Tag

proton juara untuk dijual

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual!

Sekitar tahun 90an hingga ke awal 00an, Subaru mendominasi kejohanan-kejohanan rali dengan jayanya. Jika anda masih ingat, Proton turut aktif berkecimpung dalam arena sukan rali sekitar tahun yang sama. Subaru dengan senang hati telah merealisasikan sebuah jentera rali juara untuk menjadi sebuah jentera yang boleh dipandu harian. Begitulah asal usul Subaru Impreza GC ini. Jentera yang dipaparkan ini telah dikembalikan kepada keadaan asal. Oleh hal yang demikian, di sini kami senaraikan modifikas

HarisHaris

Aug 19, 2020

Proton Saga Berwajah Baru 1.3L Premium: Juara kereta rakyat!

Kereta nasional pertama kita, Proton Saga telah dilancarkan pada tahun 1985. Dengan harga mampu milik, ianya dibangunkan dengan hasil usahasama dengan Mitsubishi Motors Corp (MMC), syarikat otomotif Jepun. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai sedikit sebanyak kenangan atau kaitan dengan Proton Saga. Proton Saga telah mengalami beberapa siri penurunan segmen untuk kekal relevan sepanjang kewujudannya dalam industri automatif negara. Pada awalnya, Proton Saga dianggap sebagai pencabar kepada Hon

HarisHaris

May 15, 2020

Barang Rare: Proton Satria R3 untuk dijual dalam keadaan asal!

Proton Satria adalah suatu kurniaan Proton kepada peminat sukan permotoran di Malaysia. Tidak dinafikan, Proton Satria memang mengujakan pengejar kelajuan dan penggemar litar di Malaysia. Sebelum ini, kami menemui sebuah Proton Satria R3 yang dipenuhi dengan ‘jajan’. Kereta tersebut merupakan pengeluaran ke 025 daripada 150 unit. Untuk kesemua modifikasi tersebut, kereta itu dijual dengan harga RM 30k. Namun kali ini, seorang pengguna facebook, KinSun Chan telah menawarkan sebuah Proton Satria R

HarisHaris

Jul 27, 2020

Proton Satria Neo rali untuk dijual - RM 450,000, 359 PS dan 345 Nm!

Jenama Mellors Elliot Motorsport (MEM) adalah sebuah syarikat UK yang terkenal dalam arena sukan permotoran rali. Baru-baru ini, sebuah Proton Satria Neo yang ditala oleh Mellors Elliot Motorsport telahpun dijual di laman motorsportactions.com dengan harga £ 85,000 (RM 450,000). Mellors Elliot Motorsport pernah menyediakan sebuah kereta untuk pelumba rali terkenal Malaysia, Karamjit Singh dan pembantu pemandu Allen Oh. Hubungan baik jenama tersebut telah lama dibina dari zaman kegemilangan Proto

HarisHaris

Jun 23, 2020

Proton Saga Edisi Ulangtahun: Habis dijual dalam masa 5 hari!

Proton Saga Edisi Ulangtahun telah dilancarkan pada 9 Julai 2020 bagi menandakan ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke 35. Pelancaran kereta ini dibuat secara digital oleh Proton akibat wabak pandemik Covid-19. Walaupun begitu, pelancaran secara maya ini tidak mengurangkan minat pembeli pada Proton Saga Edisi Ulangtahun ini. Ternyata, Proton Saga Edisi Ulangtahun telah habis dijual selama 5 hari sahaja! Syabas buat Proton! Pelancaran Proton Saga Edisi Ulangtahun mencetuskan perbalahan dalam k

HarisHaris

Jul 24, 2020

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup

Tempoh hari, tular 'posting' oleh pelumba rali lagenda negara Karamjit Singh yang terpaksa menjual Proton Waja miliknya pada harga RM 7,500 demi kelangsungan hidup. Menurut juara rali dunia itu, dia perlu mendapatkan modal untuk membeli Proton Saga baru untuk bekerja sebagai pemandu Grab. Jika anda tidak tahu, pihak Grab menyatakan bahawa kereta yang hendak digunapakai tidak boleh melebihi usia 10 tahun. Menurut juara dunia itu, dia tidak ada lagi harta simpanan yang tinggal dengan kereta, rumah

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Dec 8, 2020

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP

Jenama Suzuki kembali rancak dibualkan susulan kemenangan Joan Mir dalam kancah perlumbaan MotoGP musim ini. Apa tidaknya, ia mengakhiri kemarau selama 20 tahun syarikat pengeluar dari Jepun itu untuk merasai nikmat bergelar juara dunia dalam perlumbaan elit dua roda berkenaan. Lebih mengagumkan, penunggang Sepanyol, Mir mendakap kejayaan itu dengan hanya meraih satu kemenangan semusim namun sentiasa konsisten dalam setiap perlumbaan. Berikutan kejayaan itu, Suzuki Motorcycles memperkenalkan mod

KhairilKhairil

Dec 31, 2020

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengumumkan pelancaran Gazoo Racing Young Talent Development (Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing) pada 23 September 2020 yang bertujuan untuk mengenal pasti dan memupuk bakat lumba muda Malaysia antara 14 dan 20 tahun yang beralih dari sukan go kart dan perlumbaan simulasi ke perlumbaan kereta saloon. Bakat-bakat muda tersebut adalah Mika Hakimi, 17 tahun dan Naquib Azlan, 20 tahun adalah bakat daripada perlumbaan simulasi. Selain itu Amer Harris, 17 tahun

HarisHaris

Sep 24, 2020

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos

Proton Saga yang pertama sekali dikeluarkan dari kilang Proton di Shah Alam pada 9 Julai 1985 dan dipandu keluar oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam acara penuh gilang-gemilang. Dikemaskan dengan warna biru dan membawa nombor pendaftaran istimewa Proton 1, kereta tersebut dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, dimana keluarga di-Raja masih menyimpan kereta tersebut sehingga ke hari ini dalam kemasan cat dan rim

MersitaMersita

Jul 7, 2020

Barang Rare: Proton Wira Tiang Gol untuk dijual. Lagenda tempatan, jangan lepaskan peluang!

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai triniti lagenda yang pernah dihasilkan oleh Proton. Salah satunya sudah tentulah Proton Wira 1.8 EXI atau turut dikenali sebagai Proton Wira Tiang Gol. Proton Wira 1.8 EXi LE (juga dikenali oleh peminat sebagai Wira C99) dibina khas untuk untuk memenuhi keperluan homologasi FIA (badan berkanun sukan permotoran dunia) yang memerlukan sekurang-kurangnya 2,500 unit untuk pasaran umum yang ditetapkan oleh World Rally Championship Group N. Pengeluaran model P

HarisHaris

Sep 24, 2020

Barang Rare: Daihatsu Mira untuk dijual. Original bukan Perodua Kancil yang diubahsuai!

Umum mengetahui bahawa Perodua Kancil adalah kereta kei-car paling seronok di Malaysia. Kereta apa pun yang anda bawa hari ini, segalanya bermula dengan mengambil lesen memandu menggunakan Perodua Kancil. Walaupun pernah dinobatkan sebagai antara kereta paling laris di Malaysia, agak sukar untuk menjumpai Perodua Kancil pada zaman ini. Apatah lagi, di sini kami temui Daihatsu Mira original bukan Kancil yang diubahsuai tersenarai untuk dijual. Daihatsu Mira tersebut mempunyai sedikit modifikasi d

HarisHaris

Jul 8, 2020

Proton Iriz RX Supercar - 600 PS untuk takluk World Rallycross Championship 2021

Sebuah pasukan di United kingdom berhasrat untuk bersaing di dalam kejuaraan World Rallycross Championship 2021 dengan menggunakan Proton Iriz RX Supercar. Untuk maklumat anda, kereta ini adalah senjata buat pasukan Team RX Racing. Pasukan ini juga berhasrat untuk bersaing di dalam British Rallycross Championship 5 Nations Trophy dan European Rallycross Championship. Dari segi teknikal, Proton Iriz RX Supercar dihasilkan berdasarkan Iriz R5 yang telah dibangunkan oleh Mellors Elliot Motorsport (

FaisalFaisal

Dec 17, 2020

Pegangan pasaran Proton tertinggi dalam 7 tahun pada 27.1% - 8,141 unit Proton X50 sudah dijual!

Siapa yang mampu menidakkan impak daripada pelancaran Proton Special Edition? Proton nampaknya baru sahaja mengumumkan prestasi bulan Februari 2021 dengan beberapa model menggungguli segmen masing-masing. Proton Persona berjaya menjadi sedan segmen B paling laris dengan jumlah sebanyak 1,818 unit manakala Proton X50 pula adalah SUV paling laris secara keseluruhan dengan jualan sebanyak 3,345 sepanjang bulan Februari 2021. Berdasarkan jumlah kumulatif tahunan, sebanyak 8,141 unit Proton X50 telah

HarisHaris

Mar 2, 2021

Intipan: Peugeot Landtrek 2020 trak pikap di Malaysia, akan dijual disini?

Ada penampakan sebuah trak pikap yang kita tidak pernah lihat sebelum ini berlegaran di kawasan Glenmarie sebentar tadi, diambil oleh pembaca kita David Boh Ze Wei. Ini sebenarnya adalah Peugeot Landtrek. Ia adalah unit pandu kanan kerana trak ini dijual di pasaran Amerika Latin dan benua sub-Saharan. Sama seperti Proton X50, ia sebenarnya berasal dari China. Asas trak Landtrek ini adalah model trak pikap Changan Kaicee F70. Ditawarkan dalam pacuan dua atau empat roda, Landtrek bakal hadir denga

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Sep 17, 2020

Karamjit Singh kembali semula ke rali selepas terpaksa jual Proton Waja, dapat tajaan baru

Pelumba rali lagenda Karamjit Singh akan kembali beraksi pada bulan Jun untuk bersaing untuk pertama kalinya selepas tiga tahun. Terkenal dengan jolokan ‘Flying Sikh’, dia akan kembali pada kejuaraan rali nasional di Sepang pada 26-27 Jun, yang akan menjadi acara yang dinanti-nantikan. Tahap pertama perlumbaan rali pada 3-4 April terpaksa dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kejuaraan empat pusingan ini akan berakhir pada bulan November. Karamjit berjaya memperoleh tajaan daripada Cisc

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 29, 2021

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit

Proton X50 nampaknya masih lagi model terhangat di pasaran dengan tempahan 40,000 unit sejak pelancaran bulan Oktober 2020 hingga Mac 2021. SUV segmen B ini ditawarkan dalam 4 varian dan bakal menyaksikan 1 varian dihentikan tempahan buat sementara waktu. Jurucakap Proton memberitahu portal The Edge, kebanyakan tempahan Proton X50 adalah daripada varian atas iaitu sebanyak 95% untuk varian Executive, Premium dan Flagship. Perbezaan antara varian Standard, Executive dan Premium lebih kepada naik

HarisHaris

Apr 16, 2021

Barang Rare: Bukan sebarang Mini klasik, ini Austin Mini Wagon untuk dijual!

Siapa yang tak kenal dengan kereta ikonik Mini yang menjadi idaman para pemuda hipster atau peminat tegar kereta klasik? Kalau anda adalah salah seorang daripada golongan ini, kami telah menemui sebuah kereta yang sesuai untuk anda. Menurut sebuah hantaran di Facebook, sebuah Austin Mini Wagon tahun 1969 kini untuk dijual. Menilai daripada kualiti Mini Wagon ini, kami boleh katakan bahawa ini memang dah siap serba serbi. Pemilik baharu tinggal pandu sahaja kereta ini ke ekspo pameran kereta. Pem

HarisHaris

Aug 5, 2020

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun

Nissan Kicks e-Power 2020 serba baru akan mula dijual di Jepun bermula dari 30 Jun. SUV kompak baharu ini akan diekspot ke Jepun dari Thailand. Nissan Kicks baharu telah membuat debut globalnya di Thailand bulan lepas. Pelancarannya di Thailand menandakan kali pertama powertrain pacuan elektrik hibrid e-Power oleh Nissan dijual luar daripada negara asalnya iaitu Jepun. Ini bukanlah kali pertama Nissan mengimpot kereta dari Thailand ke Jepun. Mereka juga pernah mengimpot Nissan Almera dan Nissan

MersitaMersita

Jun 26, 2020

Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500?

Proton X50 Proton X50 dijual pada harga sekitar RM 79,200 - RM 103,300 dalam 4 varian. Dalam kesemua varian, satu pun tidak dilengkapi dengan but kuasa (power tailgate) mahu pun pembaca Smart Tag. Apa yang penting, varian Flagship boleh parking sendiri. Walau bagaimanapun, ini semua masalah kecil sahaja. Dengan harga RM 3,500, pembeli mempunyai tawaran 2 pakej berasingan untuk memasang but kuasa power tailgate dan pambaca Smart Tag. Kedua-dua pakej adalah seperti berikut: Pakej tambahan Proton X

HarisHaris

Dec 7, 2020

Sejarah Mitsubishi Pajero pertama – dari juara rali Dakar Paris ke sebuah SUV keluarga

Dahulu kala, SUV bukanlah sesuatu kehangatan. Malah ia lebih kepada kereta yang serbaguna. Disebabkan itu, Mitsubishi Pajero, Isuzu Trooper, dan Toyota Land Cruiser telah menjadi satu ikon di dalam dunia pacuan empat roda. Diantara ketiga-tiga model ini, hanya Toyota Land Cruiser sahaja yang masih ada sampai sekarang. Isuzu Trooper telah dihentikan beberapa tahun yang lalu, manakala Mitsubishi Pajero baru sahaja dihentikan pada tahun ini. Oleh itu, mari kita belajar sedikit sebanyak mengenai asa

FaisalFaisal

Jan 2, 2021

Barang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong!

Siapa masih ingat Proton Eon Racing Team (PERT) yang ditubuhkan lewat tahun 80 an dahulu? Pasukan PERT adalah perintis kepada Proton R3 dan bak kata orang, selebihnya adalah sejarah. Pasukan PERT bermula dengan perlumbaan litar hinggalah berjinak-jinak ke perlumbaan rali. Kemuncak kegemilangan pasukan PERT hadir sekitar tahun 2002 di mana Karamjit Singh dan pembantu pemandu Allen Oh memenangi Kejohanan FIA World Rally Championship. Namun kenangan hanya tinggal kenangan. Pasukan perintis ini sema

HarisHaris

Jul 13, 2020

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian

Juara dunia tiga kali MotoGP dari Yamaha, Jorge Lorenzo membuktikan dia bukan saja jaguh di litar lumba, malah suaranya juga cukup merdu di pentas nyanyian. Selepas menggantung sut lumbanya pada penghujung saingan MotoGP musim 2019, pelumba kelahiran Sepanyol itu mencuba nasibnya dalam rancangan pencarian bakat nyanyian, 'The Masked Singer' versi Sepanyol. Apa yang mengagumkan, Lorenzo yang mengenakan kostum aneh seperti burung gagak berjaya meyakinkan para juri untuk mara ke final. Begitupun, d

KhairilKhairil

Dec 30, 2020

Apa kekurangan Proton Saga 2020?

Proton Saga Artikel ini dibuat bukanlah untuk mengkondem Proton Saga. Artikel ini hanya sekadar ingin memberi sedikit sudut pandang berbeza bagi pembaca yang sedang berkira-kira untuk membeli kereta ini. Sebagai seorang pemilik Proton Saga 2020 baru, kereta ini mudah menjadi kereta kegemaran saya. Tidak dinafikan, ramai yang menggemari Proton Saga 2020 baru ini kerana nilainya. Memang juara kereta rakyat Malaysia! Dengan harga dibawah RM 40,000, siapa yang mampu menandingi Proton Saga dalam aspe

HarisHaris

Jun 16, 2020

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

Model Proton Edisi Istimewa dilancarkan pada minggu yang sama model Perodua Ativa dibuka untuk tempahan. Lebih menarik lagi, Perodua Ativa sebenarnya dirancang untuk dibuka tempahan lebih awal (menurut sebuah dokumen awal yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my) namun telah ditukar tarikh kepada selepas pelancaran model Proton Edisi Istimewa. Kebetulan atau disengajakan? Jika anda tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Proton melancarkan model istimewa, rujuk artikel kami di bawah. Selalunya mode

HarisHaris

Feb 28, 2021

Proton Saga belum ada perancangan facelift, model sekarang terlalu bagus?

Proton Saga Terdapat banyak ura-ura mengenai Proton Iriz dan Proton Persona yang akan dikemaskini pada tahun 2021 namun tiada perancangan untuk Proton Saga. Proton Saga BT3 generasi ketiga yang telah dilancarkan pada tahun 2016 kini menjengah tahun ke 4 dalam pasaran. Jangka hayat tersebut selalunya menjadi penanda aras bagi kebanyakan jenama untuk memperkenalkan model facelift. Walaubagaimanapun, tiada sebarang perancangan nampaknya untuk sebarang facelift untuk Proton Saga. Pada tahun 2019, Pr

HarisHaris

Dec 13, 2020

Rebiu: Perodua Aruz 1.5 AV, berbaloikah untuk RM 77,900 bagi sebuah Perodua?

(Harga & Spesifikasi Perodua Aruz 2019 | Galeri) Dengan lebih kurang 25,000 unit terjual sepanjang tahun 2019, Perodua Aruz telah membuktikan statusnya sebagai model popular, walaupun ia adalah kereta keluaran Perodua paling mahal – dijual pada harga RM 72,900. Luaran – Nampak macam Toyota Rush, kan? Sekilas pandang, agak susah untuk kita membezakan antara Perodua Aruz dengan Toyota Rush. Memang ada perbezaan antara keduanya jika dilihat dengan lebih dekat. Perkara yang membezakan Aruz daripada

MersitaMersita

Jul 1, 2020

Proton hilang takhta bukan sebab Perodua, tapi sebab budak universiti. Eh?

Pada awal 2000-an, kakitangan di Perodua naik hairan memikirkan kenapa angka jualan bagi model tertua mereka, Perodua Kancil, semakin meningkat. Anda pula mungkin terfikir, benda dah laku buat apa nak persoalkan? Bukan apa. Kebiasaannya, permintaan bagi model yang sudah lama berada di pasaran selalunya semakin lama semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, antara tahun 1995 hingga 2002, angka jualan Perodua Kancil meningkat sehingga 56 peratus – dari 39,856 unit ke 62,279 unit – 6 peratus lebih ti

MersitaMersita

Feb 21, 2021

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Sudah jadi lumrah dunia, yang cantik-cantik selalunya direbuti dan susah nak dapat. Apa yang kita orang biasa-biasa boleh buat hanyalah memandang dari jauh dan pasang angan-angan percuma. Tapi, bila bercakap pasal apa yang cantik, pasti lain orang lain pendapatnya. Kecantikan itu cukup subjektif, ia bergantung kepada minat dan persepsi masing-masing. Kita juga perlu ingat yang kereta-kereta cantik tak semestinya kereta mahal saja. Ada saja kereta-kereta biasa di luar sana yang cukup cantik dan b

MersitaMersita

Dec 12, 2020

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana!

Proton Pakistan di bawah syarikat Al-Haj Automotive (Pvt. Ltd.) telah melancarkan model Proton X70 ke pasaran tersebut pada hujung tahun 2020. Kini, Proton Pakistan mengorak langkah lagi dengan mengacah model Proton Saga untuk pelancaran tahun 2021. Melalui maklumat awal yang diterima oleh Propakistani.pk, model Proton Saga yang dibina di Malaysia (CBU Malaysia) telah tiba di Pakistan sebelum tarikh pelancaran. Pada masa yang sama, Proton Pakistan turut mengacah beberapa klip video mengenai Prot

HarisHaris

Mar 10, 2021

Proton X50 bukan sekadar rebadge Binyue, ambil masa 2 tahun untuk dibina

Proton X50 yang dilancarkan baru-baru ini ternyata disambut gembira oleh peminat-peminatnya yang telah menunggu sekian lama. Seperti yang sudah sedia maklum, kereta penderma bagi Proton X50 adalah Geely Binyue, SUV Geely yang sudahpun dilancarkan di China sejak Ogos 2018. SUV crossover Proton terbaru sememangnya ‘rebadge’ dari Geely, tapi prosesnya lebih panjang dan rumit berbanding sekadar menukar logo dengan beberapa perincian kosmetik baru. Bagi yang bertanya tentang sebab Proton mengambil ma

MersitaMersita

Sep 16, 2020