window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak?

Faisal · May 12, 2024 12:00 PM

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak? 01

Dilancarkan kali pertama pada 2015, Mazda CX-3 sudah berada dalam pasaran Malaysia hampir 10 tahun. Menariknya, crossover kompak ini masih menarik untuk pembeli yang mementingkan gaya, sensasi pemanduan dan kualiti binaan.

Disebabkan ia model import (CBU) dari Jepun, kemudian pertengahan 2022 dari Thailand, harganya sedikit tinggi berbanding pesaing lain.

Menariknya, laman 'Kereta untuk Dijual' WapCar mengandungi tawaran menarik untuk CX-3 model 2018 atau yang lebih baru di mana harganya bermula bawah dari RM 90k. Nampak macam ada peluang untuk beli kan? Jadi, mari kita lihat dengan lebih dekat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambaran Keseluruhan

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak? 01

Dengan harga RM 132k sewaktu dilancarkan pada 2015, Mazda CX-3 menggunakan enjin 2.0L NA Skyactiv-G (156 PS/204 Nm) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi automatik 6-kelajuan.

Kemudian pada 2018, CX-3 facelift diperkenalkan ke tanah air kita. Pembaharuan yang didatangkan hadir dalam bentuk lampu LED automatik, gril baru, sentuhan krom tambahan, perumah lampu kabus baru, grafik lampu belakang yang lebih moden dan reka bentuk rim 18-inci baru.

Juga baca: Ingin nampak 'masyuk' dengan bajet yang lebih marhaen? Inilah 5 kereta mewah dengan harga di bawah RM 100k!

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak? 02

Untuk bahagian dalam, kemaskini yang diterapkan merangkumi brek parkir elektrik (EPB), fungsi Auto Hold, head-up display (HUD) jenis berwarna, infotainment 7-inci baru dan perehat tangan untuk kedua-dua tempat duduk depan dan belakang. CX-3 2018 juga diperbaharui dengan panel pintu lebih tebal dan bahan penebat bunyi tambahan untuk perhalusan yang lebih mantap.

Di samping itu, CX-3 facelift kekal dengan ciri G-Vectoring Control (GVC) yang diperkenalkan pada tahun 2017. ADAS untuk model facelift pula ditambah dengan ciri Blind Spot Monitoring dan Rear Cross Traffic Alert. Harga model 2018 ini dijual pada RM 122k.

Kenapa perlu beli Mazda CX-3 terpakai?

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak? 03

Untuk makluman anda, model yang berusia 4 ke 5 tahun kini boleh didapati pada harga serendah RM 90k dan kondisinya masih nampak baru. Perbatuan yang dicatatkan pula kebanyakannya masih di bawah 100,000 km.

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak? 04

Memandangkan ia model rasmi Mazda yang disokong oleh waranti dan penyelenggaraan selama 5-tahun, hampir kesemua CX-3 boleh dikatakan mendapat penjagaan yang menyeluruh daripada Bermaz. Sejarah penyelenggaraan juga mudah didapati, secara tidak langsung memastikan anda mendapat sebuah kereta terpakai yang bagus.

Konklusi

Dengan harga dalam pasaran terpakai yang begitu menarik sekarang ini, Mazda CX-3 terpakai adalah alternatif yang bagus untuk anda yang mencari sebuah crossover kompak yang berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.

Juga baca: Dengan potongan harga sebanyak RM 70k; Volvo XC40 Recharge P8 BEV pra-milik 2022 kini bermula dari RM 185k!

Dari RM 90k, adakah Mazda CX-3 facelift 'terpakai' pilihan SUV segmen B paling bijak? 05

Untuk anda yang berminat, dapatkan Mazda CX-3 terpakai dan pelbagai lagi kereta baru, recon dan terpakai yang menarik di laman Kereta untuk Dijual WapCar.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-3 2.0 Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda