Tag

harga kereta volkswagen

Kereta Volkswagen kini boleh dibeli atas talian semudah 1,2,3

Membeli-belah atas talian kini semakin menjadi pilihan bagi konsumer untuk membeli apa sahaja, terutama sekali disebabkan oleh kekangan pandemik. Bagi peminat Volkswagen, berita baik untuk anda! Kini anda boleh membuat pesanan atas talian dan dapatkan kenderaan idaman anda dihantar terus ke pintu rumah! Keselamatan kini menjadi keutamaan bagi semua dan dengan filosofi Volkswagen “people first”, servis penghantaran ke rumah ini memastikan pembeli dapat menerima kenderaan mereka dengan yakin dan s

MersitaMersita

Jun 3, 2020

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga

Seiring dengan pengumuman insentif PENJANA daripada Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan potongan cukai jalan sebanyak 100% bagi kereta yang dipasang tempatan (CKD) dan 50% bagi kereta import (CBU), beberapa jenama telah pun mengemas kini harga kereta mereka. Harga baharu tersebut berkuatkuasa bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Di samping itu, segelintir pihak pengeluar turut menawarkan pelbagai promosi di atas potongan cukai jualan yang diberikan. Ini bermakna

HarisHaris

Jun 15, 2020

Volkswagen Beetle bakal kembali sebagai kereta elektrik?

Volkswagen Beetle Volkswagen Beetle adalah sebuah kereta yang ikonik. Tidak hairanlah jika kereta ini pernah dinobatkan sebagai Antara Kereta Paling Berpengaruh Seabad. Pengaruh Volkswagen Beetle memang kuat, lagi lagi dipopularkan oleh gaya kehidupan hippie. Di Malaysia, ‘The Bug’ ini masih menjadi buruan peminat-peminat kereta klasik. Namun begitu, Volkswagen telah mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran Volkswagen Beetle pada tahun 2019. Ini suatu pengumuman yang mengejutkan se

HarisHaris

Jul 24, 2020

Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Baru-baru ini saya perhatikan banyak netizen Facebook riuh rendah tentang trend kereta berprestasi Jepun dari zaman 80an, 90an, sehingga awal tahun 2000 yang dijual dengan harga melebihi nilai sebenar. Malah ada yang mencecah enam angka bagi casis bukan original model tetapi ‘convert’. Apa cerita? Kalau lihat bahagian komen, mesti ada yang meninggalkan komen seperti “mahal tak kena gaya”, “tak berbaloi sebab ‘convert’”, ataupun “kereta dah lama pun harga neraka ke?”. Secara peribadinya, saya ber

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jan 16, 2021

Jimat lebih RM 9,000 dengan Volkswagen!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan sukacitanya mengumumkan pengurangan harga sehingga RM 9,484 berikutan pengumuman pengecualian cukai penjualan. Harga baru tersebut akan berkuat kuasa pada 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Model Volkswagen yang dipasang secara tempatan (CKD) adalah Polo, Vento, Tiguan dan Passat, manakala barisan model Golf (R-Line, GTI dan R) diimport sepenuhnya (CBU). Dengan pengecualian cukai jualan, pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga RM 3,881 bagi Tig

HarisHaris

Jun 12, 2020

Toyota RAV4 terlalu mahal? Harga kereta yang melambung tinggi adalah norma baru

Minggu lepas, ramai yang terkejut dengan pengumuman harga Toyota RAV4 yang baru sahaja ditawarkan di Malaysia. Dengan harga berjumlah RM 203,880 untuk varian 2.0L dan RM 223,880 untuk varian 2.5L, hanya peminat tegar Toyota sahaja yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk model ini. Pun begitu, Toyota RAV4 menerima potongan cukai jualan sebanyak 50%. Anda boleh membelinya dengan harga RM 196,436 and RM 215,665 sehingga akhir tahun ini. Di Malaysia, Toyota RAV4 adalah jawapan Toyo

HarisHaris

Jun 15, 2020

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia

Sesetengah pihak berpendapat bahawa struktur cukai jalan (road tax) di negara kita agak melampau. Malah mereka menggesa industri untuk guna sistem yang berasaskan kadar pelepasan (emission-based). Salah satu cara untuk membayar road tax dengan murah ialah dengan enjin yang berkapasiti lebih kecil. Dalam erti kata lain, pembeli harus memiliki kereta yang menggunakan enjin turbo ataupun hibrid. Harga road tax yang mahal mungkin menjadi penghalang buat pembeli. Sebab inilah kereta dengan enjin V8 j

FaisalFaisal

Jan 8, 2021

2020 Volkswagen Passat R-Line kini rasmi! Tambahan aksesori mewah, DCC, harga RM 203,411!

Volkswagen Passat Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan 2020 Volkswagen Passat R-Line. Sedan segmen D continental ini pertama kali didedahkan pada majlis pelancaran Volkswagen Tiguan Allspace dan Volkswagen Arteon R-Line. 2020 Volkswagen Passat R-Line menyertai barisan model dengan lencana R-Line seperti Volkswagen Golf, Tiguan dan Arteon. Sebagai sebuah model prestasi tinggi, 2020 Volkswagen Passsat R-Line bukan sekadar tambahan kosmetik sahaja. Perbezaan dengan Volk

HarisHaris

Oct 14, 2020

Pemilik Volkswagen boleh uruskan servis kereta atas-talian – mudah dan selamat!

Antara perkara paling malas nak buat ialah hantar kereta pergi pusat 3S untuk servis. Kena berbaris, tunggu kereta siap, menangis tengok senarai ‘penyakit’ kereta… OK, yang terakhir tu memang semua kena hadap. Tapi, kalau anda pemilik kereta Volkswagen, anda beruntung! Servis selepas-jualan Volkswagen memudahkan pemilik untuk ‘settle’ semua ni dengan selesa di rumah. Dibawah inisiatif #SafeHands oleh VPCM, pemilik kereta Volkswagen kini boleh membuat temu-janji servis kereta mereka melalui Tempa

MersitaMersita

Oct 22, 2020

Toyota kini jenama kereta No.1 di dunia, mengalahkan Volkswagen ketika COVID-19

Toyota Motor Corp berjaya merangkul takhta pembuat kereta No.1 dunia dari segi jumlah jualan buat pertama kali dalam masa lima tahun - mengalahkan pembuat kereta dari Jerman iaitu Volkswagen. Kebanyakan industri di dunia terpaksa bergelut mengharungi kesan pandemik COVID-19, dan dalam aspek ini, Volkswagen menerima tempias lebih teruk berbanding pesaingnya dari Jepun itu. Jumlah jualan global terkumpul bagi Volkswagen jatuh 15.2 peratus kepada 9.305 juta kenderaan pada tahun 2020. Toyota juga me

MersitaMersita

Jan 29, 2021

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk menyemak semula harga kereta melalui sistem kiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) telah pun dibatalkan. Sistem kiraan tersebut bakal menyaksikan kenaikan harga kereta baru sehingga 20% dari harga sekarang. Walaubagaimanapun, tempoh pengecualian cukai kenderaan sudah pun disahkan tamat. Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad memberitahu WapCar.my hari ini bahawa Kementerian Kewangan telah memberitahu MAA minggu lalu bahawa ia akan

HarisHaris

Dec 28, 2020

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430!

Volkswagen Tiguan Volkswagen Passenger Cars Malaysia baru sahaja melancarkan Volkswagen Tiguan Allspace 2020 yang baharu. Dua varian yang ditawarkan adalah Highline 1.4 liter dan R-Line 2.0 liter. Tiguan Allspace dipasang tempatan di Pekan dan bersaing dengan SUV segmen C 7 tempat duduk lain termasuk Mitsubishi Outlander dan Mazda CX-8. Harga bermula dari RM 164,430 untuk Tiguan Allspace Highline sementara Tiguan Allspace R-Line berharga dari RM 208,553. Kedua-dua harga atas jalan, tanpa insuran

HarisHaris

Aug 12, 2020

Harga jualan semula Volkswagen anda terlalu murah? Serahkan kepada Volkswagen Trade-Up

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan kempen Trade-Up yang memberikan kemudahan jualan semula kepada pelanggan Volkswagen. Kempen ini dilancarkan melalui syarikat rasmi kenderaan terpakai Volkswagen, Das WeltAuto. Kempen Trade-Up ini dikhususkan untuk mereka yang ingin menukar ke kenderaan Volkswagen yang baru. Mereka yang memiliki Volkswagen Touran, Cross Touran, Sharan, Passat CC dan Passat B7 kini boleh mendapat nilai jualan semula yang menarik melalui Volkswagen Malaysi

FaisalFaisal

Oct 6, 2020

Honda Accord vs Volkswagen Passat, sedan segmen D mana pilihan anda? COTY 2020

Suatu ketika dahulu, Volkswagen Passat bersaing harga dengan Mercedes Benz C Class dan BMW 3 Series. Manakala, Honda Accord pula berharga bawah RM 150k. Menjelang tahun 2020, kedua-duanya kini bersaing harga sekitar RM 190k. Honda Accord 1.5 TC-P 2020 berharga RM 187,390 (0% SST) sementara Volkswagen Passat R-Line 2020 berharga RM 203,411 (0% SST). Kedua-dua Honda Accord 2020 dan Volkswagen Passat 2020 disenarai pendek untuk anugerah Kereta Terbaik Tahun 2020 (COTY 2020). Honda Accord kini berpe

HarisHaris

Jan 3, 2021

Volkswagen Malaysia panggil semula 12,732 kereta kerana isu kotak gear DSG

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengisukan notis panggilan-semula hari ini bagi 12,732 buah kereta yang dihasilkan antara 2011 hingga 2015. Isu yang hendak dibetulkan adalah berkaitan ‘hydraulic pressure accumulator’ di dalam kotak gear dwi-klac 7 kelajuannya. Kegagalan komponen ini akan menyebabkan kerosakan kotak gear dan fungsi enjin. Berikut adalah model-model yang terkesan. Model-model yang dihasilkan selepas tahun 2016 tidak terkesan. Beetle Cross Touran Golf (Mk.6 dan Mk.7

MersitaMersita

Jul 20, 2020

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga?

Seperti yang anda tahu, harga kereta akan susut kecualilah kereta anda ‘rare’ ataupun eksotik. Oleh yang demikian, ramai pengguna sering mengutamakan harga jualan semula, sama seperti kos pembelaan kereta tersebut. Di Malaysia, kebanyakan pembeli tidak akan memilih kereta yang harganya cepat jatuh. Untuk kali ini, kami akan bincangkan mengenai sedan seperti Honda Civic, Corolla Altis generasi sebelum ini, Mazda 3, Volkswagen Jetta, Kia Cerato dan pelbagai lagi. Sedan segmen C manakah yang paling

FaisalFaisal

Apr 11, 2021

Berita baik: Perodua mengumumkan penurunan harga kereta 3% - 6%

Perodua akan menurunkan harga kereta (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3% hingga 6% melalui rebat tunai sehingga 14 Jun 2020. Selepas itu, Perodua akan menggunakan harga yang baru sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri. "Walaupun pengurangan cukai hanya berkuatkuasa pada 15 Jun 2020, Perodua akan menawarkan rebat tunai antara 3% hingga 6% untuk pembelian kenderaan kami mulai hari ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,

HarisHaris

Jun 10, 2020

Senarai kereta yang ditamatkan pada tahun 2020!

Tahun 2020 menyaksikan pergelutan pengeluar kereta untuk terus bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. Kita menyaksikan perubahan pengedar rasmi model Peugeot, kehadiran jenama MG di atas jalanraya Malaysia, nasib Kia yang masih belum ditentukan serta peningkatan jualan dan pegangan pasaran oleh Proton. Di samping itu, beberapa model kereta juga telah digugurkan dari perancangan jenama masing-masing dan berikut adalah beberapa model yang telah ditamatkan pada tahun 2020. BMW 1 Series CKD B

HarisHaris

Jan 10, 2021

Tiada penurunan 10% pada harga kereta walaupun dengan pengecualian cukai jualan. Ini sebabnya.

Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan yang semua kereta penumpang yang dipasang secara lokal (CKD) akan dikecualikan dari membayar 10 peratus cukai jualan bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Kereta impot baru pula akan diberi 50 peratus diskaun cukai jualan, meninggalkan cukai jualan pada hanya 5 peratus. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud harga kereta CKD baru akan turun 10 peratus. Kebanyakan kereta hanya dapat penurunan sebanyak 3 hingga 6 peratus. Nak tahu kenapa? Pen

MersitaMersita

Jun 18, 2020

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa melakukan pemantauan terhadap harga insurans yang dikenakan kepada pengguna kenderaan di Malaysia. Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana beliau mendapati ada pengguna yang mendakwa mereka terpaksa membayar insurans kenderaan pada harga yang tidak selari dengan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor negara. Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya pengguna perlu membayar premium insura

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 15, 2021

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya!

Volkswagen Tiguan Allspace Volkswagen Tiguan Allspace baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 12 Ogos 2020. Model ini adalah tambahan bagi Volkswagen Tiguan biasa yang sedia ada di Malaysia. Sorotan bagi model ini adalah tambahan 2 tempat duduk berbanding Volkswagen Tiguan biasa yang mempunyai 5 tempat duduk. Volkswagen Tiguan Allspace menjadi satu-satunya model Volkswagen dengan 7 tempat duduk. Volkswagen adalah antara beberapa pengeluar Eropah yang hadir dengan varian 7 tempat duduk di Malays

HarisHaris

Aug 18, 2020

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best?

Volkswagen Tiguan Allspace Awal tahun ini Volkswagen Malaysia melancarkan beberapa model baru termasuklah dua varian Volkswagen Tiguan Allspace – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line. Dengan perbezaan harga dalam RM 44k, varian mana satukah yang berbaloi untuk dibeli? Adakah anda patut membayar lebih untuk varian 2.0 TSI R-Line? Jom kita terjah. Adakah Tiguan Allspace 1.4 TSI ‘underpowered’ dengan 7 orang? Varian 1.4 TSI Highline dikuasakan dengan enjin 1.4 liter 4 silinder bercas turbo yang meng

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Dec 4, 2020

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j

Volkswagen Golf R Volkswagen telah menggugurkan Volkswagen Golf standard untuk pasaran US namun tidak untuk varian prestasi. Buktinya adalah Volkswagen Golf R 2022 baru sahaja dilancarkan sebagai VW Golf R paling berkuasa pernah dikeluarkan. Sebagai sebuah model berprestasi tinggi, VW Golf R 2022 hadir dengan talaan dan teknologi terbaru. Antara ciri terbaru adalah sistem 4Motion AWD tork vektor yang mampu mengagihkan berat kereta pada gandar depan atau belakang secara sekata untuk memudahkan ke

HarisHaris

Nov 4, 2020

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu?

Volkswagen Golf (Mk8) generasi kelapan telah diperkenalkan secara global hujung tahun lepas tetapi sebelum pasaran diluar Eropah boleh membelinya, COVID-19 terjadi dan rancangan pelancarannya terjejas. Ini yang kami tahu tentang Golf Mk8 setakat ini. 1. Bila nak sampai Malaysia? Di Eropah dimana pemanduannya sebelah kiri, Golf Mk8 mula dijual pada bulan Disember tahun lepas manakala bagi pasaran UK yang pemanduan sebelah kanan pula, jualannya bermula pada bulan Februari - betul-betul sebelum dun

MersitaMersita

Jun 29, 2020

"Macam mana nak jual kereta dengan harga paling tinggi?" - Ini 3 rahsia terbaik untuk anda!

Setelah beberapa tahun memiliki kereta kesayangan anda, akan tiba masanya yang mana anda tetap perlu melepaskannya. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk anda dapat jual dengan harga yang lebih tinggi? 1. Servis dan tukar segala bendalir yang perlu Sebelum menjual kereta lama anda, adalah penting untuk baiki apa yang patut terlebih dahulu. Mula-mula sekali, anda boleh melakukan servis dan tukar segala bendalir yang diperlukan. Mengenai minyak enjin, anda boleh berjimat dengan hanya menggunakan miny

FaisalFaisal

Apr 10, 2021

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla

Dalam usaha untuk menyaingi jenama kereta terkenal, Tesla, Geely telah mengumumkan perancangan mereka untuk melancarkan satu jenama premium baharu bergelar “Zeekr”. Zeekr akan diposisikan di bawah nama syarikat LingLing Technologies iaitu syarikat entiti untuk kenderaan elektrik (EV) Geely yang akan dilancarkan nanti. Automotive News Europe melaporkan yang Zeekr merupakan cubaan terbaharu Geely untuk menembusi pasaran kereta premium. Strategi ini sejajar dengan cita-cita pengasas dan pengerusi G

MersitaMersita

Mar 22, 2021

Top 5 sistem audio kereta paling boom dan padu yang pernah kami uji

Kami pasti yang selain daripada pemanduan memuaskan dan keselesaan tip-top, para pemilik kereta di luar sana juga pasti mahu nikmati sistem audio yang nikmatnya lebih lagi dari kereta lain. Sesi karok dalam kereta anda pasti akan rasa sangat berbeza di dalam kereta-kereta yang kami kumpulkan untuk anda dalam senarai ini – merangkumi pelbagai julat harga. Sistem audio yang bagus dengan ‘booming bass’ dan ‘surround’ yang padu pasti mampu naikkan adrenalin anda untuk hadapi hari-hari mencabar dan u

MersitaMersita

Dec 27, 2020

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru?

Walaupun dilanda pandemik COVID-19, industri kereta Malaysia dapat merekodkan jualan yang tinggi, disokong oleh pengecualian sementara cukai jualan sehingga 31 Disember tahun ini. Akan tetapi, menjelang 1 Januari 2021, cukai jualan 10 peratus akan kembali - ditambah lagi dengan kiraan Open Market Value (OMV) yang baru. Kiraan baru ini pula boleh menaikkan lagi harga kereta sehingga 20 peratus. Total Industry Volume (TIV) bagi pasaran Malaysia – gelaran industri bagi jualan kereta baharu – dijang

MersitaMersita

Dec 22, 2020

Jimat sehingga RM 11.5k untuk VW Passat, Pakej Pembaikan istimewa bagi kereta lebih 5 tahun!

Berita baik untuk peminat dan pemilik kereta Volkswagen! Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan penjimatan hebat bagi rangkaian model Passat serta penambahan jumlah alat ganti baharu yang ditawarkan di dalam Pakej Pembaikan mereka. Bagi yang berminat untuk memiliki Volkswagen Passat Elegance dan Passat R-Line, tawaran istimewa bagi pembelian model-model ini kini dilanjutkan sepanjang bulan Mac ini. Tempah model kegemaran anda menerusi Volkswagen eShowroom dan anda boleh menikm

MersitaMersita

Mar 3, 2021

Intipan: Volkswagen Golf GTI Mk 8 dipandu uji. Bakal dipasang tempatan (CKD)?

Volkswagen Golf GTI Sebelum ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia telah mengesahkan bahawa Volkswagen Golf GTI Mk 8 tidak akan hadir ke Malaysia sehinggalah tahun 2021. Walaubagaimanapun, hari ini kami telah menerima sebuah video intipan Volkswagen Golf GTI Mk 8 sedang dipandu uji. Video berdurasi 9 saat tersebut memaparkan sebuah Volkswagen Golf GTI Mk 8 yang sedang dipandu uji di Genting. Lebih menarik lagi, nombor plat yang digunakan adalah nombor plat kenderaan negeri Pahang. Hal ini mengu

HarisHaris

Sep 3, 2020