Lain ceritanya di Indonesia, kerana pemilik MPV mewah ini dengan selambanya membawa masuk ke kawasan berlumpur.
Imej Toyota Alphard berwarna merah yang sedang melalui Kawasan berlumpur di Sulawesi Selatan tular di media sosial.
Perkara yang paling mengagumkan adalah Alphard ini nampak standard kilang beb. Jarak kelegaan tanah MPV ini tidak dinaikkan walaupun pemiliknya dikatakan sudah biasa melakukan pemanduan seperti ini. Malah, anda boleh lihat ia tidak menggunakan tayar khusus untuk off-road. Tabik spring bossku.
Tetapi ini bukan pertama kalinya Alphard menjadi viral di Indonesia kerana melalui kawasan berlumpur. Pada awal Februari 2021, Autofun telah memuatnaik imej Alphard putih melakukan perkara yang sama di Nusa Tenggara Timur (NTT).
Walaupun kami tabik hormat para pemandu ataupun pemilik Alphard yang berani melakukan perkara sebegini, kami tidak mengesyorkan anda untuk melakukan perkara yang sama.
Toyota Alphard mempunyai jarak kelegaan tanah sebanyak 160 mm sahaja - bukan ketinggian yang ideal sekiranya anda menghadapi halangan. Lagipun, Toyota tidak membina MPV ini untuk pergi ke off-road.
Poin tambahan: cun betul Toyota Alphard dengan warna merah! Kita sudah biasa melihat Alphard (ataupun Vellfire) yang berwarna putih, perak, atau hitam di Malaysia, tetapi Alphard berwarna merah amat ‘rare’ - walaupun di Jepun!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.