Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021
Faisal ยท Jan 8, 2022 04:00 PM
0
0
Seperti yang anda tahu, kereta buatan China masih belum mendapat kedudukan yang kukuh di pasaran Malaysia (melainkan Geely ‘Proton’). Namun di Thailand, pasaran sana nampaknya sudah mula menerima produk China dengan hati yang sangat terbuka.
Menurut data jualan untuk Oktober 2021, dua SUV segmen C paling popular di Thailand adalah Haval H6 Hybrid (536 unit) dan MG HS (443 unit).
Sebagai perbandingan, Honda CR-V pada bulan itu hanya terjual sebanyak 423 unit. Untuk makluman anda, ini sudah tiga bulan berturut-turut Honda CR-V kehilangan posisi sebagai SUV segmen C paling laku di Thailand.
Sebelum ini, iaitu dari Januari ke Oktober 2021, Honda CR-V sebenarnya masih menerajui carta jualan (4,059 unit), diikuti oleh MG HS (3,654 unit) dan Subaru Forester (1,672 unit).
Untuk tempoh yang sama juga, Haval H6 Hybrid berjaya mendapat tempat keempat dengan jualan sebanyak 1,669 unit. Menariknya, GWM Thailand telahpun mendedahkan angka jualan untuk November 2021 dan SUV ini nampaknya berjaya dijual sebanyak 401 unit.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.