window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK!

Haris · Sep 6, 2020 11:59 AM

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 01

Proton Saga sudah mencecah umur 35 tahun sejak kelahiran model ini. Sebagai sebuah produk watan yang cuba menembusi pasaran UK, Proton tentunya memberikan sedikit sebanyak penambahbaikan terhadap kualiti produk eksport mereka. Oleh hal yang demikian, mari kita imbau sedikit sebanyak sejarah Proton di UK melalui Proton Saga.

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 01

Kehadiran Proton di UK bermula ketika Pameran Kereta Britain (British Motor Show) di Birmingham pada tahun 1988. 9 model Proton Saga sedan dan aeroback telah dipamerkan dengan varian enjin 1.3 liter dan 1.5 liter.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 01

Pada masa yang sama dengan pelancaran Jaguar XJ220, Proton telah dianugerahkan 3 pingat iaitu 2 emas dan 1 perak dalam aspek kualiti binaan dan ergonomik. Kedua-duanya tidak dinafikan masih ada dalam DNA Proton sehingga hari ini. Dengan anugerah tersebut, pastinya ramai pemerhati industri automotif ternanti-nanti tawaran syarikat kecil dari Asia Tenggara ini.

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 02

Pada tahun 1989, 2 model Proton Saga telah mula dijual di UK. Model-model ini tidak dipanggil Proton Saga, hanya dipanggil sebagai Proton 1.3 dan Proton 1.5. Kedua-dua model ini diberi nama mengikut kapasiti enjin masing-masing.

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 03

Slogan Proton pada ketika itu adalah ‘Far Eastern Quality’ iaitu Kualiti Hujung Tanah Asia yang dilihat turut mempromosikan Malaysia. Proton Saga pula diposisikan sebagai sebuah model pengenalan dengan jaminan pengeluar yang panjang dan kelengkapan yang menarik. Untuk pasaran UK, Proton Saga turut dilengkapi dengan bumbung suria, poket khas untuk peta (google maps zaman dulu) dan unit radio Blaupunkt. Amacam?

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 04

Selain itu, Proton turut mempunyai rangkaian jualan yang bagus. Sebanyak 150 pusat pengedar telah ditubuhkan dengan sebuah pusat alat ganti yang besar. Aspek jualan unik Proton adalah 2 tahun jaminan pengeluar (jarang ditawarkan pada zaman itu) dan bantuan kerosakan secara PERCUMA. 

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 05

Namun begitu, kesemua promosi tersebut dibayangi dengan masalah kualiti fit and finish (muat dan kemasan) di samping profail utama pembeli adalah dalam kalangan pakcik-pakcik pencen yang mengurangkan daya penarik Proton Saga ini. 2 model yang hadir selepas Proton Saga iaitu Proton Wira dan Proton Satria turut terjejas penjualan akibat daripada imej tersebut.

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 06

Proton terpaksa menarik diri daripada UK pada tahun 2016. Namun begitu, mengikut laman web How Many Left, masih terdapat sebanyak 87 unit model-model Proton yang masih sah digunakan atas jalan pada awal tahun 2020. Angka tersebut agak sedih jika dibandingkan dengan angka jualan tertinggi Proton iaitu 53,400 unit pada tahun 1995.

Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK! 07

Tidak lupa juga, syabas buat Proton yang berjaya menembusi pasaran seperti Kenya, Bangladesh dan Pakistan. Ura-ura juga turut mengatakan bahawa Proton sedang merancang untuk kembali ke pasaran Thailand. Langkah ini barat kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain. Selamat maju jaya.

Sumber: Car Brochure Addict, MZine

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda