Tag

harga cermin kereta axia

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi?

Perodua Axia Perodua Axia terkenal sebagai kereta tahap pengenalan atau senang kata, paling murah di Malaysia. Sebagai pewaris legasi Perodua Kancil dan Perodua Viva, Perodua Axia menjadi kegemaran rakyat Malaysia sambil memacu penjualan Perodua ke tahap yang sangat memberansangkan. Hatchback segmen A kegemaran ramai ini sesuai untuk golongan yang baru memulakan hidup seperti graduan, pelajar sarjana malah sesiapa sahaja yang sekadar mahu berulang alik ke tempat kerja. Oleh yang demikian, selepa

HarisHaris

Oct 19, 2020

Bintik-bintik hitam di sekeliling cermin kereta, apa fungsinya?

Bagi mereka yang rajin cuci kereta sendiri atau saja ternampak garisan hitam dengan bintik-bintik yang mengelilingi cermin / ‘windshield’ kereta mungkin pernah tertanya, apa fungsi garisan berbintik atau dot-dot hitam ini? Kalau anda nak tahu, pita hitam dan bintik-bintik hitam di cermin hadapan kereta tersebut dipanggil ‘frit’. Ia merupakan pita enamel yang disatukan dengan sisi keliling cermin dan inilah yang membuatkan cermin kereta anda melekat kukuh dengan panel dan bingkai badan kereta and

MersitaMersita

Jan 23, 2021

Perodua Axia 2019, kereta Malaysia dengan VSC paling murah

Apabila Perodua Axia 2019 diperkenalkan tahun lepas, Perodua sama sekali telah membuat Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TRC) lebih mudah-milik kepada orang awam. Keluaran daripada varian GXtra dan seterusnya mempunyai ciri keselamatan yang penting ini. Bermula dari RM 34,990, Perodua Axia GXtra 2019 adalah kereta Malaysia yang paling murah bagi mereka yang mencari kenderaan dengan kawalan keseimbangan dan cengkaman. Ini menyaingi harga Proton Saga Premium AT - lebih murah da

MersitaMersita

Jun 18, 2020

Fungsi garisan di cermin belakang kereta dan cara hilangkan kabus cepat

Pemandu baru dan lama semuanya sering hadapi masalah yang sama – sesudah berlari-lari dalam hujan dan masuk ke dalam kereta, cermin pasti ada satu lapisan kabus. Ini disebabkan oleh udara luar yang sejuk menyejukkan cermin kereta – udara suam dari dalam kereta pula bertemu dengan cermin yang sejuk menghasilkan wap pada cermin. Lebih-lebih lagi bila anda masuk ke dalam kereta, haba badan dan pernafasan anda hasilkan wap yang menyebabkan kabus ini timbul di cermin kereta. Apabila proses kondensasi

MersitaMersita

Nov 1, 2020

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta

Tengah seronok-seronok memandu, tiba-tiba ada si mangkuk yang mengekori belakang kereta kita sambil pasang lampu tinggi. Silau ya amat, mata yang tak sepet pun jadi sepet. Apa nak buat? Nak tukar ‘lane’, tak dapat. Kalau dapat pun malasnya lah hai nak melayan situasi macam ni. Lagipun, perkara sama boleh terjadi kalau kereta yang lampu depannya terang mengekori kita di belakang dan kita pula nak membelok di simpang atau menukar lorong. Bila nak membelok, mesti tengok dulu cermin sisi untuk pasti

MersitaMersita

Nov 9, 2020

Pengelap cermin kereta (wiper) pun nak kena jaga? Ini 5 tips penjagaan wiper!

Ramai pengguna memandang mudah pada fungsi pengelap cermin kereta. Tanpa fungsi yang mudah ini, pemanduan dalam hujan sudah pastinya berlainan tanpa pengelap cermin kereta. Bukan sekadar itu, pengelap cermin kereta sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kereta. Bagi mereka yang sayang kereta pula, pengelap cermin ini dihantui stigma lebih mahal adalah lebih baik. Anda sebenarnya tidak memerlukan pengelap cermin kereta yang lebih mahal. Cukup dengan mengetahui cara menjaga pengelap cermin kere

HarisHaris

Aug 9, 2020

Cermin depan Myvi baru anda pecah? AEB pun perlukan pembetulan juga!

Katakan anda baru sahaja membeli Perodua Myvi 2020 facelift, dan dalam kemalangan cermin hadapan (‘windscreen’) anda pecah dan perlu diganti. Tapi ingat, bukan cermin hadapan saja yang perlu dibaiki. Perkakas AEB juga perlu ditentukur semula (‘recalibrated’), dan ini hanya boleh dibuat di pusat servis berdaftar – melainkan ada mekanik bebas di sini yang dah melabur dalam alatan yang diperlukan. Ya, anda boleh pergi ke bengkel pakar cermin hadapan untuk ganti cermin yang pecah. Tapi, selepas peng

MersitaMersita

Sep 23, 2020

Pemandu trak langgar cermin kereta BMW, dapat hadiah tiket flight atas kejujuran

Kes langgar lari memang selalu kita dengar – lepas langgar, si pengecut lari untuk elakkan masalah. Tapi, tak semua orang berperangai sebegitu. Itulah yang terjadi pada pemandu trak yang akhirnya diberi hadiah bermakna atas kejujurannya mengaku salah dengan pemilik kereta yang dilanggarnya. En. Wang Yaowen, pemandu trak yang baru saja mula bekerja sebagai pemandu di Singapura, secara tidak sengaja terlanggar cermin sisi kereta seorang wanita yang menyebabkan cermin sisi itu terputus terus dari b

MersitaMersita

Nov 6, 2020

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini?

Perodua Axia Kereta adalah antara pembelian termahal kita. Biasanya masa selama 5, 7, atau bahkan 9 tahun diambil hanya untuk membayarnya. Sebilangan daripada kita mungkin mengambil jalan yang kurang popular dengan mengelakkan pinjaman. Apabila pengeluar kenderaan mempertimbangkan bajet pengguna yang ketat, pengeluar kenderaan telah menawarkan sebuah kenderaan spesifikasi asas atau kereta spec "kosong". Secara asasnya, kereta bertujuan untuk membawa anda dari satu tempat ke suatu tempat lain. Ke

HarisHaris

Sep 30, 2020

Berita baik: Perodua mengumumkan penurunan harga kereta 3% - 6%

Perodua akan menurunkan harga kereta (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3% hingga 6% melalui rebat tunai sehingga 14 Jun 2020. Selepas itu, Perodua akan menggunakan harga yang baru sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri. "Walaupun pengurangan cukai hanya berkuatkuasa pada 15 Jun 2020, Perodua akan menawarkan rebat tunai antara 3% hingga 6% untuk pembelian kenderaan kami mulai hari ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,

HarisHaris

Jun 10, 2020

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya

Seorang wanita yang dikenali sebagai Michelle Tai di akaun Facebooknya telah memuatnaik satu posting di media sosial menceritakan detik-detik cemas yang dialaminya semasa diserang oleh seorang penunggang motosikal di sekitar Kondominium You Vista, Taman Suntex, Cheras. Menurut posting tersebut, pada 4 April sekitar 1.30 a.m., mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumah dan memarkir keretanya di kawasan kedai berhampiran You Vista Apartment. Ketika sedang mengemudi keretanya masuk ke dalam lot

MersitaMersita

Apr 7, 2021

Kebaikan & Keburukan Perodua Axia – Kereta terbaik untuk belia Malaysia?

Jika anda mencari sebuah kereta yang kecil dan sangat mampu-milik, Perodua Axia lah jawapannya. Dilancarkan pada tahun 2014, Axia telah menerima dua facelift pada 2017 dan 2019. Facelift pertama melibatkan peningkatan enjin VVT, manakala facelift kedua menggugurkan transmisi manual dari semua varian kecuali “E”. Dengan ketiadaan saingan dalam kategori hatchback segmen A, mereka yang ingin membeli Perodua Axia mungkin akan mempertimbangkan kereta lain seperti Proton Saga atau Perodua Bezza sebaga

MersitaMersita

Oct 16, 2020

Siapa khianat pecahkan cermin 8 kereta di KD Driving Range?

Beberapa gambar dan video tular di media sosial menunjukkan kejadian khianat pecah cermin kereta yang berlaku di kawasan tempat letak kereta Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya. 8 buah kereta dikenalpasti menjadi mangsa khianat ini dan antara kereta yang terlibat termasuklah kereta jenis Perodua Myvi, Perodua Viva, Honda Jazz, Honda Civic, dan BMW. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pemilik kenderaan terlibat telahpun membuat laporan

MersitaMersita

Apr 1, 2021

Tahukah anda di mana titik-buta (blind spot) kereta anda?

Kadangkala, pelanggaran boleh berlaku tanpa sengaja disebabkan oleh titik buta kereta. Pemanduan berhati-hati bukan saja bermaksud pandu perlahan, tapi ia juga bergantung kepada ilmu dan kebolehan kita dalam mengenalpasti di mana titik buta kereta kita. Beberapa kereta moden dilengkapi bantuan - misalnya Toyota Yaris (gambar atas) ialah salah satu kereta yang paling mampu-milik bagi kereta yang mempunyai kelengkapan pengawasan titik buta kereta. Maksud titik buta Apakah yang dimaksudkan dengan t

MersitaMersita

Aug 31, 2020

Tahukah anda, cermin belakang anda mempunyai mod malam?

Ramai yang tidak menyedari bahawa cermin pandangan belakang mempunyai mod malam. Ini bukan artikel pasal cermin belakang kereta mewah dengan fungsi malap automatik, ini adalah cermin pandangan belakang biasa yang boleh anda temui pada Perodua Myvi. Mod malam tersebut memalapkan cahaya yang menyilaukan anda ketika memandu pada waktu malam dengan menggelapkan sebahagian besar pantulan cahaya. Anda masih boleh melihat lampu kereta di belakang anda dengan jelas tanpa silau. Fungsi ini sangat berguna

HarisHaris

Jun 26, 2020

Aduhai, cermin asyik berkabus je! Macam mana nak ‘settle’?

Pernahkah anda mengalami situasi dimana cermin kereta berkabus ketika waktu hujan? Menyakitkan hati kan? Walaupun sudah dilap berkali-kali, cermin masih berkabus. Perkara ini sememangnya bahaya kerana kabus boleh mengehadkan jarak penglihatan dan kejelasan pemandangan di sekeliling anda. Hal ini lebih ketara sekiranya penyaman udara kereta tidak berfungsi dengan baik. Untuk maklumat anda, kabus mudah terbentuk apabila terdapat kandungan yang lembap di dalam kereta. Akibat daripada perbezaan suhu

FaisalFaisal

Nov 29, 2020

Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan?

Perodua Axia Selalu dipasarkan sebagai kereta paling murah di Malaysia, Perodua Axia berjaya memenangi hati dan citarasa rakyat Malaysia. Hakikatnya, Perodua Axia spec kosong memang murah tetapi naik satu varian dari spec kosong, harganya kene tambah hampir RM 10,000. Bijak Perodua! Oleh yang demikian, persoalan yang selalu ditanya adalah berbaloikah membeli sebuah Perodua Axia 1.0 dengan spesifikasi paling bangsawan. Harganya adalah RM 43,190, menjadikan kereta sedan pada segmen yang sama jauh

HarisHaris

Oct 20, 2020

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya?

Perodua Axia Trend membeli SUV dan crossover memang sedang rancak di dalam dunia otomotif semasa. Walaupun terdapat peminat yang kurang menggemari trend ini, namun tarikan reka bentuk SUV memang tidak dapat dinafikan; tempat duduk yang tinggi untuk pandangan luar yang baik, soal keselamatan yang lebih terjaga dan mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi. Mengetahui trend ini, Perodua telah menggayakan Perodua Axia dengan stail ala-ala crossover tanpa sebarang kemampuan off-road, dan mema

HarisHaris

May 14, 2020

Mengamuk sebab cara pemanduan, lelaki pecahkan cermin sisi dan hadapan Honda Civic

Satu lagi kes ‘road rage’ berlaku baru-baru ini melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun yang berang sehingga bertindak menendang cermin sisi sebelah pemandu sebelum membuka helmetnya dan menghentakkannya di penutup but hadapan serta cermin hadapan (‘windscreen’) kereta mangsa sehingga pecah retak. Pemandu kereta Honda Civic FC berkenaan yang berusia 26 tahun dilihat hanya duduk di dalam kereta dan cuba menghubungi polis sambil lelaki tersebut melampiaskan amarahnya. Kejadian ber

MersitaMersita

Mar 16, 2021

Pemandu Proton Waja, Perodua Axia hanyut dalam arus banjir di Kluang akhirnya ditemui

Perjalanan gembira pulang dari kenduri perkahwinan bertukar tragedi apabila kereta Proton Waja yang dipandu oleh mangsa, Md Rajihan Junaidi, 28 tahun, hanyut dibawa deras air banjir di Jalan Kluang-Kahang pada Sabtu lepas (2 Januari 2021). Laporan diterima kira-kira pukul 8 malam. Mangsa yang sedang mencuba meredah banjir tiba-tiba mendapati keretanya hilang kawalan lalu bertindak pantas memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan isteri tercinta, Khairunnisa Ibrahim, 24. Isteri mangsa berjaya

MersitaMersita

Jan 5, 2021

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda!

Untuk kebanyakan orang, kereta adalah keperluan. Ia digunakan untuk ke satu tempat ke tempat yang lain dalam pelbagai keadaan. Antara tips untuk membeli kereta pertama anda ialah: 1. Beli kereta yang baru Kereta terpakai mungkin berharga lebih murah tetapi untuk kegunaan harian yang lasak, kemungkinan untuk meragam adalah lebih tinggi. Sesetengah kereta mempunyai komponen enjin dan kotak gear yang tahan lama dan lasak tetapi setiap komponen juga memiliki jangka hayatnya seperti kipas radiator, p

FaisalFaisal

Sep 2, 2020

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik?

Perodua Kelisa telah diperkenalkan pada tahun 2001 sebagai pengganti Perodua Kancil. Disebabkan populariti dan sambutan Perodua Kancil yang masih memberansangkan, akhirnya kedua-dua model ini dijual bersampingan. Sudah tentu, jualan Perodua Kelisa menerima sedikit kesan tetapi ia menjadikan model ini lebih jarang ditemui berbanding Perodua Kancil. Bagi mereka yang sedang mencari-cari kereta dengan kos pemilikan yang rendah, Perodua Kelisa pasti menjadi pilihan. Harganya pula, masih stabil di ata

HarisHaris

Dec 7, 2020

Toyota Agya TRD – saudara kembar Perodua Axia di Indonesia!

Apa yang anda lihat di sini ialah Toyota Agya, atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Perodua Axia. Gambar ini memperlihatkannya di dalam trim yang paling sporty. Baru-baru ini, Toyota Indonesia memuat naik beberapa imej Agya yang sporty di laman Facebook rasminya. Untuk maklumat anda, Toyota Agya versi TRD bukanlah sesuatu yang baru. Toyota Indonesia telah perkenalkannya pada tahun 2017 yang lalu sewaktu pelancaran Agya facelift. Pada tahun 2020, Toyota Agya TRD diperbaharui seperti di dalam g

FaisalFaisal

Feb 3, 2021

Kadar ketelusan cahaya cermin gelap 50 peratus saja, dah ubah ke? Jangan keliru!

Pemasangan cermin gelap atau lebih dikenali sebagai cermin ‘tinted’ sememangnya digemari pemilik-pemilik kereta di Malaysia. Ia bukanlah untuk gaya semata-mata, tapi ia dipasang untuk keselesaan pemandu dan penumpang yang terpaksa mengharungi cuaca panas terik di Malaysia. Ramai yang sedia maklum bahawa kadar ketelusan cahaya bagi cermin gelap yang dibenarkan ialah 50% bagi cermin sisi pemandu manakala bagi cermin hadapan pula 70%. Cermin penumpang belakang serta cermin di pintu bonet pula kadar

MersitaMersita

Mar 15, 2021

Perodua Axia Style bakal hadir dengan head unit skrin sentuh baru?

Perodua Axia Perodua telah memuat naik video animasi 3D yang cukup comel untuk menunjukkan ciri keselamatan kenderaannya di saluran YouTube mereka. Video itu juga memberi sedikit info tentang satu kelengkapan yang unik untuk Axia Style. Animasi yang berwarna-warni ini mempamerkan kelincahan Bezza melintasi rintangan jalan raya untuk menunjukkan fungsi ABS dan EBDnya termasuk betapa lancarnya Aruz bergerak naik ke atas bukit dengan begitu mudah kerana HSA. Tetapi sesuatu yang menarik muncul ketik

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Oct 14, 2020

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk menyemak semula harga kereta melalui sistem kiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) telah pun dibatalkan. Sistem kiraan tersebut bakal menyaksikan kenaikan harga kereta baru sehingga 20% dari harga sekarang. Walaubagaimanapun, tempoh pengecualian cukai kenderaan sudah pun disahkan tamat. Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad memberitahu WapCar.my hari ini bahawa Kementerian Kewangan telah memberitahu MAA minggu lalu bahawa ia akan

HarisHaris

Dec 28, 2020

5 kereta mampu milik dengan kawalan kestabilan elektronik ESC!

Perodua Axia Proton Saga Haval H1 Kia Picanto Toyota Yaris ESC adalah sistem elektronik yang mampu menyelamatkan nyawa apabila keadaan memerlukan. Sistem ini sangat penting bagi mengelakkan kereta anda tergelincir ketika memandu. Beberapa kajian telahpun dibuat untuk menguji hasil keberkesanan ESC. Lebih menarik lagi, ESC didapati mampu mengurangkan risiko kemalangan sebanyak 25% hingga 66%. Suatu ketika dahulu, fungsi ESC hanya terdapat pada kereta mewah dan high end sahaja. Namun disebabkan ko

HarisHaris

Jun 9, 2020

Perodua Axia hancur dipijak gajah mengamuk. Ini puncanya!

Malang sememangnya tidak berbau. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor gajah yang mengamuk dan cuba memusnahkan sebuah Perodua Axia. Lebih malang lagi adalah apabila keseluruhan kejadian tersebut bukan berpunca dari kereta Perodua Axia itu. Merujuk kepada salah seorang saksi kejadian, kereta Perodua Axia tersebut sedang dalam perjalanan melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran daerah Gerik pada sekitar jam 7 petang, 2 Ogos 2020 semasa kereta berkenaan remuk dibelasah

HarisHaris

Aug 3, 2020

Langgar besi atas jalan, melantun ke cermin. SUSK Tok Pa cedera parah

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang menteri cedera di bahagian muka apabila SUV Proton X70 yang dipandunya terlanggar sebatang besi dan terbabas di KM 14.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Damansara, Petaling Jaya pada tengah malam Ahad (14 Mac). Mangsa difahamkan sebagai SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Mangsa yang berusia 47 tahun memandu bersendirian ketika kejadian berlaku. Beliau dikatakan terlanggar sebatang besi yang tersadai di te

MersitaMersita

Mar 15, 2021

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih?

Mungkin antara anda ada yang perasan harga kereta baru semakin mencanak naik. Rakyat Malaysia dah lama mengadu tentang harga kereta yang mahal disebabkan oleh struktur cukai kita yang ‘tak adil’. Tapi, sebenarnya inilah persoalan yang membelenggu bukan saja oleh orang kita, tapi juga konsumer di seluruh dunia. Data yang dikumpul Edmunds.com dari Amerika Syarikat menunjukkan purata harga transaksi bagi kereta baharu telah meningkat dari USD 23,900 pada tahun 2008 hingga USD 39,000 pada tahun 2019

MersitaMersita

Jan 25, 2021