Bocor: Honda Civic FE 2022 akan kekal menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbo!
Zamil Syaheer · Mar 16, 2021 10:00 AM
0
0
Honda Civic FE 2022 serba baru nampak lebih matang daripada FC. Tiada lagi lampu belakang “ketam”, kini digantikan dengan lampu yang tampak lebih konvensional seperti abangnya, Honda Accord.
Selepas tertiris maklumat tentang spesifikasi Civic bagi pasaran China, kali ini kita ada maklumat baru mengenai trenkuasa yang bakal digunapakai pada Civic untuk pasaran Amerika.
Pengguna di forum Civic 11 menemui beberapa fail baru yang diterbitkan oleh California Air Resources Board (CARB) yang menunjukkan pilihan enjin untuk Civic FE di Amerika.
CARB adalah sebuah agensi yang mengawasi semua pengendalian pencemaran udara di California untuk mencapai dan menjaga standard kualiti udara.
Enjin ini adalah enjin 1.5 liter bercas turbo dan enjin 2.0 liter aspirasi natural yang digunapakai oleh Civic FC spesifikasi Amerika terkini. Kedua-dua enjin menghasilkan 174 PS dan 158 PS untuk Civic FC.
Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kedua-dua pilihan enjin tersebut akan dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Buat masa kini, pilihan transmisi manual tidak ada dalam dokumen tersebut.
Buat masa kini, tiada info lanjut sama ada Honda telah menaik taraf kedua-dua enjin ini dari segi kuasa mahupun meningkatkan kecekapan minyak. Perkara yang sama juga boleh dikatakan untuk transmisi CVT.
Tapi anda kena ingat bahawa spesifikasi enjin ini adalah untuk Civic FE di Amerika Syarikat. Honda Civic FC untuk pasaran Malaysia hadir dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.8 liter aspirasi natural (141 PS/174 Nm) atau 1.5 liter bercas turbo (173 PS/220 Nm).
Bercakap tentang Malaysia, walaupun Civic FE sudahpun diintip di Thailand, tapi kita perlu menunggu model baru ini untuk tiba di Malaysia pada penghujung 2021 ataupun awal 2022. Ini kerana Honda memerlukan masa yang lebih lama untuk pemasangan tempatan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.