Tag

kelebihan dan kekurangan proton gen 2

Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak?

Proton Exora Pada tahun 2009, wabak MPV telah melanda Malaysia secara tiba-tiba. Ketika itu, dua pengeluar kereta domestik Malaysia turut terjebak dalam wabak tersebut lalu mengeluarkan 2 model iaitu Proton Exora dan Perodua Alza. 11 tahun kemudian, wabak yang lain pula muncul tetapi Proton Exora dan Perodua Alza masih berada dalam pasaran automotif. Lebih menarik lagi, kedua-duanya menerima nafas baharu dengan sedikit kemas kini baru tanpa sebarang tanda-tanda kedua-dua model akan digugurkan. K

HarisHaris

Sep 20, 2020

Kelebihan dan kekurangan: Proton Iriz - Pengendalian yang mantap namun dibelenggu transmisi CVT?

Proton Iriz Proton Iriz adalah antara model Proton yang mengujakan dari zaman pra-Geely dan masih diteruskan hingga kini. Model ‘pengganti’ kepada Proton Satria ini terkenal dengan kendalian pemanduan yang mantap dalam kalangan peminat sukan permotoran. Kemaskini pertama ditawarkan pada tahun 2017. Proton mengurangkan tahap kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) dengan mengurangkan jumlah pautan enjin (engine mounting) dari empat ke tiga, kemas kini ekzos yang ditala semula dan penggunaan bahan

HarisHaris

Oct 9, 2020

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan

Perodua Myvi Bagi mereka yang membeli hatchback segmen B, pilihan terbaik bagi kebanyakan rakyat Malaysia adalah Perodua Myvi. Jimat minyak, praktikal dan bergaya adalah antara ciri Perodua Myvi yang tepat dengan citarasa rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam artikel ini kami akan menyenaraikan dengan lebih terperinci mengenai kelebihan dan kekurangan Perodua Myvi, anggaran bayaran bulanan dan kos penyelenggaraan bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki kereta paling laris di Malaysia ini.

HarisHaris

Sep 24, 2020

Kelebihan dan Kekurangan: Proton Persona – Pengendalian yang rapi tetapi dengan CVT yang lembab?

Proton Persona ialah salah satu kereta keluarga yang seronok untuk dipandu. Dengan harga yang rendah, ia sesuai untuk pengguna yang tidak ingin berbelanja tinggi untuk menikmati pemanduan yang sedap. Ditambah pula dengan ruang but yang cukup luas, ia mampu menampung sejumlah muatan dalam satu masa yang sama. Untuk pengetahuan anda, Proton Persona telah menjadi salah satu kenderaan yang paling laris sejak ia dikemaskini pada tahun 2019. Namun begitu, tiada benda yang sempurna. Begitu juga dengan

FaisalFaisal

Oct 2, 2020

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras?

Perodua Bezza merupakan sedan Perodua yang pertama sekali, dibangunkan dari asasnya menggunakan platform Perodua Axia. Ia bersaing secara langsung dengan Proton Saga di dalam pasaran sedan segmen A. Ia telah menerima naiktaraf pertengahan hayatnya pada Januari 2020, dimana sedan Perodua ini diberi rupa bentuk luaran dengan penggayaan baru, kelengkapan keselamatan tambahan, dan juga trim atau kemasan dalaman yang baharu. Pilihan tren kuasanya pula kekal sama. Pelanggan boleh memilih antara empat

MersitaMersita

Jan 4, 2021

Nak pasang roof box dan roof rack - apa kelebihan dan kekurangannya?

Pernah lihat kereta yang ada rak dan kotak plastik di atas bumbungnya? Kotak bumbung (roof box) ini cukup berguna untuk meningkatkan kapasiti ruang simpanan di dalam kereta anda. Anda boleh pasang sendiri kotak bumbung ini ataupun pergi ke kedai aksesori jika anda malas nak pasang sendiri. Jika ada merancang untuk memasang kotak bumbung, ada beberapa jenis pelekap bumbung (roof mounts) yang dipasang dari kilang kereta itu sendiri: Rel yang dinaikkan (raised rails) Rel jenis padat/padu (solid) Ti

MersitaMersita

Mar 21, 2021

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh?

Sebelum ini, Wapcar.my telah mendapatkan maklum balas daripada pusat servis Proton yang dilaporkan mengalami masalah bekalan alat ganti dan komponen. Berikutan daripada laporan tersebut, Wapcar.my juga telah meninjau beberapa pusat servis Proton yang lain untuk maklum balas. Daripada tinjauan Wapcar.my, hanya segelintir pusat servis Proton yang mengalami masalah kekurangan alat ganti yang kritikal. Malah, pelanggan juga tidak dapat melakukan tugas-tugas servis berkala kerana kekurangan bekalan m

HarisHaris

Feb 15, 2021

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula?

Berdasarkan sumber yang sahih, kita akan menyaksikan pelancaran Proton Iriz 2021 dan Iriz Active tidak lama lagi. Menurut The Ajerul, produksi buat hatchback segmen B ini sudah dimulakan. Menariknya, terdapat juga perkhabaran mengenai 2 pilihan warna yang baru iaitu Passion Red dan Citric Orange. Untuk maklumat anda, kedua-dua warna ini turut didatangkan pada Proton X50. Walaupun warna Ruby Red sudah ada pada Iriz sekarang, Proton mahukan warna yang lebih terang buat Iriz 2021. Pada masa yang sa

FaisalFaisal

Dec 23, 2020

Apa kekurangan Proton Saga 2020?

Proton Saga Artikel ini dibuat bukanlah untuk mengkondem Proton Saga. Artikel ini hanya sekadar ingin memberi sedikit sudut pandang berbeza bagi pembaca yang sedang berkira-kira untuk membeli kereta ini. Sebagai seorang pemilik Proton Saga 2020 baru, kereta ini mudah menjadi kereta kegemaran saya. Tidak dinafikan, ramai yang menggemari Proton Saga 2020 baru ini kerana nilainya. Memang juara kereta rakyat Malaysia! Dengan harga dibawah RM 40,000, siapa yang mampu menandingi Proton Saga dalam aspe

HarisHaris

Jun 16, 2020

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan?

Proton X50 Gelaran penggugat pasaran segmen B sememangnya layak diberikan kepada Proton X50. Dengan tempahan yang kini dalam lingkungan 5 angka, terlalu banyak perkara yang hype tentang Proton X50 ini. Kami mendapat peluang untuk mencuba sendiri Proton X50 Flagship dan ini adalah pandangan awal kami. Nak tahu sama ada Proton X50 ini seperti apa yang diperkatakan? Ikuti pandangan awal ini. Kebaikan Proton X50 1. Teknologi Dalam usaha menarik pengguna yang lebih muda dan mesra teknologi, Proton X5

HarisHaris

Dec 1, 2020

Murah RM 4k, Honda City tawar nilai lebih baik daripada Proton X50 dan Nissan Almera Turbo?

Nissan Almera Honda City Proton X50 Nissan Almera Turbo, sebuah lagi pesaing baru untuk segmen B sudah pun diumumkan harga. Memilih waktu yang tidak konservatif (hari Ahad) untuk mengumumkan harga tersebut, Nissan Almera Turbo tampak mahu memberi elemen kejutan baik untuk pihak media mahupun pihak pembeli. Harga yang diumumkan pula, menepati anggaran sebelum ini. Bermula dari RM 79,906 hingga RM 91,310, pastinya ramai yang membandingkan Nissan Almera Turbo dengan pencabar terdekat iaitu Honda Ci

HarisHaris

Nov 4, 2020

Kenapa Proton X50 2020 tak sesuai untuk wanita atau awek anda? Ini sebabnya.

Kita pasti dah dengar betapa orang ramai memuji Proton X50 2020 – ia lebih murah berbanding abangnya, Proton X70, dan ia juga dipadatkan dengan enjin 1.5 liter TGDi dan MPi berpengecas turbo dengan 3 silinder yang juga enjin generasi baru. Ia juga menawarkan pelbagai kelengkapan lain seperti sistem infotainmen GKUI baharu yang mengalahkan sistem di dalam pesaingnya, Honda HR-V. Ya, semuanya nampak hebat, tapi satu perkara yang membuatkan SUV ini tidak begitu sesuai untuk para wanita dan gadis-ga

MersitaMersita

Dec 11, 2020

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu!

Saban hari mesti ada saja kelibat Proton Iriz 2021 di jalan raya bersama dengan Proton Persona. Walaupun Proton baru sahaja melancarkan Proton Iriz R3 Limited Edition, tetapi ini bukanlah model yang dikemas kini, hanya penambahan aksesori saja. Jadi apakah yang boleh kita jangkakan daripada Proton Iriz 2021 akan datang? 1. Transmisi apa pula kali ini? Masih lagi CVT ke? Sebelum itu, kami nak bagitahu yang Proton sebenarnya tahu kelemahan transmisi CVT automatik daripada Punch. Jadi timbul pelbag

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 6, 2021

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik?

Tayar adalah antara komponen yang penting dalam sesebuah kenderaan. Ia juga merupakan satu-satunya komponen yang bersentuhan dengan jalan dengan jangka hayat sekitar 60,000 km - 70,000 km ataupun paling lama 5 tahun sebagai panduan. Menukar tayar pula kadang kala memakan kos yang tinggi. Lihat sahaja kos tayar bagi SUV, paling murah adalah RM 300. Kalau nak tukar keempat-empat tayar akan memakan kos sehingga RM 1,200. Bulan tu sahaja kos tayar dah sama atau mungkin lagi tinggi dari bayaran bulan

HarisHaris

Dec 25, 2020

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru?

Trend SUV mampu milik yang ada di Malaysia boleh dikatakan bermula ketika pelancaran Honda HR-V pada tahun 2015. Ketika itu, tiada SUV dalam pasaran pada lingkungan harga RM 100k - RM 130k lalu bermulalah demam SUV di Malaysia. Kini 6 tahun dalam pasaran, Honda HR-V masih relevan dan mahu memberi saingan kepada Proton X50. Lebih menarik lagi, kehadiran Honda HR-V kemaskini tahun 2021 sekurang-kurangnya menangani satu kekurangan Honda HR-V. Apa kekurangan tersebut? Di sini kita bincangkan. Kelebi

HarisHaris

Jan 26, 2021

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia

Kenderaan 7 penumpang atau lebih dicari, kereta 7 seater mampu milik memang kegemaran rakyat Malaysia. Maklumlah, rakyat Malaysia ni berkeluarga besar. Bukan setakat anak-anak, mak ayah dan sanak saudara pun seronok jika diangkut sekali salam kereta 7 seater ni. Oleh itu tentulah ramai yang mencari kereta bawah 100k untuk segmen ini. MPV atau SUV, selalunya bukan isu utama. Harga yang berbaloi lebih diutamakan. Alang membeli menang memakai. Kajian juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka men

HarisHaris

Nov 8, 2020

Kebaikan dan Keburukan Nissan X-Trail – SUV yang sebenarnya bagus dari sangkaan

Beberapa minggu lepas, kami berbincang tentang kereta mana yang patut dipilih jika nak ‘upgrade’ dari kereta sekarang. Biasalah, kereta pertama hatchback biasa-biasa saja, teringin pula nak SUV segmen C. Ada beberapa cadangan yang mula timbul – antaranya Proton X70, Honda CR-V, dan Mazda CX-5. Seorang lagi rakan mencelah, “Apa kata Nissan X-Trail?”. Ramai yang tak terfikir akan SUV ini, dan ia buat kami tertanya-tanya; adakah ia satu pilihan yang memang patut dipertimbangkan? X-Trail generasi ke

MersitaMersita

Nov 15, 2020

Ringkasan Subaru XV: kalau ada duit lebih, lupakan saja Proton X50!

