Tag

yamaha nmax vs honda pcx

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa

Honda Jepun baru saja melancarkan model skuter terbaharu, PCX 160 (2021) dengan perubahan ketara dari sudut kuasa enjin yang kini bersesaran 156cc, empat injap. Varian lama PCX sebelum ini menggunakan enjin 149cc, dua injap. Dengan peningkatan berkenaan, PCX 160 menghamburkan kuasa 16Hp pada 8,500rpm dan tork 15Nm pada 6,500rpm manakala model terdahulu menghasilkan 14.4Hp dan tork 13.2Nm. Menurut Honda, peningkatan kuasa itu turut hadir menerusi penggunaan teknologi eSP+. Ia kini mengatasi penca

KhairilKhairil

Dec 9, 2020

Honda PCX sah ditamatkan penjualan, Honda ADV 150 bakal menyusul?

Dalam satu semakan ringkas di laman web Boon Siew Honda, Honda PCX nampaknya telah digugurkan dari laman web rasmi Boon Siew Honda. Jawapan dari Boon Siew Honda adalah model ini telah pun ditamatkan penjualan tetapi hanya model PCX Hybrid masih dijual. Namun, beberapa pengedar rasmi Boon Siew Honda masih memiliki stok sedia ada. Honda PCX yang turut hadir dalam versi hybrid adalah sebuah motosikal jenis skuter 150 cc yang menyaingi Yamaha NMax. Walaubagaimanapun, jurang harga yang agak besar ant

HarisHaris

Nov 11, 2020

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?

Sejak dilancarkan minggu lalu, perhatian terhadap skuter ala 'adventure', Honda ADV 150 di Malaysia memang tinggi. Ia membuktikan populariti skuter yang hampir dua tahun lewat tiba ke negara ini selepas pelancarannya itu tetap utuh. Datang pada tanda harga RM11,999, ramai menyatakan ia cukup berpatutan berikutan gaya 'unik' yang dimiliki ADV 150 selain teknologinya yang boleh disifatkan moden. Di media sosial, ramai menyuarakan pandangan betapa mereka tidak kisah mengenai harganya yang boleh dia

KhairilKhairil

Feb 20, 2021

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343

Honda Motor Thailand secara rasminya melancarkan Honda PCX 160 2021 serba baharu untuk pasaran negara itu dengan dua varian bersama harga jualan bermula RM12,343. Skuter Maxi itu yang menggunakan kerangka baharu itu adalah versi sama seperti yang dilancarkan di pasaran Jepun, penghujung tahun lalu tetapi dijual dalam dua varian iaitu Standard dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Varian Standard dilengkapi sistem brek cakera depan bersama sistem CBS dan brek dram belakang manakala varian ABS dilengk

KhairilKhairil

Jan 8, 2021

Gambar: Yamaha NMax dengan seragam bertemakan Star Wars

Yamaha NMax 160 yang dijual di pasaran Brazil menerima seragam bertemakan Star Wars. Model khas tersebut dijual terhad sebanyak 680 unit dalam 2 pilihan. Lukisan yang menggambarkan Rebel Alliance dan Galactic Empire tampak sangat menarik apabila digayakan pada Yamaha NMax 160 tersebut. Unit terhad 680 unit tersebut terbahagi kepada 2 sebanyak 340 unit bagi setiap sisi. Jika anda mahu mengikut gerakan penentang, warna putih Rebel Alliance pastinya pilihan anda. Dengan garisan yang futuristik, Yam

HarisHaris

Oct 1, 2020

Yamaha NMax 155 2020 dikemaskini, harga bermula RM 8,998

Hong Leong Yamaha Malaysia telah mengemaskini model Yamaha NMax 155 2021 mulai Disember 2020. Pelancaran tersebut berlangsung melalui laman Facebook Yamaha Motor Malaysia rasmi. Skuter kelas 150cc terbaru ini menerima kemaskini dari segi enjin 155cc VVA dikuasakan dengan teknologi penyejuk cecair Blue Core. Enjin tersebut mampu mengeluarkan sehingga 15.4 PS kuasa kuda dan 13.9 Nm tork. Selain daripada itu, kemaskini juga dilakukan pada keseluruhan rekaan Yamaha NMax 155 dengan warna seragam yang

HarisHaris

Dec 2, 2020

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Seperti jangkaan, Yamaha Motor Thailand akhirnya melancarkan varian tertinggi skuter Yamaha NMAX 155 Connected 2021 pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 yang datang dengan pelbagai naik taraf berbanding versi terdahulu. Selepas diperkenalkan di pasaran Indonesia tahun lalu, NMAX 155 Connected 2021 kemudian menjengah satu lagi pasaran besar motosikal dunia iaitu Filipina sebelum tiba di Thailand pada minggu ini. Sebagai informasi, Yamaha NMAX 155 Connected 2021 adalah varian tertin

KhairilKhairil

Mar 24, 2021

Yamaha R25 dengan tema Power Rangers! Kreatif, bergaya, lain dari yang lain!

Bukan selalu kita dapat melihat modifikasi-modifikasi mahupun ‘livery’ yang sesuai dengan kenderaan. Sebelum ini pun, Yamaha NMax pernah hadir dengan seragam bertemakan Star Wars tetapi kali ini pastinya lebih menarik lagi. Melalui sebuah hantaran laman facebook Near Miss Club, 2 buah Yamaha R25 telah digayakan dengan seragam bertemakan Power Rangers. Adiwira yang menjadi kegemaran kanak-kanak tahun 90 an tersebut menggunakan tema warna dominan dan neutral yang kemas, sesuai untuk menjadikan Yam

HarisHaris

Oct 23, 2020

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Sejurus Yamaha melancarkan Exiter 155 VVA 2021 serba baharu di Vietnam, ia berjaya mencetuskan 'gundah gulana' buat pesaing utamanya di pasaran negara berkenaan iaitu Honda. Justeru, timbul khabar angin yang menyatakan Honda Motor Vietnam akan menaiktaraf model 'Super Moped' terhangatnya iaitu Winner X versi terbaharu termasuk dengan meningkatkan kapasiti enjinnya kepada 160cc. Seperti diketahui umum terutama kepada peminat Honda, Honda Winner yang dikenali sebagai RS150R di Malaysia dan versi t

KhairilKhairil

Jan 15, 2021

Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Tidak dapat dinafikan, permintaan terhadap motosikal skuter 'Maxi' di negara ini makin meningkat dan ia dikuatkan dengan kehadiran serta populariti yang dimiliki Yamaha XMax 250. Ketika Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) memperkenalkan XMax 250 pada 2018, ia seakan mahu mencabar populariti Modenas Elegan 250 namun harga jualannya jauh lebih tinggi. Begitupun, ia tetap mendapat sambutan yang hangat peminat skuter dalam segmen berkenaan hinggalah ke hari ini. Tak kira dari sudut gaya atau teknologi, X

KhairilKhairil

Jan 6, 2021

Honda ADV 150! Berbaloi ke simpan duit tunggu skuter ala 'Adventure' ini

Lambat betul Honda ADV 150 nak masuk pasaran Malaysia. Itu antara kata-kata yang sering terpacul daripada peminat skuter tanah air, tidak kira peminat Honda, Yamaha, Suzuki, Benelli, SYM atau mana-mana jenama setiap kali mereka bertemu. Sejak ia membuat penampilan sulung di Gaikinda Indonesia International Auto Show tahun lalu, tak dapat dinafikan 'adik' kepada X-ADV 750 ini berjaya membuatkan ramai orang jatuh hati kepadanya. Dan selepas lebih setahun sejak pelancaran itu, ia masih belum menjen

KhairilKhairil

Dec 18, 2020

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya?

Jika anda penggemar sejati motosikal jenis skuter, tak salah untuk melabel model Yamaha NVX155 pasti berada dalam senarai idaman atau 'mesti beli'. Selain reka bentuknya yang 'segak' dan sedap mata memandang, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden bagi menambah daya tarikannya. Bagi menambah lagi tarikan itu, skuter generasi baru seperti NVX155 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha di Malaysia pada 2017 juga hampir berjaya menepis masalah stereotaip membabitkan motosikal jenis automa

KhairilKhairil

Dec 2, 2020

Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Yamaha Exciter 155 VVA memang mengujakan namun pesaing utamanya, Honda Winner X turut menggiurkan. Sebagai permulaan, kedua-dua motosikal ini belum dilancarkan di pasaran Malaysia dan hanya dapat dinikmati penunggang di negara jiran, Vietnam. Begitupun menariknya, berdasarkan informasi kedua-dua model hangat ini dijangka akan menjengah pasaran tempatan pada tahun ini namun hanya tarikhnya saja belum dapat dipastikan lagi. Seperti kata orang, berangan itu tidak salah dan memang cukup 'best' jika

KhairilKhairil

Feb 5, 2021

Honda Vario 150 dapat enjin lebih berkuasa tahun 2021?

Selepas naiktaraf yang diberikan kepada Honda PCX yang kini dikuasakan enjin bersesaran 160 cc, timbul perkhabaran serupa satu lagi model skuternya, Honda Vario 150 bakal mendapat peningkatan serupa juga pada tahun ini. Begitupun, berita itu diperoleh daripada negara jiran, Indonesia di mana motosikal skuter berkenaan sememangnya popular. Memetik laporan daripada laman sesawang membabitkan automotif dari tanah seberang itu, Honda Vario 160 akan dilancarkan terlebih dulu di pasaran Jepun sebelum

KhairilKhairil

Feb 23, 2021

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc?

2020 Yamaha MT-25 adalah sebuah model terbaharu dari Yamaha jenis naked yang baru sahaja dilancarkan pada 12 September 2020 yang lalu. Yamaha MT-25 adalah keseinambungan daripada produk ‘naked’ Yamaha yang sebelum ini hadir dengan Yamaha MT-07 dan Yamaha MT-09. Sebagai sebuah motosikal yang bersaing dalam kategori sesaran 250 cc, Yamaha MT-25 seringkali dibandingkan dengan Yamaha YZF R25 iaitu sebuah lagi motosikal Yamaha dalam kategori yang sama. Perbandingan jenis badan motosikal (naked vs spo

HarisHaris

Sep 21, 2020

Yamaha YZF-R15 2020 kini dengan warna seragam baru. Kekal RM 11,988

Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan 2 warna seragam baru. Warna biru (Race Blu) dan Hitam (Black) ini menggantikan 3 pilihan warna lama iaitu biru, kuning dan hitam. Hanya seragam baharu sahaja yang dikenakan. Aspek trenkuasa masih kekal dengan enjin 155cc VVA sejukan cecair. Kuasa yang ditawarkan hanyalah 19.3 PS kuasa kuda dan daya kilas sebanyak 14.7 Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Lama vs Baru Bagi seragam baru berwarna biru, tiada lagi rona-rona berwarna hitam yang didedahka

HarisHaris

Oct 22, 2020

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806

Selepas Thailand memperolehnya pada awal Januari lalu, pasaran Indonesia menerima versi terbaharu skuter Honda PCX160 2021 yang hadir dengan dua varian, ABS dan CBS. Sebagai informasi, Honda PCX160 merupakan model baharu yang lebih canggih dan mesra alam berbanding dengan model terdahulu Honda PCX150 yang turut dijual di Malaysia. Begitupun, berdasarkan penelitian yang dibuat di laman web Boon Siew Honda ketika ini, motosikal berkenaan sudah pun digugurkan daripada senarai produk yang menyaksika

KhairilKhairil

Feb 9, 2021

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

Honda Vario 150 boleh dikatakan duduk ‘bersenang lenang’ tanpa pencabar sejati dalam segmen skuter (enjin 150cc) sejak ia diperkenalkan Boon Siew Honda di pasaran Malaysia pada 2018 hingga kini. Ketika ramai menjangka ia adalah lawan atau jawapan buat peminat Honda terhadap Yamaha NVX 155, kenyataan itu tidak begitu tepat kerana kedua-dua skuter ini mempunyai perbezaan yang ketara. Apa yang sama adalah kedua-duanya bersaing pasaran skuter tempatan dan menggunakan gear automatik. Berdasarkan perb

KhairilKhairil

Dec 31, 2020

Yamaha ganti R6 dengan R7? MT-07 jadi platform!

Selepas pengeluaran jentera 'SuperSport' Yamaha YZF-R6 dihentikan pada tahun lalu, berita mengenai syarikat dari Jepun itu bakal menghasilkan R7 yang berasaskan motosikal 'naked' popular, MT-07 kerap dimainkan media seluruh dunia. Yamaha menghentikan pengeluaran YZF-R6 berikutan ia tidak mematuhi piawaian emisi Euro 5 selain rekod penjualannya yang tidak meyakinkan. Justeru, timbul laporan yang menyatakan projek pembangunan model yang mungkin diberi nama Yamaha YZF-R7 sudahpun berjalan sebelum Y

KhairilKhairil

Feb 24, 2021

Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang

Persaingan motosikal skuter dalam kelas 150cc pasti tambah menarik dengan kehadiran SYM Jet X 150 yang dijadual memasuki pasaran tempatan pada suku pertama tahun depan. Menurut pengedar motosikal SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings (MForce), Jet X 150 adalah model perdana dalam siri Jet yang dikuasakan dengan enjin 149.6cc. Melihat kepada reka bentuknya, ia tampil dengan sisi yang moden dan dijangka mampu memberi cabaran kepada beberapa model skuter yang cukup popular di negara ini seperti Yam

KhairilKhairil

Dec 24, 2020

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli

Legenda MotoGP, Valentino Rossi akan memberi 'keterujaan tambahan' kepada pasukan PETRONAS Yamaha SRT musim depan, kata rakan sepasukannya yang baharu Franco Morbidelli. Morbidelli yang juga anak didik Rossi di Akademi VR46 tampil dengan prestasi mengagumkan pada musim ini apabila meraih tiga kemenangan di kelas elit berkenaan. Ia termasuk meraih tempat kedua keseluruhan MotoGP ketika Rossi mengakhiri kontraknya bersama pasukan Factory Yamaha untuk menyertai PETRONAS Yamaha SRT bagi musim 2021.

KhairilKhairil

Dec 9, 2020

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan

Selepas sedekad bergelar pelumba profesional, Mohd Muzakkir Mohamed akhirnya berjaya mengucup nikmat kemenangan apabila mengungguli perlumbaan pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021. Sekalipun dicabar pelumba-pelumba hebat lain dalam kategori elit CP150, Muzakkir yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing berjaya mengekalkan rentak tunganggannya sepanjang 11 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) itu. Keyakinan itu membolehkan Muzakkir yang menunggang jentera Yam

KhairilKhairil

Mar 23, 2021

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

PT Astra Honda Motor Indonesia (AHM) ketika ini dipercayai dalam fasa ujian terakhir penghasilan sebuah model serba baharu. Apa yang menarik, model baharu yang dikatakan menghampiri peringkat produksi itu adalah Honda Vario 160. Memetik laporan laman web automotif negara jiran, iwanbanaran.com, kilang pengeluaran AHM yang terletak di Cikarang sedang menyediakan fasiliti Zon Merah (Red Zone) yang kebiasaannya berkait dengan pengeluaran model baharu. Kilang pengeluaran AHM di Cikarang, Indonesia S

KhairilKhairil

Apr 16, 2021

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama!

Kehadiran 'Super moped' terbaharu keluaran Yamaha, Y16ZR memang amat dinanti-nantikan peminat jenama berkenaan di negara ini. Apa tidaknya, sekalipun berita mengenai kehadiran jentera yang dikenali Exciter 155 VVA di Vietnam itu masih 'khabar angin', sudah ada peminat yang cuba melakukan tempahan di pengedar sahnya. Selepas pelancaran pada tarikh 18 Mac 2021 lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan harga RM 10,888, seperti jangkaan ia laku bak 'pisang go

KhairilKhairil

Mar 31, 2021

Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Yamaha telah melancarkan Yamaha MT-07 2021 selepas pelancaran Yamaha MT-09 2021. Motosikal naked 700 cc ini tampil berbeza dengan generasi terdahulu, memberi nafas baru kepada keseluruhan rupa motosikal ini. Untuk sebuah motosikal naked, rekaan yang paling menonjol tentulah pada lampu hadapan. Yamaha MT-07 kini mengenakan lampu hadapan yang lebih menarik berbanding lampu lama. Rekaan lampu tunggal kini diubah menjadi lampu 3 bahagian dengan 2 bahagian jalur sisi berbentuk Y. Kebanyakan aspek rek

HarisHaris

Nov 5, 2020

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca?

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 baru saja dilancarkan di Vietnam, penghujung tahun lalu namun seperti peribahasa 'malang tidak berbau' tular foto mengenai motosikal 'panas' itu tersungkur akibat kemalangan di negara berkenaan. Susulan kemalangan itu, motosikal berwarna merah dalam kondisi 'bau kedai' itu dilihat mengalami kerosakan teruk di beberapa bahagian terutama di bahagian belakang termasuk 'swingarm' dan batang sport rim yang dilihat patah. Gambar berkenaan tular bukan saja di Vietnam, malah

KhairilKhairil

Jan 21, 2021

Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba?

Ketika pertama kali dilancarkan pada 2016, Honda RS150 sememangnya dicipta untuk menyaingi 'YSuku' dan selepas menjalankan tugas itu dengan baik selama beberapa tahun, versi kedua RS150 V2 dilancarkan pada awal tahun lalu. Antara perubahan yang dibuat oleh Boon Siew Honda (BSH) untuk V2 adalah rekaan lampu belakang serba baharu, penggunaan panel meter digital penuh LCD, tiada 'kick starter' dan beberapa lagi naik taraf kosmetik. Ia hadir pada tanda harga RM 8,199 untuk pilihan warna (Trico, Blac

KhairilKhairil

Apr 9, 2021

Cub Prix 2021 - Nazirul Izzat raih kemenangan pertama buat Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor!

Seperti jangkaan, pusingan kedua perlumbaan Petronas Cub Prix 2021 terus menyajikan episod sama yang menyaksikan penguasaan jentera buatan Yamaha. Jagoan baharu pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Mohd Bahauddin paling cemerlang di Litar Sepang Utara apabila menghadiahkan kemenangan pertama musim 2021 buat pasukannya, semalam. Sekalipun petak utama dimiliki pelumba Honda, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team, ia tidak menghalang Nazirul yang bermula di b

KhairilKhairil

Apr 5, 2021

Apa ada dengan Yamaha FZ150i

Diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2008, kejayaan yang diraih motosikal Yamaha FZ150i mungkin tidak segah 'abangnya' RX-Z namun populariti yang dikecapi tidaklah menghampakan. Tiba dengan harapan menjadi 'pengganti' kepada RX-Z yang ketika itu bakal ditamatkan pengeluarannya, FZ150i sememangnya datang dengan pelbagai pakej yang boleh disifatkan menarik. Antaranya adalah ia menggunakan teknologi suntikan bahan api yang menjadikannya sebuah motosikal yang jimat minyak, penggunaan rangka 'Delta

KhairilKhairil

Jan 28, 2021

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan bahawa Yamaha MT-15 telah rasmi dan dibuka untuk jualan. Sebelum ini, Yamaha MT-15 2020 first edition telah dilancarkan bersama-sama dengan Yamaha MT-25 dalam sebuah majlis namun harganya tidak diumumkan. Yamaha MT-15 adalah model naked terbaru Yamaha yang kini menggantikan Yamaha FZ150 yang sudah diberhentikan pengeluaran. Ia menggunakan enjin dengan sesaran yang sama dengan model Yamaha R15. Enjin bersesaran 155cc VVA silinder tun

HarisHaris

Nov 18, 2020