window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP

Khairil ยท Feb 15, 2021 05:00 PM

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 01

Kesan ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19 memang mengerikan, lebih-lebih lagi terhadap golongan berpendapatan rendah atau B40.

Berdasarkan laporan daripada akhbar Kosmo! Online, akibat desakan hidup, ramai diantara golongan berkenaan di Pulau Pinang sanggup menjual atau memajak motosikal mereka demi kelangsungan hidup.

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 02

Gambar hiasan. Sumber Facebook

Kebanyakan mereka adalah pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan berkenaan, mereka dikatakan sanggup berbuat demikian bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan keperluan rumah, membayar hutang dan menampung kehidupan seharian.

Malah ada dikatakan sanggup menjual motosikal milik mereka dengan harga semurah RM 1,000 selain menjual motosikal yang baharu dibeli beberapa bulan.

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 01

Gambar hiasan. Sumber Facebook

Bagi yang tidak sanggup menjual motosikal kesayangan mereka, ada di antara mereka memilih untuk menggunakan geran motosikal sebagai pajakan dalam tempoh enam hingga setahun dengan kadar faedah yang ditetapkan pemilik premis kurang daripada 10 peratus.

Kerani jualan sebuah kedai motosikal, Hana Ahmad, 30, menjelaskan pihaknya menerima sebanyak 60 peratus penjualan semula motosikal yang kebanyakannya jenis Honda EX5, Honda Wave, Modenas, Yamaha LC, 125Z dan Lagenda sejak Mei tahun lalu.

Lebih mengejutkan, majoriti mereka yang terpaksa melakukan tindakan berkenaan adalah terdiri dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga termasuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 02

Gambar hiasan. Sumber Facebook

“Boleh dikatakan setiap hari mereka (pelanggan) datang ke kedai untuk menolak atau menjual semula motosikal. Ada juga mahu menjual semula motosikal yang tidak sampai setahun dibeli termasuk jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha Legenda baharu.

“Ada yang kami tolak untuk membelinya semula disebabkan perniagaan turut terjejas akibat pandemik Covid-19 dan ada yang sanggup merayu supaya kami membelinya biarpun pada harga serendah kurang RM 1,000.

“Tetapi, sebilangan besarnya kami akan membeli semula pada harga RM 3,000 ke bawah bergantung pada keadaan dan jenis motor tersebut,” katanya.

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 03

Gambar hiasan. Sumber Facebook

Tambah Hana, dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada pemilik motosikal turut mencagarkan geran motosikal milik mereka.

“Mereka dikatakan terpaksa berbuat demikian disebabkan terlalu terdesak dan sayang akan motosikal yang dibeli secara tunai sejak enam bulan lalu menerusi duit titik peluh bekerja sebagai operator kilang.

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 04

Gambar hiasan. Sumber Facebook

“Kami mampu membayar wang cagaran kepada mereka serendah RM2,000 ke bawah termaktub pada syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, pengusaha kedai membaiki motosikal, Hirman Ahmad, 40, memberitahu, dianggarkan seramai 60 individu datang ke kedainya untuk menjual semula motosikal terpakai sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lalu.

Kerana Covid-19, terpaksa jual atau pajak motosikal akibat desakan hidup tatkala PKP 05

Gambar hiasan. Sumber Facebook

“Saya terpaksa menolak untuk membeli semula motosikal tersebut disebabkan perniagaan saya juga turut terjejas ekoran perlaksanaan PKP sejak Mac tahun lalu."

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda