window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bekas MB Perak dibidas naik taraf Lexus ES daripada Toyota Camry ketika pandemik

Haris ยท Dec 14, 2021 07:00 PM

Bekas MB Perak dibidas naik taraf Lexus ES daripada Toyota Camry ketika pandemik 01

Bekas Menteri Besar Perak dibidas oleh blok pembangkang kerana dilaporkan menaik taraf kenderaan rasmi ketika era pandemik. Model Lexus ES berharga pasaran sekitar RM 287,671 menjadi pilihan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika beliau mengemudi kerajaan negeri Perak.

Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa seorang bekas Menteri Besar telah membeli kereta mewah dengan harga yang begitu murah menurut laporan Utusan Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, kereta itu, Lexus ES250 dibeli dengan harga RM287,671 dan dijual pada harga RM172,602.60, iaitu 60 peratus daripada harga asal.

“Yang pasti harga preowned pun tak semurah ini iaitu kurang 75 peratus selepas 22 bulan, kurang 73 peratus selepas 11 bulan,” katanya pada perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Bekas MB Perak dibidas naik taraf Lexus ES daripada Toyota Camry ketika pandemik 01

“Apa yang saya hendak dibangkitkan ialah dalam keadaan rakyat menderita di bawah Covid-19, ada yang bunuh diri, ada yang kibar bendera putih, jadi bagaimana kita tergamak membeli kereta pada waktu ini?

“Saya sendiri tak minta kereta baharu, kereta buruk pun tak apalah, selagi boleh jalan.

“Namun sebagai pemimpin, kita harus menunjukkan sikap prihatin dan kita bersama rakyat pada waktu mereka susah, menderita.

“Kita tak mahu perkara-perkara seperti bekas Perdana Menteri yang menuntut, meminta harta (hartanah) lebih RM100 juta atau kerajaan negeri beli kereta Mercedes Benz baharu, naikkan gaji dan sebagainya.

“Jadi ini tidak harus berlaku dalam keadaan rakyat begitu menderita terutama dalam Covid-19,” katanya.

Ketika dalam blok Pakatan Harapan, Faizal Azumu telah menaik taraf kenderaan rasmi Proton Perdana kepada Toyota Camry 2019. Kemudian, selepas bertukar ke blok Perikatan Nasional, beliau sekali lagi menaik taraf Toyota Camry tersebut kepada Lexus ES atas alasan menerima potongan harga yang banyak.

Kini beliau telah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan. Menteri Besar Perak dipangku oleh YB Saarani bin Mohamad.

Baca: Menteri Besar Perak tukar Toyota Camry kepada Lexus ES

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Lexus ES 250 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda