Negara apa yang hasilkan paling banyak kereta? Malaysia pula tempat keberapa?
Mersita · Dec 15, 2020 07:00 PM
0
0
Pernahkan anda terfikir negara mana yang paling banyak hasilkan kereta? Dan, di mana pula kedudukan Malaysia antara negara-negara penghasil kereta ini? Pada tahun 2019, Malaysia berada pada kedudukan Top 25 negara yang menghasilka paling banyak kenderaan. Jumlah keseluruhannya bagi tahun itu adalah 571,632 unit.
Angka ini kami perolehi daripada statistik produksi yang dikeluarkan oleh International Organisation of Motor Vehicle Manufacturers (OICA).
Negara Top 25 dalam penghasilan kereta paling banyak 2019
Negara
Jumlah Keseluruhan
China
25,720,665
AS
10,880,019
Jepun
9,684298
Jerman
4,661,328
India
4,516,017
Mexico
3,986,794
Korea Selatan
3,950,617
Brazil
2,944,988
Sepanyol
2,822,355
Perancis
2,202,460
Thailand
2,013,710
Kanada
1,916,585
Rusia
1,719,784
Turki
1,461,244
Republik Czech
1,433,963
UK
1,381,405
Indonesia
1,286,848
Itali
915,305
Iran
821,060
Poland
649,864
Afrika Selatan
631,983
Malaysia
571,632
Hungary
498,158
Malaysia berada pada kedudukan No. 24 dalam carta global bagi penghasilan kereta. Kita berada betul-betul di atas Hungary (498,158 kenderaan) tapi kita berada di belakang Afrika Selatan (631,983 kenderaan).
Kita ada 11 kilang produksi kereta di Malaysia. Dari jumlah keseluruhan kenderaan yang dihasilkan, 37,517 unit terdiri daripada kenderaan komersial manakala 534,115 unit pula adalah angka produksi kereta penumpang.
Di samping itu, negara yang mendahului carta tersebut ialah China. Negara itu menghasilkan sebanyak 25 juta kenderaan, dimana kereta penumpang sahaja sudah merangkumi 21 juta daripada angka itu. Tapi, walaupun angkanya sangat besar, ia sebenarnya 7.5 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Pada tempat kedua pula ialah Amerika Syarikat dimana mereka menghasilkan 10 juta kereta pada tahun 2019. Yang menariknya, negara yang dikenali dengan penghasilan kereta tahan lasak, iaitu Jepun, berada di belakang AS dengan 9.6 juta kereta terhasil dalam tahun yang sama.
Tapi, jika nak diikutkan, jenama-jenama Jepun seperti Honda, Toyota, dan Nissan memiliki kilang produksi di hampir semua pasaran utama kereta di dunia.
Jerman pula berada pada kedudukan keempat di dalam senarai tersebut. Negara itu berada di hanya di belakang Jepun dengan jurang yang amat besar – dimana mereka menghasilkan hanya 4.6 juta kereta pada tahun 2019. Ini meletakkan mereka di hadapan India yang menghasilkan 4.5 juta kereta pada tahun yang sama.
Satu lagi fakta menarik ialah Mexico sebenarnya menghasilkan lebih banyak kenderaan berbanding Korea Selatan – menyaingi Korea dengan 30,000 lebih banyak kenderaan berbanding negara Asia itu.
Negara jiran kita, Thailand dan Indonesia, berada pada kedudukan ke-10 dan ke-16 dengan penghasilan sebanyak 2 juta dan 1.2 juta kenderaan masing-masing pada tahun lepas.
Yang menariknya, walaupun Indonesia menghasilkan lebih banyak kereta penumpang (1 juta) berbanding Thailand (795,254), Thailand berjaya berada pada kedudukan lebih tinggi kerana mereka menghasilkan banyak kenderaan komersial iaitu trak pikap.
Kami jangkakan yang angka-angka ini akan menurun pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.