SUV China No.1, Haval H6 2021 akan dilancarkan di Thailand, bakal dieskport ke Malaysia?
Zamil Syaheer · Feb 9, 2021 10:15 PM
0
0
Great Wall Motors (GWM) kini sudah berada di Thailand, dengan HavalH6 2021 dilancarkan sebagai ‘hero’ utama jenama itu disini.
Apakah itu GWM?
Great Wall Motor Thailand adalah pengeluar kereta China yang mengambil alih bekas kilang General Motors di Rayong yang digunakan untuk membuat Chevrolet Sonic, Colorado, dan Trailblazer.
Ditubuhkan pada tahun 1984, GWM kini menjadi jenama domestik No.3 China dari segi penjualan. Pada tahun 2020, ia menjual 885,776 kereta di China sahaja, 956,823 unit di belakang Changan dan 1,317,108 unit daripada Geely Auto (termasuk Lynk dan Co).
Acara ‘livestream’ sebentar tadi memberi fokus untuk memperkenalkan jenama GWM di Thailand dengan 9 model, dengan 4 yang bakal dilancarkan tahun 2021.
Wakil syarikat GWM kerap kali menyebut nama GWM Pick-Up (juga dikenali sebagai Poer di China, Pao di pasaran lain), trak pikap yang sama dengan Toyota Hilux (kelas 1 tan) dan juga Ora Good Cat yang comel dan fokus utama artikel ini - Haval H6 .
Jadi, apakah Haval H6?
Dijangka akan dilancarkan di Thailand di Bangkok International Motor Show pada bulan Mac tahun ini, pelancaran itu juga menandakan debut rasminya di rantau ASEAN. Ini juga merupakan versi pandu kanan yang pertama bagi SUV macho ini.
Tiada spesifikasi terperinci bagi pasaran Thailand, tetapi berdasarkan imej intipan sebelumnya, H6 spesifikasi Thailand seharusnya dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti sistem infotainment skrin sentuh 10.25 inci dan kluster instrumen digital sepenuhnya, dibalut dengan bahagian dalaman berwarna hitam dengan hiasan perak.
Bergantung kepada varian, H6 spesifikasi China datang dengan dua jenis trenkuasa yang mungkin sama dengan kereta spesifikasi Thailand:
Haval H6 2021 spesifikasi China
Enjin
Transmisi
1.5 liter, 4 silinder turbo
169 PS / 285 Nm
Pacuan roda depan saja
7-kelajuan dwi-klac (DCT)
2.0 liter, 4 silinder bercas turbo
211 PS / 325 Nm
Depan dan pacuan semua roda
Selain itu, H6 juga menggunakan platform Lemon yang sama dengan Haval Big Dog dan First Love. Ini dimensinya:
Setakat ini, eksport dari kilang Rayong syarikat ke seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia ada dalam rancangan. Butiran akan dimaklumkan kemudian. Hadir semasa acara maya itu adalah wakil dari Great Wall Motor ASEAN dan Thailand.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.