Tag

harga motosikal honda

Keperluan vs gaya, ini 7 motosikal kapcai harga 'bajet' untuk rakyat jelata

Tidak salah jika menyatakan antara tujuan utama motosikal jenis kapcai atau ‘moped’ dibeli pengguna adalah bagi memudahkan urusan seharian terutama untuk mencari rezeki. Rata-rata pembeli motosikal jenis ini menjadikannya sebagai kenderaan ke tempat kerja kerana ia efisen, mampu mengelak kesesakan lalu lintas, menjimatkan duit dari sudut minyak, tol dan parkir. Di sini, kami tidak mahu bercerita mengenai model super moped yang 'hangat' di pasaran seperti Yamaha Y15, Honda RS150 atau sebangsa den

KhairilKhairil

Dec 6, 2020

Ingin jual motosikal terpakai dengan harga tinggi! Ini anda perlu lakukan

Berpandukan kepada laman web jual beli, motosikal adalah antara kenderaan yang diiklankan saban hari, tidak kira kondisi dan tanpa mengira jenama sama ada Yamaha, Honda, Kawasaki hinggalah model yang jarang didengari. Ada pelbagai alasan mengapa seseorang itu menjual motosikal mereka namun apa yang pasti, apa yang diinginkan adalah ia diharap dapat dijual dengan harga yang tinggi. Berbanding menjualnya di kedai terpakai, anda berpeluang untuk memperoleh harga yang lebih tinggi jika menjualnya se

KhairilKhairil

Jan 9, 2021

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing?

CFMoto merupakan sebuah jenama motosikal daripada China dan baru sahaja menembusi pasaran Malaysia dengan barisan model seperti CFMoto 250NK dan CFMoto 650 GT. Jenama dari Tanah Besar ini mensasarkan motosikal dengan rekaan yang menarik pada harga yang berpatutan. Beberapa hari lepas, CFMoto baru sahaja melancarkan sebuah motosikal jenis ‘Grand Touring’ CFMoto 1250TR-G di China. Motosikal tersebut sebelum ini hanya digunakan oleh pihak berkuasa di China kini menerima talaan semula untuk pasaran

HarisHaris

Sep 23, 2020

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Selepas dilancarkan di Jepun dan beberapa negara jiran serantau, jentera 'Sportbike' yang sarat dengan teknologi, Honda CBR600RR 2021 tiba di Malaysia dengan harga jualan asas RM 98,888. Seperti model yang dilancarkan di pasaran Indonesia, Februari lalu, hanya satu warna ditawarkan oleh pengedar sahnya di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) iaitu merah (Grand Prix Red) yang tampak ringkas namun ekslusif. Harga yang ditawarkan RM 98,888 tidak termasuk cukai jalan, insuran dengan tempoh jaminan pengel

KhairilKhairil

Apr 16, 2021

Pengecualian duti eksais, harga motosikal CKD bawah 150 cc dijangka turun!

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan kerajaan, semalam menyaksikan motosikal Pemasangan Tempatan (CKD) dengan kapasiti enjin 150 cc ke bawah akan dikecualikan duti eksais 100 peratus. Perkembangan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tempoh pengecualian itu akan bermula 1 April ini sehingga 31 Disember 2021. Duti eksais adalah cukai yang ditetapkan oleh kerajaan di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berdu

KhairilKhairil

Mar 18, 2021

BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499

Motosikal kapcai popular, Honda Wave 125i diberi penawaran warna baharu bagi versi 2021 dengan enjinnya kini patuh piawaian emisi Euro 4. Tiga pilihan warna menarik yang ditampilkan kali ini ialah Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue. Ia dijual pada tanda harga RM 6,499 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran). Menggunakan enjin bersesaran 124.9 cc, 4 Lejang, Sistem Pancitan Bahan Api PGM-Fi, Honda Wave 125i 2021 kini mematuhi piawaian emi

KhairilKhairil

Mar 2, 2021

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297

PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan model 'Sportbike' lincah CBR150R 2021 serba baharu, semalam yang tampil dengan reka bentuk lebih futuristik bersama lampu depan mirip CBR250RR 2021. Seperti versi sebelumnya, jentera yang popular di negara seberang itu didatangkan dengan dua varian iaitu Non-ABS dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dengan pakej harga menarik bermula RM10,297 hingga RM11,704. Menurut AHM, pengendalian dan kuasa CBR150R 2021 dipertingkat supaya pemiliknya dapat merasai pengalaman

KhairilKhairil

Jan 13, 2021

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP

Kesan ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19 memang mengerikan, lebih-lebih lagi terhadap golongan berpendapatan rendah atau B40. Berdasarkan laporan daripada akhbar Kosmo! Online, akibat desakan hidup, ramai diantara golongan berkenaan di Pulau Pinang sanggup menjual atau memajak motosikal mereka demi kelangsungan hidup. Kebanyakan mereka adalah pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini. Menurut laporan be

KhairilKhairil

Feb 15, 2021

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba?

Ketika pertama kali dilancarkan pada 2016, Honda RS150 sememangnya dicipta untuk menyaingi 'YSuku' dan selepas menjalankan tugas itu dengan baik selama beberapa tahun, versi kedua RS150 V2 dilancarkan pada awal tahun lalu. Antara perubahan yang dibuat oleh Boon Siew Honda (BSH) untuk V2 adalah rekaan lampu belakang serba baharu, penggunaan panel meter digital penuh LCD, tiada 'kick starter' dan beberapa lagi naik taraf kosmetik. Ia hadir pada tanda harga RM 8,199 untuk pilihan warna (Trico, Blac

KhairilKhairil

Apr 9, 2021

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Sebagai memenuhi keinginan peminat jentera 'Supersport' di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) melancarkan Honda CBR600RR 2021 di negara berkenaan yang tampil dengan teknologi canggih dan harga yang boleh meremangkan bulu roma. Terkenal sebagai jentera berprestasi tinggi yang berorientasikan perlumbaan, Honda CBR600RR 2021 ini datang pada tanda harga Rp. 550,000,000 (OTR Jakarta) iaitu bersamaan RM 158,423. Masih belum memasuki pasaran Malaysia, harga jualannya di sebuah lagi negara jiran iaitu T

KhairilKhairil

Feb 22, 2021

Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Tidak lagi angan-angan, motosikal skuter yang paling dinantikan, Honda ADV 150 kini boleh didapati di negara ini dengan harga jualan cukup menarik RM11,999. Pada majlis pelancarannya yang dibuat secara maya oleh pengedarnya Boon Siew Honda (BSH), hari ini Honda ADV 150 boleh didapati dengan dua varian warna di Malaysia iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red. Tampil dengan reka bentuk ala 'adventure' dan futuristik, jauh berbeza daripada skuter-skuter lain dalam kelasnya di pasaran ket

KhairilKhairil

Feb 5, 2021

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806

Selepas Thailand memperolehnya pada awal Januari lalu, pasaran Indonesia menerima versi terbaharu skuter Honda PCX160 2021 yang hadir dengan dua varian, ABS dan CBS. Sebagai informasi, Honda PCX160 merupakan model baharu yang lebih canggih dan mesra alam berbanding dengan model terdahulu Honda PCX150 yang turut dijual di Malaysia. Begitupun, berdasarkan penelitian yang dibuat di laman web Boon Siew Honda ketika ini, motosikal berkenaan sudah pun digugurkan daripada senarai produk yang menyaksika

KhairilKhairil

Feb 9, 2021

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati!

Dihasilkan pada 25 tahun lalu untuk keperluan rakyat Malaysia, model legenda Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas), Kriss sememangnya mencapai objektif yang disasarkan. Bagi membuktikan keunggulannya, ia pernah memegang takhta selaku kapcai empat lejang terlaris di pasaran tempatan bagi satu tempoh, pencapaian yang boleh disifatkan cukup membanggakan. Selaku kenderaan buatan syarikat tempatan, kejayaan Kriss itu sememangnya turut dibantu dengan semangat nasionalisme selain dipacu denga

KhairilKhairil

Jan 28, 2021

AHM lancar Honda Forza 250 2021 di Indonesia, harga RM 24,209

Honda Forza 250, yang dilihat sebagai pesaing terus kepada Yamaha XMax mendapat kemaskini bagi versi 2021 di negara jiran, Indonesia yang hadir dengan beberapa naik taraf dan empat pilihan warna menarik. Sebagai permulaan dan makluman, Honda Forza 250 tidak dibawa masuk oleh Boon Siew Honda (BSH) ke pasaran Malaysia namun 'abangnya' yang mempunyai sesaran enjin lebih besar, Forza 300 ada dijual. Berbalik kepada Honda Forza 250 2021, motosikal skuter maxi berkenaan dibawa masuk oleh PT Astra Hond

KhairilKhairil

Feb 10, 2021

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k?

Suzuki Malaysia baru sahaja mengacah lampu hadapan Suzuki Raider F150 melalui sebuah hantaran di laman Facebook Rasmi Suzuki Malaysia.Sekilas pandang sahaja sudah boleh menjangkakan bahawa Lagenda Motosikal Underbone, Suzuki Belang bakal menerjah ke pasaran tidak lama lagi. Suzuki Belang atau lebih dikenali sebagai Suzuki Raider F150 di pasaran Thailand, Vietnam dan Filipina adalah sebuah motosikal jenis underbone bawah 150 cc. Enjin yang dipadankan adalah enjin 147.3cc berkuasa 18.5 PS kuasa ku

HarisHaris

Sep 30, 2020

Honda Wave 125i dikemaskini di Thailand - sport rim aloi, warna baharu, harga bermula RM 7,089!

Seperti Malaysia, Honda Motor Thailand memperkemaskini model kapcai popularnya, Honda Wave 125i 2021 yang datang dengan pilihan warna baharu lebih ekslusif. Pilihan warna baharu yang ditawarkan ialah Metallic Matte Gray yang menambahkan gaya dan elemen premium serta sporty terhadap motosikal berkenaan. Untuk versi terbaharu ini, harga yang ditawarkan di pasaran berkenaan begitupun tidak murah, iaitu bermula 53,800 THB (RM 7,089) hingga 56,000 THB (RM 7,379) bergantung kepada varian. Dua varian y

KhairilKhairil

Apr 7, 2021

BSH lancar Honda CRF250 Rally 2021 di Malaysia, harga RM 27,599!

Motosikal yang diinspirasi daripada rekaan jentera yang bersaing di Rali Dakar, HRC CRF450 RALLY iaitu Honda CRF250 Rally 2021 akhirnya dilancarkan di pasaran Malaysia, hari ini. Seperti HRC CRF450 RALLY yang bersaing pentas perlumbaan dunia, CRF250 RALLY 2021 didakwa Honda lebih ringan, lincah dan lengkap berbanding versi sebelumnya. Ia hadir pada tanda harga RM 27,599 oleh pengedar sahnya di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH). Harga berkenaan tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai ja

KhairilKhairil

Mar 12, 2021

Buat hal pasang pelitup muka di Honda C70, bimbang motosikal 'tua' dijangkiti Covid-19

Pandemik Covid-19 yang sedang mengganas di seluruh dunia menyebabkan penggunaan pelitup muka diwajibkan. Namun pelik tapi benar, pelindung itu turut dipakaikan oleh seorang pemuda kepada motosikal Honda C70 ditunggangnya dan ia berlaku di negara seberang, Indonesia. Lebih pelik, dia sendiri tidak memakai pelitup muka berkenaan dan berikutan tindakan itu, dia ditahan polis. Memetik laporan www.viva.co.id, satu video yang diperoleh daripada akaun instagram polrestasurakarta menunjukkan seorang pem

KhairilKhairil

Dec 28, 2020

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783

Tanpa mempedulikan pesaingnya yang lebih 'mengancam', model legenda Honda EX5 terus diberikan 'nafas baharu' oleh Boon Siew Honda (BSH) dan bagi 2021, varian baharu diperkenalkan iaitu Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35. Perkembangan itu dikongsikan BSH dalam laman Facebook rasmi syarikat berkenaan, semalam menerusi dua varian yang hadir dengan dua warna dan reka grafik yang baharu. Sejak pengenalannya lebih 35 tahun yang lalu, sudah lebih daripada 2 juta Honda EX5 (pelbagai versi dan varian) berj

KhairilKhairil

Jan 14, 2021

Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM37,888

Bersaing dalam segmen yang agak kompetitif, Benelli Malaysia akhirnya melancarkan motosikal naked berkuasanya, Benelli 752S 2021 di pasaran tempatan dengan tawaran harga menarik RM37,888. Harga berkenaan begitupun adalah asas yang tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Tampil dengan gaya jentera naked gagah dan moden, jentera yang diperkenalkan di kepada global pada 2018 itu boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Hijau (Green), Merah (Red) dan Hitam (Black

KhairilKhairil

Feb 8, 2021

Zongshen Cyclone RT3. Inikah model 'rebadge' motosikal terbaharu WMoto?

Bukan lagi rahsia jenama motosikal keluaran MForce Bike Holdings (MForce), WMoto akan melancarkan sebuah model skuter maxi dengan enjin bersesaran 'besar' pada hujung minggu ini. Sejak minggu yang lalu, laman Facebook rasmi syarikat berkenaan rancak memaparkan imej 'teaser' motosikal berkenaan selain menghitung hari menjelang pelancaran berkenaan. Berdasarkan imej-imej berkenaan, jelas ia adalah sebuah model skuter dan selepas penelitian lanjut serta maklum balas pengguna di laman sosial berkena

KhairilKhairil

Mar 13, 2021

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan!

Jenama Royal Enfield sememangnya tidak asing bagi penggemar motosikal bergaya klasik dan retro. Selain sejarahnya yang mengagumkan, syarikat yang diasaskan oleh Albert Eadie dan Robert Walker Smith di Britain pada tahun 1891 ini cukup popular dengan penampilannya yang tersendiri. Sebagai salah satu jenama motosikal paling ikonik di dunia, ia menghasilkan pelbagai model yang dipasarkan ke seluruh dunia dan yang paling mendapat perhatian serta pujian ketika ini pastinya Royal Enfield Interceptor 6

KhairilKhairil

Jan 21, 2021

Nak beli motosikal terpakai melalui penjual persendirian? Ingat tips ini

Jika sudah minat, sanggup redah apa saja. Apa yang pasti, pandangan ini jelas tidak boleh dipakai untuk sesiapa yang mahu membeli barangan yang mahal harganya seperti motosikal. Kalau membeli di kedai berdaftar, risikonya boleh dikurangkan namun jika jualan persendirian yang dicari menerusi laman sosial atau laman web jual beli, ia pasti lebih merbahaya sekali pun kadang kala harganya jauh lebih murah. Dan kebanyakan jualan seperti iti adalah membabitkan transaksi tunai sekaligus menjadikan risi

KhairilKhairil

Dec 12, 2020

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja?

Tular baru-baru ini apabila sebuah Yamaha RXZ keluaran terakhir telah dijual pada harga RM 100,000. Proses dan transaksi pembelian tersebut turut dimuatnaik di sebuah saluran Youtube permotoran terkenal di Malaysia iaitu Geng Tayar Besar. Walau bagaimanapun, sebuah hantaran di Facebook oleh Wark Dovizioso telah menafikan harga RM 100,000 yang dibayar adalah tidak tepat. Ujar pengguna Facebook tersebut lagi, harga Yamaha RXZ catalyzer keluaran akhir itu hanyalah sekadar RM 45,000 sahaja, jauh dar

HarisHaris

Sep 21, 2020

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Tiba di pasaran Malaysia pada 2019, dua jentera kelas pertengahan hangat dari Honda iaitu model 'Sportbike' CBR650R dan 'Naked bike' CB650R dan akhirnya dinaik taraf bagi versi 2021. Kedua-dua model yang dibawa masuk oleh Boon Siew Honda (BSH) itu hadir pada tanda harga berbeza iaitu masing-masing RM 45,499 dan RM 43,499 (Tidak termasuk insuran, cukai jalan, yuran pendaftaran). Selain tampil dengan dua warna baharu yang lebih menyerlah, naik taraf yang diberikan Honda kepada kedua-dua model ini

KhairilKhairil

Feb 17, 2021

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan?

Penantian sangat panjang peminat skuter 'ala adventure' Malaysia, Honda ADV 150 mungkin menemui noktah apabila jentera itu dikhabarkan akan memasuki pasaran tempatan pada bulan depan. Perkembangan menarik itu ketika ini sedang galak dilaporkan laman-laman media automotif tempatan berdasarkan sumber masing-masing sekalipun pengedar utamanya, Boon Siew Honda (BSH) masih mengunci mulut. Ketika ini, bayangan terdekat mengenai pelancarannya adalah tempahan bagi mendapatkan Honda ADV 150 ini sudah pun

KhairilKhairil

Jan 27, 2021

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini!

Selepas imej bahagian belakang motosikal mirip model Honda Winner X sedang ditunggang uji tersebar minggu lalu, timbul satu lagi gambar motosikal 'panas' berkenaan sedang diuji dan kali ini ia lebih jelas. Tidak sukar untuk melihat gambar dari sudut hadapan motosikal berkenaan kerana ia sudah pun tular di media sosial hasil perkongsian ramai pengguna yang sememangnya 'rajin'. Seperti sedia maklum, kehadiran Honda Winner X sememangnya amat dinanti-nantikan peminat jenama berkenaan di negara ini s

KhairilKhairil

Apr 10, 2021

85,466 unit motosikal didaftarkan JPJ pada bulan Mac 2021, penangan i-Sinar?

85,466 unit. Itu adalah jumlah besar motosikal baharu yang sudah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bulan Mac 2021. Berdasarkan angka berkenaan, ia adalah yang tertinggi di dalam sejarah industri motosikal tempatan dalam tempoh sebulan dan jauh meningkat dari bulan sebelumnya iaitu lebih lebih kurang 55,000 unit. Menurut rekod yang dikongsi kepada rakan media automotif, Careta, perlaksanaan inisiatif kerajaan i-Sinar termasuk tanpa syarat pada bulan lalu merangsang sektor

KhairilKhairil

Apr 2, 2021

Rebiu: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan!

Selepas hampir tiga bulan menjengah pasaran Malaysia, tidak dapat dinafikan jentera 'Naked' terbaharu keluaran Yamaha, MT-25 berjaya mencipta sensasi terhadap peminat motosikal di negara ini. Seperti namanya MT-25, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 249cc dan melengkapi tawaran buat peminat dalam siri keluarga MT dari Yamaha yang juga singkatan untuk 'Master of Torque'. Ia didatangkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) ke Malaysia selepas ketibaan dua abangnya, MT-07 dan MT-09 lebih awal dan

KhairilKhairil

Dec 28, 2020

Honda Monkey edisi istimewa di Thailand. Menarik, unik!

Motosikal 'mini' mungkin tidak begitu mendapat sambutan di Malaysia namun peminatnya tetap ada dan antara yang paling menyerlah dan unik pastinya Honda Monkey. Jika berpandukan kepada laman web jual beli di negara ini, tiada model baharu Honda Monkey berada dipasaran namun untuk kondisi terpakai, ia ada dijual dan harganya juga boleh tahan keras. Situasi itu berbeza dengan negara jiran di mana Honda Thailand baru-baru ini melancarkan edisi istimewa Edisi Bobby Banana dan Edisi Terhad Gundam. Bag

KhairilKhairil

Dec 24, 2020