Walau sebelum model ini didebut di Thailand, Ora Good Cat sudahpun dikesan di Malaysia, lebih spesifiknya di Klang.
Dipetik dari rakan kami di DSF, Ora Good Cat berwarna krim ini dilihat bersama dengan Ora R1 – kedua-duanya kenderaan elektrik (EV) keluaran Great Wall Motors (GWM).
Baca juga: Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Imbas semula, Ora Good Cat mula-mula sekali diperkenalkan di Chengdu Auto Show pada Julai 2020 lalu dan ia mula dijual di pasaran beberapa bulan selepas itu. Model ini dibangunkan di atas platform Lemon GMW.
Baca juga: SUV No.1 di China, Haval H6 bakal tembus pasaran Malaysia. Proton X70 boleh tergugat?
Good Cat menjana kuasa dengan menggunakan motor elektrik magnet kekal yang dipasang pada gandar hadapan yang menghasilkan 145 PS dan 210 Nm. Bergantung kepada saiz bateri, EV bergaya retro ini samada boleh menawarkan julat 400 km atau 500 km.
GWM juga telah menubuhkan pangkalan di Thailand, mengambil alih kilang General Motor di Rayong. GWM menegaskan komitmennya di Thailand sebagai hab produksi kenderaan pemanduan sebelah kanan. Syarikat ini juga akan melancarkan 9 model kenderaan di negara itu, dimana 4 model akan dilancarkan dalam tahun 2021.
Baca juga: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!
Adakah Ora Good Cat akan tiba di Malaysia?
Memandangkan Ora Good Cat sudah dikesan di Malaysia, ada kemungkinan yang model ini akan diperkenalkan di sini dalam masa terdekat.
Pengilang China lain iaitu MG juga sedang menjalankan ujian menyeluruh bagi MG ZS EV di Malaysia – dibuktikan daripada beberapa gambar intipan SUV itu dipandu uji sekitar bandar.
Baca juga: Spyshot: MG ZS EV 2021 di lebuh raya, masih ada peminat SUV elektrik!
Oleh itu, persoalannya sekarang ialah siapakah yang akan mewakili jenama Ora di Malaysia? Pengedar GWM di Malaysia, Go Auto, agak senyap sejak kebelakangan ini dan telah menyuraikan pasukan Perhubungan Awam mereka.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });