Tag

harga wrap kereta myvi

Perodua Myvi, kereta terlaris di Malaysia

Perodua Myvi Perodua Myvi adalah kereta terlaris di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari kereta harian yang bagus, Myvi seharusnya menjadi salah satu daripada pilihan utama anda. Harga mampu milik? Perodua Myvi adalah hatchback segmen B dengan harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Didatangkan dengan 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter, kedua dua enjin adalah enjin sedutan tabii 4 silinder petrol. Enjin 1.5 liter juga digunakan dalam Toyota Vios dengan talaan yang sedikit berbeza.

HarisHaris

May 12, 2020

Gadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!

Dalam satu muatnaik di laman Facebook Art of Speed Malaysia, sebuah Perodua Myvi telah diubahsuai menjadi ‘camper car’ dimana kerusi belakang diturunkan untuk memuatkan beberapa keping papan lapis yang dijadikan asas tilam lengkap dengan lampu liplap, bantal dan langsir Beliau dilihat memandu Perodua Myvi generasi pertama (2005 – 2008) yang memang terkenal dengan ruang dalamannya yang sangat luas bagi kereta hatchback nasional. Tempat duduk belakangnya boleh diturunkan dengan betul-betul rata -

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Perodua Myvi: Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli kereta terpakai paling laris di Malaysia?

Dari segi bayaran bulanan, pengangkutan persendirian seperti kereta berharga lebih tinggi berbanding pengangkutan awam. Namun demikian, ia memberikan kemudahan dimana jadual pergerakan harian tidak akan terikat di samping boleh memunggah barang dengan lebih bebas. Oleh itu, anda boleh membeli kereta terpakai yang berharga lebih rendah tetapi masih mempunyai pakej yang menarik dan berbaloi. Antaranya ialah Perodua Myvi generasi pertama dan kedua. Perodua Myvi mempunyai pakej yang menarik dimana i

FaisalFaisal

Oct 14, 2020

Berita baik: Perodua mengumumkan penurunan harga kereta 3% - 6%

Perodua akan menurunkan harga kereta (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3% hingga 6% melalui rebat tunai sehingga 14 Jun 2020. Selepas itu, Perodua akan menggunakan harga yang baru sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri. "Walaupun pengurangan cukai hanya berkuatkuasa pada 15 Jun 2020, Perodua akan menawarkan rebat tunai antara 3% hingga 6% untuk pembelian kenderaan kami mulai hari ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,

HarisHaris

Jun 10, 2020

Toyota Hilux versi Gazoo Racing, harga barang je boleh beli Myvi!

Bab kit badan dan aksesori tambahan, kita kena bagi kredit dekat pengeluar kereta Jepun sebab diorang memang pakar dalam bab-bab ini. Kali ini, divisyen prestasi Toyota Jepun iaitu Gazoo Racing (GR) telah memberi sentuhan yang garang kepada Toyota Hilux! Apa yang ada dekat Hilux GR ni? Untuk harga JPY 305,800 (RM 11,950), pemilik Hilux akan mendapat pelindung bumper bewarna perak, plat skid merah, tangga sisi keluli dan rollbar sports hitam matte di bahagian kabin belakang. Kalau anda ada duit l

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Sep 4, 2020

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai!

Perodua Myvi Peningkatan penjualan kereta terpakai yang turut melonjak tinggi selain daripada penjualan kereta baharu yang menerima insentif PENJANA dilihat bakal mengekalkan momentum tersebut apabila memasuki suku akhir tahun 2020. Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor mengesahkan bahawa penjualan tahunan berbanding tahun lalu pada bulan Julai meningkat 25% iaitu sebanyak 37,800 unit. Tambahan pula, penjualan berdasarkan statistik yang sama pad

HarisHaris

Oct 12, 2020

Perodua Myvi S-Edition 2020 vs Myvi GT: Mana satu pilihan hati?

Kita baru-baru ini dikejutkan dengan berita Perodua memperkenalkan Perodua Myvi S-Edition 2020 di Brunei seiringan model biasa. Jangan terkejut kalau anda dengar Malaysia bukanlah negara pertama untuk menerima model ini. Digelar Myvi S-Edition, ia diinspirasikan oleh Myvi GT yang ditayangkan di 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (2018 KLIMS). Walaubagaimanapun, tidak seperti Myvi GT yang dibina berdasarkan Myvi 1.5 AV, kereta Myvi S-Edition pasaran Brunei adalah berdasarkan Myvi 1.3G spe

MersitaMersita

Jul 6, 2020

Proton Saga lwn. Perodua Myvi: Mana satu lebih tahan nilai jualannya?

Sebelum kita mulakan, Proton Saga dan Perodua Myvi memang selalu didebatkan di kedai-kedai kopi. Antara persoalan paling popular yang dibincangkan bila nak beli aset: Mana satu yang punyai nilai jualan-semula paling kental antara dua model kereta popular ini? Untuk menjawab soalan ini, Carsome telah mengeluarkan data bagi beberapa model kereta popular di Malaysia dan senarai ini melibatkan kereta seperti Perodua Myvi dan Proton Saga. Kenapa kita boleh rujuk Carsome dengan yakin? Ini kerana data

MersitaMersita

Jul 22, 2020

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Sebelum anda buat kesimpulan yang artikel ini satu lagi kritik bagi produk domestik kita sendiri, anda silap. Perodua Myvi barangkali kereta yang terbaik untuk pemanduan harian yang ada di pasaran setakat ini. Sebagai kereta harian, Perodua Myvi hampir sempurna. Ia cukup cemerlang sampaikan Honda Jazz pun nampak biasa. Jazz ada Smart Tag bina-dalam atau AEB? Tak kan? Ultra Seats yang ada pada Honda Jazz cukup menarik untuk dimiliki, tapi berapa kali je anda nak kena lipat kerusi belakang? Jadi,

MersitaMersita

Aug 26, 2020

Myvi tema Stitch, brader ‘kemurungan’ bawa kereta anak buah

Siapa tak kenal filem animasi Lilo and Stitch yang sangat-sangat popular di kalangan kanak-kanak pada tahun 2000-an dulu? Kalau kenal sangat, mungkin maksudnya anda memang dah cukup tua. Bagi peminat tegar karakter Stitch, seekor alien comel berwarna biru dari filem animasi itu, anda mungkin berminat nak hias kereta seperti Perodua Myvi anak buah lelaki ini. Pengguna Facebook, Mohd Firdaus Jailan, baru-baru ini berkongsi beberapa gambar menunjukkan kereta anak buah perempuan beliau yang dipenuhi

MersitaMersita

Feb 3, 2021

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru?

Walaupun dilanda pandemik COVID-19, industri kereta Malaysia dapat merekodkan jualan yang tinggi, disokong oleh pengecualian sementara cukai jualan sehingga 31 Disember tahun ini. Akan tetapi, menjelang 1 Januari 2021, cukai jualan 10 peratus akan kembali - ditambah lagi dengan kiraan Open Market Value (OMV) yang baru. Kiraan baru ini pula boleh menaikkan lagi harga kereta sehingga 20 peratus. Total Industry Volume (TIV) bagi pasaran Malaysia – gelaran industri bagi jualan kereta baharu – dijang

MersitaMersita

Dec 22, 2020

Perodua Ativa (D55L) disasarkan harga sekitar RM 60k, cantas harga Proton X50?

Rahsia paling sulit di dunia iaitu Perodua D55L dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada bulan hadapan atau seterusnya. Justeru itu, antara khabar angin yang sampai ke meja pengarang Wapcar.my baru-baru ini adalah model ini akan berharga sekitar RM 60k. Sebagai perbandingan, harga bagi model Proton X50 bermula dari RM 79,200 - RM 103,300. Sudah tentu, kedua-dua model tersebut bukanlah pesaing yang setara antara satu sama lain tetapi pembeli biasa akan tetap membandingkan kedua-dua model SUV se

HarisHaris

Feb 3, 2021

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk menyemak semula harga kereta melalui sistem kiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) telah pun dibatalkan. Sistem kiraan tersebut bakal menyaksikan kenaikan harga kereta baru sehingga 20% dari harga sekarang. Walaubagaimanapun, tempoh pengecualian cukai kenderaan sudah pun disahkan tamat. Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad memberitahu WapCar.my hari ini bahawa Kementerian Kewangan telah memberitahu MAA minggu lalu bahawa ia akan

HarisHaris

Dec 28, 2020

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz?

Sejak pelancarannya 15 tahun lalu, Perodua Myvi telah menduduki carta teratas dalam kategori hatchback kegemaran Malaysia. Proton telah cuba untuk mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan Myvi, sehinggalah mereka hasilkan Proton Iriz. Kedua-kedua kereta ini telah bersaing selama 6 tahun, dan kini dengan naiktaraf terbaru mereka, kereta mana yang patut anda pilih? Artikel ini akan membincangkan perbandingan antara spesifikasi tertinggi kedua hatchback ini. Apabila Iriz mula-mula diperkenalk

MersitaMersita

Jun 18, 2020

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi!

“Myvi buat hal lagi...” Perodua Myvi memang betul-betul hero kampung. Sering digelar sebagai ‘supercar’ Malaysia, anda boleh lihat hatchback popular ini dalam posisi dan situasi yang kadang kala menghairankan tapi cukup menarik perhatian. Berbalik kepada tajuk – kenapa Perodua Myvi boleh jadi kereta terbaik untuk melarikan diri? Ya, orang kaya sememangnya tak pernah kurang dari segi pilihan kereta. Mereka boleh saja pandu kereta-kereta berprestasi tinggi seperti Toyota Supra atau BMW M3. Tapi, k

MersitaMersita

Oct 16, 2020

Perodua Myvi dianugerahkan kereta bandar terbaik oleh Gen-Z di Indonesia!

Perodua Myvi ialah kereta yang paling popular di Malaysia tetapi di Indonesia, ia tidaklah sampai ke tahap itu. Namun demikian, ia telah berjaya memenangi hati golongan pemuda di Indonesia. Dikenali sebagai Daihatsu Sirion, Perodua Myvi dianugerahkan Marketeers Youth Choice Brands of the Year 2020. Keputusan ini dibuat berdasarkan tinjauan (survey) terhadap 1,300 responden bergenerasi Z di seluruh negara Indonesia. Dengan lingkungan umur 18 ke 25 tahun. kebanyakan daripada responden ini adalah p

FaisalFaisal

Dec 14, 2020

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia

Sesetengah pihak berpendapat bahawa struktur cukai jalan (road tax) di negara kita agak melampau. Malah mereka menggesa industri untuk guna sistem yang berasaskan kadar pelepasan (emission-based). Salah satu cara untuk membayar road tax dengan murah ialah dengan enjin yang berkapasiti lebih kecil. Dalam erti kata lain, pembeli harus memiliki kereta yang menggunakan enjin turbo ataupun hibrid. Harga road tax yang mahal mungkin menjadi penghalang buat pembeli. Sebab inilah kereta dengan enjin V8 j

FaisalFaisal

Jan 8, 2021

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Landskap ekonomi yang kurang menentu ketika ini sedikit sebanyak akan mencuit perasaan untuk memulakan perniagaan. Tahukah anda, di waktu sukar ini, kereta terpakai mengalami permintaan yang mendadak? Bagi mereka yang kurang bernasib baik, sekarang adalah masa yang terbaik untuk merancang. Lagipun, kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia cenderung untuk memiliki 1 kenderaan untuk pelbagai kegunaan. Jika anda mahu bermula dengan langkah kanan, apa kata pastikan kenderaan untuk mencari rezeki ters

HarisHaris

Jan 20, 2021

4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!

Tahun 2020 memang sucks sikit disebabkan pandemik, tapi tak apa. Ada sebab untuk bergembira kerana tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka. Perodua Bezza 2020 merasmikan pembukaan tirai 2020 pada awal bulan Januari, diikuti pula oleh Volkswagen Passat yang terbaru, BMW X1, BMW 320i, Mazda CX-30 dan Proton X70 CKD 2020. Takkan tu je? Jangan risau, banyak lagi ni! Nissan Almera 2020 Nissan Almera serba baru yang

MersitaMersita

Jun 12, 2020

Perodua Myvi bakal hadir dengan facelift baharu. Apa yang bakal diterima?

Perodua Myvi Sebut sahaja Perodua Myvi, semua sedia maklum dengan kereta pilihan no 1 rakyat Malaysia ini. Siapa pun anda, angka penjualan Perodua Myvi tidak menipu. Paling laris di Malaysia! Perodua mampu mendabik dada dengan kehebatan Perodua Myvi yang kini tidak lagi di bawah bayangan Daihatsu. Begitulah caranya untuk menghasilkan sebuah kereta pilihan rakyat Malaysia. Selepas 15 tahun jenama Myvi dalam pasaran, tahun ini dijangka Perodua Myvi akan diberikan facelift. Nak tahu mengapa? Ikuti

HarisHaris

Jul 10, 2020

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga

Seiring dengan pengumuman insentif PENJANA daripada Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan potongan cukai jalan sebanyak 100% bagi kereta yang dipasang tempatan (CKD) dan 50% bagi kereta import (CBU), beberapa jenama telah pun mengemas kini harga kereta mereka. Harga baharu tersebut berkuatkuasa bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Di samping itu, segelintir pihak pengeluar turut menawarkan pelbagai promosi di atas potongan cukai jualan yang diberikan. Ini bermakna

HarisHaris

Jun 15, 2020

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k!

Seperti yang anda ketahui, kerajaan telah mengumumkan mengenai pengecualian cukai penjualan 10% untuk kereta yang dipasang dalam negara (CKD). Sementara itu, kereta yang diimport (CBU) akan menerima pengurangan separuh cukai penjualan menjadi 5%. Pengecualian / pengurangan cukai jualan dikenakan dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Penjelasan panjang mengenai pelaksanaan insentif ini masih belum jelas, mungkin bakal dijelaskan dalam masa akan terdekat. Sebagai contoh, adakah tarikh mula/akhir ak

HarisHaris

Jun 9, 2020

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa

Kenapa ramai yang tergila-gilakan Perodua Myvi sehingga menjadikannya kereta paling laris di Malaysia? Antara sebab utamanya ialah tawaran harganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pesaingnya dalam segmen yang sama. Padankan ini dengan penjimatan minyaknya yang cemerlang dan reputasinya sebagai kereta yang tahan lasak, Myvi sememangnya patut diangkat sebagai kereta nasional yang paling digemari di negara kita. Apabila generasi barunya diperkenalkan pada hujung tahun 2017, ia adalah ker

MersitaMersita

Aug 3, 2020

Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Baru-baru ini saya perhatikan banyak netizen Facebook riuh rendah tentang trend kereta berprestasi Jepun dari zaman 80an, 90an, sehingga awal tahun 2000 yang dijual dengan harga melebihi nilai sebenar. Malah ada yang mencecah enam angka bagi casis bukan original model tetapi ‘convert’. Apa cerita? Kalau lihat bahagian komen, mesti ada yang meninggalkan komen seperti “mahal tak kena gaya”, “tak berbaloi sebab ‘convert’”, ataupun “kereta dah lama pun harga neraka ke?”. Secara peribadinya, saya ber

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jan 16, 2021

Tiada penurunan 10% pada harga kereta walaupun dengan pengecualian cukai jualan. Ini sebabnya.

Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan yang semua kereta penumpang yang dipasang secara lokal (CKD) akan dikecualikan dari membayar 10 peratus cukai jualan bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Kereta impot baru pula akan diberi 50 peratus diskaun cukai jualan, meninggalkan cukai jualan pada hanya 5 peratus. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud harga kereta CKD baru akan turun 10 peratus. Kebanyakan kereta hanya dapat penurunan sebanyak 3 hingga 6 peratus. Nak tahu kenapa? Pen

MersitaMersita

Jun 18, 2020

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan

Pasti semua orang masih ingat lagi dengan kereta pertama mereka. Ramai yang anggap kereta macam bini/awek nombor satu dua. Walaupun kereta biasa-biasa saja, tetap sayang. Manakan tidak, kereta pertamalah yang selalunya membawa pelbagai kenangan manis – zaman belajar, bawa pergi temuduga kerja pertama, dan macam-macam lagi. Bagi yang tiada pengalaman, ambil tahu serba sedikit tentang kereta akan banyak membantu anda nanti. Dah beli mahal-mahal, kena lah pandai jaga. Jom kita mulakan dengan jagaan

MersitaMersita

Jun 21, 2020

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih?

Mungkin antara anda ada yang perasan harga kereta baru semakin mencanak naik. Rakyat Malaysia dah lama mengadu tentang harga kereta yang mahal disebabkan oleh struktur cukai kita yang ‘tak adil’. Tapi, sebenarnya inilah persoalan yang membelenggu bukan saja oleh orang kita, tapi juga konsumer di seluruh dunia. Data yang dikumpul Edmunds.com dari Amerika Syarikat menunjukkan purata harga transaksi bagi kereta baharu telah meningkat dari USD 23,900 pada tahun 2008 hingga USD 39,000 pada tahun 2019

MersitaMersita

Jan 25, 2021

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai!

Pada masa yang sangat membimbangkan kita akibat pandemik Covid-19, ramai yang terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi. Baru-baru ini ada satu kes penipuan pembelian Proton Satria Neo yang berharga RM 9,000 melibatkan urusan jual beli kereta dimana terdapat penglibatan orang tengah. Kes sebegini selalu berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati. Dengan itu, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh ‘scammer’ yang tak bertanggungjawab ini? 1. Periksa harga juala

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 1, 2021

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa melakukan pemantauan terhadap harga insurans yang dikenakan kepada pengguna kenderaan di Malaysia. Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana beliau mendapati ada pengguna yang mendakwa mereka terpaksa membayar insurans kenderaan pada harga yang tidak selari dengan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor negara. Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya pengguna perlu membayar premium insura

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 15, 2021

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Sebagai rakyat Malaysia, kita telah menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi kualiti dan pembuatan produk tempatan. Dalam aspek pengangkutan, kita memiliki dua jenama kenderaan yang lahir dari tanah air sendiri iaitu Perodua dan Proton. Kedua-dua jenama ini telah gagah bertakhta dalam membantu kehidupan rakyat jelata. Model seperti Perodua Kancil dan Proton Saga telah memberikan peluang kepada masyarakat untuk memiliki kenderaan dengan harga mampu milik. Dengan itu, ia digelar sebagai keret

FaisalFaisal

Sep 29, 2020