![Honda Malaysia akan memanggil semula lebih 55,000 unit kereta akibat masalah fuel pump 01]()
Honda Malaysia mengumumkan akan memanggil semula produk Honda yang melibatkan 55,354 unit kenderaan Honda untuk menggantikan fuel pump sebagai langkah berjaga-jaga, sejajar dengan langkah panggilan semula yang dilakukan Honda secara global.
![Honda Malaysia akan memanggil semula lebih 55,000 unit kereta akibat masalah fuel pump 02]()
Honda Malaysia meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan kepada pelanggan yang terjejas. Honda turut memberi penekanan bahawa semua model pengeluaran tahun 2020 tidak terjejas dalam penarikan semula produk ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Sehingga hari ini, tiada sebarang kemalangan atau kecelakaan yang disebabkan oleh isu ini telah dilaporkan di Malaysia.
![Honda Malaysia akan memanggil semula lebih 55,000 unit kereta akibat masalah fuel pump 01]()
Model-model yang terlibat adalah Honda Accord, Honda BR-V, Honda City, Honda City (Hibrid), Honda Civic, Honda CR-V, Honda HR-V, Honda HR-V (Hibrid), Honda Jazz, Honda Jazz (Hibrid).
![Honda Malaysia akan memanggil semula lebih 55,000 unit kereta akibat masalah fuel pump 02]()
Penggantian fuel pump yang terjejas adalah percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok penggantian akan diperolehi secara berperingkat.
![Honda Malaysia akan memanggil semula lebih 55,000 unit kereta akibat masalah fuel pump 03]()
Jika anda salah seorang pemilik kereta Honda, anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai panggilan semula produk ini dengan menghubungi mana-mana peniaga sah Honda ataupun layari laman web Honda untuk memeriksa status kenderaan anda.
*Talian bebas tol Honda masih dikemaskini ketika artikel ini ditulis
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });