window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital!

Haris Β· Jan 31, 2023 10:00 AM

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 01

Inilah dia, Perodua baru sahaja membuka tempahan untuk Perodua Axia D74A 2023. Brosur yang diacah juga memberi pandangan awal pada hatchback segmen A baharu ini.

Harga dijangka meningkat sebanyak 15 peratus berbanding model sekarang. Oleh yang demikian, pembeli pastinya akan mendapat lebih banyak ciri kelengkapan untuk harga tersebut, seperti yang akan kami jelaskan di bawah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90?

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 01

Bermula dengan bahagian luar Perodua Axia baharu D74A. Perodua masih belum mendedahkan reka bentuk keseluruhan Perodua Axia D74A baharu tetapi telah meninggalkan sedikit sebanyak petanda rekaan hatchback kompak ini.

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 02

Bahagian hadapan Perodua Axia baharu tampil dengan lampu depan LED dan lampu DRL LED, eksklusif untuk varian SE dan AV; sementara itu varian G dan X yang lebih rendah akan dipasang dengan lampu depan halogen. Bercakap mengenai DRL, lampu DRL LED Perodua Axia ditempatkan dalam potongan sisipian berbentuk T di sisi gril hadapan.

Baca: Perodua Axia 2023 D74A akan debut sebelum Ayla & Agya, Malaysia mendahului Indonesia?

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 03

Tambahan pula, imej brosur acah yang sama juga seolah-olah mendedahkan rekaan rim Perodua Axia D74A. Tidak seperti model Perodua yang lain, Axia mungkin tidak ditawarkan dengan rim aloi dwi-tona, hanya hadir dengan rim berwarna perak kerana varian spesifikasi teratas yang diperlihatkan di sini hanya mendapat rim berwarna perak tersebut.

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 04

Bergerak ke bahagian kabin dalaman, walaupun reka bentuk papan pemuka sebahagian besarnya tidak didedahkan (buat masa ini), Perodua telah mengesahkan bahawa varian AV akan dilengkapi dengan paparan digital multi-informasi 7-inci, sama seperti yang terdapat dalam Perodua Ativa dan Perodua Alza. Turut dibawa daripada Perodua Ativa ialah unit infohibur 9-inci, bermakna tiada sokongan untuk Android Auto atau Apple CarPlay.

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 05

Varian yang lebih rendah akan menerima meter paparan berbilang maklumat LCD biasa, manakala varian spesifikasi pertengahan SE menambah tachometer.

Bagi bahan tempat duduk, varian AV spesifikasi teratas akan mendapat upholsteri separa kulit dua tona manakala varian lain di bawah mendapat upholsteri tempat duduk fabrik.

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 06

Satu lagi sebab untuk kenaikan harga Axia D74A juga mungkin disebabkan oleh ciri keselamatan yang lebih baik. Kini, semua varian D74A dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik (ESC, atau VSC dalam istilah Perodua), Hill-Start Assist (HSA), dan Kawalan Cengkaman (TRC).

Tetapi bukan itu sahaja – spesifikasi teratas Axia 1.0 AV juga akan mendapat 6 beg udara dan suite keselamatan ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA). Walau bagaimanapun, tanggapan awal mungkin boleh mengesahkan bahawa suite PSDA pada Perodua Axia baharu mungkin tidak meliputi ciri-ciri seperti Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), kerana butang stereng Axia tidak mempunyai butang yang diperlukan untuk ACC berfungsi.

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 07

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Axia D74A akan menggunakan enjin 3-silinder 1.0 liter aspirasi semula jadi 1KR-VE petrol yang sedia ada, tetapi dengan pembaharuan transmisi. Pilihan transmisi automatik 5-kelajuan digugurkan; Perodua Axia D74A kini menggunakan transmisi automatik D-CVT dengan varian manual akan diumumkan kelak.

Penggunaan D-CVT bermakna Axia D74A kini mampu mencapai angka penggunaan minyak yang membanggakan sebanyak 3.64 liter/100 km (27.4 km/liter), dibantu oleh ciri mula/henti automatik Eco Idle. Tanpa Eco Idle, Axia D74A akan mencatatkan 3.95 liter / 100 km; masih lagi angka penggunaan minyak yang mengagumkan.

Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital! 08

Lima warna badan akan ditawarkan iaitu Coral Blue, Glittering Silver, Granite Grey, Ivory White dan Lava Red. Warna pertama tersebut adalah warna baharu dan warna 'hero' bagi Perodua Axia baharu ini.

Baca: Dah masuk tahun 2023, Perodua Axia D74A generasi seterusnya patut ada ciri pelarasan stereng!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda