RM 60k, enjin 1.5 liter yang sama, nak beli Toyota Yaris terpakai atau Perodua Myvi baru?
Zamil Syaheer · Aug 10, 2021 04:00 PM
0
0
Sebelum ini kami sudah berkongsi pendapat samaada anda patut membeli Perodua Myvi baru atau Honda Jazz (GK) terpakai. Kali ini, kami menggantikan Honda Jazz dengan saingan utamanya, Toyota Yaris.
Toyota Yaris sebenarnya lebih baru berbanding Honda Jazz (Yaris dilancarkan pada tahun 2019). Ini bermakna tidak banyak yang ada di pasaran terpakai dan harganya juga sedikit mahal, diantara pertengahan RM 60k untuk model 2019.
Pembeli Perodua Myvi baru perlu menambah RM 10k atau lebih untuk membeli Toyota Yaris terpakai. Sekiranya bajet anda mengizinkan, teruskan membaca untuk mengetahui kereta mana yang sesuai dengan pilihan anda.
Enjin 1.5 liter yang sama?
Kedua-duanya menggunakan enjin 1.5 liter Dual VVT-i dari keluarga enjin NR dibuat di kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing di Negeri Sembilan.
Walaupun kod enjinnya berbeza, iaitu 2NR-FE untuk Toyota Yaris dan 2NR-VE untuk Perodua Myvi, kedua-duanya adalah enjin yang sama.
Rujukan di laman sesawang Wikipedia memberi info yang berbeza, tetapi info spesifikasi daripada Perodua sendiri mengesahkan bahawa Myvi menggunakan enjin 2NR-VE dengan blok aluminium.
Walau bagaimanapun, angka kuasa kuda sedikit berbeza. 2NR-FE di Yaris menghasilkan 107 PS dan 140 Nm dengan transmisi automatik CVT, sementara 2NR-VE di Myvi menghasilkan 103 PS dan 137 Nm dengan transmisi automatik 4-kelajuan konvensional.
Harga bermula dari RM 41,292 hingga RM 52,697 (tanpa SST) untuk Myvi yang baru. Kami syorkan anda untuk (sekurang-kurangnya) memilih varian 1.5L H kerana ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS, atau seperti disebut oleh Perodua sebagai A.S.A. 2.0.
A.S.A. 2.0 mempunyai ciri AEB, Front Departure Alert, dan Pedal Mis-operation Control. Walaupun ada yang berpendapat ciri sebegini tidak begitu penting, kami telah menulis rencana yang mendalam tentang sistem bantuan pemandu lanjutan dan bagaimana ia dapat membantu anda.
Bagi Toyota Yaris pra-facelift pula, abaikan varian J kerana ia kelihatan agak ‘kosong’ dengan roda 15 inci dan lampu depan reflektor halogen. Ia juga menggunakan sistem infotainment dengan pemain CD dengan pelbagai ciri 'tradisional' seperti MP3, USB, AUX, dan Bluetooth.
Varian yang kami syorkan adalah daripada E dan keatas. Varian E menambah beberapa ciri seperti roda 16 inci, lampu depan projektor, lampu belakang LED, cermin depan akustik, dan sistem infotainment DVD skrin sentuh berukuran 6.8 inci dengan kamera 360 darjah.
Varian G pula menambah brek cakera belakang, penyaman udara automatik, stereng kulit, dan lebih banyak pembesar suara. Kami rasa kelengkapan ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi jika anda boleh mendapatkannya dengan harga yang baik, mengapa tidak?
Namun begitu, Toyota Yaris pra-facelift tidak mempunyai sebarang sistem ADAS bagi apa jua varian kecuali ciri Blind Spot Monitor dan Rear-Cross Traffic Alert yang ada pada Myvi. Ciri AEB pula merupakan markah bonus kepada Myvi.
Interior – Myvi lebih luas!
Toyota Yaris tidak mempunyai bahagian interior yang paling stailo. Terdapat beberapa hiasan berwarna perak di papan pemuka, selebihnya pula nampak generik dengan penggunaan warna kelabu. Ia mempunyai but lebih besar dengan 286 liter, berbanding 277 liter di Perodua Myvi.
Dari segi ruang penyimpanan dan praktikaliti, Perodua Myvi tidak memiliki tempat sandar tangan tengah dengan ruang penyimpanan. Laci di bawah bahagian pemandu yang biasanya ada pada kebanyakan kereta telah diganti oleh pembaca Smart Tag. Oleh itu, Toyota Yaris mempunyai lebih banyak storan untuk menyimpan barang anda.
Tempat duduk di Perodua Myvi pula agak kecil serta kurang selesa dengan pangkal tempat duduk dan penyandar belakang yang pendek. Tempat duduk di Toyota Yaris lebih besar, empuk, dan selesa.
Walau bagaimanapun, Perodua Myvi mempunyai beberapa ciri unit dari cangkuk anti ragut novel yang juga berfungsi untuk beg plastik / kertas konvensional, dan juga pembaca Smart Tag yang terbina dalam. Ia juga lebih luas daripada Yaris dengan ruang kaki yang lebih banyak.
Pengalaman pemanduan – Yaris lagi sedap
Gabungan transmisi CVT dan penebat kabin yang begitu mantap membuatkan Toyota Yaris jauh lebih sedap untuk dipandu daripada Perodua Myvi. Purata tahap kebisingan kabin baik daripada bunyi tayar sehingga trenkuasa lebih rendah di Yaris.
Transmisi CVT yang lancar memberikan Toyota Yaris karakter pemanduan yang lebih matang, manakala transmisi 4-kelajuan automatik di Myvi memberikan pengalaman pemanduan yang ramai sudah biasa.
Talaan suspensi Toyota Yaris yang lembut tetapi ‘compliant’ amat selesa, malah ia tidak rasa berbuai ketika mengambil selekoh. Lain ceritanya pula dengan Perodua Myvi, kerana talaan suspensi hatchback kegemaran Malaysia ini tak cukup ‘linear’ dan sedikit kasar.
Mana satu lebih murah untuk dimiliki?
Dari segi penggunaan minyak, kedua-dua hatchback ini sepatutnya mengembalikan jumlah yang hampir sama. Walau bagaimanapun, Perodua Myvi mempunyai kelebihan kerana ianya 100 kg lebih ringan. Pemilik Perodua Myvi telah melaporkan angka hampir 6.0 liter / 100 km pada pemanduan bandar-lebuh raya.
Di lebuh raya, kami menjangkakan Toyota Yaris akan lebih jimat dengan putara enjin berada di 2,000 rpm pada 110 km/j, berbanding 2,500 rpm di Myvi. Semasa ujian kami dengan Yaris, kami mendapat bacaan sekitar 7.0 liter / 100 km dalam keadaan pemanduan bercampur.
Kos penyelenggaraan Toyota Yaris juga lebih tinggi. Ia menggunakan roda 16 inci yang lebih besar dengan tayar berukuran 195/50. Harga tayar dengan ukuran sebegini rata-rata 50% lebih tinggi daripada unit 185/55/15 di Myvi.
Membandingkan harga di pusat servis rasmi, servis biasa Myvi berharga RM 213 dengan minyak enjin sintetik sepenuhnya. Sementara itu, servis biasa untuk Yaris pula berjumlah RM 266 dengan minyak enjin mineral atau RM 416 jika anda memilih jenis sintetik sepenuhnya.
Kos Pemilikan
Toyota Yaris
Perodua Myvi
Cukai jalan (RM)
90
90
Tayar/sebiji
(anggaran. RM)
250
180
Saiz tayar
195/50
R16
185/55
R15
10,000km
Servis Biasa
(RM)
266
213
Konklusi
Perodua Myvi akan memberi anda ketenangan dengan jaminan 5 tahun. Ia juga lebih luas daripada Toyota Yaris, dilengkapi sistem bantuan pemand lanjutan ADAS, sentuhan unik Malaysia seperti pembaca Smart Tag terbina dalam dan cangkuk anti-ragut, dan lebih murah untuk dikendalikan daripada Yaris.
Sebaliknya, Toyota Yaris 2019 terpakai masih mempunyai baki tempoh jamin sekitar 3 tahu. Lagipun ianya Toyota - anda tidak perlu merasa ragu-ragu tentang kebolehpercayaannya. Ia jauh lebih 'refined' dan selesa berbanding dengan Myvi dan ia mempunyai beberapa ciri unik seperti kamera 360 darjah, BSM dan RCTA.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.