Edaran Tan Chong Motors (ETCM) mengesahkan bahawa ciri brek kecemasan automatik (AEB) akan didatangkan standard pada semua varian.
Menurut ETCM, Nissan Almera akan didatangkan dengan tiga varian iaitu VL, VLP dan VLT. Menariknya, ketiga-tiga varian tersebut didatangkan dengan sistem AEB dimana Nissan memanggil teknologi tersebut sebagai Intelligent Forward Collision Warning (IFCW) dan Intelligent Forward Emergency Braking (IFEB). Teknologi ini berfungsi daripada kelajuan 5 km/j sehingga 80 km/j.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Namun demikian, hanya varian tertinggi (VLT) akan menerima kelengkapan Nissan Intelligence Mobility (NIM) yang penuh seperti sistem kamera 360-darjah, amaran titik buta, dan amaran pelintas bahagian belakang (RCTA) berserta pengesan objek yang bergerak (IMOD).
Selain itu, varian paling rendah (VL) hanya didatangkan dengan 2 beg udara dimana varian VLP dan VLT didatangkan dengan 6 beg udara.
Namun demikian, ini merupakan peningkatan yang ketara dari segi ciri keselamatan berbanding Almera yang terdahulu dimana ia hanya didatangkan dengan 2 beg udara (1 beg udara untuk varian 1.5 E). Walau bagaimanapun, ia tetap terjual seperti goreng pisang panas kerana pembeli dalam demografik ini lebih mengutamakan kereta yang berharga mampu milik tanpa lencana jenama tempatan.
Nissan Almera dianggarkan bermula daripada RM 80,000 untuk varian VL dan meningkat sehingga RM 90,000 untuk varian VLT. Harga ini juga belum termasuk cukai jualan SST.
Sekiranya anda berminat, anda boleh melihat dengan lebih dekat dan memandu uji melalui acara pra-tonton yang akan diadakan bermula 5 September. Pelancaran Nissan Almera dijangka berlangsung pada bulan Oktober hadapan. Anda boleh ikuti laman sesawang rasmi nissan.com.my atau hubungi talian bebas 1-800-3838 untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });