Tag

kereta proton terbaru

Disangka VW Beetle, inilah kereta elektrik Ora yang terbaru!

Ora, jenama kereta elektrik dari Great Wall bakal tampil dengan pelancaran yang besar di Shanghai Auto Show yang akan datang. Uniknya, iklan yang baru sahaja dipertontonkan memperlihatkan sebuah model yang nampak sama seperti Volkswagen Beetle! Dari sudut tepi, kereta elektrik terbaru ini nampak betul-betul macam Volkswagen Beetle tetapi dengan empat pintu. Menurut Ora, model yang diperlihatkan ini adalah kereta produksi yang bermaktlamat untuk berikan elemen retro. Malah, model ini dihasilkan i

FaisalFaisal

Apr 14, 2021

Proton acah gambaran awal Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 melalui montaj terbaru!

Proton Saga Proton baru sahaja mengacah gambaran awal Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 melalui montaj terbaru. Anda boleh menontonnya di sini: Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 ini bakal dilancarkan esok, 9 Julai 2020 sempena ulangtahun 35 tahun Proton Saga. Apa yang pasti, Proton Saga edisi ini akan berwarna hitam dengan tona warna kuning di beberapa bahagian. Pada bahagian luar, jalur kuning menghiasi bahagian bawah dari depan ke belakang dan alis lampu hadapan. Sementara itu, cermin sisi men

HarisHaris

Jul 8, 2020

Lamborghini bakal hadir dengan model terbaru. Lamborghini SCV12, 840 PS!

Jika anda dahagakan kelajuan, ini adalah suatu berita baik. Setakat ini, Lamborghini paling laju adalah Lamborghini Avendator SVJ dengan 780 PS dengan 720 Nm tork. Kini, Lamborghini telahpun mengacah jentera terbaru mereka, Lamborghini SCV12. Lamborghini SCV12 adalah jentera litar dengan enjin V12 terbaru yang dibina dari Sant’Agata Bolognese. Sayangnya, jentera ini tidak sah digunakan di atas jalan biasa. Tidak banyak maklumat lanjut yang diberikan oleh Lamborghini. Apa yang diketahui setakat i

HarisHaris

Jun 28, 2020

Geely capai 10 juta unit kereta sejak pelancaran Proton X70!

Geely Emgrand X7 Geely Auto ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Li Shufu (kini Pengerusi) yang percaya dengan potensi pasaran automotif China ketika pengguna beralih dari basikal ke motosikal sehinggalah kenderaan bermotor. Kereta Geely Auto pertama dihasilkan pada tahun 1997 diberi nama Hao Qing. Hao Qing melakar sejarah sebagai kenderaan domestik buatan China pertama dan menawarkan alternatif kepada kereta kecil popular lain dari Jepun yang berharga lebih dari RMB 100,000 (RM 61,948.73). Pada keti

HarisHaris

Nov 27, 2020

Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh!

Jika anda salah seorang peminat siri manga Initial D, mata anda pasti bersinar-sinar melihat kafe terbaru yang dibuka di Ipoh ini! Kedai Fujiwara Tofa ini memaparkan konsep berasaskan animasi popular Initial D yang mencetus minat ‘drifting’ di kalangan peminat kereta sejak dari dulu lagi – lengkap dengan model kereta Toyota Corolla AE86 yang digayakan ‘sebijik’ seperti yang dipandu oleh karakter utama siri manga tersebut, Takumi Fujiwara! Rekaan kafe ini juga digayakan dengan bumbung hadapan yan

MersitaMersita

Jan 19, 2021

Bilik pameran Mitsubishi Motors terbaru dibuka di PJ, Selangor!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bersama Ingress Motors Centre (IMC) baru-baru ini meraikan pembukaan Pusat 3S (Sales, Service & Spare parts) Mitsubishi Motors di Petaling Jaya, Selangor. Pembukaan ini merupakan bilik pameran Mitsubishi yang keempat oleh IMC di Malaysia – tiga buah lagi terletak di Puchong, Bangi, dan Shah Alam. Keempat-empat bilik pameran IMC memaparkan jenama korporat baharu Mitsubishi Motors yang diwakili oleh slogan globalnya

MersitaMersita

Sep 29, 2020

Proton Saga Berwajah Baru 1.3L Premium: Juara kereta rakyat!

Kereta nasional pertama kita, Proton Saga telah dilancarkan pada tahun 1985. Dengan harga mampu milik, ianya dibangunkan dengan hasil usahasama dengan Mitsubishi Motors Corp (MMC), syarikat otomotif Jepun. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai sedikit sebanyak kenangan atau kaitan dengan Proton Saga. Proton Saga telah mengalami beberapa siri penurunan segmen untuk kekal relevan sepanjang kewujudannya dalam industri automatif negara. Pada awalnya, Proton Saga dianggap sebagai pencabar kepada Hon

HarisHaris

May 15, 2020

Pemandu Proton Waja yang meloloskan diri dari polis kini diburu, kereta dah tinggal tepi jalan!

Sebuah Proton Waja tular baru-baru ini kerana cuba meloloskan diri dari pihak polis. Dalam sebuah video yang sedang sohor kini, Proton Waja tersebut meloloskan diri ketika diarahkan berhenti oleh pihak polis. Kejadian tersebut berlaku di lebuh raya berdekatan Sierramas, Sungai Buloh. Sedan bernombor pendaftaran MAS 175 tersebut berjaya meloloskan diri walaupun diapit oleh sebuah lori pada bahagian depan dan Perodua Myvi pada sebelah kiri. Pihak polis juga dilihat sedang cuba mengawal keadaan nam

HarisHaris

Feb 26, 2021

4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!

Tahun 2020 memang sucks sikit disebabkan pandemik, tapi tak apa. Ada sebab untuk bergembira kerana tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka. Perodua Bezza 2020 merasmikan pembukaan tirai 2020 pada awal bulan Januari, diikuti pula oleh Volkswagen Passat yang terbaru, BMW X1, BMW 320i, Mazda CX-30 dan Proton X70 CKD 2020. Takkan tu je? Jangan risau, banyak lagi ni! Nissan Almera 2020 Nissan Almera serba baru yang

MersitaMersita

Jun 12, 2020

5 kereta mampu milik dengan kawalan kestabilan elektronik ESC!

Perodua Axia Proton Saga Haval H1 Kia Picanto Toyota Yaris ESC adalah sistem elektronik yang mampu menyelamatkan nyawa apabila keadaan memerlukan. Sistem ini sangat penting bagi mengelakkan kereta anda tergelincir ketika memandu. Beberapa kajian telahpun dibuat untuk menguji hasil keberkesanan ESC. Lebih menarik lagi, ESC didapati mampu mengurangkan risiko kemalangan sebanyak 25% hingga 66%. Suatu ketika dahulu, fungsi ESC hanya terdapat pada kereta mewah dan high end sahaja. Namun disebabkan ko

HarisHaris

Jun 9, 2020

Proton Arena generasi seterusnya? Trak pikap Geely Boyue Pro-based diintip!

Geely mungkin akan memperkenalkan trak pikap Boyue Pro-based tak lama lagi, kerana kami baru-baru ini ternampak gambar-gambar yang nampak seperti trak pikap mereka yang akan datang. Menurut platform media di luar negara, trak pikap terbaru itu mungkin akan dipanggil “Yuancheng FX”, bermaksud lebih kurang seperti “Long Distance FX”. Jika ia nampak pelik bagi anda, jangan terkejut, kerana ia nampak seperti Geely melekatkan truck bed pada bahagian belakang Boyue - mentransformasikan SUV tersebut ke

MersitaMersita

Jun 23, 2020

5 perkara tentang Ducati Multistrada V4 2021 terbaru!

Ducati Multistrada V4 2021 baru sahaja dilancarkan di Eropah. Untuk generasi ke 4 Ducati Multistrada V4 2021 ini, ia bukan sekadar motosikal touring, ia adalah sebuah teknologi kejuruteraan yang andal. Apa yang terbaru pada Ducati Multistrada V4 2021? Ini 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai hasil kejuruteraan terbaik Itali. 1. Ada radar depan belakang Motosikal buatan daerah Borgo Panigale ini adalah motosikal pertama di dunia dengan radar di depan dan belakang. Fungsinya serupa dengan siste

HarisHaris

Nov 5, 2020

Pembelian kereta Proton terpakai kini lebih mudah!

Proton harini ini melancarkan laman sesawang Proton Certified Pre-Owned (PCPO). Laman ini direka khusus untuk pembeli yang ingin memiliki kereta Proton dengan harga yang lebih rendah berdasarkan stok yang ada mengikut pengedar. Selain itu, mereka boleh menukar (trade-in) ke kereta baharu dengan tawaran yang menarik dan selamat daripada sebarang penipuan. Sehingga kini, terdapat 36 cawangan Proton yang menjalankan program PCPO. Terdapat beberapa syarat dan standard untuk kereta berada di dalam pr

FaisalFaisal

Nov 12, 2020

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP

Semenjak penerbitan laporan pertama mereka pada tahun 2013, ASEAN NCAP menjadi satu rujukan penting untuk tahap keselamatan jalanraya di rantau Asia Tenggara. Kereta-kereta yang diberikan penilaian maksima 5 bintang pastinya sangat mengagumkan. Berdasarkan kaedah penskoran 2017-20 terbaru, sebanyak 25 daripada 37 kenderaan yang diberi penilaian maksima 5 bintang. Banyak juga kan? Tapi, dalam kalangan 25 buah kenderaan ini, mana satu yang paling selamat? Untuk pengetahuan anda, sebelum kaedah 201

MersitaMersita

Nov 4, 2020

Proton Tiara kereta elektrik keluaran pertama Citroën

Kita telah melihat pelbagai cubaan inovasi oleh Proton seperti model Arena, Juara dan Savvy. Sebagai pengeluar kereta, Proton sebenarnya agak mentah memandangkan Hyundai diasaskan pada tahun 1967 manakala Volkswagen pula ketika pra-Perang Dunia Kedua. Proton pula diasaskan pada tahun 1983. Pasti anda masih ingat dengan sebuah kereta Proton terdahulu bernama Proton Tiara. Ia agak menghairankan kerana ia adalah satu-satunya kolaborasi antara Proton dengan pembuat kereta Perancis. Proton Tiara memp

MersitaMersita

Jun 22, 2020

Bakal Proton Preve / Proton Perdana? Geely Preface kini dalam fasa pengeluaran

Tular beberapa keping gambar mengenai Geely Preface yang sudah pun berada dalam fasa pengeluaran. Model terbaru Geely ini mungkin sebuah petanda untuk kemaskini model Proton Preve atau Proton Perdana baru akan tiba. Geely dilihat mengekalkan versi konsep Geely Preface yang dipamerkan pada tahun 2019 kepada versi pengeluaran. Antara rekaan konsep yang dikekalkan adalah gril hadapan dengan jeriji menegak, rekaan bumper depan yang agresif dan rekaan bumper belakang yang kemas. Namun begitu, beberap

HarisHaris

Jun 19, 2020

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020!

Di Malaysia, kurangnya kesedaran mengenai kereta elektrik. Namun begitu, Proton pernah memasang impian menerajui penghasilan kereta elektrik. Impian Proton ini sememangnya berasas namun seperti biasa, hanya disedari pada zaman ini. Oleh itu, tidak keterlaluan bagi kami jika kami menyatakan bahawa Proton Iriz EV adalah salah satu daripada kereta yang mendahului zaman. Kereta ini boleh menjadi kayu ukur kemajuan anak tempatan dalam pembangunan teknologi. Namun sayang seribu kali sayang, wang ringg

HarisHaris

Jul 25, 2020

Miliki kereta terpakai yang disahkan Proton dengan program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)!

Tahukah anda, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penjualan kereta terpakai telah meningkat sebanyak 100% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020. Pertumbuhan ini sememangnya sebuah dapatan kajian yang mengejutkan. PROTON melihat perniagaan kereta terpakai sebagai sebahagian strategi penting dan mula memperkenalkan jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) bagi melancarkan penjualan dan pengedaran kereta terpakai dalam usaha meningkatkan penjualan kereta baharu. Jabatan Pengurusan Kere

HarisHaris

Jul 29, 2020

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib

Memandu kereta kadangkala boleh menjadi bosan sekiranya tiada sebarang perbualan ataupun alunan musik. Sehebat mana pemanduan sesebuah kereta sekalipun, tidak semestinya anda hendak memandu secara rancak sepanjang masa. Untuk maklumat anda, hampir 60% daripada pemanduan harian kita adalah secara santai. Kalau ada peneman, bolehla tahan. Tetapi kalau tiada, sunyi sepi dibuatnya. Maka itu, terhasillah idea radio di dalam kereta. Pada tahun 30-an, bermulalah pengenalan radio di dalam kereta. Menari

FaisalFaisal

Feb 14, 2021

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru

Honda Malaysia telah merasmikan Honda Insurance Plus (HiP) dengan versi yang diperbaharui. Mula diperkenalkan pada tahun 2002, HiP memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada ahli mereka. Pakej yang menerima peningkatan baru ini memberikan manfaat dari segi Rescue, Protection, dan Savings. Dari segi penyelamat (Rescue), ahli HiP mendapat hak istimewa dimana pasukan Honda sentiasa bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan tunda 24 jam sekiranya anda mengalami kemalangan, kerosakan kenderaan,

FaisalFaisal

Sep 3, 2020

Proton akan buat potongan 1.2% - 5.7% untuk semua model

Berikutan pengumuman terkini dari Kerajaan berkenaan pengecualian cukai jualan sepanjang hampir 6 bulan bermula 15 Jun 2020, Proton akan mengurangkan harga kereta mereka sebanyak 1.2% hingga 5.7%. Harga terbaru mereka akan berkuatkuasa sepanjang pengecualian cukai berlangsung – satu langkah bagi memacu ekonomi negara sedang kita bergelut dengan impak dari pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Varian Proton X70 Premium X mendapat potongan paling besar iaitu 5.7%, bersamaan RM 7,000. Selepas poton

MersitaMersita

Jun 16, 2020

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini?

Perodua Axia Kereta adalah antara pembelian termahal kita. Biasanya masa selama 5, 7, atau bahkan 9 tahun diambil hanya untuk membayarnya. Sebilangan daripada kita mungkin mengambil jalan yang kurang popular dengan mengelakkan pinjaman. Apabila pengeluar kenderaan mempertimbangkan bajet pengguna yang ketat, pengeluar kenderaan telah menawarkan sebuah kenderaan spesifikasi asas atau kereta spec "kosong". Secara asasnya, kereta bertujuan untuk membawa anda dari satu tempat ke suatu tempat lain. Ke

HarisHaris

Sep 30, 2020

Pasaran kereta baharu dan terpakai bakal rancak. Pilih baru atau terpakai?

Pasaran automotif Malaysia kini berada di sebuah persimpangan. Jangkaan 10 model baharu bakal dilancarkan pada bulan Oktober, memberikan rakyat Malaysia pelbagai model-model yang terbaru. Selain daripada itu, jangan lupa bahawa tempoh pengurangan cukai yang diumumkan oleh kerajaan dalam menangani kegawatan ekonomi akibat Covid-19 juga akan berakhir. Hal ini bermakna, terdapat kemungkinan untuk permintaan pasaran menurun. Oleh itu, apakah anda patut melihat kepada pasaran kereta terpakai, pasca t

HarisHaris

Sep 26, 2020

4 kereta yang nampak seperti Proton Saga Edisi Ulangtahun

Dengan pelancaran Proton Saga Edisi Ulangtahun yang akan menjelang esok, spekulasi telah dibuat tentang rupa rekaan kereta tersebut secara terperinci. Seperti biasa, peminat-peminat kereta di luar sana cuba untuk memvisualisasikan rupa sebenar kereta tersebut sebelum pelancarannya untuk membina ‘hype’ dan ‘meracun’ peminat-peminat Proton di luar sana. Berdasarkan imej yang disediakan oleh rakan kami di Funtasticko, yang pastinya Saga edisi istimewa ini akan didatangkan dalam palet warna hitam da

MersitaMersita

Jul 8, 2020

Kia daftar logo dan slogan baru, fokus kepada kereta elektrik?

Kia dikatakan bakal hadir dengan penjenamaan semula, sebelum ini telah dilaporkan oleh Wapcar.my. Kini, hasil daripada pendaftaran cap dagangan daripada Kia Motors, kita sedikit sebanyak dapat melihat visi dan misi Kia untuk masa hadapan. Menurut sumber, Kia telah menurunkan logo lamanya di HQ Kia yang bertempat di Korea Selatan di samping mendaftarkan cap dagangan baru dengan South Korean Intellectual Property Office (KIPRIS). Hal ini bermakna slogan 'The Power To Surprise' mungkin akan diganti

HarisHaris

Dec 31, 2020

Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?

Kami berpeluang untuk melihat sendiri dan memeriksa kereta-kereta Proton yang bakal dilupuskan di Pickles Asia Auction pada 22 Julai 2020. Tarikh ini mungkin menjadi titik akhir bagi kereta-kereta Proton yang pernah mewarnai industri automotif negara walaupun sekadar konsep. Walaupun 7 buah model konsep Proton telah ditarik balik dari lelongan, kebanyakannya masih akan pergi ke tempat pelupusan atau diguna semula. Harus diingatkan bahawa kereta-kereta ini tidak mempunyai dokumen yang sah untuk d

HarisHaris

Jul 23, 2020

Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi?

Proton Suprima S Proton Suprima S yang hadir bersama-sama Proton Preve sebagai sebuah model global. Namun yang demikian, prestasi kereta Proton sebelum itu ternyata mengaburi nilai yang mampu ditawarkan oleh Proton Suprima S justeru menjejaskan penjualan hatchback segmen C ini. Berbeza dengan Proton Preve yang mahu memecahkan dominasi (dan sentimen) sedan segmen C buatan Jepun, Proton Suprima S pula dilihat mahu menyaingi pasaran hatchback conti, antaranya Ford Focus dan Volkswagen Golf. Dilengk

HarisHaris

Nov 9, 2020

Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua. Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula. Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir M

MersitaMersita

Sep 11, 2020

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia?

Malaysia ada Litar Antarabangsa Sepang, litar Pasir Gudang, dan litar Dato’ Sagor. Kita pernah ada litar lumba di Batu Tiga yang pernah digunakan untuk pembikinan filem Jackie Chan iaitu “Thunderbolt”. Rakyat Malaysia memang gemarkan sukan permotoran dan kita telah cuba sedaya-upaya untuk membuatkannya lebih mudah untuk disertai. Walaupun lumba trek terbukti lebih popular, satu sukan permotoran yang juga sangat diminati ialah sukan rali. Walaupun kita tak ada peringkat musim salji dan pokok pain

MersitaMersita

Nov 13, 2020

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan

Bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020, kerajaan akan mengecualikan keseluruhan cukai jualan bagi kereta yang dipasang secara lokal (CKD), pada asalnya 10 peratus. Kereta impot pula dikenakan hanya 5 peratus, separuh dari cukai asal. Beberapa syarikat otomotif seperti Perodua telah mengumumkan yang mereka akan menyerap cukai jualan bermula hari ini, 15 Jun 2020. Banyak bank-bank juga telah menurunkan kadar bunga mereka. Samada anda harus beli kereta sekarang atau tidak, itu terpulang kepada anda

MersitaMersita

Jun 15, 2020