window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris facelift menyusul tahun 2023 di Thailand, apa penambahbaikan yang akan ditawarkan?

Haris · Feb 1, 2023 04:00 PM

Toyota Yaris facelift menyusul tahun 2023 di Thailand, apa penambahbaikan yang akan ditawarkan? 01

Imej lakaran HeadlightMag

Toyota Yaris kini menghampiri 5 tahun dalam pasaran Malaysia dengan model facelift telah ditawarkan pada tahun 2021. Jangka hayat hatchback ini nampaknya akan dipanjangkan lagi dengan spekulasi model facelift Minor Change yang menyusul tahun 2023.

Menurut laporan daripada Headlightmag, Toyota Yaris facelift akan menjengah ke Thailand pada bulan Mac 2023 dan berkemungkinan akan dipamerkan di Bangkok Motor Show 2023.

Toyota Yaris facelift menyusul tahun 2023 di Thailand, apa penambahbaikan yang akan ditawarkan? 02

Gambar intipan Toyota Vios facelift pasaran Vietnam

Imej intipan menunjukkan model Toyota Vios facelift yang kini dalam fasa pandu uji di Vietnam. Pasaran itu tidak menerima Toyota Vios D92A baharu seperti pasaran lain sekaligus memberi gambaran mengenai Toyota Yaris facelift yang akan dilancarkan.

Toyota Yaris facelift menyusul tahun 2023 di Thailand, apa penambahbaikan yang akan ditawarkan? 03

Gambar intipan Toyota Vios facelift pasaran Vietnam

Berdasarkan gambar intipan, Toyota Yaris dijangka akan turut mengenakan sepasang lampu dengan reka bentuk yang lebih tajam berbanding model semasa, dan terdapat sfera kecil di dalam lampu yang membayangkan penggunaan lampu jenis LED projektor - model semasa menggunakan lampu LED biasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Toyota Yaris facelift "Minor Change" bakal menyusul, tiada generasi baharu seperti Vios D92A?

Toyota Yaris facelift menyusul tahun 2023 di Thailand, apa penambahbaikan yang akan ditawarkan? 01

Toyota Yaris pasaran Thailand, ala Iriz Active

Menariknya, media Thailand turut berspekulasi bahawa Toyota Yaris facelift akan menawarkan suite ADAS Toyota Safety Sense dalam bentuk Pre-Collision System (PCS) dan Lane Departure Alert bermula dari varian pertengahan.

Toyota Yaris pasaran Malaysia sudah pun menawarkan ciri ini lantas ia akan dikekalkan atau ditambah dengan ciri baharu seperti Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control - kedua-duanya ada pada Toyota Veloz baharu.

Toyota Yaris facelift menyusul tahun 2023 di Thailand, apa penambahbaikan yang akan ditawarkan? 02

Selain daripada itu, tak banyak yang bakal berubah dengan Toyota Yaris facelift selain daripada rekaan fasia hadapan dan belakang, peningkatan ciri dan sebagainya.

Di samping itu, spekulasi di mana Perodua Myvi dan Toyota Yaris akan berkongsi platform DNGA (platform Daihatsu, bukan Toyota) sedikit sebanyak menunjukkan petanda bahawa model baharu Yaris mempunyai perancangan yang lebih besar, memerlukan tempoh masa yang lebih lama.

Baca: Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda