Intipan Proton S50 (atau S70?) merah menyala tanpa seurat benang, pelancaran makin dekat!
Faisal · Oct 16, 2023 06:25 PM
0
0
Sebentar tadi, tertular sebuah gambar dari Mohd Sabri Mohd Sirah di Facebook yang memperlihatkan Proton S50 2023 – turut didakwa bakal menggunakan nama Proton S70 – tanpa sebarang semaran.
Imej yang disebar luas ini menayangkan siluet tepi dan ia ternyata nampak serupa dengan model pendermanya iaitu Geely Emgrand. Antara butiran yang dapat dilihat adalah rim dwi-tona dan beberapa sentuhan krom. Warna merah ini sendiri seperti palet baru dari Proton.
Sebelum ini, beberapa intipan telah dilihat dan ada yang mempunyai bumbung suria dan ada unit yang mengenakan gril berbeza.
Setakat ini, masih belum ada maklumat sah mengenai trenkuasa tetapi ia mungkin datang dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder. Menariknya, unit sama yang bernadikan hybrid sederhana dari Proton X90 juga mungkin beransur pada sedan segmen C ini.
Buat anda yang tertunggu-tunggu, pelancaran model ini akan berlangsung sebelum tahun 2023 menutup tirai. Jadi, ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.