Tag

gambar kereta proton

Proton Tiara kereta elektrik keluaran pertama Citroën

Kita telah melihat pelbagai cubaan inovasi oleh Proton seperti model Arena, Juara dan Savvy. Sebagai pengeluar kereta, Proton sebenarnya agak mentah memandangkan Hyundai diasaskan pada tahun 1967 manakala Volkswagen pula ketika pra-Perang Dunia Kedua. Proton pula diasaskan pada tahun 1983. Pasti anda masih ingat dengan sebuah kereta Proton terdahulu bernama Proton Tiara. Ia agak menghairankan kerana ia adalah satu-satunya kolaborasi antara Proton dengan pembuat kereta Perancis. Proton Tiara memp

MersitaMersita

Jun 22, 2020

Proton X50: Tak perlu teka lagi, inilah gambar rasmi!

Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, akhirnya gambar rasmi Proton X50 didedahkan oleh Proton sendiri. Apa macam, cantik, menarik, tertarik? Seperti yang dijangkakan, penampilan luarannya tidaklah berbeza sangat dari Geely Binyue - model yang merupakan asas kepada X50 ini. X50 ini mempunyai perincian kecil seperti garisan merah pada gril hadapan. Walaupun spesifikasi X50 belum lagi didedahkan, Geely Binyue dikuasai sebuah enjin 1.5 liter, 3-silinder berkuasa turbo yang disertakan transmisi dwi-kl

SanjaySanjay

Sep 12, 2020

Jaga-jaga penjenayah, kereta polis Proton X70 sudah mari!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini melengkapkan senjata mereka dengan kuasa i-VTEC oleh Honda Civic polis yang sering dilihat sejak kebelakangan ini. Kini, giliran Proton X70 pula untuk mengukuhkan senjata polis di Malaysia. Seperti yang pernah dilaporkan, kita pernah melihat SUV kegemaran Malaysia dalam pakaian seragam polis. Terima kasih kepada rakan kami di Funtasticko, kini nampaknya SUV tersebut bakal digunakan secara umum. Berdasarkan gambar ini, SUV polis ini sedang dihantar oleh tr

FaisalFaisal

Nov 13, 2020

Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?

Kami berpeluang untuk melihat sendiri dan memeriksa kereta-kereta Proton yang bakal dilupuskan di Pickles Asia Auction pada 22 Julai 2020. Tarikh ini mungkin menjadi titik akhir bagi kereta-kereta Proton yang pernah mewarnai industri automotif negara walaupun sekadar konsep. Walaupun 7 buah model konsep Proton telah ditarik balik dari lelongan, kebanyakannya masih akan pergi ke tempat pelupusan atau diguna semula. Harus diingatkan bahawa kereta-kereta ini tidak mempunyai dokumen yang sah untuk d

HarisHaris

Jul 23, 2020

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya.

Awal minggu lepas, Proton menerima pelbagai cacian kerana mereka melelong kereta-kereta prototaip dan konsep mereka termasuklah kereta konsep Emas ItalDesign Giugiaro dan juga kereta rally PERT Karamjit Singh. Pengkritik berkata yang pemilik Proton baru dari China iaitu Geely tidak menghormati legasi Proton, dan banyak kereta-kereta ini patut disimpan di dalam muzium. Tapi, kami rasa ini tidak benar. Jom kita imbas semula garis masanya. Kereta-kereta ini disimpan dan dibiarkan mereput oleh pemil

MersitaMersita

Jul 27, 2020

Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi!

Kecurian kenderaan nampaknya semakin menjadi-jadi dalam keadaan ekonomi sedang bergelut dengan wabak Covid-19. Jika anda pernah membaca artikel kami mengenai senarai kereta paling banyak dicuri, tentunya anda akan menemui Proton Wira. Di samping itu, pencuri dilihat semakin terdesak dengan kegiatan kecurian. Tak dapat kereta, apa yang dapat pun jadilah. Itulah yang terjadi kepada seorang peniaga di Kuala Terengganu apabila mendapati bonet dan bateri kereta milik beliau dicuri. Kecurian tersebut

HarisHaris

Oct 8, 2020

Panik kereta dicuri, abang polis jumpa sekejap je

Sepasang warga emas berusia 60-an yang baru sahaja selesai membeli barang keperluan di pasar Pekan Ranau pada pagi semalam (22 Jan) terkejut mendapati kereta Proton Iswara berwarna kelabu milik mereka hilang di tempat parkir. Panik, mereka meminta bantuan orang ramai untuk mengesan semula kereta terbabit. Seperti biasa, media sosial digunakan kerana ‘kuasa viral’ dan netizen di Malaysia memang cukup pantas buat kerja. Menurut Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton, pasangan t

MersitaMersita

Jan 22, 2021

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70?

Segmen SUV di Malaysia dijangka akan jadi lebih ‘panas’ kerana MG dijangka akan kembali ke Malaysia tak lama lagi. Kelibat MG HS semakin kerap dilihat semenjak dua menjak ini, mewujudkan ura-ura yang mengatakan syarikat tersebut sedang berusaha untuk memperkenalkan model kereta mereka sebelum berakhirnya tahun ini. Apa itu MG HS? MG HS ialah SUV segmen C yang bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5, dan Proton X70. Mula-mula sekali diperkenalkan sebagai kereta konsep pada 2018, ia seterusnya dila

MersitaMersita

Oct 14, 2020

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia?

Malaysia ada Litar Antarabangsa Sepang, litar Pasir Gudang, dan litar Dato’ Sagor. Kita pernah ada litar lumba di Batu Tiga yang pernah digunakan untuk pembikinan filem Jackie Chan iaitu “Thunderbolt”. Rakyat Malaysia memang gemarkan sukan permotoran dan kita telah cuba sedaya-upaya untuk membuatkannya lebih mudah untuk disertai. Walaupun lumba trek terbukti lebih popular, satu sukan permotoran yang juga sangat diminati ialah sukan rali. Walaupun kita tak ada peringkat musim salji dan pokok pain

MersitaMersita

Nov 13, 2020

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi?

Proton Suprima S Proton Suprima S yang hadir bersama-sama Proton Preve sebagai sebuah model global. Namun yang demikian, prestasi kereta Proton sebelum itu ternyata mengaburi nilai yang mampu ditawarkan oleh Proton Suprima S justeru menjejaskan penjualan hatchback segmen C ini. Berbeza dengan Proton Preve yang mahu memecahkan dominasi (dan sentimen) sedan segmen C buatan Jepun, Proton Suprima S pula dilihat mahu menyaingi pasaran hatchback conti, antaranya Ford Focus dan Volkswagen Golf. Dilengk

HarisHaris

Nov 9, 2020

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020?

Untuk tahun 2020 sahaja, pelancaran model kereta segmen B (dan kemaskini) adalah yang paling banyak. Rakyat Malaysia sukakan segmen B, suatu situasi yang sedikit berbeza di kebanyakan negara ASEAN lain. Oleh itu, kita ditawarkan dengan model-model segmen B terbaik yang ada di ASEAN. Tak percaya? Di sini kami senaraikan. Perodua Myvi Perodua Myvi Perodua Myvi dikemaskini pada tahun 2020 dengan tambahan ASA 2.0. Ia juga menerima warna baru Electric Blue. Nak tahu siapa beli Perodua Myvi 2020 baru?

HarisHaris

Dec 30, 2020

Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua. Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula. Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir M

MersitaMersita

Sep 11, 2020

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Selalunya, sebelum orang beli kereta terpakai, beberapa soalan biasa sering diajukan. Contohnya, “Kereta ni owner dulu beli tahun bila?” “Owner lama lelaki ke perempuan?” “Kereta ni pernah accident?” dan barangkali macam-macam soalan lagi. Kalau anda dapat penjual yang jujur, soalan ketiga mungkin akan dijawab dengan setulus hati. Kalau tak, macam mana anda nak tahu jawapan sebenar? Perkara biasa bila tengok-tengok kereta terpakai antaranya ialah anda akan nampak calar, lekuk, atau 'putty' sikit

MersitaMersita

Aug 28, 2020

Rebiu Pemilik: Proton Persona Elegance Facelift H-Line 2010 kereta idaman saya

**Artikel ini berkisar tentang pengalaman peribadi pemilik Proton Persona Elegance Facelift H-Line 2010 dan ia tidak semestinya mewakili pandangan WapCar. Facebook: Hatim Kamarul Zaman Jentera ini merupakan kereta pertama saya dan kereta yang masih saya gunakan sehingga artikel ini ditulis. Didaftarkan pada Februari 2011, kira-kira 5 bulan selepas saya mula bekerja di sektor awam. Kini, ia telah berusia 9 tahun 4 bulan, sudah habis edah dengan bank dan semestinya geran ada di tangan. Lama sebelu

MersitaMersita

Jul 13, 2020

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi?

Dengan pelbagai gambar-gambar intipan yang dilihat semenjak dua menjak ini, peminat hatchback Proton ini sudah tak sabar menunggu kedatangan Proton Iriz 2021 facelift yang akan dikeluarkan tahun hadapan. Ada banyak lagi gambar intipan lain, yang di atas antara gambar intipan terawal yang ditangkap. Sejak itu, ia dilihat beberapa kali lagi di sekitar Malaysia dan sering dilihat bersama-sama Proton Persona 2021 facelift. Seperti biasa, kereta-kereta facelift menayangkan beberapa perubahan kosmetik

MersitaMersita

Nov 19, 2020

Kantoi bawa ketum dalam but kereta Wira, 3 transporter ditahan polis

Gambar hiasan Disebabkan upah RM 500, dua beradik dan seorang rakan kantoi dalam perjalanan mereka menghantar kira-kira 50 kg daun ketum ke Kuala Lumpur dari pembekal di Kepala Batas. Menurut laporan oleh Harian Metro itu, polis menemui kereta Proton Wira yang dinaiki oleh tiga lelaki berumur antara 20 dan 28 tahun dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan dalam sekatan jalan raya rentas negeri di Plaza Tol Jawi pada tengah malam Selasa lepas. Suspek disuruh membuka but kereta dan polis menemui

MersitaMersita

Nov 27, 2020

Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta?

Overhaul enjin kereta melibatkan proses yang agak teliti dan rumit. Ia harus dilakukan dengan berhati-hati dan selalunya memakan kos yang agak besar, tapi perlu dilakukan demi menyelamatkan kereta tersayang. Jom kenali maksud overhaul enjin kereta, anggaran kos/upah overhaul enjin kereta, pantang selepas overhaul enjin kereta, dan lain-lain. Apa maksud overhaul? Maksud overhaul secara amnya ialah meleraikan enjin supaya mekanik boleh membaiki punca masalah itu secara terus dan langsung pada baha

MersitaMersita

Oct 11, 2020

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

Model Proton Edisi Istimewa dilancarkan pada minggu yang sama model Perodua Ativa dibuka untuk tempahan. Lebih menarik lagi, Perodua Ativa sebenarnya dirancang untuk dibuka tempahan lebih awal (menurut sebuah dokumen awal yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my) namun telah ditukar tarikh kepada selepas pelancaran model Proton Edisi Istimewa. Kebetulan atau disengajakan? Jika anda tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Proton melancarkan model istimewa, rujuk artikel kami di bawah. Selalunya mode

HarisHaris

Feb 28, 2021

Penyejuk enjin: Tip penjagaan bagi sistem penyejukan kereta anda

Berada di bawah panas terik boleh membuatkan anda rasa pening, lemas, jantung berdegup laju, dan boleh menyebabkan kematian. Terperangkap di dalam kereta panas boleh menyebabkan maut pada orang dewasa dalam masa hanya 1 jam. Sama seperti manusia, enjin kereta juga boleh rosak teruk jika ia terus-terusan berfungsi dalam keadaan panas berlebihan. Enjin boleh mengecut, mengembang, berubah bentuk atau retak apabila ia terlalu panas. Kepanasan melampau sememangnya tidak elok untuk kesihatan enjin and

MersitaMersita

Aug 6, 2020

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan?

Pernah diintip ketika diuji di Petaling Jaya pada hujung tahun lepas, kali ini ia dilihat lagi sekali ketika dipandu uji di LDP beberapa hari yang lalu hasil tangkapan Muhamad Nur Affieq / Nadhira Ahmad Najib. Gambar intipan yang dimuatnaik oleh The Ajerul itu menunjukkan Proton Iriz dan Proton Persona dengan stiker ‘camo’ diuji di jalan raya bandar barangkali untuk melihat kesesuaiannya bagi penggunaan kawasan urban. Varian Iriz crossover (mungkin dikenali sebagai Iriz Active) yang diintip kali

MersitaMersita

Jan 25, 2021

Ini kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

PROTON PUTRA WRC. Sebuah model yang sentiasa menjadi bualan setiap lapisan masyarakat umum. Pelbagai kisah yang berbeza, khabar angin serta gambar-gambar berkenaan dengan model ini telah tersebar di rangkaian internet. Model ini telah dibina bagi memenuhi piawai undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh FIA pada tahun 1997 berkenaan dengan World Rally Championship (WRC). Undang-undang baharu bagi WRC ini adalah bertujuan untuk menggantikan Kumpulan A. Lebih istimewanya, ia juga telah dirangka

HarisHaris

Aug 8, 2020

Rebiu Pemilik: Proton Preve, cinta hati kedua saya

**Artikel ini berkisar tentang pengalaman peribadi pemilik Proton Preve 1.6L Turbo (CFE) 2012 dan ia tidak semestinya mewakili pandangan WapCar. Facebook: Khazirul Izwan 7 tahun 6 bulan – itulah umur kereta saya, Preve 1.6L Turbo (CFE) Premium. Dibeli bukan sekadar cinta kepadanya, tetapi juga kepada isteri tersayang. Orang putih kata, “Happy wife, happy life”, kan? Sebelum Preve, saya menggunakan Toyota Altezza; 200 Hp 2.0L 6MT dengan pacuan roda belakang, lengkap dengan ekzos perang. Bagi pemi

Owner ReviewOwner Review

Jun 30, 2020

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus?

Proton bermula daripada asas yang dibekalkan oleh Mitsubishi. Oleh yang demikian, agak menyegarkan apabila selepas kehadiran Proton Waja, Proton Gen 2 dan Proton Saga (generasi kedua), Proton kembali merujuk bersama Mitsubishi demi kelangsungan hidup dalam industri automotif yang mencabar. Hasil daripada gandingan ini, Proton memperolehi ‘lesen’ untuk membangunkan sebuah lagi model berasaskan model Mitsubishi. Sudah tentu, Proton memilih model paling hangat zaman itu, Mitsubishi Lancer melalui M

HarisHaris

Nov 2, 2020

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian?

Audi Sport Quattro dan Subaru WRX STI sudahpun menempa nama sebagai kereta ‘all-wheel drive’ (pacuan semua roda) yang paling dikenali di dunia. AWD amat sesuai untuk kereta berprestasi tinggi dan ‘supercar’ paling laju masa kini kebanyakannya menggunakan tren kuasa AWD. Masa kini, hampir semua pembuat kereta mempunyai sistem AWD masing-masing. Walaupun namanya berbeza antara satu sama lain, secara amnya ia menghantar kuasa ke keempat-empat roda. Beberapa sistem AWD lebih bagus dari yang lain, ta

MersitaMersita

Oct 14, 2020

Pembelian kereta Proton terpakai kini lebih mudah!

Proton harini ini melancarkan laman sesawang Proton Certified Pre-Owned (PCPO). Laman ini direka khusus untuk pembeli yang ingin memiliki kereta Proton dengan harga yang lebih rendah berdasarkan stok yang ada mengikut pengedar. Selain itu, mereka boleh menukar (trade-in) ke kereta baharu dengan tawaran yang menarik dan selamat daripada sebarang penipuan. Sehingga kini, terdapat 36 cawangan Proton yang menjalankan program PCPO. Terdapat beberapa syarat dan standard untuk kereta berada di dalam pr

FaisalFaisal

Nov 12, 2020

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran!

Honda HR-V Tanpa kita sedari, Honda HR-V sudah pun berada dalam pasaran selama 7 tahun. Namun begitu, kehadiran Honda HR-V di Malaysia bermula pada tahun 2015 manakala versi facelift hadir ke Malaysia pada tahun 2019. Kami telah melaporkan bahawa sebuah Honda HR-V telah diintip pada minggu lepas. Hari ini, lebih banyak gambar intipan tular yang memberikan kami sedikit bayangan spesifikasi mengenai Honda HR-V ini. Rekaan Luar Melalui gambar intipan ini, rekaan luar mengalami perubahan terbesar da

HarisHaris

Sep 14, 2020

Harga Proton X50 sekitar RM76k hingga RM104k? Boleh percaya ke?

Proton X50 Terdapat beberapa keping gambar yang tular sekitar media sosial yang mengatakan Proton X50 bakal berharga RM76k hingga RM104k. Sayangnya, harga tersebut tidak tepat. Gambar yang didakwa memaparkan harga Proton X50 tersebut merupakan imej tangkap layar daripada sebuah video yang memberi spekulasi tentang perbandingan Proton X50 dengan Perodua D55L. Ini bermakna harga tersebut bukan harga rasmi dari Proton. Malahan, Proton juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai Proton

HarisHaris

May 30, 2020

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda

Masalah stereng semakin kerap berlaku masa kini, walaupun bagi kereta serba baru. Mungkin anda pernah lihat kes kereta terhenti di jalan raya dan tayarnya berpintal keluar dari ruang roda. Masalah ini patut diambil serius oleh pemilik kerana sistem stereng yang rosak adalah sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Pembuat kereta yang menghasilkan unit dengan sistem stereng rosak pastinya harus mengaku atas kesilapan mereka dan berusaha untuk selesaikan isu ini. Walaupun sistem stereng dalam ker

MersitaMersita

Nov 7, 2020

Lapan beradik belikan Proton X50 Executive untuk ayah dan ibu. Terbaik!

Gambar dari FB Fakhrurazi Mohamad Berbelanja untuk ibu dan bapa tak pernah merugikan, malah ia menjadi satu kewajipan bagi kita sebagai anak. Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kisah lapan beradik berpakat membeli sebuah Proton X50 Executive bagi menggantikan kereta terpakai yang digunakan ayah mereka sejak 9 tahun lalu. Ahmad Fakhrurazi Mohamad, 30, memberitahu Sinar Harian yang selama ini, ayahnya hanya pernah memiliki kereta terpakai. Kereta pertama ayahnya ialah sebuah Toyota Corol

MersitaMersita

Nov 18, 2020

Volkswagen Beetle bakal kembali sebagai kereta elektrik?

Volkswagen Beetle Volkswagen Beetle adalah sebuah kereta yang ikonik. Tidak hairanlah jika kereta ini pernah dinobatkan sebagai Antara Kereta Paling Berpengaruh Seabad. Pengaruh Volkswagen Beetle memang kuat, lagi lagi dipopularkan oleh gaya kehidupan hippie. Di Malaysia, ‘The Bug’ ini masih menjadi buruan peminat-peminat kereta klasik. Namun begitu, Volkswagen telah mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran Volkswagen Beetle pada tahun 2019. Ini suatu pengumuman yang mengejutkan se

HarisHaris

Jul 24, 2020