window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV!

Haris · Jul 22, 2022 02:30 PM

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 01

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja memperkenalkan Mercedes-Benz EQC 400 4Matic 2022, bersama-sama dengan EQB 350 dan EQS 450+.

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 02

Hanya satu varian ditawarkan di sini, EQC 400 4Matic, dengan anggaran harga RM 390k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti SUV berjenama EQ lain di Malaysia, EQC diimport (CBU) dari Jerman. EQC mendapat manfaat daripada insentif EV kerajaan yang meliputi pengecualian import, eksais dan cukai jalan, sehingga 31-Dis 2023.

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 01

Seperti namanya, EQC 400 dikuasakan oleh dua motor elektrik, setiap satu dipasang pada setiap gandar. SUV pacuan semua roda ini menawarkan output gabungan 408 PS dan 760 Nm.

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 02

Hasil daripada angka-angka spesifikasi ini, pacuan dwi motor elektrik itu mampu melonjakkan SUV hampir 2.5 tan itu daripada pegun kepada 100 km/j dalam hanya 5.1 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum mencecah 180 km/j.

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 03

Kuasa datang daripada pek bateri 80-kWj yang terletak di lantai SUV. Pek bateri yang besar membolehkan EQC 400 mempunyai jarak pemanduan antara 373 hingga 437 km. Penggunaan kuasa di bawah kitaran ujian WLTP ialah 22.3 hingga 25 kWj/100 km.

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 04

Port pengecasan CCS2nya, terletak di sebelah kanan SUV, menerima pengecasan pantas DC sehingga 110 kW, membolehkan pengecasan (SoC) 10% hingga 80% dalam masa 40 minit sahaja. Jika pengecasan pantas DC tidak tersedia, pengecasan 'perlahan' melalui arus AC akan mengambil masa sehingga 11 jam.

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 05

Ciri kelengkapan standard pada Mercedes-Benz EQC 400 termasuk:

  • Lampu depan Multibeam LED
  • Roda aloi berbilang jejari AMG 20-inci
  • Pakej eksterior AMG line
  • Lampu ambien
  • Upholsteri kulit Nappa 
  • Tempat duduk hadapan kuasa dengan fungsi memori dan sokongan lumbar 4 hala
  • kawalan iklim automatik Thermotronic
  • Pengecas nirwayar Qi 
  • Dwi pengecas USB-C 
  • Paparan Head-up display
  • Sistem infotainment 10.25-inci
  • Android Auto dan Apple CarPlay
  • Sistem audio Burmester'

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 06

Dari segi ciri keselamatan, EQC 400 4Matic mempunyai ciri:

  • Active Distance Assist Distronic
  • Pre-Safe System
  • Active Steering Assist
  • Adaptive Highbeam Assist Plus
  • Kamera parkir 360-degree 
  • Active Parking Assist dengan Parktronic

Mercedes-Benz EQC 400 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 390k, sederhana mewah untuk EV! 07

Baca juga:

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz EQC Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda