window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Continental SportContact 7 adalah tayar prestasi tinggi ultra (UUHP) yang terkini anda boleh beli!

Faisal · Oct 16, 2023 02:51 PM

Continental SportContact 7 adalah tayar prestasi tinggi ultra (UUHP) yang terkini anda boleh beli! 01

Continental Tyres Malaysia kini sedang mengemaskini produk mereka kepada generasi ke-7 dan produk terkini yang diperbaharui datang dalam bentuk tayar berprestasi tinggi ultra ultra (UUHP) iaitu model Continental SportContact 7. Ia dicipta untuk pemanduan berprestasi tinggi di jalan raya atau di litar.

Antara keunggulan model baharu ini adalah teknologi seperti bunga adaptif yang bertindak balas mengikut cara pemanduan anda untuk menghasilkan cengkaman tambahan.

Continental SportContact 7 adalah tayar prestasi tinggi ultra (UUHP) yang terkini anda boleh beli! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bercakap soal teknologi, antara ciri yang ditekankan adalah Force Clustering di mana ia menggabungkan teknologi BlackChilli dengan plasticiser untuk menghasilkan kompaun yang begitu melekat dengan permukaan jalan.

Continental SportContact 7 adalah tayar prestasi tinggi ultra (UUHP) yang terkini anda boleh beli! 01

Kata Andrea Somorova selaku Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, “Kami telah lama mendengar pandangan pelanggan dan meninjau paten pemanduan gaya berprestasi tinggi di serata dunia, termasuk Malaysia. Untuk menepati keperluan ini, kami dengan istimewanya membawakan SportContact 7 iaitu sebuah tayar dengan kompaun lebih mencengkam untuk menghasilkan keyakinan yang luar biasa buat sensasi pemanduan rancak, dengan tiada kompromi dari segi keselamatan dan keselesaan”.

Mengenai prestasi, parameter yang dinilai buat SportContact 7 menunjukkan cengkaman yang mengagumkan dalam keadaan basah sewaktu brek atau memecut dan ia boleh mengelak situasi aquaplaning walau sewaktu mengambil selekoh. Paten bunga adaptif yang dimaksudkan tadi pula memberi karakteristik pengendalian yang stabil.

Continental SportContact 7 adalah tayar prestasi tinggi ultra (UUHP) yang terkini anda boleh beli! 02

Memandangkan kenderaan berprestasi tinggi dalam kategori ini makin berat, SportContact 7 merupakan tayar Continental pertama yang dicipta khas untuk menyesuaikan dengan setiap kelas dan berat kenderaan. Matlamat utama tayar ini adalah untuk memberi maklum balas dan prestasi yang sporty dan pengalaman pemanduan rancak yang mengasyikkan, tidak kisah pada kereta apapun.

Tayar ini sendiri telah merangkul anugerah dari pakar-pakar tayar di Eropah seperti, Evo, AutoBild, Sport Auto, AutoExpress, WhatTyre dan Tyre Reviews.

Buat anda yang berminat, SportContact 7 boleh didapati di pengedar Continental Tyre terdekat di seluruh negara dan ia ditawarkan dari saiz 18 – 23 inci.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda