window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021

Mersita · Oct 8, 2020 04:00 PM

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 01

Ditubuhkan pada 15 November 2000, Honda Malaysia tak lama lagi akan menyambut ulangtahun ke-20 tahun mereka di Malaysia.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 02

Jualan memuncak pada tahun 2017. Selepas itu, pasaran kereta semakin menurun setiap tahun.

Pada tahun 2019, Honda Malaysia berjaya menjual sebanyak 928,271 unit kereta (jumlah kumulatif) sejak tahun 2001. Majoriti daripada jualan tersebut datangnya dari model-model dipasang tempatan (CKD).

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 03

Unit ke-600,000 dicapai pada 2017

Kita boleh jangkakan yang kilang Honda di Pegoh akan mencapai jumlah kumulatif penghasilan unit kereta CKD yang kesejuta dalam separuh pertama 2021 – lebih kurang 4 tahun selepas syarikat itu mencapai unit ke-600,000 pada Mac 2017.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 01

Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang menjual Honda Civic Type R FD2

Model impot (CBU) mempunyai tahap jualan yang amat sedikit bagi Honda Malaysia. Sejak 20 tahun lalu, model-model impot Honda terhad hanya kepada Odyssey (Jepun), Freed (Indonesia), Stream (Indonesia, seterusnya Jepun), Insight (Jepun), Civic Hybrid (Jepun, seterusnya Thailand), CR-Z (Jepun), dan juga Civic Type R (Jepun, seterusnya UK).

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 02

Sebelum Honda Malaysia ditubuhkan pada tahun 2000, jenama Honda (untuk kereta) diwakili oleh Kah Motor milik Oriental Holdings Berhad. Boon Siew juga merupakan anak syarikatnya yang sememangnya sudah aktif dalam perniagaan motosikal Honda.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 03

Mendiang Soichiro Honda duduk di tengah-tengah, di sebelah kanan beliau ialah mendiang Tan Sri Loh Boon Siew – ketika mesyuarat pengedar yang berlangsung di pejabat induk Boon Siew, Pulau Pinang, 1973.

Mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dahulunya menceburi perniagaan kereta dengan Toyota pada awal era 60-an. Boon Siew juga melantik beberapa wakil jualan kereta untuk menjalankan jualan di lokasi-lokasi yang jauh dari pejabat induknya di Pulau Pinang. Salah satu daripadanya ialah Ban Hoe Seng di Ipoh yang juga merupakan wakil jualan Honda tertua di Malaysia.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 04

Ban Hoe Seng Ipoh ialah wakil jualan Honda tertua di Malaysia, kini menjadi salah satu mercu tanda di sana

Setelah Honda menceburi perniagaan kereta, Boon Siew menggugurkan penjualan Toyota dan berfokus kepada kereta Honda. Wakil jualan Boon Siew seperti Ban Hoe Seng turut serta dan beralih ke Honda.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 05

Honda N360 360cc, 2 silinder, penyejukan udara - model kereta Honda pertama yang dijual di Malaysia, 1967

Model kereta Honda pertama yang dijual di Malaysia ialah N360 dan Honda Life yang besar sedikit saiznya pada tahun 1967. Selepas itu, perniagaan kereta milik Boon Siew diletakkan di bawah subsidiari baru iaitu Kah Motor yang ditubuhkan pada 1969.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 06

Honda Life mempunyai sistem penyejukan berasaskan air, 360 cc dengan 2 silinder. Ini menjadi asas kepada Civic

Honda Civic muncul pada 1972. Serta-merta, ia berjaya menyaingi semua pesaing Eropah. Poin jualan Civic yang paling kuat ialah ia didatangkan dengan penghawa dingin dibina-dalam. Budak zaman sekarang jangan pelik pula, kereta dulu-dulu tak semua ada ‘air-cond’.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 07

Kredit: Keluarga Chew dan Ban Hoe Seng

Rongga udara di papan pemuka hanyalah ‘blower’. Mak ayah atau atuk nenek anda pasang penghawa dingin sebagai aksesori.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 08

Civic yang dahulu bukanlah yang sekarang

Pada hujung 90-an, Honda Motor Co. mahu bergiat lebih aktif di Malaysia dengan mengambil-alih peranan Kah Motor. Satu perjanjian usaha-sama ditandatangani di Bangkok pada November 2000 antara Honda Motor, DRB-Hicom dan syarikat induk Kah Motor iaitu Oriental Holdings – untuk penubuhan DRB-Oriental-Honda.

Dengan pembentukan Honda Malaysia, Kah Motor diturunkan peranannya sebagai wakil jualan. Setelah itu, DRB-Oriental-Honda dinamakan semula sebagai Honda Malaysia pada September 2002.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 09

Bangunan Line No.1 di kilang Pegoh

Tapi sebelum itu pada Ogos 2001, syarikat tersebut telah memulakan pembinaan sebuah kilang pemasangan kereta yang baru di Pegoh, Melaka. Kilang ini akan mengambil-alih kerja-kerja pemasangan kenderaan daripada kilang Oriental Assemblers milik Kah Motor yang terletak di Johor Bahru. Oriental Assemblers sejak itu telah dijual kepada Berjaya.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 10

Seiji Kuraishi melancarkan model Honda pertama yang dihasilkan di kilang Pegoh

Model Honda pertama yang dipasang di kilang baru di Melaka itu ialah Honda CR-V generasi kedua. Produksi di kilang Pegoh ini sudahpun bermula pada Disember 2002, tapi pelancarannya dibuat pada Januari 2003. Penghasilan City, Civic, dan Accord pada masa itu difasakan perlahan-lahan.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 11

Menjelang 2014, barisan produksi kedua ditambah ke dalam kilang Pegoh – memindahkan produksi model-model kompak seperti City, Jazz, BR-V, dan HR-V ke sana. Produksi Civic, Accord, dan CR-V kekal di Line No. 1. Dua barisan ini kini memberi kilang Pegoh gabungan kapasiti tahunan sebanyak 100,000 unit.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 12

Kuraishi kembali ke Malaysia untuk majlis pembukaan Line No. 2 tersebut. Di latar belakang adalah gambar Loh Boon Siew dan Soichiro Honda

Turut menghadiri pembukaan barisan produksi Line No.2 itu ialah Seiji Kuraishi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang dahulunya memantau pembangunan kilang Pegoh tersebut pada tahun 2003.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 13

Kuraishi juga merupakan pengasas Honda Malaysia Racing Team sebelum beliau berpindah ke China. Buat masa sekarang, beliau kembali ke pejabat induk di Jepun dan memegang peranan sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Perwakilan.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 14

Sebuah ruang pemasangan enjin juga disediakan di kedua-dua bangunan Line No.1 dan Line No.2. Ya, enjin-enjin yang dimuatkan ke dalam model-model Honda CKD juga dipasang di sini. Kenapa? Ini membolehkan Honda Malaysia untuk layak pengurangan duti eksais tambahan dibawah Industrial Linkage Program (ILP). Inilah salah satu jalan penyelesaian untuk mengurangkan duti eksais yang membebankan bagi kereta.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 15

Bangunan Line No.2

Pada tahun 2012, kilang Honda Malaysia di Pegoh menjadi yang pertama di Malaysia untuk memasang kenderaan hibrid iaitu GP1 Honda Jazz Hybrid (model IMA, Intelligent Motor Assist).

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 16

Honda Jazz Hybrid ialah model hibrid CKD pertama di Malaysia

Ini diikuti dengan GP5 Jazz Hybrid (i-DCD), GM7 City Hybrid pada 2017, HR-V Hybrid pada 2019, dan sekarang Honda City RS dengan i-MMD.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 17

Honda HR-V Hybrid hanya ada di Malaysia dan Jepun.

Malaysia kekal sebagai satu-satunya negara di luar Jepun yang memasang model-model hibrid Honda kompak ini. Kilang Honda di tempat lain berfokus kepada model-model hibrid ‘plug-in’/hibrid lebih mahal dari rangkaian Honda Accord dan Honda CR-V.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 18

Pada tahun 2020, Honda Malaysia membuka kilang pemasangan bateri hibrid pertama di Malaysia (Honda menggelarnya IPU, Intelligent Power Unit), untuk City RS dengan i-MMD.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 19

Ia juga membuat pelaburan tambahan dalam bentuk 3 robot pengimpal tambahan untuk rangka dalaman City tersebut, dan juga bengkel cat yang dinaik-taraf – kelengkapan tambahan untuk suntikan ‘foam’ penebat bunyi serta pencahayaan yang dipertingkatkan untuk pemeriksaan kualiti cat kereta.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 20

Dengan kehadiran Proton X70 dan Proton X50 yang dapat pengecualian cukai lebih banyak dan memakan pasaran Honda, pastinya pencapaian pada tahun 2017 tidak dapat dicapai dan pertumbuhan jadi lebih perlahan. Inilah realiti bagi sebuah jenama asing yang terpaksa akur dengan struktur cukai Malaysia yang berat sebelah.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 21

Bampar CR-V baharu. Model pasaran Thailand ditunjukkan, pilihan warna mungkin berlainan

Walaubagaimanapun, Honda akan melancarkan Honda CR-V 2021 baharu sebelum berakhirnya tahun ini. Kelengkapan Honda Sensing kini akan merangkumi varian AWD (barisan varian akan disahkan nanti). Kamera LaneWatch yang mengesan titik-buta kini jadi kelengkapan standard dan varian spesifikasi tinggi akan diberi pintu bonet berkuasa bebas-tangan yang lebih mudah digunakan.

Honda Malaysia akan hasilkan kereta CKD kesejuta pada 2021 22

CR-V baharu akan diberi lampu brek ‘smoked’. Model pasaran Thailand ditunjukkan, pilihan warna mungkin berlainan

Pelancaran besar seterusnya untuk Honda Malaysia sepatutnya ialah Honda City Hatchback. Tapi, kami tak rasa ia akan dilancarkan dalam tahun 2021 walaupun model ini boleh membuat pengenalan globalnya di Bangkok Motor Expo pada November 2021. Belum dapat dipastikan samada model ini akan mengekalkan plat nama Jazz ataupun tidak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda