Tag

harga kereta honda civic

Honda Civic ini dijual pada harga lebih RM 300,000. Lagenda JDM!

Japan Domestic Market (JDM) memang dipenuhi dengan model-model yang dicemburui ramai peminat kereta. Untuk itu, tidak hairanlah sebuah Honda Civic lama mencapai harga yang sangat tinggi baru-baru ini.Honda Civic EK9 Type R hot hatch dengan jarak perbatuan hanya 2549 km telah di lelong di Jepun dengan harga 7.64 juta Yen iaitu RM 304,400.00.Model ini merupakan Honda Civic Type R yang pertama, turut didatangkan dengan warna hitam yang asal. Lebih menarik lagi, hampir kesemua Honda Civic EK9 Type R

Haris

Haris

Jul 19, 2020

2020 Honda Civic: Berapa gaji minimum untuk memiliki Honda Civic?

Honda CivicHonda Civic merupakan kereta idaman ramai. Keterujaan yang ditawarkan oleh Honda Civic dipadankan dengan gaya agresif menjadikan Honda Civic terkenal dalam kalangan peminat kereta. Sehubungan dengan itu, populariti Honda Civic telah membawa harganya sedikit tinggi. Ramai yang selalu berkira-kira untuk membeli Honda Civic kerana statusnya. Ramai juga yang tertanya-tanya berapakah gaji mereka yang memiliki jentera ini.Di sini kami akan mengira berapakah kos pemilikan Honda Civic in

Haris

Haris

Oct 7, 2020

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga?

Seperti yang anda tahu, harga kereta akan susut kecualilah kereta anda ‘rare’ ataupun eksotik. Oleh yang demikian, ramai pengguna sering mengutamakan harga jualan semula, sama seperti kos pembelaan kereta tersebut.Di Malaysia, kebanyakan pembeli tidak akan memilih kereta yang harganya cepat jatuh.Untuk kali ini, kami akan bincangkan mengenai sedan seperti Honda Civic, Corolla Altis generasi sebelum ini, Mazda 3, Volkswagen Jetta, Kia Cerato dan pelbagai lagi. Sedan segmen C manakah y

Faisal

Faisal

Apr 11, 2021

Tanpa Honda Civic EK, tiadalah Honda Civic Type R. Nak tahu kenapa?

Honda Civic tidak dinafikan adalah model Honda paling terkenal di seluruh dunia. Jika anda kurang faham mengenai kegilaan terhadap Honda Civic ini, mari baca sedikit sebanyak sejarahnya.Sudah tentu, selepas pelbagai generasi Honda Civic, pastinya generasi yang berbeza membawa konotasi yang berbeza. Jika anda ingin mengetahui mengenai Honda Civic paling hebat dalam sejarah, baca di sini.Dalam artikel ini, kami ingin mengetengahkan sebuah generasi Honda Civic yang agak berpengaruh dalam sejarah Ho

Haris

Haris

Aug 14, 2020

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan!

Mula-mula sekali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016, Honda Civic generasi FC akan memasuki jangkahayat model 5 tahun-nya (yang terakhir). Tapi, jika dilihat pada Civic sekarang, ia masih nampak awet muda walaupun ia diparkir di sebelah pesaingnya yang lebih muda seperti Toyota Corolla Altis, mahupun pesaing impotnya yang lebih mahal seperti Mazda 3 dan Hyundai Elantra.Pesaing dari Korea seperti Kia Cerato kini sudah tak nampak batang hidung manakala pesaing Eropah yang sudah sekian lama men

Mersita

Mersita

Jan 2, 2021

Honda Civic FD, model Civic terhebat dalam sejarah Honda?

Tunas peminat kereta di Malaysia selalunya tumbuh selepas mengenali Honda Civic. Civic adalah tanda nama utama Honda sejak 1972. Terdapat pelbagai variasi Honda Civic selepas 10 generasi namun hanya satu generasi Honda Civic yang mencapai taraf legenda.Honda Civic generasi 1Model yang dimaksudkan adalah Honda Civic generasi ke 8 iaitu lebih dikenali sebagai Honda Civic FD. Gabungan rekaan luar yang futuristik dan rekaan dalaman yang selesa ternyata menambat hati ramai peminat Honda. Bagi sa

Haris

Haris

Jul 22, 2020

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita?

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dalam satu kenyataan beliau memberi tahu bahawa sebanyak 175 unit Honda Civic kereta peronda PDRM masih belum diterima.Datuk Zainal Abidin KasimSebanyak 425 unit Honda Civic telah diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggantikan kereta peronda polis yang lama. Daripada jumlah tersebut, hanya 250 unit sahaja yang telah diterima oleh pihak PDRM.“Sepatutnya baki 175 lagi kereta

Haris

Haris

Apr 8, 2021

Honda Civic Type R Mugen ini berharga hampir RM 400,000! Apa yang mahal sangat?

Kegilaan dengan Honda Civic sememangnya dilihat agak keterlaluan. Lagi-lagi bila orang sudah mula mengumpul model ini sebagai hobi. Paling terbaru yang kami temui, Honda Civic EK9 telah dijual dengan harga RM 300,000.Kami juga meminati Honda Civic. Kami mengakui bahawa Honda Civic FD adalah model Honda Civic terhebat sepanjang zaman. Ternyata, ramalanku benar belaka (lagu).Kali ini, sebuah Honda Civic FN2 (varian FD2 untuk pasaran UK) telahpun dibuka untuk jualan sebanyak HKD 688,000 (

Haris

Haris

Jul 28, 2020

KPDNHEP pilih Honda Civic FC 1.8S sebagai kenderaan rasmi mereka!

Honda Malaysia hari ini mengumumkan penghantaran sejumlah 16 unit kereta jenis Honda Civic 1.8S kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) yang telah memilih Honda Civic sebagai kenderaan armada bagi Kementerian itu.Ini merupakan kali pertama Honda Malaysia mempersembahkan model Honda kepada KPDNHEP. Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata Honda Malaysia cukup berbesar hati yang KPDNHEP telah memilih Civic sebagai kereta pili

Mersita

Mersita

Dec 24, 2020

Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Baru-baru ini saya perhatikan banyak netizen Facebook riuh rendah tentang trend kereta berprestasi Jepun dari zaman 80an, 90an, sehingga awal tahun 2000 yang dijual dengan harga melebihi nilai sebenar.Malah ada yang mencecah enam angka bagi casis bukan original model tetapi ‘convert’. Apa cerita?Honda Civic model EK ini asalnya casis EK3, bukan EK9, sebab tu kena tembak.Kalau lihat bahagian komen, mesti ada yang meninggalkan komen seperti “mahal tak kena gaya”, “tak

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Jan 16, 2021

Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan

Honda Malaysia telah mengumumkan penurunan harga bagi kereta-kereta Honda berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan oleh Kerajaan, dimana 100% pengecualian diberi untuk model CKD (Completely Knocked Down) dan penurunan separuh daripada cukai jualan asal bagi model CBU (Completely Built Unit). Usaha ini adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).Dengan pelarasan baru ini, harga bagi model-model CKD Honda iaitu Jazz, BR-V baru, City, HR-V, Civic baru, CR-V dan

Mersita

Mersita

Jun 15, 2020

Apa yang ada dalam kereta peronda Honda Civic PDRM? Jom tengok!

Kereta peronda polis sering mendapat perhatian apabila ia meluncur yakin di jalan raya. Kehadirannya dikagumi kerana rupa paras Honda Civic yang agresif dan ‘hensem’, kadangkala digeruni bagi mereka yang sedar dirinya tengah buat hal di jalan raya.Tapi, pernahkah kita terfikir peralatan apa yang dibawa di dalam armada kereta peronda Polis DiRaja Malaysia (PDRM)? Satu siri gambar dikongsi PDRM Johor Bahru untuk beri kita peluang melihat peralatan yang dibawa pihak polis semasa menjala

Mersita

Mersita

Mar 19, 2021

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi?

Honda CivicSelepas lima tahun di pasaran, akhirnya Honda memberikan Civic (FC) model facelift bagi memberi sedikit nafas baru kepada sedan ini. Tahukah anda bahawa Honda Civic FC adalah juara penjualan sedan bukan nasional segmen C di Malaysia?Varian teratas 1.5 Turbocharged Premium (TC-P) ini masih menggunakan enjin 4-silinder Earth Dreams yang sama. Ia menghasilkan 173 PS @ 5,500 rpm dan tork sebanyak 220 Nm @ 1,700 – 5,500 rpm. Kuasa dan tork ini dipacu ke roda hadapan dengan transmisi

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Aug 28, 2020

Jual Honda Civic EK turbo RM 78,000, sumbang 100% untuk tahfiz

Apalah erti kereta hebat tapi tak beramal jariah. Seorang pengusaha pasar raya di Bentong, Pahang membuat keputusan untuk menjual kereta kesayangan beliau dengan harga RM 78,000 untuk disedekahkan kepada sebuah pusat tahfiz di Kampung Dala, Lanchang.Abdul Rahman Mat Isa yang berusia 31 tahun berhasrat untuk menginfakkan 100 peratus hasil jualan kereta tersebut ke jalan Allah dengan menyumbangkannya kepada pusat tahfiz tersebut yang musnah teruk setelah dilanda banjir baru-baru ini.Honda Civic EK

Mersita

Mersita

Feb 11, 2021

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Toyota CamryTerdapat sedikit jangka masa pendek antara 2011 hingga 2013 ketika pembeli kereta Malaysia menikmati promosi terhebat - duti import dan eksais digugurkan sepenuhnya untuk model hibrid yang diimport sepenuhnya dengan kapasiti enjin di bawah 2,000 cc. Promosi tersebut telah membawa kepada lambakan model hibrid Jepun seperti Toyota Prius, Honda Insight dan Honda CR-Z di sini.Sekitar tahun 2009 hingga 2010, ada pengecualian duti juga tetapi pada tahap yang lebih rendah iaitu pengecualian

Haris

Haris

Oct 29, 2020

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus?

Persaingan antara dua sedan segmen C paling popular di Malaysia ini masih berterusan sejak dulu lagi. Untuk harga yang ‘sama’, anda boleh pilih Honda Civic 2020 facelift ataupun Toyota Corolla Altis 2020 dengan sistem infotainmen yang dipertingkatkan. Tanpa membuang masa lagi, jom kita bandingkan kedua-dua sedan ini dengan lebih mendalam lagi.Harga yang dinyatakan termasuk SSTTren Kuasa – Civic menangDalam aspek prestasi garis lurus, pemenangnya amat ketara antara Honda Civic b

Mersita

Mersita

Sep 29, 2020

Bocor: Honda Civic FE - generasi baru Civic, 2 pilihan enjin VTEC!

Sebagai sebuah model yang penting buat Honda, Honda Civic kini telah tiba masa untuk dikemaskini. Malah, Honda Civic FC generasi sekarang sudah sampai ke penghujung kitaran jangka hayat model. Ia kini sudah 6 tahun selepas pelancarannya pada tahun 2015. Prototaip Honda Civic generasi baharu dipertontonkanPada penghujung tahun 2020, Honda telah mempertontonkan versi prototaip kepada model Honda Civic generasi akan datang. Sebagai sebuah model global, ia telah ditayangkan atas talian secara global

Haris

Haris

Mar 11, 2021

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat?

Prototaip Honda Civic generasi ke-11 telah diperkenalkan pada tempoh hari. Untuk maklumat anda, nama “Civic” pada awalnya digunakan pada sebuah kereta rakyat. Sejak daripada itu, ia telah berkembang menjadi kereta yang lebih besar. Pada tahun 1997, versi Type R dirasmikan dimana ia meningkatkan lagi populariti Honda Civic di dalam industri automotif.Dengan pengumuman prototaip untuk generasi ke-11, apa kata kita lihat semula permulaan Honda Civic yang dianggap sebagai “humble b

Faisal

Faisal

Nov 19, 2020

Pada RM 106k, Honda City RS RM 3,000 lebih murah dari Civic – mana satu nak beli eh?

Selepas menunggu selama 6 bulan, Honda Malaysia akhirnya mendedahkan harga rasmi Honda City RS e:HEV hibrid – RM 105,950.Juga baca: Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k!Ya tuan-tuan dan puan-puan, harga Honda City dengan varian paling tinggi sudahpun mencecah RM 100k, hampir dengan harga sedan segmen C Honda Civic 1.8 S yang berada pada julat RM 109k.Kenapa City RS mahal? Harga City Hybrid sebelum ini lagi murah!Sebab pertama adalah trenkuasa City RS e:HEV dengan dua m

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Mar 22, 2021

77% orang Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Walaupun rakyat Malaysia masih berbelah bagi dengan keputusan Honda untuk menghentikan penjualan Honda Jazz di rantau ini (kecuali Singapura) dan menggantikannya dengan Honda City Hatchback, peminat kereta daripada tanah air Honda sendiri Jepun telah memberikan respon yang positif terhadap hatchback ini.Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Kuruma News, 76.9 peratus pembaca penerbitan Jepun bersetuju bahawa City Hatchback kelihatan se

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Mar 12, 2021

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah!

Polis Perak pada hari ini telah menerima sebanyak 44 buah Honda Civic sebagai kenderaan rasmi mereka. Ketua Polis Perak, Komander Datuk Razarudin Husain berkata, kenderaan tersebut bakal digunakan dalam mempertingkatkan operasi dan pemantauan terhadap warga Perak.Komander Datuk Razarudin Husain turut berkata penggunaan Honda Civic tersebut merupakan suatu keperluan bagi kontinjen polis daerah dalam negeri Perak. Polis Perak kini mempunyai 288 buah kereta bagi kegunaan mereka selepas pertambahan

Haris

Haris

Aug 19, 2020

Intipan: 2022 Honda Civic sedan generasi baru. Baby Accord?

Honda CivicBerikutan daripada intipan rekaan terbaru Honda Civic hatchback, CivicXI turut mendedahkan imej fail paten berkenaan 2022 Honda Civic sedan generasi baru.Rekaan terbaru ini dilihat mengambil inspirasi daripada model sedan-sedan Eropah pada bahagian belakang tetapi masih mengekalkan imej ‘Baby Accord’ pada bahagian hadapan.Tidak banyak perbezaan dengan Honda Civic versi hatchback, Honda Civic sedan mempunyai dimensi yang lebih panjang, profail yang lebih rendah dengan rekaa

Haris

Haris

Sep 30, 2020

Kekurangan Corolla Altis pada Civic, Toyota Corolla Cross akan tebus balik dari HR-V

Toyota Corolla Altis dahulu pernah mengecap kemuncak masa kegemilangannya. Jumlah jualan bukan saja terjejas di Malaysia, tapi juga di Thailand dimana Toyota sepatutnya jadi salah satu raja di pasaran negara itu.Gambar: Aounrangsit Taxi CompanyMalah, walaupun setelah mengambil kira jualan barisan Corolla Altis kepada syarikat-syarikat teksi Bangkok yang terkenal, lebih separuh daripada pasaran sedan segmen C di Thailand masih didominasi oleh Honda Civic.Walau tanpa jualan teksi, Honda Civic berj

Mersita

Mersita

Jan 21, 2021

Honda Civic Type R memecahkan rekod pusingan Suzuka!

Kali terakhir kita dengar pasal Honda Civic Type R (FK8) Limited Edition yang ‘hardcore’ adalah apabila Honda mengeluarkan video acah 15 saat yang menunjukkan kereta tersebut meluncur di Suzuka Circuit yang ikonik. Selepas video itu dikeluarkan, dah lama tak nampak batang hidung kereta ni.Kini penantian anda dah berakhir! FK8 Limited Edition baru sahaja memecahkan rekod trek pacuan-tayar-hadapan (front-wheel-drive) di Suzuka dengan rekod masa terpantas 2 minit 23.993 saat! 

Mersita

Mersita

Jul 14, 2020

Toyota GR Yaris bakal ke Malaysia. Lebih mahal daripada Honda Civic Type R?

Toyota GR YarisDi Jepun, Toyota GR Yaris dijual pada harga yang agak mahal. Harganya sekitar JPY 3.96 juta (~ RM 148k) hingga JPY 4.56 juta (~ RM 170k).Sebagai perbandingan berdasarkan pasaran Jepun, Honda Civic FK8 Type R segmen C berharga JPY 4.5 juta (~ RM 167k). Sementara itu Renault Megane RS keluaran Perancis pula berharga JPY 4.48 juta (~ RM 174k). Kalau nak diikutkan, Toyota GR Yaris hanyalah sebuah hatchback segmen B.Namun, ada sebabnya Toyota GR Yaris dijual dengan harga ters

Haris

Haris

Jun 9, 2020

Kenapa Mazda 3 jauh lebih mahal daripada Honda Civic/Toyota Corolla Altis?

Hakikatnya, kita takkan dapat bandingkan Mazda 3 dengan pesaingnya walau dalam segmen yang sama. Harga Mazda 3 sekurang-kurangnya RM 20,000 lebih mahal daripada Honda Civic atau Toyota Corolla Altis yang tampak lebih kurang sama. Seperti tiada logik dalam pembelian Mazda 3 bagi kebanyakan orang.Pemenang Le Mans 24 Hours (1991), pasukan Asia pertama yang menang Le Mans. Perancis kemudiannya mengharamkan enjin rotary daripada bertandingEnjin rotary (Wankel) yang asli datangnya dari Jerman, tapi me

Mersita

Mersita

Sep 16, 2020

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun

Honda CityHonda CivicDalam sebuah laporan oleh Creative Trend, model Honda City (dikenali dengan nama Grace) dan Civic sedan bakal dihentikan di Jepun menjelang Ogos.Selain itu, Honda juga akan mengurangkan barisan model keretanya di Jepun dengan turut menghentikan Honda Jade, sebuah station wagon yang berasaskan platform Honda Civic generasi ke 9. Ketiga-tiga model tersebut bakal dihentikan pengeluaran dan penjualannya menjelang Ogos.Honda Civic - Ikon keunggulan industri automotif Jepun yang k

Haris

Haris

May 27, 2020

Panduan Membeli: Honda Civic 1.8 atau 1.5 Turbo?

Sejak Honda civic FC dilancarkan pada tahun 2016, ia telah menjadi kehangatan dalam pasaran automotif tempatan. Pencapaian ini berterusan dengan model facelift yang memberikan beberapa penambahbaikan. Ia telah terjual sebanyak 2,900 unit sejak dilancarkan pada Februari yang lalu.Walaupun industri kini berpindah kepada kenderaan jenis SUV, Honda Civic masih diminati ramai.Dengan 2 pilihan enjin melalui 3 varian, ramai memilih enjin 1.5 Turbo berbanding 1.8. Antara sebabnya ialah prestasi yan

Faisal

Faisal

Sep 9, 2020

Juruteknik mengaku tak bersalah hentak Honda Civic dengan helmet

Seorang lelaki yang naik berang lalu memecahkan cermin hadapan dan mengakibatkan beberapa kerosakan lagi keatas sebuah Honda Civic di Parit Jawa, Muar telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar semalam.Tertuduh, Ahmad ‘Azim Sa’ri (25) bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar. Ahmad ‘Azim yang juga seorang juruteknik didakwa melakukan perbuatan khianat itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabka

Mersita

Mersita

Mar 31, 2021

Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya?

Honda CivicHonda Civic generasi ke 11 prototaip sudah pun ditayangkan tetapi model tersebut masih lama lagi untuk tiba ke Malaysia. Pilihan yang masih ada adalah Honda Civic generasi FC dan ini merupakan sebuah model yang sangat laris.Oleh yang demikian, apakah yang memacu penjualan Honda Civic ni? Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan sedan segmen C ini sebagai panduan ringkas untuk anda.Pro: Paling berkuasa dalam kelasnyaHonda Civic 1.5 TC-P adalah sedan yang paling berkuasa dalam segmenn

Haris

Haris

Nov 19, 2020