Subaru XV Subaru XV bersama-sama dengan Subaru Forester adalah 2 model yang paling banyak dijual oleh Subaru. Tahukah anda, kedua-dua SUV ini berada dalam kelas yang sama? Ya, kedua-dua SUV yang disasarkan untuk 2 kumpulan pasaran yang berbeza adalah dari kelas yang sama iaitu SUV segmen C. Namun begitu, Subaru XV tidak disasarkan untuk bersaing dengan SUV segmen C yang lain. Subaru XV lebih disasarkan sebagai ‘crossover’ yang bersaing dengan SUV segmen B seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Hyundai

HarisHaris

Aug 27, 2020

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios?

Pada era 90-an, pengguna lebih menggemari kereta jenis sedan. Maka itu, Proton Wira dibangunkan. Di United Kingdom, Wira dikenali sebagai Persona. Proton Satria pula dikenali sebagai Persona Compact. Model seperti Proton Putra pula dikenali sebagai Persona Coupe. Selama 2 generasi, Persona berada di dalam segmen C. Namun demikian, ia telah diubah pada tahun 2016 dimana ia dibangunkan berdasarkan Proton Iriz yang merupakan sebuah kereta segmen B. Setelah 27 tahun berada di dalam pasaran, Proton P

FaisalFaisal

Nov 6, 2020

Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua. Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula. Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir M

MersitaMersita

Sep 11, 2020

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2

Dalam entri lepas, kami sudah bincangkan tentang cubaan pertama Proton dalam British Touring Car Championship (BTCC). Kali ini, keadaannya lebih berbeza bagi Proton di UK dan juga BTCC secara keseluruhannya. Kemuncak zaman 90-an yang menyaksikan pasukan dan pembuat kereta bersaing antara satu sama lain telah menjadi semakin berfokus kepada akar umbi pasukan/pertandingan pada era 2010-an. Jumlah pembuat kereta yang bertanding dalam anugerah pembina juga semakin berkurangan disebabkan oleh kos pem

MersitaMersita

Aug 14, 2020

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu!

Proton Persona Proton Persona adalah satu-satunya sedan segmen B dari pihak pengeluar tempatan. Kategori sedan segmen B adalah antara kategori yang padat dengan tawaran daripada pengeluar bukan tempatan, menjadikan Proton Persona sedan segmen B paling murah dalam kelasnya. Berikut adalah 6 perkara mengenai Proton Persona yang harus anda ketahui! 1. Harga Proton Persona Proton Persona 1.6 Standard MT RM 42,100 1.6 Standard CVT RM 44,000 1.6 Executive CVT RM 48,900 1.6 Premium CVT RM 53,700 Harga

HarisHaris

Aug 17, 2020

Toyota Yaris 2020: Keselamatan dan kesenyapan kabin paling mantap!

Toyota Yaris Toyota jarang dikenali dengan model hatchback mereka di Malaysia. Namun segala-galanya berubah pada tahun 2019 dengan pengenalan Toyota Yaris. Kali ini, Toyota benar-benar all out dengan Toyota Yaris. Manakan tidak, Yaris dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri berbanding pesaing yang lain - blind spot monitor, rear cross traffic alert, kamera 360-darjah (panoramic view monitor) dan 7 beg udara. 7 tau! Toyota Yaris 2020 ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Toyota Bukit Raja

HarisHaris

Jun 12, 2020

Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi?

Sewaktu Perodua Aruz dilancarkan pada Januari 2019, ramai yang menganggap bahawa ia bersaing dengan Proton X70. Untuk pengetahuan anda, Proton X70 berharga lebih tinggi berbanding Perodua Aruz dimana ia jelas dihasilkan untuk pasaran yang lebih premium. Sejak dilancarkan, Perodua Aruz merupakan antara kenderaan yang paling laris di Malaysia. Namun begitu, tiada benda yang sempurna. Kami akan merungkaikan kebaikan dan keburukan yang terdapat pada Perodua Aruz. Kelebihan – Berbaloi Secara umumnya,

FaisalFaisal

Oct 7, 2020

Kelebihan dan Keburukan transmisi CVT - apa yang kami suka, dan apa yang kami tidak suka

Transmisi Pembolehubah Berterusan atau lebih dikenali sebagai CVT menjadi pilihan transmisi automatik untuk kereta di kawasan bandar. Pada tahun 2014, lebih daripada 10 peratus kereta baru yang diperkenalkan dilengkapi dengan CVT. Diseluruh dunia pula, pengeluar kereta telah menghasilkan sebanyak 11.3 juta kereta yang dilengkapi dengan CVT pada tahun 2015. Jumlahnya dijangka meningkat kepada 18.2 juta unit pada tahun 2022. Di Malaysia, hampir separuh kereta yang dijual dilengkapi dengan CVT. Con

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jul 10, 2020

Adakah enjin ‘boxer’ betul-betul bagus? Ini kelebihan dan keburukannya

Pemilik kereta Porsche dan Subaru mungkin berlainan personaliti dan latar-belakangnya. Walaupun kedua-dua jenama kereta ini berbeza dalam pelbagai aspek, satu perkara yang dikongsi ialah minat mereka terhadap enjin ‘flat’ atau ‘boxer’ yang digunapakai di dalam kereta-kereta mereka. Secara ringkasnya, enjin ‘boxer’ ialah enjin dengan piston melintang yang kedudukannya bertentangan antara satu sama lain. Selain daripada Porsche dan Subaru, ada juga beberapa model kereta lain yang menggunakan konfi

MersitaMersita

Oct 6, 2020

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian?

Audi Sport Quattro dan Subaru WRX STI sudahpun menempa nama sebagai kereta ‘all-wheel drive’ (pacuan semua roda) yang paling dikenali di dunia. AWD amat sesuai untuk kereta berprestasi tinggi dan ‘supercar’ paling laju masa kini kebanyakannya menggunakan tren kuasa AWD. Masa kini, hampir semua pembuat kereta mempunyai sistem AWD masing-masing. Walaupun namanya berbeza antara satu sama lain, secara amnya ia menghantar kuasa ke keempat-empat roda. Beberapa sistem AWD lebih bagus dari yang lain, ta

MersitaMersita

Oct 14, 2020

Kebaikan dan keburukan Honda Accord 2020 – luas tapi tak seronok dipandu

Honda Accord generasi ke-10 telahpun diperkenalkan awal tahun ini dengan pilihan 2 varian – 1.5 TC dan 1.5 TC-P. Varian 1.5 TC dijual pada harga RM 178,203 (tanpa SST, sah sehingga 31 Disember 2020) manakala varian tinggi 1.5 TC-P pula berharga RM 187,390. Honda Accord Persoalannya di sini ialah patutkah anda memilih Honda Accord dan bukan pesaingnya seperti Toyota Camry atau Volkswagen Passat? Kami huraikan kelebihan dan kekurangan Honda Accord satu persatu untuk bantu anda buat pilihan. Kelebi

MersitaMersita

Nov 4, 2020

Perodua Myvi, kereta terlaris di Malaysia

Perodua Myvi Perodua Myvi adalah kereta terlaris di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari kereta harian yang bagus, Myvi seharusnya menjadi salah satu daripada pilihan utama anda. Harga mampu milik? Perodua Myvi adalah hatchback segmen B dengan harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Didatangkan dengan 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter, kedua dua enjin adalah enjin sedutan tabii 4 silinder petrol. Enjin 1.5 liter juga digunakan dalam Toyota Vios dengan talaan yang sedikit berbeza.

HarisHaris

May 12, 2020

Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa?

Subaru XV kini dalam generasi kedua telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017. Ia ditawarkan dalam 3 varian, dengan harga seperti berikut: 2.0i - RM 117,788 2.0i-P - RM 127,788 GT Edition 2.0i-P - 136,788 Kesemua varian dikuasakan oleh enjin boxer 2.0 liter NA yang menghasilkan 156 PS / 196 Nm dengan gandingan tranmsisi CVT automatik. Kuasa dipindahkan ke empat-empat roda melalui sistem Subaru Symmetrical All-Wheel Drive. SUV ini mungkin menghadapi persaingan yang kuat dari Honda HR-V dan Pr

HarisHaris

Mar 27, 2021