Tag

kereta honda city

Proton X50, Mitsubishi Xpander, Honda City, Nissan Almera - kereta segmen B boleh jadi Kereta Terbaik 2020?

Untuk tahun 2020 sahaja, pelancaran model kereta segmen B (dan kemaskini) adalah yang paling banyak.Rakyat Malaysia sukakan segmen B, suatu situasi yang sedikit berbeza di kebanyakan negara ASEAN lain. Oleh itu, kita ditawarkan dengan model-model segmen B terbaik yang ada di ASEAN.Tak percaya? Di sini kami senaraikan.Perodua MyviPerodua MyviPerodua Myvi dikemaskini pada tahun 2020 dengan tambahan ASA 2.0. Ia juga menerima warna baru Electric Blue. Nak tahu siapa beli Perodua Myvi 2020 baru? Liha

Haris

Haris

Dec 30, 2020

Honda City 2020 - sedan ‘biasa’ yang layak terima anugerah Kereta Terbaik tahun 2020?

Honda CityHonda City 2020 baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2020. Ia menerima sambutan yang menggalakkan lantas menjadikan model ini sebagai calon Kereta Terbaik 2020 Wapcar.Jadi apa yang menarik pada Honda City 2020 ini? Ia tampil biasa-biasa sahaja. Ia tidak ada Turbo seperti Nissan Almera 2020 serba baru. Tork pada Honda City juga kalah dengan Proton X50.Oleh itu, bagaimana sedan segmen B yang ‘biasa-biasa’ ini tersenarai sebagai calon Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year

Haris

Haris

Dec 17, 2020

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda City 2020 serba baharu, dijual pada harga RM 74,191.Dengan pelancaran model baru ini, harga-harga bagi model Honda City terpakai juga akan menurun – menjadikannya satu pilihan kereta terpakai yang semakin menarik.Sedikit latar belakang Honda City GM2Honda City GM2, yang juga dikenali sebagai City generasi ketiga, diperkenalkan di Malaysia pada penghujung tahun 2008.Ia menggantikan model generasi GD-8 yang mempunyai penampilan yang agak kontrover

Mersita

Mersita

Oct 16, 2020

COTY 2020: Saya nak kereta selesa! Nissan Almera 2020 atau Honda City 2020? Jom undi!

Apabila hendak menilai kereta, ada yang pentingkan prestasi enjin, ada juga yang pentingkan rupa bentuk berbanding hal-hal yang lain. Tapi, ramai juga yang menganggap kenderaan mereka sebagai ‘rumah kedua’ dan tempat di mana kita paling banyak luangkan masa seharian samada berseorangan atau dengan keluarga dan rakan-rakan.Oleh itu, kali ini kami akan nilai secara terperinci tahap keselesaan antara dua sedan ‘panas’ tahun ini iaitu Nissan Almera 2020 dan Honda City 2020 -

Mersita

Mersita

Dec 18, 2020

Rebiu ringkas: Honda City 1.5L 2020 – kereta keluarga kompak yang cukup baik?

Sewaktu kami bahawakan Honda CR-V facelift 2020 kepada anda pada tempoh hari, kami terserempak dengan Honda City 2020 yang berada di luar bilik pameran. Jadi, kami meminta kunci untuk membuat rebiu ringkas sementara anda menunggu rebiu menyeluruh dari kami.Unit yang kami pandu ialah varian V dimana ia merupakan varian teratas sebelum memasuki varian hibrid (RS).Eksterior – Nampak selari dan kelihatan baikVarian V hadir dengan lampu pemantul LED, lampu kabus LED, dan lampu siang LED. Roda a

Faisal

Faisal

Nov 16, 2020

Rebiu Pemilik: Honda City i-DSi Wira Hidupku

**Artikel ini berkisar tentang pengalaman peribadi pemilik Honda City GD8 dan ia tidak semestinya mewakili pandangan WapCar.Facebook: Muhamad Rizal b. Mohd Abd Wahab12 tahun sudah usia salah satu kereta kesukaanku untuk pemanduan harianku. Honda City GD8 atau SEL i-DSi 2008 dengan kemasan warna Sparkle Grey Pearl telah memukau peminat-peminat Honda City pada era itu. Ini bukanlah kereta pertamaku, tapi ia adalah yang ketiga. Sebelum membeli Honda City IDSI ini, aku menggunakan Pro

Owner Review

Owner Review

Jul 17, 2020

Rebiu Pemilik: Honda City 2020, Mimpi Jadi Realiti

Maklumat kereta1. Model kereta : Honda City V spec 20202. Tarikh tempah : 22 Oktober 20203. Tarikh terima : 8 November 20204. Harga : RM 86,541.45 tanpa insuransSebab saya membeli keretaKenapa saya beli kereta baru?Sebenarnya kereta ni saya beli sebab nak hadiahkan untuk isteri. Walaupun isteri belum ada lesen kereta lagi, ni salah satu tanda terima kasih saya dekat isteri selama 6 tahun ni sentiasa ada sama-sama dengan saya susah senang, jatuh bangun dalam dunia perniagaan, selalu bagi sokongan

Why I Buy

Why I Buy

Nov 21, 2020

77% orang Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Walaupun rakyat Malaysia masih berbelah bagi dengan keputusan Honda untuk menghentikan penjualan Honda Jazz di rantau ini (kecuali Singapura) dan menggantikannya dengan Honda City Hatchback, peminat kereta daripada tanah air Honda sendiri Jepun telah memberikan respon yang positif terhadap hatchback ini.Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Kuruma News, 76.9 peratus pembaca penerbitan Jepun bersetuju bahawa City Hatchback kelihatan se

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Mar 12, 2021

2020 Honda City: Bodykit Modulo 1.0, dashcam dan beberapa tambahan aksesori untuk Honda City!

Honda City2020 Honda City baru sahaja dilancarkan semalam dengan tawaran harga yang sangat menarik. Sedan segmen B terbaru dari Honda ini ditawarkan dalam 4 varian dengan harga bermula dari RM 74,191 sepanjang tempoh pengurangan cukai jualan.Dengan 5,000 unit telah ditempah, Honda City generasi GN ini ternyata masih lagi mengujakan peminat-peminat Honda di Malaysia. Bukan sekadar itu, tawaran tambahan aksesori 2020 Honda City juga agak menarik dengan harganya.Berikut adalah senarai pakej tambaha

Haris

Haris

Oct 14, 2020

Model Panas - Evolusi 5 generasi Honda City di Malaysia

Kalaulah kita tak ada pembuat kereta tempatan, Honda City atau Honda Jazz mungkin akan mendominasi jalanraya di Malaysia. Honda City, padan dengan namanya, sememangnya sebuah kereta bandar yang cukup bagus. Walaupun model yang kita boleh jumpa di sini adalah City versi petrol dan hibrid, ia juga sebenarnya boleh didapati dalam varian diesel dan transmisi manual di negara lain.Dengan kehadiran Honda City 2020 baharu di Malaysia, sesuailah jika kiranya kita imbas semula sejarah ringkas Honda City

Mersita

Mersita

Oct 14, 2020

Honda acah imej lampu baharu Honda City 2020 serba baru

Honda CitySeminggu selepas menggegarkan sosial media dengan hantaran model kereta baharu, Honda telah mengacah sebuah lagi imej lampu hadapan rekaan baru.Semestinya, lampu hadapan baharu ini adalah daripada Honda City 2020 serba baharu yang telah dilancarkan di Thailand awal tahun ini. Mengikut spesifikasi Thailand, ini adalah lampu hadapan LED dengan rekaan serba baharu daripada Honda.Model Honda City yang ada dalam pasaran Malaysia adalah model yang hadir pada tahun 2017. Namun begitu, umum me

Haris

Haris

Jul 30, 2020

Honda City dirompak, 1Malaysia bergabung untuk tumpaskan suspek!

Kredit foto: Worldofbuzz.Sukan sememangnya menyatukan rakyat Malaysia. Selain itu, perkara sebegini dapat dilihat ketika berlakunya kemalangan. Apa yang lebih membanggakan ialah apabila seseorang memerlukan pertolongan, terutama di tempat awam. (function(d, s, id) { let js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src =https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.5; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(d

Faisal

Faisal

Apr 15, 2021

Kit badan Drive68 dipasang pada Honda City 2020

Ter Studios, pembekal kit badan Thailand, baru-baru ini memberi Honda City 2020 satu rupa baru visual dengan kit badan Drive68.Sambungan bampar hadapan memberi rupa agresif pada bahagian lampu kabus kereta ini. Bahagian lip kereta pula menonjolkan ciri reflektif pada kedua-dua sisi bampar.Sambungan bampar belakang pula dipadatkan dengan ekzos berbingkaikan krom; sekadar untuk memberi impak kosmetik yang lebih menarik. Ia dipadankan pula dengan ekzos palsu untuk elemen seperti peresap, dicantikka

Mersita

Mersita

Jun 10, 2020

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi!

Jika dilihat pada trend industri automotif beberapa bulan lalu, kami perhatikan yang pasaran kita tak henti-henti menerima model-model segmen B baharu hampir setiap bulan. Walaupun ‘spotlight’ paling terang menyuluh pada Proton X50, Mitsubishi Xpander, Nissan Almera, dan Honda City, ada lagi beberapa model lain yang kurang menyerlah tapi cukup hebat sebenarnya.Segmen B ialah segmen kereta yang agak popular di Malaysia dengan pelbagai saiz dan rupa bentuk yang ditawarkan. Ia berjaya m

Mersita

Mersita

Dec 26, 2020

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021

Ditubuhkan pada 15 November 2000, Honda Malaysia tak lama lagi akan menyambut ulangtahun ke-20 tahun mereka di Malaysia.Jualan memuncak pada tahun 2017. Selepas itu, pasaran kereta semakin menurun setiap tahun.Pada tahun 2019, Honda Malaysia berjaya menjual sebanyak 928,271 unit kereta (jumlah kumulatif) sejak tahun 2001. Majoriti daripada jualan tersebut datangnya dari model-model dipasang tempatan (CKD).Unit ke-600,000 dicapai pada 2017Kita boleh jangkakan yang kilang Honda di Pegoh akan menca

Mersita

Mersita

Oct 8, 2020

Nissan Almera vs Honda City, turbo atau hibrid?

Nampaknya kategori sedan segmen B bakal hangat dengan ketibaan Honda City RS yang membuat kemunculan melalui iklan yang agak kontroversi, dan kini debut Nissan Almera serba baharu di Malaysia. Kedua-dua kereta ini dibuka untuk tempahan.Eksterior kedua-dua kereta ini nampak stailo. Almera kini nampak seperti sebuah sedan yang upmarket berbanding generasi terdahulu, manakala City nampak agresif.Keduanya juga menggunakan trim hitam di gril hadapan bagi membuatkannya nampak besar. Saiz rim bagi City

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Sep 5, 2020

VIDEO: Giliran Geely Preface perli iklan Honda City pula!

Jika anda terhibur dengan iklan Honda City yang dilihat seolah-olah memerli kereta pengeluar lain, tentunya iklan Geely Preface terbaru ini seolah-olah memerli Honda City pula walaupun, tidak dilihat secara langsung.Kita sedia maklum mengenai kehadiran Geely Preface yang baru sahaja dilancarkan. Semalam, Geely telah menayangkan sebuah iklan promosi Geely Preface di laman sosial mereka. Iklan tersebut dilihat mengikut tema yang sama dengan iklan Honda City baru baru ini.  (function(d, s, id)

Haris

Haris

Aug 21, 2020

Honda City 2020 – Adakah ia masih pembelian yang berbaloi?

Honda City generasi terkini boleh jadi sebuah sedan Segmen B bukan nasional yang paling berusia dijual di pasaran sekarang. Tapi, kami dapat rasakan yang model ini masih lagi bergetah walaupun ia dianggap veteran.Sedikit latar belakangIa dilancarkan pada tahun 2014 dan model ini diberi naiktaraf pada 2017, dimana ia didatangkan dengan ruang dalaman baharu seperti yang anda boleh lihat di sini.Honda Malaysia memperkenalkan City Hybrid pada bulan Julai 2017, lebih kurang empat bulan selepas keluar

Mersita

Mersita

Jul 15, 2020

Honda City RS 2020 masih belum ada senarai harga. Mengapa?

Kami pasti anda dah tahu yang Honda City 2020 GN series generasi kelima baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Model panas yang dinanti-nantikan ini dijangka akan merubah lanskap penjenamaan Honda di Malaysia terutama sekali dengan pengenalan Honda City RS 2020.Varian RS e:HEV dengan enjin i-MMD 2 motor membuat pengenalan globalnya di Malaysia. Tambahan pula, ia dipasang tempatan sekali dengan pek bateri bervoltan tinggi yang juga dipasang tempatan di Malaysia. Honda menggelar pek bateri ini sebag

Mersita

Mersita

Oct 14, 2020

Honda Jazz digugurkan, City Hatchback sebagai ganti. Tindakan bijak atau tidak?

Walaupun Honda Malaysia belum lagi membuat pengumuman rasmi, kami boleh sahkan yang Honda Jazz 2020 generasi keempat (4G) yang juga dikenali sebagai Fit di Jepun tidak akan dilancarkan di Malaysia. Setelah tahun 2021, Honda Jazz baharu sudah tidak akan masuk lagi ke pasaran kita – mengakhiri barisan model 3 generasi sejak 2001.Namun, Honda City Hatchback yang baru saja membuat debut globalnya minggu lepas, akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jazz.Jika anda tertanya-tanya, Honda

Mersita

Mersita

Dec 5, 2020

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback?

Buat masa kini, hanya Singapura sahaja negara dalam rantau ini yang mendapat Honda Jazz generasi ke-4 serba baru (kod casis GR).Negara-negara Asia Tenggara lain bakal menamatkan penjualan Honda Jazz terkini (kod casis GK5) dan menggantikannya dengan Honda City Hatchback.Negara Thailand dan Indonesia sudahpun melancarkan City Hatchback. City Hatchback untuk pasaran Thailand dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 3 silinder bercas turbo yang rendah emisi, menghasilkan 122 PS dan 173 Nm untuk untuk mematu

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Mar 15, 2021

Amacam, Honda City Hatchback 2021 boleh cantas peminat Yaris atau tak?

Salah satu faktor besar yang mempengaruhi pembeli kereta di Malaysia boleh dikatakan terletak pada rupa bentuk dan rekaan kereta tersebut. Kalau tak cukup stail dan ‘sporty’, rasa serba salah nak beli. Perkara ini seringkali diperkatakan apabila Iriz dan Myvi dibanding-bandingkan, dan anda pasti dah tahu mana satu yang lebih laku dan rekaannya lebih menarik.Bagi model jenama lain pula, banyak saja kereta yang cantik-cantik susah nak masuk ke pasaran Malaysia. Tapi, ada satu jenama da

Mersita

Mersita

Feb 13, 2021

Honda City dan Civic: Terkenal di Malaysia, dilupakan di Jepun

Honda CityHonda CivicDalam sebuah laporan oleh Creative Trend, model Honda City (dikenali dengan nama Grace) dan Civic sedan bakal dihentikan di Jepun menjelang Ogos.Selain itu, Honda juga akan mengurangkan barisan model keretanya di Jepun dengan turut menghentikan Honda Jade, sebuah station wagon yang berasaskan platform Honda Civic generasi ke 9. Ketiga-tiga model tersebut bakal dihentikan pengeluaran dan penjualannya menjelang Ogos.Honda Civic - Ikon keunggulan industri automotif Jepun yang k

Haris

Haris

May 27, 2020

Toyota Vios vs Honda City: Yang manakah mempunyai nilai penjualan semula yang lebih tinggi?

Tidak kira siapa yang anda tanyakan, kedua-dua pemilik Toyota Vios dan Honda City menegaskan bahawa kereta mereka mempunyai nilai penjualan semula yang lebih tinggi daripada yang lain.Tetapi siapa sebenarnya yang betul?Terima kasih kepada Carsome, mereka telah mengumpulkan data untuk beberapa kereta terlaris di Malaysia yang merangkumi Honda City dan Toyota Vios. Sebelum ini, kami membandingkan nilai penjualan semula untuk Proton Saga dan Perodua Myvi.Data Carsome adalah paling tepat kerana

Faisal

Faisal

Aug 13, 2020

Honda City RS tak cukup garang? Masuklah kit badan Civic Type R!

Sejak dipratontonkan kepada umum dua minggu yang lepas, memang ramai yang bergetar rusuk dan ovari melihat Honda City RS 2020. Bukan itu saja, iklan City yang menganjing kereta-kereta lain agak berani dan kontroversi.Tapi bagaimana jika anda rasa Honda City RS ni tak cukup garang, nak kena nampak kental lagi?Ni dia, kit badan yang direka khas oleh NKSDesign Thailand yang merubah rupa City RS kepada Civic Type R FK8 jadian!Pada mulanya hanya imej lakaran yang dimuat naik oleh NKSDesign beberapa b

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Sep 7, 2020

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry?

Sebelum tirai pelancaran Honda City 2020 dibuka oleh Honda Malaysia, mari kita imbau kembali sedan Honda yang cukup popular sejak kemunculan pertama pada 25 tahun yang lepas.Honda City sebenarnya bukan berusia 25 tahun. Terdapat model Japan Domestic Model (JDM) yang lebih kecil pada tahun 1981. Dengan itu, ia sepatutnya berusia 40 tahun.Namun begitu, Honda City hanya memasuki pasaran Asia pada tahun 1996.Generasi permulaanHonda City pada asalnya hanya dibina untuk pasaran Jepun, Eropah, dan

Faisal

Faisal

Sep 8, 2020

Honda City 2020 India dapat enjin 1.5L DOHC baru, mungkin sama dengan Malaysia

Selepas debut globalnya di Thailand hujung tahun lepas, India telah ditentukan sebagai pasaran kedua yang memperkenalkan sedan Segmen B Honda terbaru ini.Seperti yang dijangka, enjin VTEC Turbo 1.0 liter 3 silinder yang ada dalam Honda City di pasaran Thailand tidak ditawarkan. Sebaliknya, India akan dapat enjin naturally aspirated i-VTEC 1.5 liter yang biasa – enjin yang barangkali juga diberi kepada pasaran Malaysia.Enjin L15B baharu menambah valvetrain Double Overhead Cam (DOHC). Honda

Mersita

Mersita

Jun 18, 2020

Honda City 2020: Berapakah gaji minima yang diperlukan untuk anda memilikinya?

Honda City 2020 telah dilancarkan pada minggu lepas bagi menggantikan generasi sebelumnya yang telah beransur sejak tahun 2014.Berbanding dengan Honda Civic, Honda City berharga lebih mampu milik.Dengan itu, anda mungkin tertanya-tanya akan kemampuan untuk membiayai sebuah Honda City.Berapakah gaji yang diperlukan?Sebagai contoh, mari kita mulakan dengan Honda City 1.5 S. Dengan harga atas jalan sebanyak RM 74,191 tanpa insurans serta pengecualian SST sehingga 31 Disember 2020, bayaran bula

Faisal

Faisal

Oct 19, 2020

Adakah ini konsep rasmi Honda City Type R 2021?

Bulan lepas, Honda Malaysia rasmi melancarkan Honda City 2020 baharu di Malaysia. Terdapat empat varian yang ditawarkan, iaitu S, E, V dan varian yang membuat kemunculan globalnya di Malaysia iaitu RS.Dalam sejarah generasi Honda City, tidak pernah ada lagi varian Type R. Jadi adakah Honda akhirnya mendengar permintaan ramai peminat dan akhirnya membina ‘prototype’ Honda City Type R?Aha…korang kena tipu. Ini sebenarnya adalah imej lakar daripada syarikat AmotriZ, pereka dan pe

Zamil Syaheer

Zamil Syaheer

Nov 9, 2020

Honda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai?

Honda CityHonda City generasi GM6 telah dilancarkan pada tahun 2017. Model ini sememangnya agak mudah dijumpai dalam pasaran kereta terpakai dengan julat harga sekitar RM 46,000 hingga RM 76,000. Disebabkan oleh kedatangan model baharu Honda City dalam hujung tahun 2020 ini, berkemungkinan besar model ini akan lebih banyak dijual dalam pasaran kereta terpakai. Oleh itu, adakah berbaloi jika anda masih berminat dengan model yang kurang daripada 5 tahun ini? Latar belakangHonda City telah dilancar

Haris

Haris

Aug 11, 2020