window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander?

Haris · Dec 14, 2020 10:00 AM

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 01

Edaran Tan Chong Motor, pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia dijangka akan memperkenalkan Nissan Grand Livina generasi baru pada tahun 2021.

Pengenalan Nissan Grand Livina

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 01

Nissan Grand Livina pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada bulan Disember 2007, sebelum menerima kemas kini pada tahun 2011 dan 2013.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 02

Generasi terakhir Grand Livina yang dijual iaitu generasi L10 ditawarkan sehingga tahun 2017 sebelum digugurkan tanpa sebarang pengganti.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 03

Hal ini kerana selepas daripada penggabungan Renault-Nissan-Mitsubishi, Grand Livina telah pun dibangunkan semula berasaskan Mitsubishi Xpander.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 04

Nissan Grand Livina generasi ND dijangka akan terus ke Malaysia pada tahun hadapan. Model ini diperkenalkan buat pertama kalinya di Indonesia pada tahun 2019.

Kembar Mitsubishi Xpander?

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 05

Ya, seperti yang dinyatakan, Nissan Grand Livina generasi ND merupakan kembar bagi Mitsubishi Xpander.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 06

Perubahan antara kedua-dua model adalah dari segi kosmetik sahaja. Bumper hadapan Nissan Grand Livina 2021 adalah berdasarkan rekaan V-Motion Nissan yang boleh dilihat pada Nissan Almera Turbo baharu dan Nissan X-Trail baharu.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 07

Mitsubishi Xpander pula mengenakan bumper hadapan Dynamic Shield yang juga boleh didapati pada Mitsubishi Triton.

Di Indonesia, kedua-dua model tersebut dikeluarkan di kilang yang sama iaitu kilang Mitsubishi di Cikarang, Indonesia.

Aspek trenkuasa?

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 08

Nissan Grand Livina menggunakan enjin yang 'sama' dengan enjin Mitsubishi Xpander

Nissan Grand Livina 2021 dijangka akan menggunakan enjin yang sama dengan Mitsubishi Xpander. Enjin 1.5 liter NA yang dikongsikan mampu menjana sehingga 105 PS kuasa kuda dan 141 Nm tork.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 09

Spesifikasi transmisi Mitsubishi Xpander di Malaysia pula menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik, dijangka akan turut digunakan pada Nissan Grand Livina 2021.

Kilang pemasangan di Malaysia?

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 10

Hubungan Nissan - Mitsubishi sedikit rumit di Malaysia oleh itu belum dapat dipastikan di manakah Nissan Grand Livina akan dipasangkan. 

Di Indonesia, kedua-duanya dipasang di kilang Mitsubishi. 

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 11

Mitsubishi Xpander pasaran Malaysia dipasang di kilang usaha sama Mitsubishi dengan DRB-Hicom yang terletak di Pekan, Pahang. Walaubagaimanapun, pemasangan model Mitsubishi Outlander dan Mitsubishi ASX pula telah dikontrakkan kepada kilang pemasangan Tan Chong Motor Assemblies.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 12

Nissan Grand Livina boleh dipasang di kilang TCMA tetapi adalah lebih mudah untuk memasang MPV tersebut di kilang DRB-Hicom. Lagi pula, kesemua kelengkapan untuk memasang Mitsubishi Xpander sudah tersedia di sana.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 13

Tidak lupa juga, ETCM mungkin mengambil langkah untuk mengimport ke Malaysia sepenuhnya dari Indonesia iaitu secara CBU.

Fungsi yang bakal diterima?

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 14

Tawaran Nissan terbaru (ketika artikel ini ditulis) adalah Nissan Almera Turbo yang didatangkan dengan Apple Carplay dan Android Auto.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 15

Skrin infotainment 9 inci pada Mitsubishi Xpander pasaran Malaysia; antara yang paling besar dalam kelasnya, mungkin akan turut ditawarkan pada Nissan Grand Livina 2021 jika ia dipasang secara CKD.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 16

Selain itu, Nissan Grand Livina 2021 juga dijangka akan dilengkapi dengan aspek praktikaliti yang sama dengan Mitsubishi Xpander seperti tempat duduk yang boleh dibaringkan sepenuhnya.

Harga Nissan Grand Livina 2021?

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 17

Harga bagi Nissan Grand Livina 2021 mungkin akan ditawarkan sekitar RM 91,369 dan lebih cenderung untuk tinggi sedikit berbanding Mitsubishi Xpander.

Baik beli yang mana?

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 18

ETCM telah melaburkan sedikit modal bagi mendapatkan fungsi unik untuk Nissan Almera pasaran Malaysia. Jika ETCM mahu melakukan usaha yang sama dalam menawarkan nilai tambah kepada Nissan Grand Livina 2021, ia akan menjadi nilai jualan unik kepada Nissan.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 19

Selain itu, perbezaan kosmetik kedua-duanya bakal menarik pembeli dengan citarasa yang berlainan termasuklah mereka yang setia jenama.

Nissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander? 20

Tambahan pula, mana-mana pihak yang mampu menawarkan promosi dan servis selepas jualan yang lebih baik pasti akan menarik lebih ramai pembeli.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Grand Livina Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda