Great Wall Motors (GWM) baru sahaja merasmikan Haval H6 Hybrid di Bangkok International Motor Show 2021 sebentar tadi.
Debut global ini selari dengan matlamat mereka dalam menjadikan Thailand sebagai pusat produksi serantau. Malah, mereka turut berhasrat untuk menjadi jenama peneraju untuk pengeluaran kereta elektrik di pasaran Thailand.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Juga baca: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!
Mengenai Haval H6 Hybrid, ia dikuasakan oleh gabungan enjin 1.5L turbo dengan motor elektrik 130 kW. Secara keseluruhan, SUV segmen C ini menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork.
Dari segi ciri pintar, Haval H6 Hybrid didatangkan dengan LIFE+ Intelligent System. Teknologi pemanduan autonomi Tahap 2 ini merangkumi ciri seperti:
- Integrated Auto Parking
- Auto Reversing Assistance
- Wisdom Dodge System
Ciri sebegini adalah yang pertama buat pasaran di Thailand, khususnya di kelas SUV segmen C. Sebagai model yang dipasang tempatan di Kilang GWM di Rayong, Haval H6 Hybrid dijangka beri saingan yang sengit terhadap Proton X70 yang bakal menembus pasaran Thailand tidak lama lagi. Apapun, Proton X70 akan hadir di Thailand sebagai model import dari Malaysia.
Di Malaysia, pelancaran Haval H6 telahpun disahkan. Walau bagaimanapun, GWM belum berikan sebarang butiran yang terperinci. Oleh itu, ikuti kami untuk berita yang paling terkini.
Juga baca: SUV No.1 di China, Haval H6 bakal tembus pasaran Malaysia. Proton X70 boleh tergugat?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });