Berikutan bacaan kami mengenai pembangunan Perodua Axia, mari kita ikuti kupasan mengenai pembangunan Perodua Bezza pula. Tidak seperti Perodua Axia yang dibina berdasarkan Daihatsu Ayla di Indonesia, Perodua Bezza dibina 100 peratus oleh rakyat Malaysia. Sejak kejayaan Perodua Myvi yang diperkenalkan pada tahun 2005 yang lalu, Perodua telah berhasrat untuk menghasilkan sebuah sedan memandangkan pasaran Malaysia ketika itu sanggat menggalakkan. Sejak itu, keutamaan yang ingin diterapkan pada sed
Nov 22, 2020
Semenjak pelan pemulihan ekonomi jangka pendek diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat lepas, ramai staf syarikat otomotif seluruh negara sibuk mencari butir-butir tepat mengenai pelepasan cukai jualan yang diumumkan. Apa yang mereka tahu sejurus pelan tersebut diumumkan adalah kereta yang dipasang di Malaysia akan dikecualikan dari cukai jualan 10% manakala cukai jualan bagi kenderaan import pula akan diturunkan separuh. Banyak syarikat otomotif seluruh negara ditimbuni soalan darip
Jun 9, 2020
Kepada peminat Subaru BRZ/Toyota 86, Subaru bakal melancarkan pengganti kepada sportscar dua pintu ini tidak lama lagi! Model baharu ini telah dipamerkan secara acah di Subiefest World Record Attempt and Charity Drive 2020 di Costa Mesa, California baru-baru ini. Berdasarkan imej yang sedang berlegar di laman web, kita hanya boleh melihat profil sisi coupe ini. Nampaknya ia akan mengekalkan reka bentuk tradisional sebuah sportscar dengan bonet depan yang panjang dan bonet belakang yang pendek. I
Oct 7, 2020
Kementerian Kewangan Malaysia telah mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan SST yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Pengumuman yang berlaku 3 hari sebelum 31 Disember 2020 tersebut memberikan ruang yang sangat sempit bagi pihak pengeluar kereta menyesuaikan perancangan syarikat. Hal ini kerana senarai harga untuk model 2021 perlu ditarik balik dan dikemaskini, hanya 3 hari sebelum tahun 2020 menutup tirai. Sesetengah pengeluar keret
Dec 30, 2020
2020 merupakan ulang tahun ke-100 penubuhan syarikat Suzuki. Mereka adalah salah satu daripada tiga syarikat di dunia yang masih mengeluarkan kereta dan motosikal pada masa yang sama. Setelah empat tahun menyepi daripada pasaran Malaysia, Suzuki dikhabarkan membuat kemunculan semula. Dengan kedudukan ke-10 dalam tangga global, Suzuki mencapai tahap ini tanpa sebarang bantuan daripada jenama lain. Di samping itu, keupayaan mereka dalam menembusi pasaran Amerika Utara juga sangat mengagumkan. Perk
Sep 10, 2020
Kereta nasional pertama kita, Proton Saga telah dilancarkan pada tahun 1985. Dengan harga mampu milik, ianya dibangunkan dengan hasil usahasama dengan Mitsubishi Motors Corp (MMC), syarikat otomotif Jepun. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai sedikit sebanyak kenangan atau kaitan dengan Proton Saga. Proton Saga telah mengalami beberapa siri penurunan segmen untuk kekal relevan sepanjang kewujudannya dalam industri automatif negara. Pada awalnya, Proton Saga dianggap sebagai pencabar kepada Hon
May 15, 2020
Tahun 2020 sememangnya mencabar jualan kereta tempatan dimana ia paling menjunam pada April yang lalu. Dengan bantuan pengecualian cukai SST, permintaan telah melebihi jangkaan syarikat. Malah Perodua sempat memecah rekod bulanan pada Oktober yang lalu dimana sebanyak 26,852 kereta telah didaftarkan. Jualan Perodua mengikut bulan Januari 17,481 Februari 18,895 Mac 8,601 April 57 Mei 7,886 Jun 21,250 Julai 23,203 Ogos 22,604 September 25,035 Oktober 26,852 November 23,119 Rekod kedua tertinggi di
Dec 28, 2020
Berikutan intipan pada bulan yang lalu, Subaru kini baru sahaja mengeluarkan video acah untuk Subaru BRZ 2022. Walaupun tidak banyak yang dapat dilihat, Subaru masih menampilkan gambar lampu hadapan LED yang berbentuk “C”. Berdasarkan intipan yang lalu, Subaru BRZ 2022 mengekalkan profil coupe yang ramping dengan bentuk badan yang menggiurkan. Reka bentuk roda aloi 18 inci yang diperlihatkan juga mirip seperti yang terdapat pada Toyota GR Yaris. Butiran lanjut mengenai Subaru BRZ 2022 dijangka k
Nov 5, 2020
Menurut portal Malaysia Defence, sebuah syarikat automotif tempatan didakwa telah memenangi kontrak untuk membekalkan kenderaan tentera jenis FFR (Fitted For Radio), SOV (Special Operations Vehicles) dan Pembawa Senjata dalam suatu program mobiliti ketenteraan. Cendana Auto melalui laman sesawang mereka, cendana-auto.com dikatakan telah mengumumkan sebanyak 148 unit kenderaan 4x4 dalam 4 konfigurasi akan dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 2024. Selain itu, mereka turut me
Feb 3, 2021
Proton sebenarnya adalah akronim untuk Perusahaan Otomobil Nasional. Sebagai sebuah jenama kereta nasional, kita patut berbangga dengan kewujudannya. Jerman ada Volkswagen, Jepun ada Toyota, dan Korea pula ada Hyundai. Jenama-jenama ini diketengahkan kerana ia memenuhi permintaan dengan “kereta rakyat”. Proton kini sudah berusia 35 tahun (dikira dari tarikh kelahiran Saga pertama). Toyota dan Volkswagen pula berumur 83 tahun manakala Hyundai 53 tahun. Proton dikira masih muda jika dibandingkan d
Aug 6, 2020
Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua. Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula. Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir M
Sep 11, 2020
Jenama Smart tidak lama lagi akan memperkenalkan konsep baharu yang kita tak pernah lihat sebelum ini! Memandangkan syarikat usahasama baru ini telah ditubuhkan, Geely Holding dan Mercedes-Benz AG merancang untuk menjadikan jenama kereta mikro ini sebagai sebuah syarikat kereta berfokuskan kenderaan elektrik menjelang 2022. Jika anda belum tahu lagi, Geely, syarikat yang juga memegang sebahagian daripada Proton, telah membeli pegangan lebih 50 peratus dalam syarikat pembuat kereta mikro Jerman i
Jul 30, 2020
Rakyat Malaysia semestinya sudah terbiasa dengan berita mengenai hubungan kerjasama antara PROTON dan Mitsubishi Motors. Mitsubishi Motors merupakan rakan kerjasama teknikal bagi PROTON dalam era 80-an dan 90-an. Umum juga pasti tahu bahawa Proton Saga keluaran pertama negara adalah berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore. Namun begitu, apa yang umum tidak tahu ialah ketika era 80-an, Chrysler mempunyai 15% pegangan saham dalam syarikat Mitsubishi Motors. Tambahan lagi, Chyrsler juga telah menjual be
Aug 18, 2020
Proton mengembangkan lagi sayapnya dengan mengekspot 30 buah Proton Saga dipasang tempatan ke Kenya. Kenya menjadi satu lagi negara ekspot baru bagi Proton dan Proton Saga yang dihantar secara CKD itu akan dipasang oleh Syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif. Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan
Aug 22, 2020
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong yakin bahawa Proton akan mengatasi Perodua untuk menjadi jenama kereta No.1 terlaris di Malaysia menjelang tahun 2027 berdasarkan kitaran hayat model berikutnya. Pada masa ini, hanya Proton X70 yang merupakan produk baru. Semua model Proton yang lain masih belum diganti dengan model generasi baru. Dalam temu bual dengan The Edge, Dr. Li mengatakan bahawa sejak Geely menjadi rakan kongsi Proton pada tahun 2017, syarikat itu telah fokus untuk melaksan
Aug 5, 2020
Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) hari ini mengumumkan bahawa salah seorang pekerja mereka telah positif ujian Covid-19 dan kini menerima rawatan. Pengumuman rasmi dari Proton: Proton mengumumkan bahawa salah seorang pekerja Proton positif ujian Covid-19 pada 14 Oktober 2020. Pekerja yang berasal dari Jabatan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Shah Alam, segera dimasukkan ke bawah jagaan hospital kerajaan. Syarikat secara tegas telah mematuhi protokol yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa da
Oct 15, 2020
Awal minggu lepas, Proton menerima pelbagai cacian kerana mereka melelong kereta-kereta prototaip dan konsep mereka termasuklah kereta konsep Emas ItalDesign Giugiaro dan juga kereta rally PERT Karamjit Singh. Pengkritik berkata yang pemilik Proton baru dari China iaitu Geely tidak menghormati legasi Proton, dan banyak kereta-kereta ini patut disimpan di dalam muzium. Tapi, kami rasa ini tidak benar. Jom kita imbas semula garis masanya. Kereta-kereta ini disimpan dan dibiarkan mereput oleh pemil
Jul 27, 2020
Tidak perlu diteka lagi, inilah dia Honda Civic generasi ke-11 secara keseluruhan! Imej-imej ini telah tertular sebelum debut yang rasmi. Mengikut aspek kejuruteraan, fasa ini mewakili 90% daripada produk yang sebenar. Yang tinggalnya hanyalah uji pandu dan sedikit perubahan untuk menyempurnakan hasil yang terakhir. Berdasarkan lakaran yang pernah kami hasilkan sebelum ini, prototaip Honda Civic generasi ke-11 yang dirasmikan di Amerika Syarikat ini kelihatan hampir sama. Eksterior – lebih rapi
Nov 18, 2020
Setiap perkara yang berlaku ada sebab di sebaliknya. Suatu ketika dahulu, Proton pernah membeli pegangan bernilai jutaan Euro dan menjualnya semula untuk hanya 1 Euro. Sebelum anda membuat kesimpulan sendiri, biarkan kami ceritakan kisah selanjutnya. Orang yang arif tentang sejarah Proton pasti pernah mendengar kisah tentang MV Agusta. Pada tahun 2004, Proton membayar 70 juta Euro, bersamaan RM 367 juta) untuk pegangan kawalan 57.7 peratus di syarikat pembuatan motosikal Itali, MV Agusta. Setahu
Aug 11, 2020
Syarikat pembiayaan automotif dalaman PROTON, Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB) menjangkakan bahawa pinjaman jual beli kenderaan akan terus meningkat pada suka terakhir 2020. Kerjasama antara Proton Edar Sdn Bhd dan CIMB Bank Berhad yang terjalin sejak tahun 2003 telah menawarkan pakej pinjaman yang menarik dan pemprosesan pinjaman dengan segara untuk pembelian kereta Proton. Ketua pegawai eksekutif PCSB menjelaskan bahawa pakej rangsangan PENJANA telah meningkatkan prestasi Proton Commerce dalam m
Sep 30, 2020
Dihasilkan pada 25 tahun lalu untuk keperluan rakyat Malaysia, model legenda Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas), Kriss sememangnya mencapai objektif yang disasarkan. Bagi membuktikan keunggulannya, ia pernah memegang takhta selaku kapcai empat lejang terlaris di pasaran tempatan bagi satu tempoh, pencapaian yang boleh disifatkan cukup membanggakan. Selaku kenderaan buatan syarikat tempatan, kejayaan Kriss itu sememangnya turut dibantu dengan semangat nasionalisme selain dipacu denga
Jan 28, 2021
Dalam dua bulan pertama tahun 2021, bahagian pasaran kereta domestik Hyundai Motor Group (HMG) di Korea, termasuklah bahagian pasaran Kia, mencecah 78.5 peratus. Setelah digabungkan dengan kereta impot, bahagian pasaran Hyundai dan Kia semua sekali berada pada 65.4 peratus. Pada 2015, ketika ada lebih saingan dari pengeluar kereta domestik yang lain seperti Renault-Samsung, GM Korea, dan Ssangyong, bahagian pasaran kereta domestik HMG berada pada posisi 12 peratus lebih rendah iaitu pada 66.5 pe
Apr 1, 2021
Tempahan untuk Proton X50 sudahpun dibuka, tapi soalan cepumas yang sering diajukan ialah, “Nak tempah, tapi harga pun tak tahu. Macam mana ni?" Pengedar Proton di seluruh negara sedia menerima tempahan dengan fi RM 500 untuk sebuah Proton X50, tapi anda tak dapat melihat kereta itu pun di mana-mana bilik pameran. Sebaliknya, Proton menganjurkan sesi previu secara tertutup bagi sekumpulan pembeli terpilih dan jika anda tidak terpilih dalam senarai ini, anda perlu tunggu lama lagi. Dengan ketiada
Sep 21, 2020
Ukuran rim kecil sering diletakkan pada kereta yang lebih mesra bajet bukan hanya untuk membezakan antara varian model tetapi juga memberikan kos yang lebih rendah apabila menggantikan tayar. Kereta baru terakhir yang dijual di Malaysia yang dilengkapi dengan roda 13 inci ialah Proton Saga 1.3L Standard 2016. Sejak facelift Proton Saga 2019 yang baru, setiap kereta baru kini dilengkapi dengan ukuran roda minimum 14 inci. Contoh kereta yang disertakan dengan roda 13 inci dari kilang adalah Proton
Aug 31, 2020
Setelah mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 14 Oktober 2020, Proton kini mengumumkan 49 lagi kes telah dikesan. Semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian Kejuruteraan dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang PROTON Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah. Proton akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebi
Oct 19, 2020
Geely kini cukup giat membangunkan kereta jenis SUV. Beberapa bulan yang lepas, syarikat ini telah perkenalkan beberapa SUV yang terbaru. Antaranya ialah Xingyue, Binyue Pro, Icon, dan Haoyue. Sepertinya syarikat ini tidak kenal istilah penat. Apa yang anda lihat ini ialah Geely KX11. Model ini dikhabarkan untuk berada lebih atas dari Geely Haoyue. Baru-baru ini, kami telah melakar Geely Haoyue sebagai Proton X90 dimana ianya lebih bernas untuk diperkenalkan di Malaysia berbanding Geely Jiaji/Pr
Dec 29, 2020
Proton Saga yang pertama sekali dikeluarkan dari kilang Proton di Shah Alam pada 9 Julai 1985 dan dipandu keluar oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam acara penuh gilang-gemilang. Dikemaskan dengan warna biru dan membawa nombor pendaftaran istimewa Proton 1, kereta tersebut dipersembahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, dimana keluarga di-Raja masih menyimpan kereta tersebut sehingga ke hari ini dalam kemasan cat dan rim
Jul 7, 2020
Artikel kami sebelum ini dimana kami membongkarkan mitos yang mengatakan Proton X50 ialah Volvo XC40 didalamnya tidak begitu digemari peminat-peminat Proton. Jika kita imbas semula, Proton X50 dibina di atas platform BMA milik Geely yang dibangunkan sendiri oleh Geely tanpa kerjasama daripada Volvo. Manakala, Volvo XC40 pula dibina di atas platform CMA yang lebih rumit. Platform CMA ini dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo melalui syarikat usaha-sama CEVT di Sweden. Enjin 1.5T GDI 3 silinder
Sep 21, 2020
Tahun 2020 menyaksikan Proton mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 8.8%, walaupun negara mengalami kelembapan ekonomi akibat daripada penularan wabak Covid-19. Ini menjadikan Proton sebagai satu-satunya jenama kereta tempatan yang mencatatkan pertumbuhan jualan. Model Proton Saga dan Proton Persona menjadi peneraju bagi jualan kereta Proton, ditambah dengan pelancaran SUV terbaru Proton X50 yang dijangka akan meneruskan momentum jualan sehingga ke tahun 2021. Melihat kepada trend jualan yang
Jan 29, 2021
Seperti ramai sudah sedia maklum, Kesatuan PONSB (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang terdiri daripada pekerja-pekerja Proton di Shah Alam merancang untuk menjalankan satu protes aman dengan memakai pengikat kepala merah; bertujuan untuk menggesa pihak pengurusan tertinggi Proton dalam mengotakan janji-janji yang diberi sebelum ini serta mengambil-endah aduan pekerja yang telah diutarakan. Memetik laporan dari Careta, aduan-aduan ini dibuat di dalam satu memo yang sepatutnya dikeluarkan o
Apr 19, 2021
Honda HR-V
Perodua Alza
Honda City
Honda City Hatchback
Toyota Yaris