![Pemandu sportscar Honda S660 hilang 7 batang gigi dibelasah pemandu Perodua Alza 01]()
Seorang lelaki patah tujuh gigi serta cedera di kepala dan tangan apabila tegurannya menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu Perodua Alza.
![Pemandu sportscar Honda S660 hilang 7 batang gigi dibelasah pemandu Perodua Alza 02]()
Kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu itu bukan setakat melibatkan mangsa, tetapi kereta Honda S660 miliknya juga turut dipecahkan cermin. Mangsa yang berumur 21 tahun itu dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan yang serius.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Pemandu sportscar Honda S660 hilang 7 batang gigi dibelasah pemandu Perodua Alza 01]()
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, suspek menggunakan sebatang besi untuk menghentak anggota badan mangsa. Besi yang sama diturut digunakan untuk memecahkan cermin kereta mangsa.
![Pemandu sportscar Honda S660 hilang 7 batang gigi dibelasah pemandu Perodua Alza 02]()
Kejadian ini dikatakan berpunca dari mangsa yang menegur kenderaan bersebelahan kerana tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju. Setelah melepaskan amarah, suspek bertindak meninggalkan lokasi kejadian.
![Pemandu sportscar Honda S660 hilang 7 batang gigi dibelasah pemandu Perodua Alza 03]()
Setakat ini, suspek yang berusia 36 tahun itu sudah dikenal pasti dan usaha mencari sedang giat dijalankan. Apapun, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Sumber: Awani Online
![](https://images.wapcar.my/file1/7f18c9c930eb4b78914aa33a88ea9062_200x200.jpg)
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });