Tag

visi misi dan objektif syarikat proton

Kia daftar logo dan slogan baru, fokus kepada kereta elektrik?

Kia dikatakan bakal hadir dengan penjenamaan semula, sebelum ini telah dilaporkan oleh Wapcar.my. Kini, hasil daripada pendaftaran cap dagangan daripada Kia Motors, kita sedikit sebanyak dapat melihat visi dan misi Kia untuk masa hadapan. Menurut sumber, Kia telah menurunkan logo lamanya di HQ Kia yang bertempat di Korea Selatan di samping mendaftarkan cap dagangan baru dengan South Korean Intellectual Property Office (KIPRIS). Hal ini bermakna slogan 'The Power To Surprise' mungkin akan diganti

HarisHaris

Dec 31, 2020

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi?

Proton sebenarnya adalah akronim untuk Perusahaan Otomobil Nasional. Sebagai sebuah jenama kereta nasional, kita patut berbangga dengan kewujudannya. Jerman ada Volkswagen, Jepun ada Toyota, dan Korea pula ada Hyundai. Jenama-jenama ini diketengahkan kerana ia memenuhi permintaan dengan “kereta rakyat”. Proton kini sudah berusia 35 tahun (dikira dari tarikh kelahiran Saga pertama). Toyota dan Volkswagen pula berumur 83 tahun manakala Hyundai 53 tahun. Proton dikira masih muda jika dibandingkan d

MersitaMersita

Aug 6, 2020

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro

Setiap perkara yang berlaku ada sebab di sebaliknya. Suatu ketika dahulu, Proton pernah membeli pegangan bernilai jutaan Euro dan menjualnya semula untuk hanya 1 Euro. Sebelum anda membuat kesimpulan sendiri, biarkan kami ceritakan kisah selanjutnya. Orang yang arif tentang sejarah Proton pasti pernah mendengar kisah tentang MV Agusta. Pada tahun 2004, Proton membayar 70 juta Euro, bersamaan RM 367 juta) untuk pegangan kawalan 57.7 peratus di syarikat pembuatan motosikal Itali, MV Agusta. Setahu

MersitaMersita

Aug 11, 2020

Pengecualian cukai jualan: Syarikat kereta kesana kemari mencari jawapan

Semenjak pelan pemulihan ekonomi jangka pendek diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat lepas, ramai staf syarikat otomotif seluruh negara sibuk mencari butir-butir tepat mengenai pelepasan cukai jualan yang diumumkan. Apa yang mereka tahu sejurus pelan tersebut diumumkan adalah kereta yang dipasang di Malaysia akan dikecualikan dari cukai jualan 10% manakala cukai jualan bagi kenderaan import pula akan diturunkan separuh. Banyak syarikat otomotif seluruh negara ditimbuni soalan darip

MersitaMersita

Jun 9, 2020

Proton masuk tahun ke-35 tahun ini, kini tiba masanya untuk betulkan beberapa mitos

Proton Saga yang pertama sekali dikeluarkan dari kilang Proton di Shah Alam pada 9 Julai 1985 dan dipandu keluar oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam acara penuh gilang-gemilang. Dikemaskan dengan warna biru dan membawa nombor pendaftaran istimewa Proton 1, kereta tersebut dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, dimana keluarga di-Raja masih menyimpan kereta tersebut sehingga ke hari ini dalam kemasan cat dan rim

MersitaMersita

Jul 7, 2020

Rekaan Proton tapi berasaskan model Geely menjelang tahun 2026!

Ketua Pereka Proton iaitu Azlan Othman bersama-sama dengan Ketua Pereka Geely Shanghai iaitu Guy Burgoyne dalam satu wawancara telah menjelaskan visi rekaan Proton pada masa hadapan. Proton akan beralih daripada model rebadge Geely sepenuhnya dengan input Proton dan bergerak ke arah model rekaan Proton sepenuhnya berasaskan Geely. Pengesahan tersebut memberi satu anjakan paradigma bagi Proton. Sebelum ini, model Proton rebadge daripada Geely iaitu Proton X50 dan Proton X70 masih mirip dengan mod

HarisHaris

Mar 11, 2021

Sultan Johor kurnia Proton X70, Perodua Myvi kepada frontliners HSA

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam memuatnaik di laman Facebook baginda tentang pengurniaan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad DiRaja sebagai penghargaan atas pengorbanan dan dedikasi dalam perkhidmatan mereka. Pengarah Hospital, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd Firdaus Shamsuddin masing-masing telah menerima sebuah Pr

MersitaMersita

Nov 26, 2020

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021?

Proton Iriz Proton Persona Proton Iriz dan Proton Persona baru sahaja menerima facelift pada tahun 2019 pasca Geely-Proton namun nampaknya kedua-dua model ini telah pun mempunyai perancangan awal yang agak rapi. Berdasarkan jumlah jualan yang diumumkan oleh Proton, Proton Iriz gagal menduduki tempat pertama sebagai hatchback segmen B tetapi Proton kekal agresif memasarkan model ini. Proton Persona pula konsisten sebagai sedan terbaik segmen B namun apa salahnya dominasi pasaran sedan segmen B? H

HarisHaris

Sep 4, 2020

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini?

Pada tahun 2019, Proton hanya mengeksport sebanyak 1,100 buah kereta sepanjang tahun. Angka ini jauh berbeza ketika zaman kegemilangannya pada tahun 2005 yang mengeksport sebanyak 20,000 buah kereta ke pelbagai negara seperti Australia, Thailand, Indonesia, Turki dan Mesir. Asia Tenggara mempunyai gabungan jumlah penjualan kereta baru hampir 3.5 juta kereta setiap tahun, didahului oleh Indonesia (1,030,126 kereta pada 2019), Thailand (1,041,739 kereta pada 2019) dan Malaysia (604,287 kereta pada

HarisHaris

Jun 8, 2020

Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua. Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula. Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir M

MersitaMersita

Sep 11, 2020

Perodua Ativa 2021 - tahap bunyi kabin dan gegaran enjin 3 silinder ini mengejutkan!

Kami telah memandu uji Perodua Ativa 2021 dan mendapati beberapa aspek di dalam SUV kompak ini agak mengejutkan. Seperti biasa, ramai yang tertanya-tanya mengenai prestasi enjin 3 silinder turbo ini. Oleh yang demikian, di sini kami mengambil pendekatan objektif dan subjektif untuk tahap NVH (Noise, Vibration, Harshness) pada Perodua Ativa 2021. Bunyi - Rasa lebih senyap berbanding ujian Ujian bunyi kami diambil pada 3 tahap kelajuan iaitu 60 km/j, 90 km/j dan 110 km/j. Bacaan diambil daripada m

HarisHaris

Mar 13, 2021

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya?

2020 merupakan ulang tahun ke-100 penubuhan syarikat Suzuki. Mereka adalah salah satu daripada tiga syarikat di dunia yang masih mengeluarkan kereta dan motosikal pada masa yang sama. Setelah empat tahun menyepi daripada pasaran Malaysia, Suzuki dikhabarkan membuat kemunculan semula. Dengan kedudukan ke-10 dalam tangga global, Suzuki mencapai tahap ini tanpa sebarang bantuan daripada jenama lain. Di samping itu, keupayaan mereka dalam menembusi pasaran Amerika Utara juga sangat mengagumkan. Perk

FaisalFaisal

Sep 10, 2020

TDM peroleh 180 unit Scrambler Kawasaki KLX 250 perkasa Op BENTENG

Sebagai memperkasakan operasi khususnya terhadap perlaksanaan Op BENTENG, Tentera Darat Malaysia (TDM) memperoleh kira-kira 180 unit motosikal Scrambler Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan anggotanya. Majlis penyerahan motosikal berkenaan diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan. Upacara berkenaan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamros

KhairilKhairil

Feb 18, 2021

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan SST yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Pengumuman yang berlaku 3 hari sebelum 31 Disember 2020 tersebut memberikan ruang yang sangat sempit bagi pihak pengeluar kereta menyesuaikan perancangan syarikat. Hal ini kerana senarai harga untuk model 2021 perlu ditarik balik dan dikemaskini, hanya 3 hari sebelum tahun 2020 menutup tirai. Sesetengah pengeluar keret

HarisHaris

Dec 30, 2020

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya.

Awal minggu lepas, Proton menerima pelbagai cacian kerana mereka melelong kereta-kereta prototaip dan konsep mereka termasuklah kereta konsep Emas ItalDesign Giugiaro dan juga kereta rally PERT Karamjit Singh. Pengkritik berkata yang pemilik Proton baru dari China iaitu Geely tidak menghormati legasi Proton, dan banyak kereta-kereta ini patut disimpan di dalam muzium. Tapi, kami rasa ini tidak benar. Jom kita imbas semula garis masanya. Kereta-kereta ini disimpan dan dibiarkan mereput oleh pemil

MersitaMersita

Jul 27, 2020

Sejarah dan Evolusi Logo Proton

Jenama kereta nasional kereta kita, Proton, telah melalui beberapa perubahan logo sejak pelancaran Proton Saga pada tahun 1985. Langkah ini adalah normal dalam industri automotif bagi memberi naratif bahawa jenama ini akan sentiasa kekal segar dan relevan. Harus diingatkan bahawa BMW dan Volkswagen juga telah mengumumkan logo baru mereka baru-baru ini. 1985 - Bintang dan bulan sabit Malaysia Proton Saga pertama menggunakan motif yang terdapat pada bendera Malaysia, untuk menunjukkan rasa bangga

HarisHaris

May 21, 2020

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan?

Minggu lalu, Geely Auto (bukannya syarikat induk Geely Holding yang memiliki Volvo Car Group) mengumumkan yang mereka sudah berpisah dengan Volvo Car. Geely Auto dan Volvo Car akan kekal berasingan, cuma masih beroperasi di bawah naungan Geely Holding. Namun, mereka masih akan berganding bahu untuk pembangunan kenderaan elektrik tertentu serta projek-projek berkaitan kereta tanpa pemandu. Dalam erti kata lain, pasukan di Volvo Cars dan di Geely Auto akan meneruskan kerja mereka secara berasingan

MersitaMersita

Mar 24, 2021

Tun Mahathir ucap selamat ulang tahun ke 35 buat Proton Saga

Proton Saga Siapa tidak kenal dengan Bapa Pembangunan Negara ini? Dengan gaya seorang ayah (kerana abah sudah digunakan), Tun Mahathir membuat sebuah hantaran di sosial media ringkas mengucapkan selamat ulang tahun ke 35 buat Proton Saga. Ucapan tersebut ditulis tangan oleh Tun Mahathir sendiri. Ucapan beliau untuk Proton Saga adalah “Proton Saga is now 35 years old. Still going strong. Happy Birthday Proton Saga.” (Proton Saga kini berumur 35 tahun. Masih gagah. Selamat Ulangtahun Proton Saga).

HarisHaris

Jul 9, 2020

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera?

Menurut portal Malaysia Defence, sebuah syarikat automotif tempatan didakwa telah memenangi kontrak untuk membekalkan kenderaan tentera jenis FFR (Fitted For Radio), SOV (Special Operations Vehicles) dan Pembawa Senjata dalam suatu program mobiliti ketenteraan. Cendana Auto melalui laman sesawang mereka, cendana-auto.com dikatakan telah mengumumkan sebanyak 148 unit kenderaan 4x4 dalam 4 konfigurasi akan dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 2024. Selain itu, mereka turut me

HarisHaris

Feb 3, 2021

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS

Jika anda membesar dalam zaman 80-an, anda pasti pernah dengar yang Proton Saga pertama kita dibangunkan berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore. Beberapa bulan lepas, kami sudah kongsikan cerita tentang Proton Saga yang bukan saja ada satu, tapi dua sepupu jauh bangsa Amerika – iaitu Dodge Colt dan Plymouth Colt. Untuk menyambung cerita ini, kami ingin perkenalkan satu kisah tentang Malcolm Bricklin - nama yang anda tidak akan temui dalam sejarah rasmi Proton – dimana beliau berjanji kepada Dr. Maha

MersitaMersita

Aug 4, 2020

Sime Darby Auto Selection bekerjasama dengan MyTukar

Sime Darby Auto Selection (SDAS), anak syarikat milik Sime Darby Motors di Malaysia, telah menandatangani kerjasama eksklusif dengan platform dagangan kereta dalam talian myTukar untuk merevolusikan pengalaman jual beli kereta terpakai untuk pelanggan. Kerjasama dengan myTukar akan memperluas rangkaian SDAS di seluruh negara melalui cara transaksi yang bakal memudahkan pelanggan SDAS. Selain itu, pangkalan data transaksi kereta terpakai dalam talian akan memberi kelebihan kepada SDAS melalui fak

HarisHaris

Oct 8, 2020

TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc!

Bagi memastikan kesiagaan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa berada di tahap terbaik, cabang penting Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menerima sejumlah motosikal scrambler WMoto SXR 300 cc untuk kegunaan anggotanya. Majlis penyerahan motosikal terbabit yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain yang diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen. Penyerahan motosikal scrambler bersesaran 300 cc ini adalah peroleha

KhairilKhairil

Apr 16, 2021

Top 4 Proton Limousine dan Executive yang 'rare' dan unik!

Limousine dan executive merupakan kereta sedan mewah yang mempunyai jarak roda yang lebih panjang daripada kenderaan sedan biasa. Selalunya kenderaan jenis begini digunakan oleh Perdana Menteri, golongon kenamaan (VIP), Menteri kabinet, atau orang yang mempunyai status tinggi kerana ia merupakan satu symbol kemewahan dan kekuasaan. Permulaan kereta jenis limousine dan executive bagi Proton bermula pada awal tahun 1990, dimana Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir menyeru EON untuk

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 5, 2021

Dunia dah tak perlukan kereta manual

Mati enjin, pacuan atas bukit yang menggerunkan, dan penukaran gear yang tersekat-sekat adalah antara pengalaman yang anda barangkali pernah alami ketika hendak mengambil lesen memandu. Jika anda mengambil lesen memandu sebelum tahun 2014, anda tiada pilihan lain selain daripada diuji dengan kereta manual. Kereta ujian anda mungkin tak ada stereng berkuasa pun. Hari ini, lesen memandu Malaysia boleh didapati samada untuk kereta manual atau automatik. Untuk mereka yang gemar memandu, mereka serin

MersitaMersita

Aug 3, 2020

Perodua dan Persatuan Komponen Auto bekerjasama menyusun SOP Covid-19 untuk industri automotif

Perodua dan Perodua Suppliers Association (P2SA) akan bekerjasama untuk menyusun prosedur operasi standard (SOP) untuk industri automotif. P2SA juga mendakwa bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperpanjangkan hingga 18 Februari 2021 akan membantu melindungi industri sehingga vaksinasi bermula. Presiden P2SA Musa Zahidin Ahmad Zaidee memberitahu Bernama bahawa persatuan memandang serius keselamatan semua anggotanya dan memastikan bahawa semua pekerjanya mematuhi SOP dengan tegas. "Sebi

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 9, 2021

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa?

Di antara Proton dan Perodua, amat mudah untuk melihat jenama mana yang menghasilkan kereta rakyat. Kedua-dua pembuat kereta tempatan ini juga mempunyai persaingan yang agak sihat antara satu sama lain. Walaupun Proton memberi saingan yang baik melawan Perodua Myvi dengan Iriz, namun begitu angka penjualannya kurang memberangkan jika nak dibandingkan dengan ‘Raja Jalanan’ yang perkasa. Tetapi, angka jualannya boleh dikira sebagai “langit dan bumi” jika nak dibandingkan dengan cubaan Proton terda

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Dec 25, 2020

Perodua Aruz, Proton X70. Ke mana hilangnya nama tempatan seperti Kancil dan Saga?

Pada awal pembabitan Perodua dan Proton dalam industri automotif Malaysia, kedua-dua jenama Malaysia ini menggunakan nama yang agak menarik pada barisan model mereka. Siapa yang tidak ingat dengan Perodua Kancil, Kelisa, Rusa yang menggunakan nama haiwan? Perodua mula mengubah strategi nama model mereka sekitar tahun 2005 dengan Perodua Myvi. Selepas itu, nama yang lebih unik dipilih seperti Perodua Viva (Untuk Hidup dalam bahasa Latin), Perodua Axia (diolah dari nama benua Asia, dengan menukark

HarisHaris

Sep 11, 2020

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Kalau sebut model Proton mana yang sporty, pasti nama Satria dan Satria Neo akan keluar dari mulut anda. Dilancarkan pada tahun 1994, Proton Satria adalah cubaan hatchback pertama dari Proton untuk menarik minat golongan muda dan ternyata ianya berjaya. Ini lebih ketara dengan model Proton Satria Neo yang dilancarkan pada tahun 2006. Sekali imbas, anda pasti tak percaya yang ini adalah rekaan anak tempatan kerana reka bentuknya amat hensem sekali. Dalam rencana kami kali ini pula, penulis ingin

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jan 22, 2021

Volvo Cars dan Geely Auto batal penggabungan, tumpu lebih usaha kepada kerjasama teknikal

Volvo Cars dan Geely Auto (tidak boleh dikelirukan dengan Geely Holdings yang memiliki Volvo Cars Group) pernah bercadang untuk bergabung sepenuhnya namun laporan terbaru menunjukkan bahawa cadangan tersebut kini tidak akan direalisasikan. Walaubagaimanapun, kedua-dua jenama mengumumkan bahawa akan kekal bekerjasama secara perkongsian dalam pembangunan trenkuasa, kenderaan elektrik, pemanduan swapandu dan pelbagai lagi. Håkan Samuelsson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, bersetuju

HarisHaris

Feb 26, 2021

Proton Satria Neo rali untuk dijual - RM 450,000, 359 PS dan 345 Nm!

Jenama Mellors Elliot Motorsport (MEM) adalah sebuah syarikat UK yang terkenal dalam arena sukan permotoran rali. Baru-baru ini, sebuah Proton Satria Neo yang ditala oleh Mellors Elliot Motorsport telahpun dijual di laman motorsportactions.com dengan harga £ 85,000 (RM 450,000). Mellors Elliot Motorsport pernah menyediakan sebuah kereta untuk pelumba rali terkenal Malaysia, Karamjit Singh dan pembantu pemandu Allen Oh. Hubungan baik jenama tersebut telah lama dibina dari zaman kegemilangan Proto

HarisHaris

Jun 23, 2020