![Volvo Malaysia akan lancar model EV baru SETIAP tahun, C40 Recharge dalam tahun ini juga! 01]()
Bersempena dengan pelancaran kereta elektrik (EV) pertama Volvo di Malaysia, iaitu XC40 Recharge EV, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia (VCM) sebentar tadi sempat berkongsi akan pelan elektrifikasi mereka untuk pasaran kita.
Juga baca: Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km
![Volvo Malaysia akan lancar model EV baru SETIAP tahun, C40 Recharge dalam tahun ini juga! 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Antaranya, mereka akan melancarkan model EV baharu setiap tahun untuk 5 tahun akan datang. Usaha ini juga bertujuan untuk mencapai purata jualan EV mereka yang disasarkan sebanyak 75% menjelang tahun 2025.
![Volvo Malaysia akan lancar model EV baru SETIAP tahun, C40 Recharge dalam tahun ini juga! 01]()
Malah untuk tahun ini sahaja, VCM akan memperkenalkan sebuah lagi EV yang berupa SUV coupe, iaitu Volvo C40 Recharge. SUV coupe ini diibarat sama seperti XC40 EV tetapi dengan gaya yang lebih seksi.
![Volvo Malaysia akan lancar model EV baru SETIAP tahun, C40 Recharge dalam tahun ini juga! 02]()
Menjelang tahun 2030 pula, mereka mensasarkan barisan model di Malaysia untuk hadir dengan trenkuasa elektrik sahaja.
Untuk makluman anda, Volvo adalah pengeluar jenama premium pertama di Malaysia yang pasang EV secara lokal (CKD), iaitu di kilang Shah Alam. Malah bagi anda yang belum tahu, kilang ini adalah hab Volvo untuk rantau ASEAN.
![Volvo Malaysia akan lancar model EV baru SETIAP tahun, C40 Recharge dalam tahun ini juga! 03]()
Dengan terlancarnya EV pertama Volvo di Malaysia, kilang ini akan turut mengeksport kereta EV ke pasaran ASEAN tidak lama lagi. Bercakap mengenai ini, kit pemasangan CKD buat XC40 EV dibawa masuk dari Luqiao, China. Komponen pemasangan untuk C40 pula akan siap menjelang akhir tahun ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });