window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual!

Khairil · Jun 14, 2023 07:30 PM

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 01

Edisi terhad Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023) membuat kemunculan di pasaran Malaysia, hari ini namun sedikit mengecewakan, kesemua enam unit yang dikhaskan habis dijual.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 02

Tampil dengan dua pilihan warna, Triumph Racing Yellow dan Crystal White, hanya 765 unit Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023) dihasilkan Triumph Motorcycles untuk pasaran global bagi setiap varian warna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 01

Diumumkan pada harga cukup menarik, RM 89,900 (asas) untuk pasaran Malaysia, hanya enam unit (3 setiap pilihan warna) berjaya diperoleh Triumph Motorcycles Malaysia.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 02

Dan seperti dijangka, kesemua unit sudah habis 'disambar' sebelum ia membuat kemunculan rasminya.

Sebagai info dan kepada yang tidak tahu, Triumph juga adalah pembekal enjin bagi perlumbaan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia ketika ini.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 03

Sebagai varian teratas siri Triumph Street Triple 765, Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023) dipenuhi dengan pelbagai 'jajan', komponen premium yang memang menarik.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 04

Di bahagian trenkuasa, enjin yang dipadankan kepada Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023) adalah bersesaran 765 cc, 3 Silinder Sebaris, 12 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan 'Quickshifter' dan klac Slip & Assist'.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 05

Menerusi kemas kini yang dilakukan dan penggunaan nisbah gear yang lebih pendek, ia menghasilkan kuasa setinggi 128.2 Hp pada 12,000 rpm dan tork 80 Nm pada 9,500 rpm.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 06

Sebagai perbandingan, versi standard atau 'R' hanya menghasilkan kuasa 118.4 Hp pada 11,500 rpm dengan angka tork yang sama.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 07

Fokus terhadap teknologi, Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), seperti varian 'RS' turut dipadankan dengan sensor IMU 6-axis yang memberikan peningkatan kepada sistem ABS, Kawalan Traksi, Kawalan Selekoh, Kawalan Weelie dan Mod Tunggangan.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 08

Selain empat mod tunggangan (Road, Rain, Sport dan Rider), ia turut memiliki tambahan mod Track.

Sebagai model edisi terhad, Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023) memperoleh pelbagai kemasan panel daripada gentian karbon antaranya 'mud guard' depan, panel tepi, kemasan pada lampu dan panel bawah enjin.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 09

Selain itu, corak grafik Moto2 juga diletakkan di beberapa panel badan dan nombor edisi keluarannya diukir atas bahagian tengah bar hendal.

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 10

Dari sudut komponen, Triumph Speed ​​Triple 765 Moto2 Edition (2023) dipadankan dengan fork USD Ohlins NIX30 dengan suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Ohlins STX40 juga dengan ciri boleh laras sepenuhnya (sama seperti varian RS).

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 11

Untuk sistem henti, Triumph Street ​​Triple 765 Moto2 Edition (2023) menggunakan brek cekera bersaiz 310 mm dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston (depan) dan kaliper Brembo 1 Piston (belakang).

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 12

Ciri menarik lain adalah seperti penggunaan panel meter TFT 5 inci berwarna penuh yang lengkap dengan sambungan ke telefon pintar melalui aplikasi MyTriumph. 

Triumph Motorcycles Malaysia tayang Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition (2023), terhad 6 unit, dah habis dijual! 13

Kepada yang berminat untuk melihat dengan dekat Triumph Street ​​Triple 765 Moto2 Edition (2023) ini, ia ketika ini ditayangkan di Triumph Motorcycles Penang.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda