Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet
Faisal · Dec 22, 2020 01:00 PM
Mercedes-Benz E-Class W213 2021 telah menggugurkan hiasan lambang yang berdiri di bonet yang ikonik. Perkara ini telah disahkan oleh MotorTrend dimana pilihan tersebut tidak lagi hadir di dalam konfigurasi maya buat Mercedes-Benz E-Class facelift.
Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz E-Class 2021 dijangka membuat pelancaran di Malaysia pada awal tahun depan.
Hiasan yang berdiri ini sebenarnya bermula sebagai penyukat suhu tetapi selepas ia beralih ke bahagian papan pemuka, hiasan bonet ini hanya berfungsi sebagai penutup radiator.
Melewati arus pemodenan, hanya beberapa jenama sahaja yang mengekalkan hiasan ini sebagai identiti (terutamanya kereta mewah).
Nampaknya lambang Mercedes-Benz yang berdiri di bonet kini telah beralih ke gril.
Malah pada model yang lebih terkini, lambang ini telah menjadi cukup besar untuk menayangkan tanda kemegahan yang anda miliki kepada orang ramai.
Kini, hiasan bonet yang cukup terkenal ini telah digantikan dengan lencana Mercedes-Benz.
Untuk maklumat anda, perkara ini bukan kali pertama buat syarikat Mercedes-Benz. Mereka sebenarnya telah menampilkan perubahan yang sama buat model C-Class dan SL-Class.
Mercedes-Benz E-Class 2021 membuat debut global pada bulan Mac yang lalu. Pilihan enjin di Malaysia masih belum dipastikan tetapi kami menjangkakan enjin 2.0L turbo M254 (272 PS) yang baru menggantikan enjin M264 yang terdahulu.
Enjin baru ini menggunakan rangkaian elektrik mild hybrid 48V dengan Integrated Starter Generator (ISG) yang menambah kuasa sebanyak 20 PS.
Intipan Mercedes-Benz E-Class facelift telah dijumpai dengan dua varian sekaligus dimana kedua-duanya tidak mempunyai lambang yang berdiri di bonet.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen