window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JSPT Melaka nafi konvoi VIP jadi punca kemalangan kereta-motosikal. Siapa betul?

Mersita ยท Mar 1, 2021 11:59 AM

JSPT Melaka nafi konvoi VIP jadi punca kemalangan kereta-motosikal. Siapa betul? 01

Pada 9.40 pagi 26 Febuari lalu (Jumaat), satu kemalangan berlaku antara sebuah kereta jenis Proton Saga dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah. Kemalangan tersebut didakwa berpunca dari satu aktiviti kawalan lalu lintas untuk orang kenamaan (VIP).

Pemandu kereta Saga itu menceritakan kisah kemalangan tersebut di Facebook dan ia menjadi tular di media sosial. Namun, siasatan awal mendapati tiada sebarang tugas mengiringi orang kenamaan seperti yang dikatakan netizen tersebut tetapi anggota terbabit sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong, Tampoi.

JSPT Melaka nafi konvoi VIP jadi punca kemalangan kereta-motosikal. Siapa betul? 02

Muatnaik di Facebook pemandu Saga. Sumber

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, JSPT terkesan dengan hantaran di Facebook mengenai perkara berkenaan dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 223 Akta Telekomunikasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Pihak JSPT Melaka mengambil maklum perkara berkenaan dan melakukan siasatan dan terdapat satu laporan kemalangan jalan raya bersangkutan dibuat pengadu dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

"Bagaimanapun, sehingga sekarang penunggang motosikal yang terbabit masih belum membuat laporan polis. Justeru usaha mengesan sedang dijalankan," katanya.

Ketika kejadian berlaku, anggota trafik sedang melancarkan pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkutan membawa berhala (patung) dari arah bandar Melaka menghala ke arah Jalan Krubong.

"Tindakan berkenaan selaras dengan Seksyen 21(1)(a) Akta Polis 1967 iaitu mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas. Malah, ia selaras dengan arahan Pengarah JSPT nombor 7 mengawal lalulintas jika berlaku kesesakan," katanya lagi.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda