window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah "Kaizen", Perodua sasar 314k unit jualan tahun 2023 - atasi rekod jualan tertinggi tahun 2022!

Haris · Jan 31, 2023 05:00 PM

Inilah

Perodua cuba untuk memaksimumkan jumlah pengeluarannya kepada 330,000 unit dan jualan kepada 314,000 unit tahun ini, disokong oleh tempahan tertunggak yang dibawa daripada tahun lepas serta permintaan berterusan untuk kenderaannya setakat tahun ini.

"Tahun ini (2023) memberi peluang keemasan kepada kami kerana para pengguna masih mempunyai keyakinan terhadap pasaran automotif. Malah, lebih separuh daripada jumlah sasaran kami adalah daripada tempahan yang kami kumpul tahun lepas tetapi masih belum dihantar," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

Inilah

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Memandangkan kapasiti normal bagi pengeluaran terpasang tahunan kami untuk kilang Perodua Manufacturing dan Perodua Global Manufacturing berada pada 320,000 unit dalam dua kitaran syif, kami masih boleh meningkatkan volum kami dengan menambahbaik produktiviti dan memulakan kerja lebih masa."

Inilah

Beliau berkata kesan pertumbuhan pengeluaran sedemikian kepada industri automotif Malaysia akan menjadi lebih ketara kerana Perodua telah memperuntukkan RM10.0 bilion untuk membeli alat ganti daripada para pembekal tempatan bagi memenuhi sasarannya bagi tahun ini.

"Komitmen pembelian ini dijangka akan menggalakkan lagi ekosistem automotif Malaysia untuk menambahbaik keupayaan pengeluaran dan standard kualitinya."

Inilah

"Secara ringkas, peningkatan dalam pengeluaran akan memberi rangsangan yang amat diperlukan buat industri tempatan kita untuk meningkatkan skala ekonomi mereka serta bersaing dengan lebih baik dengan rakan mereka yang lain di luar negara," kata Dato' Sri Zainal.

Baca: Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat

Inilah

Sasaran 330,000 pengeluaran dan 314,000 jualan masing-masing adalah lebih tinggi iaitu 14.2% dan 11.3% berbanding prestasi pengeluaran dan jualan Perodua pada 2022 yang masing- masing mencatatkan sebanyak 289,054 dan 282,019.

Secara keseluruhannya, Perodua telah menghasilkan sejumlah 4.68 juta kenderaan sejak ia mula dikeluarkan pada 1994.

Inilah

"Dari segi pasaran keseluruhan, kami percaya bahawa masih ada peluang yang cerah buat industri walaupun menghadapi banyak tekanan kos. Kami percaya jumlah volum industri boleh melebihi 650,000 unit seperti yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia," kata Dato' Sri Zainal.

Beliau berkata berdasarkan tempoh menunggu bagi kebanyakan jenama, serta permintaan yang masih kukuh untuk kenderaan Perodua, TIV berpotensi mencecah 700,000 unit tahun ini.

Baca: Jualan kereta di Malaysia pecah rekod baru, TIV automotif 2022 melonjak sebab pengecualian SST

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda