluarkan kenyataan

HarisHaris

Sep 25, 2020

Kehebatan enjin rotary Mazda, enjin untuk masa hadapan

Enjin rotary (putaran) Wankel kekal sebagai salah satu ciptaan yang paling bermisteri dalam industri automotif. Bukannya kami tak tahu bagaimana ia berfungsi, cuma peminat-peminat kereta tak henti-henti berbincang mengenainya. Bagi pemilik Mazda RX-7, jangan cepat perasan. Enjin anda bakar lebih banyak bahan api dari pelantar minyak, malahan ia seringkali perlu dibina semula. Ura-ura mengenai era baru bagi enjin rotary semakin hangat dibincangkan semenjak RX-8 dihentikan. Hampir setiap tahun aka

MersitaMersita

Sep 10, 2020

Cikgu sekolah memandu kena saman JPJ, biarkan murid memandu sendiri!

Pemeriksaan mengejut ke sebuah institut latihan memandu di Seberang Jaya mendapati bahawa murid di sekolah memandu berkenaan mengendalikan kenderaan secara individu. Menurut Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa, pihaknya mendapati bahawa pelatih atau cikgu sekolah memandu membiarkan calon sekolah memandu secara berseorangan lantas saman dikeluarkan atas salahlaku tersebut. “Kami terpaksa mengeluarkan notis saman terbabit kerana tindakannya membiarkan calon tanpa pengawasan ketika memandu boleh me

HarisHaris

Mar 15, 2021

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya

Pemilik kereta Porsche dan Subaru mungkin berlainan personaliti dan latar-belakangnya. Walaupun kedua-dua jenama kereta ini berbeza dalam pelbagai aspek, satu perkara yang dikongsi ialah minat mereka terhadap enjin ‘flat’ atau ‘boxer’ yang digunapakai di dalam kereta-kereta mereka. Secara ringkasnya, enjin ‘boxer’ ialah enjin dengan piston melintang yang kedudukannya bertentangan antara satu sama lain. Selain daripada Porsche dan Subaru, ada juga beberapa model kereta lain yang menggunakan konfi

MersitaMersita

Oct 6, 2020

Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000!

Adakah anda berhajat untuk memasuki trek Sepang tetapi tidak berani untuk jejak kaki di trek sebenar? Atau anda seorang kaki permainan video yang ingin mencuba benda baru? Takpun, anda dah bosan sangat duduk kat rumah disebabkan PKP? Jika salah satu daripada persoalan ini timbul dalam minda anda, anda bertuah kerana saya sendiri adalah pengguna racing simulator ini sejak dari 2005, dan saya ingin kongsikan 6 langkah cara mudah untuk mulakannya! Perlu kami ingatkan bahawa kos serendah RM 1,000 in

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 20, 2021

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik!

Anda dah berapa lama WFH atau kerja dari rumah? Kalau sebelum ini anda keluar memandu kereta anda hampir setiap hari, keadaan mungkin berubah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun lepas. Kali ini kami akan bincangkan beberapa perkara mudah yang anda boleh amalkan untuk memastikan kereta anda terjaga dengan baik dan rapi walaupun lama tidak dipandu keluar. Jaga, jangan tak jaga. 1. Jangan parking bawah pokok! Ya, kami faham ada yang suka parking bawah pokok kerana mahuk

MersitaMersita

Feb 14, 2021