window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia

Mersita · Nov 23, 2021 05:00 PM

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 01

Jerman menerajui Eropah dalam adopsi kenderaan elektrik (EV). Tahun hingga kini, Jerman telah berjaya menjual hampir 240,000 unit kenderaan elektrik berbateri (BEV), menakluki bahagian pasaran sebanyak kira-kira 12 peratus.

Walaupun pertumbuhannya cukup memberangsangkan, potensi jualan masih lagi terkesan dengan masalah infrastruktur pengecasan. Ya, Jerman jauh lebih maju berbanding negara-negara lain dari segi penubuhan fasiliti pengecasan EV untuk kegunaan awam, namun ia masih lagi tidak mencukupi.

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ibu kota Berlin sahaja sudah ada lebih daripada 1,700 stesen pengecas, sekali ganda lebih banyak daripada kiraan tahun lepas. Walau bagaimanapun, angka ini masih lagi jauh lebih rendah daripada sasaran 400,000 stesen pengecas minimum yang diperlukan jika Berlin mahu menampung ramalan kenaikan jumlah BEV di jalan raya mereka menjelang tahun 2040.

Mengikut trajektori terkini, jualan BEV di Jerman tidak lama lagi akan berdepan dengan halangan atas sebab yang sama tentang mengapa BEV tidak dapat berkembang untuk menjadi kereta arus perdana. Lebih separuh daripada warga Jerman tinggal di bangunan tinggi dan walaupun bagi mereka yang tinggal di rumah atas tanah, hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai garaj peribadi. Kebanyakan warga Jerman meletakkan kereta mereka di bahu-bahu jalan. Oleh itu, jika difikirkan, ini bermaksud pemasangan fasiliti pengecas di sana lebih sukar untuk dilakukan berbanding kondominium di Malaysia.

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 01

Di London saja, 76 peratus kereta diparkir di bahu jalan

Jualan BEV tidak dapat berkembang lebih besar lagi jika pelaburan dalam fasiliti pengecasan tidak berkembang pada skala sama, dan inilah yang diusahakan oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dengan cara bekerjasama dengan penyedia servis tempatan (maklumat lanjut di sini).

Bercakap di acara media pada awal November ini, Naib Presiden MBM Michael Jopp berkata cabaran yang dihadapi dalam pemasangan fasiliti pengecasan EV di Malaysia bukanlah satu isu unik dan ia bukanlah satu perkara yang mudah walau di Jerman. Perkara yang berbeza hanyalah jenis cabarannya.

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 02

Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan penghuni bandar di Eropah tidak diberi kemudahan untuk memiliki petak parkir sendiri betul-betul di hadapan rumah. Mereka akan meletakkan kereta di mana-mana ruang kosong di sepanjang bahu jalan. Memandangkan tiada ruang parkir khusus untuk kegunaan peribadi, pemasangan pengecas EV untuk kegunaan peribadi juga hampir mustahil untuk disediakan.

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 03

Di Eropah, hanya orang kaya-kaya saja yang boleh memarkir kereta di dalam kompaun rumah sendiri. Ini juga menjelaskan persoalan tentang mengapa model-model Tesla mewah terjual lebih laris berbanding model siri ID Volkswagen

“Di Jerman, anda ada cabaran lain pula. Jika dilihat bandar-bandar berkepadatan tinggi (di Eropah), anda tak ada lot parkir peribadi. Anda terpaksa letakkan kereta di jalan raya, dan perkara ini mungkin lebih teruk dari perspektif infrastruktur pengecasan. Anda mungkin ada lebih banyak pengecasan yang tersedia namun pada masa sama anda tak dapat menggunakannya selama-lamanya dan tiada jaminan untuk ketersediaan port pengecasan awam, oleh itu sama-sama mencabar. Saya rasa penyelesaian sebenar untuk masalah ini belum ditemui lagi,” ujar Jopp.

Walau bagaimanapun, Jopp juga berkata yang ini hanyalah cabaran sementara yang patut diselesaikan bersama di kalangan semua pihak berkepentingan dalam agenda bandar berkarbon rendah dan juga masyarakat itu sendiri.

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 04

“Ia adalah proses yang perlu diambil selangkah demi selangkah dan pastinya ianya tidak dapat dicapai sekelip mata. Namun, setelah ia dipasang, anda boleh menggunakannya bertahun lamanya. Saya rasa akan ada titik perubahan lebih besar dalam pasaran. Setelah infrastruktur pengecasan melangkaui satu titik signifikan, ia sudah tidak akan jadi satu masalah untuk kita. Setelah ia dipasang, anda dah tak perlu risau,” katanya lagi.

Mercedes-Benz: Cabaran pengecas EV sama payahnya di Jerman seperti di Malaysia 05

Setakat ini, MBM belum lagi mengumumkan rancangannya untuk melancarkan mana-mana model BEV di sini, namun beliau berkata semua model siri EQ syarikat itu termasuklah EQS, EQC, EQB, dan EQA masih boleh didapati.

Baca juga: Selepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz EQC Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia