Tag

proton baru zara

Proton Saga Berwajah Baru 1.3L Premium: Juara kereta rakyat!

Kereta nasional pertama kita, Proton Saga telah dilancarkan pada tahun 1985. Dengan harga mampu milik, ianya dibangunkan dengan hasil usahasama dengan Mitsubishi Motors Corp (MMC), syarikat otomotif Jepun. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai sedikit sebanyak kenangan atau kaitan dengan Proton Saga. Proton Saga telah mengalami beberapa siri penurunan segmen untuk kekal relevan sepanjang kewujudannya dalam industri automatif negara. Pada awalnya, Proton Saga dianggap sebagai pencabar kepada Hon

HarisHaris

May 15, 2020

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia?

Proton merupakan jenama kereta Malaysia yang pertama tetapi jenama Perodua sentiasa menjadi pilihan rakyat. Walau apapun, apa anda rasa jika Proton hendak bersaing dengan Perodua Axia melalui model yang telah lama terkubur? Baru-baru ini, pelakar automotif terkenal di tanah air kita iaitu Theophilus Chin telah memberikan gambaran beliau mengenai Proton Tiara baru. Untuk maklumat anda, beliau juga telah melakar Honda HR-V yang akan datang. Berdasarkan lakaran beliau, Proton Tiara baharu kelihatan

FaisalFaisal

Nov 30, 2020

Sebab utama Proton Saga belum menerima perancangan model baru

Proton Saga generasi ini (P2-13A) telah berada di pasaran sejak tahun 2016. Untuk kekal berdaya saing dengan Perodua Bezza, Proton telah mengemaskininya pada tahun 2019. Antaranya seperti infotainment sesentuh yang baru dan transmisi automatik 4 kelajuan daripada Hyundai bagi menggantikan transmisi CVT yang terdahulu. Malah harganya juga diturunkan sehingga lebih murah daripada Perodua Bezza. Memandangkan Proton Saga sekarang adalah model yang diubahsuai daripada generasi kedua yang dilancarkan

FaisalFaisal

Dec 14, 2020

EON buat kemunculan semula! Kembali jual Proton dengan logo baru!

Dalam sebuah pengumuman yang mengejutkan, EON ataupun Edaran Otomobil Nasional telah melakukan kemunculan semula dalam industri automotif Malaysia. Lebih menarik, kemunculan ini terjadi selepas pelancaran Proton X50, SUV segmen B terbaru dari Proton. EON mengumumkan 9 rangkaian pusat pengedar Proton di seluruh Malaysia. Kesemua 9 pusat pengedar tersebut diambil alih daripada Proton Edar Sdn Bhd. Terdapat 4 pusat 4S (sales, service, spares, spray) dan 3 cawangan pusat 3S. 4 cawangan terletak di l

HarisHaris

Nov 2, 2020

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu!

Saban hari mesti ada saja kelibat Proton Iriz 2021 di jalan raya bersama dengan Proton Persona. Walaupun Proton baru sahaja melancarkan Proton Iriz R3 Limited Edition, tetapi ini bukanlah model yang dikemas kini, hanya penambahan aksesori saja. Jadi apakah yang boleh kita jangkakan daripada Proton Iriz 2021 akan datang? 1. Transmisi apa pula kali ini? Masih lagi CVT ke? Sebelum itu, kami nak bagitahu yang Proton sebenarnya tahu kelemahan transmisi CVT automatik daripada Punch. Jadi timbul pelbag

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 6, 2021

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

Model Proton Edisi Istimewa dilancarkan pada minggu yang sama model Perodua Ativa dibuka untuk tempahan. Lebih menarik lagi, Perodua Ativa sebenarnya dirancang untuk dibuka tempahan lebih awal (menurut sebuah dokumen awal yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my) namun telah ditukar tarikh kepada selepas pelancaran model Proton Edisi Istimewa. Kebetulan atau disengajakan? Jika anda tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Proton melancarkan model istimewa, rujuk artikel kami di bawah. Selalunya mode

HarisHaris

Feb 28, 2021

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu

Jenama Smart tidak lama lagi akan memperkenalkan konsep baharu yang kita tak pernah lihat sebelum ini! Memandangkan syarikat usahasama baru ini telah ditubuhkan, Geely Holding dan Mercedes-Benz AG merancang untuk menjadikan jenama kereta mikro ini sebagai sebuah syarikat kereta berfokuskan kenderaan elektrik menjelang 2022. Jika anda belum tahu lagi, Geely, syarikat yang juga memegang sebahagian daripada Proton, telah membeli pegangan lebih 50 peratus dalam syarikat pembuat kereta mikro Jerman i

MersitaMersita

Jul 30, 2020

Proton X70 generasi baru bakal guna platform CMA - kembar Volvo XC40?

Geely Boyue (Proton X70) kini telah berusia 5 tahun sejak pelancaran pertamanya di China pada tahun 2015. Maka itu, model penggantinya akan dilancarkan di China tidak lama lagi. Sewaktu Geely Automobile Holdings Limited membentangkan pelan kepada pelaburnya pada November yang lalu, mereka turut berkongsikan mengenai perancangan mereka untuk mengumumkan 4 model baru pada tahun 2021. Antaranya ialah Geely Boyue generasi kedua dimana ia akan dibina berdasarkan platform CMA. Bilakah pelancaran Geely

FaisalFaisal

Dec 8, 2020

Proton Wira PERT temui pemilik baru! Azam baikpulih seperti sedia kala

Kami pernah menyiarkan mengenai Proton Wira PERT yang dilelong oleh Proton. Pada ketika itu, kurangnya kesedaran umum mengenai apa yang bakal terjadi. Namun selepas beberapa artikel ditulis, atas sokongan netizen, beberapa model yang hendak dilelong berjaya ditarik balik. Sungguhpun begitu, sebuah Proton Wira PERT telahpun terlepas untuk lelongan. Berita baiknya adalah, pemilik baru Proton Wira PERT ini, Mfa Bob, telah berkongsi sebuah hantaran Facebook untuk memberitahu bahawa beliau akan cuba

HarisHaris

Jul 27, 2020

Proton Iriz dan Persona 2021 kekal guna transmisi CVT, bukan 4 kelajuan automatik baru?

Kami baru saja menerima info bahawa Proton Iriz dan Persona 2021 dijangka masih mengekalkan transmisi CVT Punch. Ini bermakna hanya Proton Saga saja menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik...buat masa sekarang. Adakah ini bermakna anda boleh lupakan saja niat untuk membeli Iriz ataupun Persona disebabkan betapa terkenalnya permasalahan yang ada pada transmisi CVT ini? Tidak juga. Menurut sumber dari rakan media Funtasticko, ini kerana Proton telah melakukan pelbagai penalaan semula pada trans

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 2, 2021

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah?

Sedang kita di sini sibuk dengan kehadiran Proton X50, rakan kita di Filipina pula sedang bersiap-siaga untuk menerima kehadiran Geely Okavango – model yang berdasarkan SUV bersaiz besar, Geely Haoyue. Sojitz G Auto Philippines, pengedar rasmi kereta Geely di sana, mengesahkan yang SUV tersebut akan diperkenalkan kepada media pada 2021. Tempahan untuk SUV 7 tempat duduk itu dibuka sejak 17 Oktober di Filipina. Sumber sama juga melaporkan yang Okavango akan dilengkapi dengan enjin turbo 1.5 liter

MersitaMersita

Oct 20, 2020

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED

Dah banyak kali kita lihat gambar intipan Proton Persona dan Proton Iriz generasi baharu serta versi crossovernya dipandu-uji di jalan raya sambil dilitupi celoreng. Pastinya ‘hype’ bagi model-model baharu Proton ini semakin hangat dan sedikit demi sedikit kita boleh jangkakan perincian baharunya apabila ia dilancarkan nanti. Rakan kami di Funtasticko baru-baru ini menunjukkan gambar intipan ditangkap oleh Amir Zaheen Minhaj dan apa yang kami boleh katakan ialah perincian pada model Iriz versi c

MersitaMersita

Feb 26, 2021

Perodua Bezza 2020 baru vs. Proton Saga vs. Proton Persona – harga lebih kurang sama, nilai berbeza?

Perodua Bezza 2020 yang baru adalah pesaing semulajadi Proton Saga dalam pasaran sedan Segmen A. Tapi, dengan spesifikasi tertinggi Advance (AV) yang berharga RM 49,980, masih ada pilihan lain yang anda patut pertimbangkan dalam Segmen B yang lebih besar, iaitu Proton Persona 1.6 Executive. Jom kita kenali perbezaan kereta ini dengan lebih lanjut: Secara umumnya, spesifikasi Premium bagi Saga adalah yang paling murah dalam kumpulan ini jika dibandingkan dengan Bezza 1.3 AV dan Persona 1.6 Execut

MersitaMersita

Jun 7, 2020

Honda HR-V 2021 serba baru: platform baru, akan muncul Disember 2020?

Honda HR-V generasi sekarang telah wujud sejak tahun 2014 dan telah dikemaskini pada tahun 2018. Memasuki tahun keenam, nampaknya Honda sudah mengusahakan HR-V generasi berikutnya (dijual sebagai Vezel di Jepun). Ia dikatakan akan mula dijual pada bulan Disember 2020. Menurut CarSensor, Honda HR-V generasi seterusnya tidak akan dibina menggunakan platform yang sama dengan Honda Jazz generasi keempat (Jazz generasi keempat menggunakan platform yang diubahsuai dari generasi ketiga), tetapi di plat

FaisalFaisal

Aug 18, 2020

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak?

Honda telah melancarkan Honda Civic 2021 serba baru melalui siaran langsung di platform Twitch pada Rabu lepas. Berdasarkan apa yang dapat kami lihat setakat ini, ia nampak hebat dan peminat-peminat Civic pastinya sedang tak sabar-sabar menantikan ketibaan Civic Type R pula. Buat masa ini, apakah perubahan-perubahan yang ada antara Civic generasi ke-11 serba baru ini dengan Civic FC generasi ke-10 yang ada di pasaran sekarang? Luaran – Selamat tinggal, lampu ‘ketam’ Bagi yang kurang faham, lampu

MersitaMersita

Nov 20, 2020

Karamjit Singh kembali semula ke rali selepas terpaksa jual Proton Waja, dapat tajaan baru

Pelumba rali lagenda Karamjit Singh akan kembali beraksi pada bulan Jun untuk bersaing untuk pertama kalinya selepas tiga tahun. Terkenal dengan jolokan ‘Flying Sikh’, dia akan kembali pada kejuaraan rali nasional di Sepang pada 26-27 Jun, yang akan menjadi acara yang dinanti-nantikan. Tahap pertama perlumbaan rali pada 3-4 April terpaksa dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kejuaraan empat pusingan ini akan berakhir pada bulan November. Karamjit berjaya memperoleh tajaan daripada Cisc

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 29, 2021

Nissan lancar logo baru! Lebih menarik atau tidak?

Nissan telah melancarkan logo baru ketika pelancaran Nissan Ariya 2020. Logo baru ini akan digunakan pada model-model Nissan terbaru selepas Nissan Ariya 2020 ini. Logo Nissan yang lama sangat dikenali di seluruh dunia. Logo lama tersebut menggunakan rekaan 3D untuk memberikan kesan timbul supaya tampak sama apabila kita melihat kereta dengan logo tersebut. Untuk logo Nissan terbaru ini, Nissan menggunakan rekaan yang rata dan minimalis, sesuai dengan zaman 2020. Logo tersebut menampilkan perkat

HarisHaris

Jul 16, 2020

Intipan: Nissan Almera 2020 serba baru di jalanraya Malaysia!

Nissan Almera 2020 yang serba baru telah dilihat di jalan raya kita hari ini, tidak lama selepas Honda City serba baru dilihat di lebuh raya AKLEH. Sebelum ini, rakan kami di Careta menyiarkan foto Almera yang telah dibalut dengan sedikit penyamaran. Tetapi kali ini, kami dapat melihat ia tanpa sebarang penyamaran dan ini memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sedan segmen B ini. Unit ini nampaknya merupakan varian pertengahan (mungkin tertinggi juga), kerana ia datang dengan roda aloi dw

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Aug 10, 2020

Intipan: Honda CR-V 2020 bakal menerima facelift baru?

Honda CR-V **INFO BAHARU: Model ini baru sahaja dilancarkan di Thailand! Klik pautan Bahasa Inggeris kami.** Honda CR-V merupakan SUV terbaik dalam segmen C hinggalah Proton X70 hadir dan mengalahkan model tersebut dengan tawaran ciri-ciri dan kelengkapan yang lebih murah. Nampaknya, Honda tidak mudah menyerah kalah. Di Thailand, beberapa intipan mendapati bahawa Honda CR-V akan menerima facelift tidak lama lagi. Di Vietnam, Honda CR-V telah pun diintip dengan facelift terbaru sebulan sebelum in

HarisHaris

Jul 13, 2020

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru!

Apabila anda membeli kereta yang serba baru, anda perlu menjalankan sesi ‘run-in’ bagi 1,000 km pertamanya. Pemilik disarankan untuk tidak ‘melenjan’ atau pandu dengan kasar sejurus selepas kereta diambil dari bilik pameran. Sama juga dengan Perodua Ativa baharu kami – kami jalankan sesi ‘run-in’ terlebih dahulu. Bagaimana caranya nak ‘run-in’ kereta? Pandu kereta dengan lembut dan berhati-hati dan jangan langkaui kadar rpm serta hadlaju yang tertentu. Di dalam setiap buku panduan pemilik kereta

MersitaMersita

Mar 23, 2021

UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021!

UMW Toyota bakal memperkenalkan Toyota Camry 2021 ‘facelift’ dan satu model misteri yang diberi sentuhan Gazoo Racing (GR) di Malaysia pada suku ke-4 tahun ini, selepas pelancaran Toyota Corolla Cross 2021. Maklumat ini kami perolehi daripada pembentangan korporat tahun 2021 oleh UMW Holdings Berhad. Anda boleh lihat beberapa model baru yang bakal dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini, lebih spesifik lagi pada bulan Oktober dan Disember. Salah satu daripadanya yang anda boleh lihat dengan jelas a

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 16, 2021

Sejarah dan Evolusi Logo Proton

Jenama kereta nasional kereta kita, Proton, telah melalui beberapa perubahan logo sejak pelancaran Proton Saga pada tahun 1985. Langkah ini adalah normal dalam industri automotif bagi memberi naratif bahawa jenama ini akan sentiasa kekal segar dan relevan. Harus diingatkan bahawa BMW dan Volkswagen juga telah mengumumkan logo baru mereka baru-baru ini. 1985 - Bintang dan bulan sabit Malaysia Proton Saga pertama menggunakan motif yang terdapat pada bendera Malaysia, untuk menunjukkan rasa bangga

HarisHaris

May 21, 2020

Hyundai Kona facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini juga, sekali dengan enjin baru?

Selain ketibaan Hyundai Palisade, Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) turut mengesahkan pelancaran Hyundai Kona facelift di Malaysia. Pada peringkat awal, ia akan ditawarkan dengan trenkuasa baru, iaitu enjin Smartstream 2.0G Atkinson cycle (149 PS, 180 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Untuk maklumat anda, enjin turbo yang datang pada model sebelum facelift mungkin akan ditawarkan kemudian. Juga baca: Rebiu: Hyundai Kona 2020, alternatif kepada Proton X50 dan Honda HR-V Selain trenkuas

FaisalFaisal

Mar 12, 2021

Proton daftar tanda nama V70, nama baru untuk Geely Jiaji?

Geely Jia Ji Terdapat spekulasi yang bertiup kencang di mana Geely Jiaji akan hadir ke Malaysia. Khabar angin ini berikutan daripada makluman pelaburan yang dilakukan oleh RHB Research yang diedarkan kepada para pelabur. Di dalam makluman pelaburan tersebut, RHB Research mendakwa bahawa Proton bakal membawa masuk sebuah model berasaskan Geely pada tahun depan. Makluman yang bertarikh 3 Disember 2020 tersebut bertujuan untuk menguatkan lagi keyakinan pelaburan terhadap DRB-HICOM. Carian melalui l

HarisHaris

Dec 8, 2020

Proton X50: Proton memberikan sentuhan Ride and Handling yang istimewa!

Berikutan perasmian Proton X50 baru-baru ini, Proton mengadakan sidang sesi pandu uji ringkas untuk SUV segmen B yang cukup dinantikan selama ini. Dalam siding media tersebut, ketua jurutera Proton memperjelaskan beberapa talaan dan sentuhan yang diterima oleh Proton X50. Beliau berkata bahawa usaha ini bertepatan dengan reputasi Proton dalam memberikan keseimbangan dari segi pengendalian dan keselesaan pada barisan kenderaan mereka. Antara perkara yang telah diubahsuai daripada saudara Geely Bi

FaisalFaisal

Sep 30, 2020

MAA: Kerajaan baru mengkaji semula kiraan OMV baru

Enam bulan lalu, The Star menulis tentang topik yang agak kontroversi, dimana mereka menyebut yang kereta dipasang tempatan (CKD) barangkali akan lebih mahal disebabkan oleh kaji-semula kiraan Nilai Pasaran Terbuka atau Open Market Value (OMV). Menurut satu laporan oleh Paultan.org, Presiden Malaysia Automotive Association (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata yang MAA telah menulis surat rayuan kepada kerajaan baru berkenaan OMV baru ini. “Mereka berkata yang mereka sedang mengaji perkara ini untuk

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa?

Mazda CX-5 Ucap selamat tinggal pada Mazda CX-5 harga CKD kerana ura-ura mengatakan bahawa SUV segmen C ini akan diposisikan sebagai SUV yang lebih premium. Lebih tepat lagi, ia akan bersaing dengan barisan model Mercedes-Benz GLC. Sebagai konteks, Mazda CX-5 2019 generasi sekarang berharga sekitar RM 132,403 - RM 174,852. Ini meletakkan posisi SUV ini sebaris dengan Honda CR-V, Nissan X-Trail dan Proton X70. Seperti Mazda 6 generasi 2022 yang akan datang, Mazda CX-5 serba baru akan menggunakan

HarisHaris

Dec 2, 2020

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini.

Masa pasang niat beli kereta, selalunya orang akan buat kajian tentang model yang mana satu paling menepati citarasa, kehendak dan keperluan masing-masing. Tapi, bila tiba masanya untuk memilih warna, ada yang buntu – “Warna kereta apa yang paling bagus dan boleh kekalkan nilai jualan semula yang tinggi?” Ada yang main pilih saja ikut kehendak hati dan citarasa, tiada salahnya. Tapi, bagi yang berfikir jauh kedepan sedikit, ada pilihan warna yang memainkan peranan penting. Pilihan warna yang tep

MersitaMersita

Oct 19, 2020

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru?

Walaupun dilanda pandemik COVID-19, industri kereta Malaysia dapat merekodkan jualan yang tinggi, disokong oleh pengecualian sementara cukai jualan sehingga 31 Disember tahun ini. Akan tetapi, menjelang 1 Januari 2021, cukai jualan 10 peratus akan kembali - ditambah lagi dengan kiraan Open Market Value (OMV) yang baru. Kiraan baru ini pula boleh menaikkan lagi harga kereta sehingga 20 peratus. Total Industry Volume (TIV) bagi pasaran Malaysia – gelaran industri bagi jualan kereta baharu – dijang

MersitaMersita

Dec 22, 2020

Malaysia akan lancar 10 model baru, Oktober 2020 jadi bulan paling rancak. Kenapa?

Dengan sekurang-kurangnya lima model yang akan dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini - dan lima lagi model yang besar kemungkinannya akan datang tak lama lagi - nampaknya bulan 10 memang sangat rancak bagi pasaran automotif negara kita tahun ini. Perkara ini menimbulkan pertanyaan memandangkan industri kita berdepan dengan kesukaran masa kini. Jualan terkumpul bagi kereta baharu di Malaysia pada separuh pertama tahun 2020 turun 40 peratus berbanding jangkamasa 6 bulan yang sama pada tahun lep

MersitaMersita

Sep 14, 2020